CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 15-1-2021 08:38 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 15-1-2021 10:20 AM

Bilik Rahsia Bahagian 1

Aku pernah tinggal di sebuah rumah yang kedua tertua di Waco, Texas semasa aku berumur 11 hingga 18 tahun.  Aku pun tak pasti bila rumah ni dibina, tapi rumah-rumah lain di kejiranan aku ni dibina pada tahun 40an dan 50an, jadi rumah aku ni lagi awal dibina dari rumah-rumah lain tu.  Tapi masa aku mula-mula pindah ke rumah tu, semuanya normal je.  Sebelum keluarga kami, ada 2 keluarga lain lagi pernah tinggal kat situ.  

Pada mulanya, aku enggan berpindah ke tempat baru. Sebelum ni kami tinggal di pangkalan tentera sebab ayah aku askar, agak lama juga kami duduk kat pengkalan tu.  Tapi ayah aku cakap, rumah baru ni nanti ada bilik rahsia. Aku rasa teruja mendengarnya.  Pada mulanya, aku dan adik berebut-rebut nak duduk di bilik yang ada bilik rahsia tu, tapi akhirnya adik aku mengalah sebab bilik dia dah ada kertas dinding bercorak bunga matahari.

Ayah aku tunjukkan bilik rahsia tu.  Pintu ke bilik rahsia tu ada di sebalik almari aku.  Almari yang melekat ke dinding atau kita panggil closet.  Tapi pintu bilik rahsia tu kecil je. Walaupun aku masa tu masih kecil lagi baru berumur 11 tahun, aku pun terpaksa merangkak kalau nak masuk.  Rasanya, itu bukan bilik pun, tapi lebih kepada ruang merangkak atau loteng yang dibina khas untuk budak-budak kecil menyorok.  Rumah ni kan rumah antik, agaknya dulu-dulu memang bilik tu dibina kalaulah ada rompakan ke atau rusuhan ke, jadi budak-budak kecil bolehlah menyorok kat situ.

Walaupun bilik tu kecil, tapi pintunya boleh dikunci. Yang aku perasan, bilik tu asalnya takde tombol, tapi tombol dan kunci jenis selak tu dipasang kemudian.  Dan tombol tu cuma ada di sebelah luar.  Bukak pintu je, korang kena merangkak dalam beberapa kaki, kemudian barulah korang akan jumpa bilik rahsianya. Bilik rahsia tu dibina betul-betul atas garaj kereta.  Bilik tu kosong je, takde perabot, takde tingkap.  Satu-satunya jalan keluar masuk kena ikut melalui pintu di almari aku tadi.  Aku rasa, pemilik rumah lama pun tak pakai bilik tu sebab bilik tu berhabuk sana sini.  Mangga pintunya tadi pun macam dah berkarat dan pintunya agak ketat sikit tanda ianya dah lama tak dibuka.  Keseluruhan dinding tu ditutup dengan kertas dinding berwarna putih tapi kertas dinding tu tak dilekat dengan kemas. Macam aci siap je. Lampu bilik tu pun lampu mentol jenis yang tarik tali tu je.

Rancangan ibubapa aku nak jadikan bilik tu sebagai bilik simpanan alat mainan untuk aku dan adik perempuan aku.  Tapi bila tengok je bilik tu, ibubapa aku batalkan rancangan tu. Alasan ibubapa aku, bilik tu ke dalam sangat. Takut nanti bila ibubapa aku panggil, kitorang tak dengar pulak. Kalau apa-apa jadi kat kitorang dalam bilik tu nanti ibubapa aku pun tak perasan.  Tapi aku pujuk jugak ibubapa aku untuk benarkan aku dan adik guna bilik tu, akhirnya ibubapa aku mengalah tapi ibubapa aku kasi syarat, kalau nak guna bilik tu kena mintak izin diorang dulu, pastu kalau guna bilik tu, pintu bilik tu kena dibuka sepanjang kitorang ada dalam bilik tu.

Untuk beberapa ketika aku gunakan bilik tu sebagai bilik rahsia aku, dan untuk beberapa ketika itu jugalah, tiada perkara luar biasa terjadi pun.

Sehinggalah, adik aku mulalah ada kawan halimunan atau imaginary friend.  Setiap kali adik aku gunakan bilik tu seorang diri, aku terdengar dia macam bercakap dengan seseorang. Tapi sebagai abang, aku tak berapa peduli sangat sebab kat USA ni, kawan halimunan ni benda biasa je. Pada mulanya, adik aku seronok je main-main dalam bilik tu, tapi lama kelamaan intonasi suara dia macam sedih je masa dia bersembang-sembang dengan ‘kawan’ dia tu.  

Pada suatu malam, aku mula terdengar sesuatu dari bilik tu.  Aku baru nak masuk tidur,pintu almari pun dah ditutup, tapi aku terdengar macam ada bunyi seakan cakaran dari bilik rahsia tu.  Ianya bukan cakaran kuku, tapi bunyinya lebih kepada macam ada jari-jari yang sedang menggosok-gosok dinding tu.  Bunyinya lebih lembut dan tak mengerikan, cuma bunyi tu memang terlalu lembut dan korang cuma boleh perasan kalau keadaan senyap sunyi macam masa tu. Esoknya aku beritahu ayah aku, dan ayah aku pun periksalah bilik tu kot-kot ada tikus ke.  Tapi, macam aku cakap tadi, bunyi cakaran tu perlahan sangat, kadang-kadang memang aku tak perasan pun dan aku tak rasa terganggu sangat dengan bunyi tu.

Adik aku pun tahu pasal bunyi tu, tapi dia mendiamkan diri je dan takde pun nak berceloteh bertanya macam-macam kat aku, tak macam selalu.  Tapi aku anggap mungkin adik aku dah membesar jadi dia jadi kurang bercakap.  Sehinggalah, aku rasa peristiwa ni terjadi setahun lepas kitorang pindah rumah tu, pada suatu malam, bunyi cakaran tu muncul lagi.  Masa tu aku tengah mamai-mamai dah mengantuk tapi belum nak tutup mata lagi, aku pun bangun dan tengok pintu almari dan pintu bilik rahsia aku tu terbuka.  Aku ingatkan mungkin ayah aku kot saja bukak sebab nak memburu tikus yang buat bunyi tu, jadi aku pun jenguklah ke dalam bilik rahsia tu.  Aku terlihat, ada sesosok tubuh sedang berdiri menghadap ke dinding dalam bilik rahsia tu.  Lampu bilik rahsia tu pun terpasang.

