|
kita kalau nak marah syarifah amani ttg ketelanjuran kata2 dia tu, kita marahlah... kaw kaw lagi baik, biar dia insaf dan tak buat lagi... marah itu ertinya sayang, bukan benci... marah mmg boleh marah - asal tak marah hingga boleh membunuh bakat seninya sudah...
dah puas dah semua org marah2... sekarang, sampailah masanya pula kita beri dia peluang utk memperbaiki kelemahan diri dan kembali aktif berlakon sperti dulu k... |
|
|
|
|
|
|
harith_hadi1204 This user has been deleted
|
Salam...
herm..hangatnye isu ni... ye la tu. dah wat salah kenala tegur. marah2 syg la tu sbb dia malay kan.... kitakan syg agama dan bangsa kita. xkn krn minat dia tahap fanatik so xnk accept dia wat kesilapan kan... she's a human being, seorg manusia, insan, xlari dr wat kesilapan. dia bkn angel or malaikat. dia dh minta maaf maka kita maafkan. Nabi pun ampunkan ummat. jd apa yg membuatkan kita lebih mulia dr nabi apabila xnak memaafkan? Allah SWT pun akan ampunkan dosa kita bila kita bertaubat n minta ampun dr-Nya. so marilah kita stop from keep on blaming her. byk lg yg perlu kita beri perhatian... lgpun mana tau esok2 yg kata xnak maafkan(menteri tu la) tersasul lak kat dlm Tv, kena gak dia mohon maafka... n of kos la time tu dia akn tahu betapa mahalnya nilai kemaafan tuh...dh2. yg marah2 tu simpan2 je nnt jd kes mengumpat lak. si amani lak xpasal2 dpt pahala org yg dok umpat keji dia sedang yg dok mengata tmbah akaun dosa.yg fanatik sgt pun jgnla smpai tahap memuja ya... krn manusia sifatnya adalah mudah lupa dan sering melakukan kesilapan. so walau secerdik mana si amani ni, dia tetap seorg insan yg fitrah ciptaannya mudah lupa kdg2...kita pun patut ambil iktibar agar jgn guna emosi semata2 utk berckp(sbb marah sgt pengkritik la terkluar kata2 yg wat org salah faham tu kan). |
|
|
|
|
|
|
|
Rais: Isu ucapan Amani selesai
22-08-2006
PUTRAJAYA: Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim menganggap isu kontroversi ucapan pelakon Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya semasa menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada festival filem baru lalu, sudah selesai.
"Saya fikir, kita sebagai manusia dan sekiranya seseorang itu sudah menyedari keadaan atau kata-kata yang tidak seharusnya keluar, kita terima pandangan itu.
"Jadi dengan keadaan itu, saya kira bolehlah ditutup kes itu dan kami akan berhubung dengan pihak beliau melalui Finas, dan kita akan anjurkan suasana yang lebih baik pada tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang sempena perayaan bulan kemerdekaan ke-49 bagi sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pelakon itu memohon maaf mengenai kenyataannya pada majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke-10, melalui akhbar Ahad lepas.
Isu itu timbul apabila Sharifah Amani semasa menerima anugerah itu antara lain berkata "I sound stupid when I speak in Malay" dan kemudian berucap dalam bahasa Inggeris.
Dr Rais berkata bagi memastikan keadaan yang sama tidak berulang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan mengadakan latihan tentang cara memberi ucapan kepada para artis yang mungkin akan menerima anugerah dan sekali gus dinobatkan sebagai pemenang pada majlis Festival Filem Malaysia yang akan datang.
Katanya Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) atau dahulunya dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) mungkin akan turut sama untuk memberikan latihan.
BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
ape2pon sy ttp sokong amani
mayb dia silap ckp mcm tue
sy pon byk silap
terlepas ckp dgn kwn
dgn family
dgn lecturers
tp nasib baik sbb sy org biasa
sy kata apa pon org xpandang,xmasuk paper
tp malangnya amani nie public figure
lagi2 bila kesilapan yg dia lakukakn tue, seluruh malaysia tonton
dn seluruh malaysia jugak kritik
yer mayb salah dia
tp dia mntak maaf kan
xder la dia 'bodo piang' sgt buat2 bodo
kalau xsilap sy,
sy ada baca dlm blog YASMIN AHMAD yg dia menangis menyesal lps 'tersasul' ckp tue
maknya dia benar2 menyesal
give a break
bg sy la, xguna hukum dia, nk ban dia ker
sbb amani ibarat permata dlm industri hiburan kita
lakonan hidup
mantap
tk ramai pelakon muda kita yg macam tue
ape2pon still sokong amani! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #276 cauliflower's post
a great thot...
