Edited by ip_lepat at 21-11-2018 05:30 PM
Anglung
Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.
Asal-usul angklung Muzik Angklung bermula dari Masyarakat Sunda, Jawa Barat,Indonesia.[1] Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung,dicipta mula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait.
Sedangkan di Malaysia, oleh pembuat angklung dipercaya sebagai alat musik reog ponorogo di jawa yang tercipta pada abad ke 9 sebagai persembahan raja kelama sewandama untuk putri kerajaan kediri.Reog Ponorogo,Jawa Timur [2]
Pada 1908, terdapat pengiriman duta kebudayaan[perlurujukan] dan penghijrah pencari pekerjaan yang menyebar luaskan muzik ini keThailand, saat pula boleh meluas ke Asia Tenggara termasuk Malaysia[3] danSingapura.
Angklung di Malaysia Angklung nada tunggal, untuk digunakan dalam orkestra Angklung di malaysia di bawa oleh penghijrah dari Ponorogoyang mempersembahkan Barongan tahun 1922, dimana angklung merupakan salah satu bahagian muzik pengiring barongan. Hingga pada divisi budaya duta besar Indonesia untuk Malaysia memberikan pelatihan pembuatan angklung bernada seperti di bandung, namun hasil yang dihasilkan berbeza dengan angklung bernadadi Indonesia pada umumnya, hingga mengambil bibit buluh dari Madiun danPonorogo hingga menghasilkan nada angklung terbaik. [4]
Angklung Indonesia terdaftar sebagai Karya Agung Warisan Budaya Lisan dan Nonbendawi Manusia dari UNESCO sejak November 2010.
Aneka angklung Angklung Reyog, Muzik khas suku Ponorogo pengiring ReogPonorogo, Jawa Timur [5] Angklung Kanekes, muzik khas suku kaum Baduy, Banten Angklung Dogdog Lojor, muzik khas Sukabumi, Jawa Barat Angklung Gubrag, muzik khas Bogor, Jawa Barat Angklung Badeng, muzik khas Garut, Jawa Barat Angklung Buncis, muzik khas Bandung, Jawa Barat
Permainan Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh)dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.
Kedua tiub disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu (tiga tiub boleh membentuk dua oktaf atau satu kord). Apabila digetarkan, gegaran tibu menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap
|