“Hello?”, walaupun aku takut-takut tapi aku beranikan diri jugak untuk tegur orang tu.  “Dia ajak adik datang tengok”.  La… adik aku ke rupanya.  Aku pun masuklah ke bilik tu dan dapatkan adik aku tu.  Adik aku tengah menghadap dinding dan merobek-robek kertas dinding putih tu. Bila aku pegang je bahu adik aku, adik aku terus menangis. Aku pun tariklah adik aku keluar dari bilik tu.

Aku pun bawaklah adik aku ke bilik tidur dia, tenangkan dia dan tunggu adik aku sampai dia tertidur.  Adik aku tertidur dalam keadaan sedu sedan.  Masa tu aku cuma terfikir mungkin adik aku mengigau kot.  Pastu aku pun kunci pintu bilik rahsia tu dan tidurlah macam biasa.

Esok pagi tu, aku tanya adik aku, kau ingat tak malam tadi kau tidur berjalan sampai masuk bilik rahsia tu? Adik aku terkejut.  Adik aku cerita, ‘budak perempuan’ tu ajak dia datang situ tengok lukisan dia. Adik aku macam nak menangis je. Aku pun tenangkan adik aku tu, aku cakap mungkin dia cuma mengigau je kot malam tadi.  Tidur berjalan tu normal je.  Aku ajak adik pegi tengok bilik rahsia tu, tapi adik aku enggan masuk. Jadi aku pun masuklah ke bilik tu seorang diri.  Ada beberapa bahagian kertas dinding yang dah terkoyak.  Rupanya, memang ada contengan  kat dinding bilik tu. Contengan budak-budak lukis lidi.  Ada rumah, tapi banyak lukisan kucing. Ada satu lukisan tu aku rasa macam pelik sikit. Lukisan pasal satu keluarga, ada rumah, ada kucing, ada anak perempuan, ada ayah ibu. Tapi si ayah tu takde muka.  Dan  si ayah tu pun macam tak kemas sikit lukisannya, macam dilukis dengan tangan yang tengah menggeletar.  


Aku pun cakaplah kat ibubapa aku pasal kertas dinding yang dah rosak tu.  Ibubapa aku mengamuk bila diorang dapat tahu, tak pernah-pernah aku tengok diorang mengamuk macam tu. Aku mengaku aku yang koyakkan kertas dinding tu sebab aku taknak adik kena marah.  Ibubapa aku cakap, lepas diorang betulkan kertas dinding tu, aku dan adik dilarang sama sekali masuk ke bilik tu lagi dah.  Masa tu aku rasa macam tak adil je, alah benda kecik je pun takkan sampai macam tu sekali. Tapi sememangnya lepas tu, ibubapak aku kunci terus bilik tu dan kuncinya pun ibubapa aku yang simpan.  

Walaupun begitu, bunyi cakaran halus tu masih ada lagi. Cuma kali ni baru aku terfikir, bunyi yang aku dengar selama ni adalah bunyi orang melukis di dinding pakai krayon. Tapi, lukisan tu kan di bawah kertas dinding…..

Bersambung.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaa... sambungannn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 11:59 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 17-1-2021 12:00 AM

Bilik Rahsia Bahagian 2

Selepas peristiwa itu, aku dan adik tidak dapat lagi masuk bilik itu kerana ianya dikunci sepanjang masa.  Tapi, bunyi orang melukis itu tetap tidak berhenti. Malahan, ianya makin menjadi-jadi.  Kalau dulu, bunyi itu hanya kedengaran ketika malam yang sunyi, kini bunyi itu boleh didengari di waktu siang jua. Bunyinya juga semakin kuat dan bukan lagi sayup-sayup seperti dulu.  Tanpa disedari, kini aku sudah berusia 15 tahun, dan selama itu jugalah aku dihantui bunyi-bunyi itu.

Kalau dulu juga, ‘dia’ hanya melukis di atas dinding bilik rahsia, kini ‘dia’ semakin berani pula berlari-lari dalam bilik itu.  Kadang-kadang, tidurku terjaga kerana aku terdengar bunyi orang berlari dari bilik itu.  Sebelum ini, aku tak berapa peduli sangat dengan bunyi-bunyian itu, tapi kini, bila aku sudah remaja, aku rasa geram dan rasa macam nak sepak-sepak je dinding tu.  Darah muda kan, memang la cepat panas sikit.

Aku pernah mengadu pada ayah aku tentang bunyi itu, tapi ayah aku kasi alasan, itu mungkin cuma bunyi tikus je.  Yelah, rumah ni pun rumah lama, dan bahagian bilik itu juga berlantaikan kayu, setakat bunyi tap tap tap dan scratch scratch scratch tu benda biasa la.

Bilik rahsia itu terletak di tengah-tengah antara bilik aku dan bilik adik. Jadi semasa aku berumur 16 tahun, aku tanya adik aku, eh kau dengar tak bunyi pelik-pelik dari bilik rahsia tu?  Wajah adik aku berubah sedih dengan soalan aku itu. Seolah-olah soalan aku itu mengingatkan dia akan sesuatu.  “Dengar je.  Tapi abang buat bodoh jelah. Jangan hiraukan sangat bunyi dari bilik tu”.  Eh kenapa pulak?  Aku nak tidur pun tak senang.  Adik aku pun memulakan cerita, “Abang ingat tak dulu adik ada kawan halimunan?”.  Kawan halimunan adik aku tu muncul apabila pertama kali adik aku bermain di bilik itu.  ‘Kawan’ dia tu seorang budak perempuan yang sebaya dengan adik aku, punya rupa dan tubuh badan yang normal je. Pada awalnya diorang berdua bermain dengan gembira bersama-sama. Selama berkawan tu, adik aku perasan yang ‘kawan’ dia pun membesar macam dia, tapi perwatakan ‘kawan’ dia tu turut berubah.  Tapi, bukannya berubah macam manusia biasa (masa ni aku tak berapa paham apa yang adik aku cuba terangkan). Walaupun begitu, baju ‘kawan’ dia tu sama je dari mula kenal,  sampai akhirnya pada malam kemuncak di mana aku temui adik aku dalam bilik tu.  Adik aku cakap, dia taknak ikut tapi ‘dia’ paksa jugak. ‘Dia’ cakap ‘dia’ ada sesuatu nak tunjuk kat adik aku, tapi adik aku taknak cerita apa.  Adik aku cakap,  adik aku lega sangat bila ibubapa aku kunci terus bilik tu sebab lepas tu, ‘dia’ tak pernah muncul lagi dah.  Adik aku lagi rela bertahan dengan bunyi-bunyian itu dari jumpa ‘kawan’ dia tu lagi.

Bersambung…..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2021 12:54 AM | Show all posts
Bilik Rahsia Bahagian Terakhir

Aku agak tak puas hati dengan apa yang adik aku ceritakan itu, aku dapat rasakan yang seolah-olah adik aku ada menyembunyikan beberapa perkara. Perempuan kan, memanglah perahsia.  Jadi aku pun tanyalah ibubapa aku pasal sejarah rumah ni.  