saya setuju dengan pandangan awak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by harkktuih at 16-8-2006 10:47 AM
dia dah mintak maaf even dia x wat salah aper2...just x tau naper org2 meLAYU nih panas telinga dengar komen dia..mungkin aksi2 julia hana dan aqashah dalam rempit lagi memuliakan imej meLAYU kot c ...
:setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Isu ucapan kontroversi Amani selesai
PUTRAJAYA 22 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
PFM mahu Amani hantar surat rasmi mohon maaf
Oleh Zainuri Misfar
Ramai ahli persatuan Pengeluar Filem desak tarik balik Anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik
PERSATUAN Pengeluar Filem Malaysia (PFM) menasihatkan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19), Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya atau Nani menulis permohonan maaf secara rasmi kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Ini bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar ikhlas dan kesal dengan apa yang berlaku semasa FFM19 itu berlangsung. Salinan permohonan maaf itu pula hendaklah diberikan kepada PFM sebagai penganjur festival.
Pemangku Presiden PFM, Ruhani Abdul Rahman berkata, walaupun Nani sudah memohon maaf tetapi ia hanya dibuat menerusi akhbar dan ia dianggap sebagai kurang memadai.
Saya nasihatkan dia mohon maaf kepada menteri secara bertulis dan rasmi. Lagipun wajar seorang anak mohon maaf kepada orang tua. Salinan maaf itu hendaklah diberikan kepada PFM.
Walaupun dia sudah memohon maaf, tetapi hanya menerusi akhbar. Bagi kita, adalah lebih manis dan kita menganggap dia ikhlas memohon maaf apabila dibuat secara bertulis dan rasmi.
Kita (PFM) juga tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini apabila dia berbuat demikian,? katanya.
Menurutnya, setakat ini PFM memang tidak membuat sebarang tindakan terhadap Nani kerana pendedahan meluas oleh media dan kenyataan keras Dr Rais dianggap sebagai satu hukuman kepada pelakon itu.
Ini berikutan keterlanjurannya semasa berucap selepas menerima trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik di FFM19 pada 13 Ogos lalu.
Nani, semasa menerima trofi itu mengeluarkan ucapan ?it will sound stupid if I speak Malay? dan ?let?s do it more often if filem ini dikatakan mencemarkan budaya Melayu?. Ucapan itu menimbulkan kemarahan Dr Rais dengan menganggap pelakon ini merendahkan martabat serta reputasi bahasa dan bangsanya sendiri.
Selain Dr Rais, ucapan Nani turut menimbulkan rasa marah kepada penerbit filem seolah-olah hendak ?mengajar? mereka supaya menghasilkan filem seperti Sepet atau Gubra.
Jelas Ruhani, baik Nani atau pengarahnya, Yasmin Ahmad mereka sewajarnya menerima dengan hati terbuka apabila filem Sepet dan Gubra dihentam teruk oleh masyarakat dan media.
Sebelum Sepet dan Gubra, ramai pengarah dan produser yang filem mereka dihentam oleh pihak media mahupun masyarakat. Filem (Datuk) Yusof Haslam pun pernah dihentam teruk sehingga dikatakan sebagai filem sampah.
Tapi beliau (Yusof) dan pelakonnya tidak mengeluarkan ucapan yang mengikut perasaan sehingga menyakitkan hati mana-mana pihak.
Kita ada ramai produser. Mereka buat pelbagai genre filem. Yasmin buat filem dengan genre dia, produser dan pengarah lain buat filem dengan genre masing-masing. Jadi, tak patut Nani cakap supaya ?banyakkan filem yang mencemarkan budaya.
Dia kena tahu, siapa dirinya nak cakap macam itu. Dalam dewan semasa FFM19 diadakan, ada ramai produser yang mewakili syarikat penerbitan masing-masing hasilkan tiga hingga empat filem setahun, sedangkan Yasmin baru setahun satu filem. Tentu mereka (produser filem) marah dengan apa yang dia cakap,? katanya.