Keluarga yang duduk di rumah ni sebelum kami cuma ada 2 anak lelaki. Keluarga sebelum tu pulak, adalah pemilik asal rumah ni.  Keluarga tulah yang bina rumah tu. Tak banyak yang ibubapa aku tau pasal keluarga tu, kecuali, keluarga tu pernah ada anak perempuan tapi anak tu mati semasa berumur 11 tahun.  Tapi, si anak tu mati sebab kemalangan, bukannya sebab dibunuh atau didera. Aku tanya jugak, anak perempuan tu mati dalam bilik rahsia tu ke? Ayah aku cakap tak mungkin sebab kalau ye, mesti rumah ni dah masuk berita. Kali ni, aku yakin, ‘kawan’ adik aku tu adalah roh anak perempuan pemilik asal rumah ni.

Kali ini, aku rasa berani sikit dah nak lawan ‘dia’.  Kalau dia buat bising je, aku ketuk-ketuk dinding tu pastu jerit suruh senyap.  Senyap sekejap je, pastu dia buat lagi. Kadang-kadang, lepas kene tengking dengan aku, ‘dia’ akan merengek macam budak kecik, tapi perlahan jelah. Tapi, ‘dia’ seolah-olah tak serik dan tak takut dengan aku.  Eh degil jugaklah ‘budak perempuan’ ni.  Aku tau aku kena berbuat sesuatu kalau aku taknak diganggu lagi.

Aku terbaca dalam Reddit ni, kadang-kadang roh ni taknak pergi dari sesuatu tempat tu sebab ada benda kat dunia ni yang tak selesai lagi. Tapi, macam mana aku nak bersemuka dan ‘berbincang’ dengan roh tu kalau bilik tu berkunci rapat?  Aku kena cari peluang untuk curik kejap kunci pintu bilik rahsia tu dari ibubapa aku.

Tapi ibubapa aku ni memang cermat betul orangnya.  Sehinggalah, tahun lepas, masa tu aku dah 18 tahun, masa tulah peluang tu tiba.  Pada sat hujung minggu tu, ibubapa aku dijemput ke majlis perkahwinan dan ibubapa aku bawak adik aku sekali. Aku kasi alasan aku dah besar dah boleh jaga diri, jadi tak perlulah aku nak ikut diorang kali ni.  

Malam tu, aku tunggu jugak ‘dia’ buat bising.  Tapi tunggu punya tunggu, eh malam ni pulak kau tak buat perangai ye? Sampai tertidur aku jadinya. Pukul 1 pagi, aku dikejutkan dengan bunyi benda jatuh dari bilik rahsia tu. BAM!  Nasib baik aku muda takde sakit jantung lagi.  Kemudian diikuti dengan bunyi orang berlari dan bunyi orang melukis sesuatu di atas dinding.  

Masa bangun tu, aku dah bengang dah. Yelah tengah sedap lena kan. Aku capai kunci, aku ketuk-ketuk pintu bilik rahsia tu, ‘Siaplah kau dalam tu! Aku nak masuk ni!’.  Jangan ditanya mana datangnya keberanian aku tu, darah muda tengah panasla kan.

Masa aku merangkak masuk tu, aku nampak bayangan ada orang lain dalam bilik tu. Masa ni perasan aku dah bercampur baur. Tadi berani sangat, kali ni rasa nak ragu-ragu, rasa seram, rasa bersalah, rasa menyesal semua ada. Aku tarik wayar lampu bilik rahsia tu. Bila lampu terpasang je, aku ternampak ada sesosok tubuh perempuan yang hampir sebaya adik aku tengah menghadap sudut dinding.

Sekarang, barulah aku faham apa yang adik aku maksudkan sebelum ni.  Badan perempuan tu panjang, bukan tinggi, tapi lengan dia, tangan dia yang panjang.  Orangnya kurus kering sampai nampak tulang.  Baju yang dipakainya juga dah tak muat, macam dia pakai baju yang sama bertahun-tahun tak pernah bertukar. Koyak dan ketat disana sini.  Kemudian, dia berpaling menghadap aku. Oh Tuhan memang aku takkan dapat lupakan wajah tu sampai bila-bila.

Susah aku nak gambarkan dengan kata-kata, tapi korang bayangkan macam ni.  Kepala dia besar macam kepala remaja, tapi muka dia kecil je.  Kulit wajahnya macam tertarik, matanya kecil saja tapi terbeliak bila tengok aku, dan giginya kecil macam gigi susu, tapi terdedah sebab bibir nipisnya tertarik sekali dengan kulitnya.  Rambutnya panjang sampai ke pinggang, dan aku lihat ada air mata mengalir di pipinya.  Dari tingkahlaku dan wajahnya, seolah-olah macam ‘dia’ tak pernah tinggalkan bilik ni, tak pernah tengok dunia luar lah senang cerita.

Aku terpaku disitu dengan dada berdebar-debar dan mulut yang terlopong. Aku jadi ‘blur’ sekejap, hilang dah semua rancangan aku tadi.  ‘Dia’ pula tiba-tiba menangis, merintih seolah-olah ‘dia’ sedang berada dalam kesakitan.  Sebab muka ‘dia’ yang macam tu, aku tak dapat tangkap ekspresi muka dia.  Marah ke sedih ke. Tapi bila dah mula mengilai tu, aku pun teruslah lari dari situ.  Nak tutup lampu pun aku tak sempat.

Aku lari macam tu je, pintu bilik rahsia tu pun aku tak sempat nak tutup. Malam tu jugak, walaupun dah pukul 2 pagi, aku memandu ke rumah kawan aku, nak mintak tumpang tidur situ.  Sepanjang malam tu aku rasa seram sejuk, nak tidur pun tak boleh walaupun dah takde bunyi-bunyian mengganggu aku lagi.

Nasib baiklah esok paginya ibubapa dan adik aku balik dari majlis perkahwinan tu.  Tapi aku tunggu diorang sampai rumah dulu, barulah aku balik.  Ibu aku tanya, kenapa bukak pintu bilik rahsia tu tanpa izin diorang? Aku tipu, aku cakap aku nak carik permainan aku yang lama-lama mane tau kan boleh jual kt eBay.  Nasib baik ibubapa aku tak mengamuk macam hari tu.  Kali ni aku memang tekad, takde dah aku nak masuk bilik rahsia tu lagi.

Cuma, yang ajaibnya, lepas tu, takde lagi dah bunyi-bunyian dari bilik rahsia tu.  Segalanya kembali normal. Tahun ni aku masuk kolej, dan keluarga aku pun bakal berpindah keluar dari rumah tu. Jadi, lepas ni memang aku takkan jejak masuk ke rumah tu lagilah. Tapi takpe, aku tak kisah.  Tu pun aku dah bersyukur sangat dah….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2021 11:50 AM | Show all posts
Tragedi Sarah

Mak aku pernah ada seorang kawan perempuan yang ada masalah dadah sikit.  Kawan mak aku ni ada 2 orang anak, Brian dan Sarah. Sarah ni 7 tahun lagi tua daripada aku, tapi Sarah ni layan aku dengan baik macam adik dia sendiri.  Suami kawan mak aku ni pulak kaki arak, tapi walaupun diorang berdua ni macam tu, tapi diorang masih lagi ibubapa yang baik, tak pernah pukul anak, tengking pun tak pernah. Tapi akhirnya, ibu dan bapa Sarah ni bercerai jua pada awal 2000an dulu, si Sarah ikut ayah manakala si Brian ikut si mak.  Tapi memandangkan aku ni dah macam adik angkat Sarah, jadi hubungan kami takdelah terputus begitu sahaja. Ibubapa kami masih lagi berhubungan dan selalu jugaklah kak Sarah lepak rumah kami sejak ayah dia jadi bapa tunggal ni.  Cuma si ibu je yang dah pindah ke negeri lain.

Peristiwa ni berlaku semasa kak Sarah menginjak ke usia 18 tahun.  Kat tempat aku ni, bila dah nak masuk musim sejuk, cuacanya agak kelam dan kadang-kadang akan berkabut.  Pada suatu malam, kak Sarah, teman lelaki kak Sarah, ayah kak Sarah dan teman wanita ayah kak Sarah keluar tengok wayang sama-sama, lepas tu diorang pun pegi makan kat Applebee’s.  


Si ayah dah teman wanita dia adalah minum secawan dua bir, tapi diorang ni takdelah mabuk teruk sampai tak boleh memandu.  Jadi malam tu, ayah kak Sarah lah yang bawak kereta.

Tempat aku ni kawasan luar bandar, jadi bagi penduduk tempatan termasuklah kak Sarah sekeluarga, diorang tahu jalan pintas nak ke tempat yang dituju. Nak dijadikan cerita, ayah kak Sarah pun ikutlah jalan pintas yang kena lalu kawasan hutan sikit dan jalannya pun tak berturap.  Kereta yang dibawa oleh ayah kak Sarah tu terbabas dan terlanggar sebatang pokok.  

Kepala kak Sarah terhantuk agak kuat, tapi kak Sarah masih sedar lagi.  Kak Sarah berjaya keluar dari kereta, tapi lengan dan kaki dia habis berdarah luka-luka terkena kaca cermin kereta.  Ayah dan teman lelaki kak Sarah masih hidup lagi, tapi malangnya teman wanita ayah kak Sarah meninggal dunia di tempat kejadian. Mereka bertiga je yang terselamat.

Ayah kak Sarah suruh kak Sarah dan teman lelakinya untuk pergi cari rumah terdekat untuk mintak pertolongan, manakala ayah kak Sarah nak tunggu kat kereta je kot-kotla ada orang lalu.  Jadi kak Sarah ni pun sambil dipapah oleh teman lelakinya, berjalan balik ke jalanraya tadi.  Dalam sebatu jugaklah kak Sarah dan teman lelakinya berjalan kaki, dengan keadaan masing-masing berdarah dan luka sana sini.  Bila kak Sarah macam nak dah tak larat nak jalan je, teman lelaki dia akan angkat kak Sarah dan kasi kata-kata semangat untuk kak Sarah teruskan berjalan.  Akhirnya jumpa jugak satu rumah ni. Kak Sarah tekan loceng je, tak sempat tuan rumah bukak pintu kak Sarah dah pengsan.

Esok paginya, kak Sarah tersedar di katil hospital. Nasib baik malam tadi tu tuan rumah tu nampak kak Sarah pengsan depan pintu rumah tu, dia terus telefon polis.  Kak Sarah kini berada di dalam sebuah wad di hospital dan ditemani oleh seorang lelaki berpakaian seragam polis.  Kak Sarah sedar je, terus dia tanya polis tu, encik teman lelaki saya kat wad mana?

“Maaf cik Sarah, teman lelaki cik dah meninggal kat tempat kejadian malam tadi.  Cik Sarah seorang je yang terselamat dalam kemalangan tu”.

Kak Sarah macam tak percaya je dengan kata-kata polis.  “Tak mungkin encik. Malam tadi teman lelaki sayalah yang bawak saya pegi ke rumah tu.  Kalau dia dah mati macam mana polis boleh tau saya kemalangan?”

Polis itu menjawab dengan tenang, “Kami ikut jejak darah cik Sarah. Bila kami jumpa kereta cik Sarah tu, kami jumpa 3 mayat. Ketiga-tiga mayat tu masih lagi memakai tali pinggang keledar”.

Dunia kak Sarah gelap seketika.  Kak Sarah menangis gila-gila sampai akhirnya kak Sarah terpaksa disuntik dengan penenang.  Aku sempat melawat kak Sarah di hospital, tapi keadaan kak Sarah macam mayat hidup.  Wajahnya sentiasa sugul dan pucat tak bermaya.  Akhirnya, kak Sarah ikut ibunya berpindah ke negeri lain dan selepas itu, kami terputus hubungan.

10 tahun kemudian, aku bertemu kak Sarah semula apabila kak Sarah kembali ke pekan ini untuk reunion sekolah lamanya. Kak Sarah nampak ceria, tetapi kak Sarah masih percaya bahawa roh teman lelaki dan ayahnya yang menyelamatkan dia malam tu…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 01:08 PM | Show all posts
Tq tt....emua citer best... 2 hari jugak ambik masa khatam....terbaekkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2021 01:42 PM | Show all posts
Tapak Angker di Fife, Scotland Bahagian 1

Mak aku membesar di sebuah kampung di daerah Fife di Scotland.  Kampung mak aku ni dah wujud sejak tahun 3000BC lagi, dan pernah didiami oleh orang Picts dan Romans. Kampung mak aku sampai sekarang masih cantik lagi, dan berdekatan dengan kampung mak aku ni adalah sebuah bukit yang dipanggil Bukit Lomond.  Sekarang ni kampung mak aku dikenali sebagai tempat pelancongan, korang boleh datang tengok tapak bersejarah kat sini, tapak zaman Neolithic pun masih wujud lagi kat kampung mak aku ni.



Dulu, masa awal kampung ni dibina, kampung ni asalnya hutan.  Sekarang, hutan tu masih wujud lagi tapi dah tak luas macam dulu, dan ianya dikelilingi ladang-ladang milik orang kampung.  Kawasan hutan tu memang takde sape berani usik kerana dikatakan ianya didiami oleh perempuan sihir.