Menurutnya, walaupun sebahagian besar ahli PFM mendesak supaya tindakan keras dikenakan kepada Nani, beliau berpendirian pelakon muda itu wajar diberi peluang memperbaiki kesilapannya.
Antara desakan itu ialah menarik balik kemenangan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, memboikot dan seterusnya menyenarai hitamkan pelakon ini.
Katanya, apa yang berlaku kepada Nani menjadi pengajaran kepada pelakon muda lain supaya lebih berhati-hati apabila bercakap di hadapan khalayak umum dengan tidak mengikut perasaan.
Mungkin dia suka dengan apa dia cakap. Tapi ramai yang tak suka. Usah vokal (celupar) sangat.
Ramai ahli PFM mendesak tindakan tegas diambil, termasuk menyenarai hitam namanya. Kemenangannya ditarik balik kerana menimbulkan kemarahan menteri dan tidak menghormati penganjur.
Kita tidaklah (bertindak) ke tahap itu. Industri ini kecil. Amani masih muda, masanya masih panjang (untuk membaiki kesilapannya). Takkan kita hendak matikan kariernya, katanya.
Dalam pada itu, Ruhani berkata, laporan bedah siasat mengenai penganjuran dan penjurian FFM19 sudah disiapkan ahli jawatankuasa PFM dan akan diserahkan kepada Dr Rais tidak lama lagi.
Laporan bedah siasat ini dibuat menerusi satu perbincangan bersama Jawatankuasa Induk Penganjur FFM19. Kita akan menetapkan satu masa yang sesuai untuk menghantar laporan itu kepada menteri, katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka..dah la muka tak lawa..english pun bukan bagus sgt nk di lagakan nye tu..bodoh tak skolah betul budak ni..pelakon paling bangang!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh sungguh Ruhani. Agaknya tombol pintu aku lima belas kali lebih pandai dari pemangku presiden ni. |
|
|
|
|
|
|
Bu_er This user has been deleted
|
tahapehape la ruhani ni...bukan nye intentionally si nani tu nak cakap mcm tu...lagipun maksud die lain...puh-leeez...die dah minta mahap tu sudah la...nak formal2 lak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 24-8-2006 11:13 AM
PFM mahu Amani hantar surat rasmi mohon maaf
Oleh Zainuri Misfar
Ramai ahli persatuan Pengeluar Filem desak tarik balik Anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik
PERSATUAN Pengeluar Filem Mala ...
besar sangat ke kesalahan amani tu? artis2 perempuan yg berkemban gantung tu tak disuruh mintak maaf ke? sepatutnya kod pakaian utk artis menghadiri anugerah atau majlis formal perlu ditetapkan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 24-8-2006 11:13 AM
PFM mahu Amani hantar surat rasmi mohon maaf
Oleh Zainuri Misfar
Ramai ahli persatuan Pengeluar Filem desak tarik balik Anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik
PERSATUAN Pengeluar Filem Mala ...
mangkuk tol.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #284 greyrose's post
tu yang saya heran tu...
dia pun dah minta maaf segala dah la...
yang pakaian dan kelakuan tak senonoh
diam kan aje...
rasa cam double standard pulak cam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
come on la....dia speak in english doesnt make her less malay
be more open la people,bukannye dia nak berniat menghina kaum sendiri
dia pon takde bengap sangat nak menghina bangsa dia sendiri depan berjuta orang,in public,live plak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #280 dexa's post
PERSATUAN Pengeluar Filem Malaysia (PFM) menasihatkan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19), Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya atau Nani menulis permohonan maaf secara rasmi kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dahla suruh tulis surat, pastu tulis surat pada Menteri je ? PFM nak bodek menteri ke ni
Ini bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar ikhlas dan kesal dengan apa yang berlaku semasa FFM19 itu berlangsung.
Siapa kata mohon maaf tak bertulis tak ikhlas ?
Salinan permohonan maaf itu pula hendaklah diberikan kepada PFM sebagai penganjur festival.
Sejak bila pulak PFM jadi pengesah permohonan maaf ni ? :lol
Pemangku Presiden PFM, Ruhani Abdul Rahman berkata, walaupun Nani sudah memohon maaf tetapi ia hanya dibuat menerusi akhbar dan ia dianggap sebagai kurang memadai.