Semasa kampung ni mula dibuka, orang kampung pun tebanglah pokok-pokok di kawasan hutan tu untuk dijadikan ladang dan rumah. Tengah syok menebang tu, muncullah seorang perempuan keluar dari hutan tu dan meminta orang-orang kampung untuk berhenti musnahkan rumah dia.  Perempuan sihir tu bersumpah, kalau teruskan jugak, tanaman diorang semua takkan menjadik dan penduduk kampung akan jadi mandul.  

Orang kampung pun risaulah kalau sumpahan itu menjadi kenyataan, jadi diorang pun buatlah perjanjian dengan perempuan sihir tu.  Perempuan sihir tu menetapkan, untuk setiap lot tanah yang dibuka, penduduk kampung kena tinggalkan ufti berupa seguni hasil tanaman diorang dan kena letak di suatu sudut di kawasan hutan tu.  Ufti tu kena dibayar setiap kali hasil tanaman dituai.  Perempuan sihir tu pun benarkan orang kampung untuk buka tanah tu, kecuali untuk beberapa ekar hutan yang tak boleh diusik.

Selama beberapa ratus tahun, orang kampung mempraktikkan amalan tu, sehinggalah, ada beberapa penduduk kampung yang tamak ni, pegi teroka lagi hutan tu untuk dijadikan ladang gandum beserta kincir angin sekali.  Sekali lagi, perempuan sihir tu muncul dari hutan tu dan beri amaran kepada penduduk kampung untuk berhenti.

Tapi, kali ni penduduk kampung dah tak takut dah kat perempuan sihir tu.  Sebaliknya, penduduk kampung pegi tangkap dan bawak perempuan sihir tu ke tali gantung.  Masa ni, agama Kristian dah berkembang di Scotland.  Semasa di tali gantung, paderi sempat lagi bertanya pada perempuan sihir tu, nak tak dia bertaubat dan memeluk agama Kristian, tapi perempuan sihir tu kena tinggalkan amalan ilmu hitam dia la.  Tapi perempuan sihir tu dengan angkuhnya berkata, “Kali ni, aku mintak 3 guni hasil tanaman sebagai ufti. Siapa-siapa yang tak bayar, ladang mereka akan jadi tandus dan wanita mereka akan menjadi mandul”.  Perempuan sihir itu akhirnya mati di tali gantung.

Penduduk kampung berasa gembira sebab akhirnya kampung mereka suci daripada ilmu hitam dan perkara-perkara khurafat. Kecuali sorang ni, iaitu pemilik ladang baru tadi tu.  Secara senyap, dia bayar jugak ufti tu sebab taknak kena kecam dengan orang kampung lain.  

Akhirnya, pemilik ladang tu jadi kaya-raya dan dikurniakan 3 orang cahaya mata yang cantik-cantik.  Kenapa? Sebab dia sorang je yang tanamannye menjadik, ladang orang lain jadi kering tandus letaklah baja apa pun tak jalan jugak.  Bila bekalan kurang tapi permintaan banyak, nak letak harga Yahudi pun takpe.  

Bila dah kaya tu, pemilik ladang tu jadi tamak.  Dari 3 guni jadi 1 guni, lama-lama dia tak bayar langsung dah ufti tu.  Bulan pertama yang pemilik ladang tu sengaja tak nak bayar tu, esoknya, salah seorang anak perempuan dia hilang.  Semua orang kampung tolong cari, tapi sebab tamak dan taknak rugi, walaupun anak hilang, pemilik ladang tu arahkan jugak pekerja dia untuk mengisar gandum di kincir angin tadi.  

Tiba-tiba, masa pemilik ladang dan orang kampung tengah cari anak perempuan tu di kawasan kampung, ada pekerja dia datang berlari dengan cemas dan mintak pemilik ladang tu untuk pegi ke kincir angin tadi.  Setibanya dia di kincir angin tu, keadaan kelam kabut, ada pekerja yang pengsan, menjerit histeria. Rupanya, semasa pekerja-pekerja itu sedang mengisar gandum, keluarlah darah pekat membuak dari batu pengisar tu.  Bila diangkat, rupanya mayat anak perempuan pemilik ladang tu macam mane ntah boleh ada di antara batu pengisar tu.  Keadaan mayat tu sangat mengerikan.

Fahamlah pemilik ladang tu yang dia dah melanggar sumpahan perempuan sihir itu. Akhirnya, pemilik ladang tu jual semua harta dia termasuk kincir angin tu. Dia dan semua ahli keluarga dia berpindah dari kampung tu. Walaubagaimanapun, takde sape pun yang berani nak guna kincir angin tu sebab ramai sangat dah yang kena ganggu dengan hantu seorang budak perempuan.

Beberapa tahun kemudian, kincir angin tu diruntuhkan dan diganti dengan sebuah silo atau tempat simpanan gandum.  Tu pun tak menjadik jugak, gangguan tu masih ada.  Dan macam-macam lagilah masalah demi masalah yang menimpa tuan punya silo tu.  Akhirnya silo tu terbiar macam tu je jadi tukun buruk.

Bersambung…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2021 01:46 PM | Show all posts
Tapak Angker di Fife, Scotland Bahagian Akhir


Tahun 1960an, masa ni mak aku masih budak belasan tahun lagi.  Silo tu masih ada masa mak aku dilahirkan.  Pada suatu hari, mak aku dan 3 orang budak kampung lagi, lepas dengar je citer pasal sejarah silo tu, diorang teruja nak buat sedikit pertaruhan.  Sapa yang berani nak tidur kat silo tu untuk semalam je.  Seorang budak lelaki bernama John, dia ni memang kerek sikit mak aku cakap, dia berani menyahut cabaran tu.


Malam cabaran tu, mak aku dan kawan-kawan yang lain pun pegilah mengiringi John untuk ceroboh silo tu.  Diorang bekalkan John dengan selimut, makanan dan lampu suluh. Mak aku dan kawan-kawan aku janji yang esok pagi diorang akan datang balik ke silo tu nak tengok John lari ke tak malam tu.  Tapi mak aku dan kawan-kawan dia ada rancangan lain.  Diorang sengaja tunggu kat kawasan silo tu sebab nak takut-takutkan John nanti.

Mak aku dan kawan-kawan dia tunggu kat kawasan silo tu. Tengah sedap membawang tu diorang terdengar bunyi benda jatuh bedebap atas tanah.  Masing-masing tersenyap.  Kemudian mereka sama-sama terdengar suara tangisan John di luar silo. Mak aku dan kawan-kawan dia cepat-cepat cari arah suara tu. Rupanya John tengah terbaring atas tanah sambil menangis . John pegi terjun dari silo tu sampai terpeleot buku lali dia.

Mak aku dan kawan-kawan dia pun angkatlah John bawak balik ke kampung. John dibawa ke hospital. Mak aku dan kawan-kawan dia teruk dimarahi oleh ibubapa masing-masing.  Seminggu jugaklah mak aku dihukum kurungan dalam rumah tak kasi keluar bermain, pegi sekolah balik sekolah je.

Seminggu lepas tu, mak aku pegilah melawat John di rumah.  Mak aku tanya John, apa yang berlaku malam tu? John cakap kat orang dewasa yang dia jatuh sendiri, tapi aku tau, dari raut wajah John mesti dia ada ternampak sesuatu.  John cerita kat mak aku, masa dia sorang-sorang dalam silo tu, lepas je die tutup lampu nak masuk tidur, dia terdengar bunyi ada benda mengesot dalam silo tu. Bila dia suluh ke arah bunyi tu, bunyi tu berhenti dan cuma ada guni-guni gandum je. John cuba buat tak peduli dan anggap tu mungkin tikus-tikus main kat guni. Bila John tutup lampu, bunyi mengesot tu muncul lagi. Tapi kali ni bila John suluh ke arah bunyi tu, guni-guni tu tiba-tiba bergerak ke arah John. Seolah-olah ada orang yang dibungkus dalam guni tu dan sedang perlahan-lahan mengesot nak dapatkan John.  John jadi panik dan dia pun cepat-cepatlah naik tangga untuk keluar dari silo tu. Masa nak turun tu kaki John tersangkut la pulak tu yang dia terjatuh tu.

Mak aku cerita, sekarang silo tu dah dirobohkan dan atas tapak tu dibina pulak kawasan perumahan. Tapi mak aku dah lama tak balik kampung jadi mak aku pun tak pasti sekarang ni kawasan rumah tu berhantu lagi ke tak….



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 09:54 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 17-1-2021 01:46 PM
Tapak Angker di Fife, Scotland Bahagian Akhir

Tahun 1960an, masa ni mak aku masih budak belasan t ...

nice... nti samung lg translate tauuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:36 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 14-1-2021 10:17 PM
Kisah Orang Asli Amerika : Siapa Yang Panggil Aku Tu?
Aku ni berketurunan separuh Apachee dan separ ...

Apakah coyote tu dah plan nak makan budak tu...sampai boleh keluar suara menyamar..seram2.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 02:19 PM | Show all posts
zaraaqilah replied at 17-1-2021 01:08 PM
Tq tt....emua citer best... 2 hari jugak ambik masa khatam....terbaekkk

sesame uols....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 02:20 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 18-1-2021 02:27 PM
sranua replied at 18-1-2021 10:36 AM
Apakah coyote tu dah plan nak makan budak tu...sampai boleh keluar suara menyamar..seram2.

btul ke coyote ke makhluk lain menyamar sebab boleh jalan kaki 2 huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 02:22 PM | Show all posts
nagaijau replied at 18-1-2021 09:54 AM
nice... nti samung lg translate tauuu

bleh je, tapi I pun tengah select jugak citer2 menarik dr over the sea.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 03:53 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 18-1-2021 04:14 PM

Rumah Di Tepi Pantai Bahagian 1

Sejak dari kecil lagi, aku memang tak percaya dengan kewujudan makhluk halus.  Aku anggap itu semua hanya permainan mata dan imaginasi manusia sahaja.   Sehinggalah bila aku mencapai usia pertengahan 20an...

Aku berkahwin di kala usiaku 20an.  Selepas berkahwin, aku terpaksa mengikut suamiku berpindah kerana suamiku ditawarkan kerja di tempat baru.  Memandangkan kami ni muda lagi dan duit pun tak berapa ada lagi, jadi aku dan suamiku pun terpaksalah carik rumah sewa yang murah sikit. Tapi, kami beruntung kerana kami jumpa jugak yang kami mampu sewa.  Rumah ni, asalnya adalah rumah percutian sebuah keluarga yang letaknya di tepi pantai. Lokasi rumah kami ni memang di kawasan tumpuan pelancongan, dan belakang rumah kami ni dekat je dengan pantai. Jalan kaki pun dah sampai. Ianya dikelilingi pokok yang redup, dan ada jalan masuk sendiri kalau nak ke rumah ni, jadi lokasinye agak senyap.  Cuma, rumah ni macam dah agak lama dan rekabentuknya pun agak ketinggalan zaman sikit. Tapi takpe, yang penting, sewanya murah.


Sebab rumah ni cuma sekadar persinggahan je, rumah ni takdelah besar mana.  Rumah ni bentuknya segi empat, masuk je, sebelah kiri adalah dapur jenis terbuka tidak berdinding, di tengah-tengahnya pula ruang tamu yang ada pendiang api dan bilik tidur utama kami letaknya di bahagian belakang.  Di sebelah kanan pula adalah 3 tingkap yang menghadap ke pantai.  Cukuplah untuk kami berdua.

Tapi... walaupun rumah ni dah sempurna bagi aku, tuan rumahnya macam pelik sikit.  Tuan rumah letak syarat, kami wajib bayar sewa penuh setiap bulan selama setahun walaupun kami dah pindah atau tak duduk kat rumah tu. Mula-mula tu aku rasa macam pelik je syarat tu, selalunya kalau nak keluar samada deposit hilang atau kasi notis je.  Tapi memandangkan sewanya memang murah betul aku dan suami aku pun setuju jelah.

Aku bekerja ikut waktu pejabat biasa 9pg-5ptg manakala suamiku kena kerja shift 12 jam.  Jadi kadang-kadang aku sorg je yang ada kat rumah.  Bulan pertama dan kedua ok je.  Aku suka duduk rumah je, jadi bila laki aku takde kat rumah, aku kat rumah tengok tv, baca novel, masak ke, kadang-kadang aku lepak tepi pantai je.  Aku teringin nak belajar mengait, jadi aku pun belilah benang-benang dan peralatan mengait.

Masuk bulan ketiga, aku dilanda satu perasaan seperti aku diperhatikan dari belakang. Kalau aku kat ruang tamu duduk di atas sofa tengah tengok tv ke baca novel ke, aku dapat merasakan macam ada seseorang sedang berdiri di belakang aku.  Dan perasaan tu cuma muncul bila aku seorang diri di ruang tamu. Akhirnya, aku tak lepak dah kat ruang tamu, aku lepak dalam bilik tidur je. Tu pun aku tutup pintu bilik walaupun cuma aku sorang je dalam rumah tu.

Kadang-kadang bila aku tertidur depan tv tunggu laki aku balik, bila terbangun tu aku macam ternampak macam ada bayangan seseorang tengah berdiri di sudut ruang tamu.  Tapi, aku anggap itu semua mungkin sebab aku tengah mamai kot tu yang ternampak benda bukan-bukan tu. Walaupun macam tu, aku tak boleh lari dari perasaan diperhatikan tu, jadi kalau matahari turun je aku terus masuk bilik tidur.  