Kurang memadai ? Dia ni baca paper ke tak ? :lol
Saya nasihatkan dia mohon maaf kepada menteri secara bertulis dan rasmi. Lagipun wajar seorang anak mohon maaf kepada orang tua. Salinan maaf itu hendaklah diberikan kepada PFM.
Masalahnya dia memang dah mintak maaf la...bukan dia tak mintak maaf
Walaupun dia sudah memohon maaf, tetapi hanya menerusi akhbar. Bagi kita, adalah lebih manis dan kita menganggap dia ikhlas memohon maaf apabila dibuat secara bertulis dan rasmi.
Lepas ni kalau kita ada kesalahan dengan sesiapa, kena buat surat, kena bertulis sebab lebih manis.. dan ikhlas..kalau ucapkan maaf je tak dikira sebagai ikhlas dan tak manis :lol
PERSATUAN Pengeluar Filem Malaysia (PFM) nak tunjuk kononnya diorang buat kerja
Anyway, kalau tak silap aku Amani dah pun jumpa face-to-face dengan Rais Yatim mintak maaf kan ?
Dan dah mintak maaf pada seluruh rakyat Malaysia melalui akhbar
Takkan diorang nak dia hantar surat sorang satu kat seluruh rakyat Malaysia ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 25-8-2006 08:29 AM
PERSATUAN Pengeluar Filem Malaysia (PFM) menasihatkan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19), Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya atau Nani menulis permohonan maaf s ...
huh! 'besarnya' kesalahan amani. artis malaysia pertama agaknya yg buat kesalahan sebesar itu |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh betoi dgn org Melayu yg 'terlalu sensitif' dgn isu yg bukan2 ni
Dulu Maya Karin kena kutuk sebab x fasih cakap Melayu (padahal x ada beza banyak pon bahasa Indo ngan Melayu). Bila dia cakap dlm bahasa Indo org marah gak, kena kutuk gak
Bila org cakap Melayu campur Inggeris kata guna bahasa rojak, lepas tu kena kutuk gak kata kalau nak cakap Melayu cakap Melayu la, nak cakap Inggeris cakap Inggeris saja la x payah nak campur2
Yg nak tergelak bila Amani kata dia x fasih Melayu (bukan x reti Melayu), dan lebih selesa berbahasa Inggeris org marah padahal sebelum ni ramai yg cakap Melayu pon bukan guna bahasa Melayu yg betul, tapi guna bahasa pasar tapi org tak ambik peduli sebab perkataan Melayu tu tetap ada
Cuba tengok Nik Aziz mana dia guna bahasa Melayu tetapi dialek Kelantan, Lan Pet Pet bila bercakap guna dialek Kedah
Dulu anak2 TPM masuk tb semuanya cakap Inggeris, pak2 menteri tak melenting pon kata mencemar Melayu padahal anak2 TPM sendiri
Yg nampak lagi bodoh bila org kata kalau dia Melayu kena pandai cakap Melayu, kalau x pandai dia bukan Melayu dan mencemar dan memalukan bangsa Melayu padahal Amani bukan x reti cakap Melayu tetapi x fasih cakap Melayu tambahan plak malam anugerah, dia gelabah kalau tersasul sana sini org cakap dia ni bodoh sangat ker x pandai cakap Melayu, asyik gelabah jer kejap2 omputih kejap2 Melayu
Kalaulah org Melayu x pandai cakap Melayu, menghina bangsa Melayu kalau mcm tu lepas ni org Cina boleh la kutuk2 Vince yg x reti langsung cakap Cina padahal dia tu lagi teruk sampai bahasa ibunda dia sendiri x pandai cakap
Inilah sikap org Melayu yg nak besarkan benda2 kecik dan amat benda tu jadi sensitif sangat padahal sebelum ni pon bukannya diaorg guna bahasa Melayu betoi pon, konon2 nak perjuangkan bahasa Melayu
Tapi ada eloknya benda ni berlaku, lepas ni pada mana2 org yg nak masuk tv tu pastikan kena cakap Melayu dgn fasih, jgn plak campur2 tetambah ada sorang peserta OIAM yg sikit2 cakap omputih padahal sebelum ni boleh cakap Melayu dgn fasih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #291 karlreef's post
PM sibuk ngan hal dia, lagi berat dari kes remeh-temeh ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #293 karlreef's post
Rais dah x ada kerja, mcm tu la Menteri Malaysia
Padahal banyak benda lain yg boleh difikir |
|
|
|
|
|
|
| |
|