Tapi, cerita dalam bilik jadi lain pulak. Barang-barang aku asyiklah 'tersalah letak'.  Hari-hari mesti dalam 10 minit tu keje aku carik kunci kereta la, kunci rumah, ada sekali tu beg tangan aku pun takde kat tempatnya.  Sehinggalah, pada suatu hari, masa ni aku baru balik kerja. Balik-balik je aku tengok seisi ruang tamu tu habis bersepah dengan benang-benang kait aku.  Habis sofa-sofa aku berlilit dengan benang kait. Aku memang letak kotak mengait aku kat ruang tamu. Aku tuduh ni mesti kerja laki aku ni saje nak main-mainkan aku. Tak kelakar okay, dahlah aku penat baru balik kerja.  Malam tu aku merajuk dengan laki aku. Aku langsung tak bertegur sepatah pun dengan laki aku. Aku nak tunggu laki aku ngaku dulu, tapi sampai sudah laki aku selamba macam tak ada apa berlaku.  Sudahnya aku pulak mengalah dan semua alatan mengait aku simpan je dalam bilik tidur aku.

Bersambung....


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 04:35 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 20-1-2021 11:14 AM

Rumah Di Tepi Pantai Bahagian  Kedua


Masuk bulan keempat, adik perempuan aku datang melawat rumah baru aku ni. Adik perempuan aku teruja bila dapat tau yang rumah aku ni dekat je dengan pantai, jadi dia pun cadang nak tinggal kat rumah aku selama 4 hari.  Aku pun rasa seronok jugak sebab nampaknya aku dah tak duduk kat sorang lagi lah lepas ni.


Sebab rumah aku ni takde bilik selain bilik tidur aku dan suami, adik aku kena tidur kat ruang tamu.  Jadi aku sediakan sofa katil untuk adik aku.




Tapi, adik aku cuma tidur rumah aku semalam je. Esoknya adik aku cakap die nak balik dah, adik aku cakap dia tersalah urat masa tidur atas sofa katil tu jadi badan die rasa macam tak sedap pulak.  Rasa macam nak demam pun ye.  Tengahari tu jugakla adik aku ni berkemas-kemas dan terus balik.


Beberapa hari selepas adik aku balik tu, adik aku menghubungi aku melalui telefon.  Dia mulakan topik tu dengan ayat ini, "Adik tau kakak tak percaya dengan hantu, tapi....'.   Adik aku cerita, malam dia tidur kat rumah aku tu, dia terdengar bunyi bising. Adik aku ingatkan tu aku dan suami aku, tapi bila adik aku bangun dan tengok keliling, takde orang pun.  Masa adik aku bangun tu la, tingkap di ruang tamu tu terbuka sendiri. Tingkap tu kan ada 3, tiga-tiga tu terbukak sendiri secara berselang-seli.. Tingkap 1 terbukak, tingkap 2 dan 3 tertutup. Bila tingkap 2 bukak sendiri, yang tingkap 1 dan tingkap 3 pulak tertutup.  


Tak cukup dengan itu, adik aku terdengar pulak bunyi tapak kaki, datangnya dari tingkap-tingkap tu.  Tapi, takde orang.  Bunyi tapak kaki tu menuju ke arah dia. Adik aku tengok sendiri dengan mata kepala dia, kesan sofa dan selimut dia dipijak orang halimunan, kemudian 'orang' tu melompat dari katil dan terus berjalan menuju ke ruang dapur tadi.  Adik aku punyalah takut, dia terus bangun dan berlari menuju ke pintu utama dan malam tu adik aku duduk sorang-sorang kat serambi rumah aku. Tapi, yang herannya adik aku cakap, masa dia kat luar tu dia tak rasa takut, dia rasa lagi selamat lagi adalah. Pagi tu barulah adik aku masuk rumah balik, pastu buat-buat baru bangun tidur bila aku dah bangun.


"Adik tau kakak tak percaya benda macam ni, tapi adik mintak maaf, adik taknak dah pegi rumah kakak tu".  Aku cuba yakinkan diri sendiri, alah adik aku tu saje je tu reka-reka cerita, entah-entah dia mimpi je. Dia tengok rumah aku ni kecik dan buruk je tu yang dia sanggup buat cerita taknak aku kecik hati.


Bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 04:58 PM | Show all posts
Rumah Di Tepi Pantai Bahagian  Terakhir

Beberapa minggu lepas kejadian tu, pada satu pagi Ahad yang tenang, aku saje bangun awal sebab nak buatkan laki aku sarapan.  Aku pun pegilah ke dapur. Aku bukak kabinet dapur nak keluarkan tepung dan telur, tapi....


Barang-barang dalam kabinet tu dah bertukar.  Kabinet bahagian simpan barang-barang kering dah diletak pinggan mangkuk.  Aku bukak semua pintu kabinet yang ada, memang semua susunan barang dah diubah-ubah dari sana ke situ.  Bukan setakat kabinet je, bila aku bukak laci pun jadi macam tu. Laci simpan sudu garpu dah jadi laci pisau.  Tergamam aku seketika.  Semua barangan yang ada di setiap kabinet dan laci dapur tu dah diubah susunannya.  Semalam masih normal lagi.  Mustahil malam tadi masa aku dan suami tidur kami tak perasan yang ada orang ubah ni sebab nak mengubahnye pun mesti ambil masa dan mesti ada bunyi.


Tapi, aku  buat-buat macam takde ape je. Aku anggap je memang selama ni kat kabinet bawah tu tempat aku simpan gelas, kat kabinet atas tu pulak memang tempat aku letak blender.  Aku masaklah sarapan macam biasa, kejutkan laki aku, sembang-sembang lepak tengok tv. Sampailah, masa makan tengahari,  aku tanya laki aku, abang nak tak carik rumah lain?  Laki aku tak fikir panjang pun, terus dia setuju dengan cadangan aku. Hari tu jugak kami tengok iklan dan survey rumah sewa baru.


Seminggu tu kami kemas-kemas rumah dan sebelum pindah tu, kami hubungi tuan rumah untuk kami pulangkan kunci rumah tu.  Tuan rumah aku tak cakap apa pun, dia macam tau-tau je yang kami takkan duduk situ lama, takde pun tuan rumah tu pujuk-pujuk kami suruh teruskan sewa ke ape ke. Tanya kenapa nak pindah pun takde.  Bersama kunci tu kami bayar sekali lebihan sewa untuk setahun kepada tuan rumah tu. Itulah kali terakhir kami berurusan dengan tuan rumah tu.


Bila dah beberapa bulan di rumah baru, aku tanyalah laki aku, kenapa abang setuju je nak pindah masa sayang cadangkan hari tu?.  "Sebab abang rasa ada sesuatu yang tak kena kat rumah tu".  Aku taknak tanya lebih-lebih lagi dah, masing-masing pun paham sendiri jelah.  Tapi sejak tu kami tak pernah ungkit lagi pasal rumah tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik tt.Hiburan sebelum tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 05:04 PM | Show all posts
best citer citer dalam ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 05:11 PM | Show all posts
Besh giler thread ni
setiap page ada cerita baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2021 12:16 PM | Show all posts
Jeepers Creepers Versi Kisah Benar

Korang penah tengok tak citer Jeepers Creepers?  Citer pasal makhluk jahat yang kejenye kumpul anggota badan manusia. Jurulatih football (bolasepak amerika ye bukan bolasepak macam kt malaysia selalu main tu) aku masa aku sekolah menengah dulu ada cerita sendiri seakan-akan makhluk tu. Tapi kejadian tu berlaku masa dia masih muda dan baru je kawen, dalam tahun 1970an macam tula.

Jurulatih aku ni ada jugak buat keje part time sebagai jurulatih di sebuah kolej kecil di Montana masa tu.  Satu petang tu, bila latihan pun dah berakhir, jurulatih aku ni pun baliklah ke rumah dia dengan memandu sebuah trak usang dia. Trak dia tu mcm Hilux la, tapi lagi buruk pastu cuma muat untuk sorang pemandu dan sorang penumpang. Untuk balik ke rumah tu, jurulatih aku ni kene melalui ladang gandum.  Sepanjang-panjang perjalanan tu memang dia kene lalu ladang gandum sejauh mata memandang, takde rumah di kiri kanan.  



Jurulatih aku masa tu, dia sorang je yang tengah memandu kat jalan tu.  Tiba-tiba, muncullah seorang lelaki di tepi jalan tu, tahan kereta dia nak mintak tumpang.  Zaman 1970an kat pekan kecik, memang masa tu orang tak fikir bahaya kene culik ke, jadi jurulatih aku ni pun berhentilah.  Jurulatih aku perasan, yang lelaki tu pakai baju sut lengkap dengan topi. Tapi sut zaman 1940an dulu.  Sut zaman 1940an ni rekabentuknya labuh sikit tak melekat macam sut biasa.  Topi yang dia pakai pun besar dan bergaya. Dalam hati jurulatih aku terdetik jugak, tak panas ke mamat ni dahla cuaca panas pakai baju macam ni pulak kat tengah ladang gandum.  Tapi jurulatih aku husnozon, agaknya dia ni gelandangan dah baju tu je dia ada kan. Masa tu pulak dah penghujung musim panas nak masuk luruh.  

Tapi lelaki tu tak bercakap sepatah apa pun dengan jurulatih aku. Bila jurulatih aku tanya, nak pegi mana ni, lelaki tu selamba je masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat duduk penumpang, pastu dia sekadar menjulurkan jari telunjuknya ke arah depan.  Jurulatih aku pun teruskanlah memandu.  Lagipun jalan tu pun memang lurus mana ada simpang kiri kanan.

Jurulatih aku cuba jugaklah nak ajak lelaki tu bersembang, tapi lelaki tu senyap je. Pandang dia pun tak.  Akhirnya lelaki tu menurunkan sikit topinya sehingga menutup wajahnya tanda dia nak tidur.  Jurulatih aku dah rasa kekok dah, betul ke tak orang ni. Tapi nak halau kesian pulak. Tengah memandu tu, tiba-tiba lelaki tu terbangun, memandang ke luar tingkap trak, dan suruh jurulatih aku berhentikan trak. "Berhenti kat sini, sekarang".  Brek mengejutlah jurulatih aku tu.

Lelaki tu berdiri di tepi jalan untuk beberapa saat, seolah-olah dia ternampak sesuatu di sebalik batang-batang gandum yang tengah kuning keemasan tu.  Tiba-tiba lelaki tu berlari memecut masuk ke ladang gandum tu seperti mengejar sesuatu.  Terpinga-pinga la jurulatih aku tu. Dahla pintu trak pun tak tutup.  Jurulatih aku beranggapan yang lelaki tu agaknya sakit perut tak tahan nak buang air besar kot, jadi jurulatih aku tu pun tunggulah sekejap. Tapi bila dah dipanggil-panggil lelaki tu tak menyahut pun, hari pun dah senja, jadi jurulatih aku ambil keputusan nak memandu pergi je.

Trak jurulatih aku ni dah buruk, pastu pakai gear manual pulak tu, memang agak terkedek-kedek sikitlah kalau nak mula bergerak tu.  Jurulatih aku terpandang cermin belakang, jurulatih aku ternampak macam ada kereta kat belakang dia. Tapi kenapa pelik sikit bentuk kereta tu? Rupa-rupanya, itu bukan kereta, tapi lelaki yang dia tumpangkan dia tadi, tengah mengejar dia dalam keadaan merangkak. Kaki dan tangan mencecah jalan, tapi gerakannya pantas macam harimau berlari.  Menggelabah la jurulatih aku ni, jurulatih aku punyalah pijak minyak cuba nak laju lagi sampai terhuyung-hayang trak buruk dia. Tapi akhirnya dia berjaya jugak melepaskan diri dari lelaki (?) itu.

Jurulatih aku jumpa stesen minyak, dia pun berhenti dan terus telefon bini dia suruh kunci semua tingkap pintu kat rumah tu dan jangan buka pintu melainkan kalau jurulatih aku dah balik.  Begitulah traumanya dia sampai terbayang-bayang yang lelaki tu akan ikut dia sampai ke rumah.  Dah balik rumah tu, bini pun tanyalah, kenapa dengan abang tadi? Jurulatih aku pun ceritalah dari A sampai Z.  

Tapi bini tak percaya pulak. Kenapa?  Abang ni mesti dah pakat dengan budak ofis sayang, si Mary tu kan? Dia pun cerita macam abang jugak, kena kejar dengan lelaki yang macam abang cerita kat tempat tu jugak.  Bini jurulatih aku tu baru je keje kat pejabat tu, jadi dia ingatkan yang Mary tu saje je nak takut-takutkan dia.  Jurulatih aku terpaksa bersumpah yang tu memang betul-betul, bukan tipu-tipu ke ape ke.

Jurulatih aku ada tanya jugak orang tempatan, rupanya lelaki tu adalah 'urban legend' kat tempat tu. Memang ramai yang cerita pernah terserempak dengan orang tu.  Tapi tak dapat dipastikan lelaki tu memang manusia ke ataupun makhluk lain. Tapi jurulatih aku pesan, kalau nak lalu jalan kat Montana tu berhati-hatilah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 2.295788 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list