|
Reply #257 iansuryani's post
patut lah sekarang tenggek tembok .. duda rupa nya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #259 iansuryani's post
dah ajal dia.. nak jadi sebab |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh Wan Noriza Meor Idris dan Sarah Zulkifli
Bohsia bagai barang dagangan anggota kumpulan Mat Rempit
KUALA LUMPUR: 揔au nak Ann (bukan nama sebenar)? Aku tawar kat kau RM20 boleh? Kau bawalah dia 慾alan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 14-2-2007 01:42 PM
patut lah sekarang tenggek tembok .. duda rupa nya
sian ek dia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fatz at 14-2-2007 09:30 PM
sian ek dia.....
bab apa?.. dia jatuh? tak lah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 14-2-2007 10:46 PM
bab apa?.. dia jatuh? tak lah
sian arr dia tak mati..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #267 Browneyes's post
ak ah....kesian kat anak2 dia arr... |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 15 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
UMPAN WANITA SEBELUM ROMPAK DAN ROGOL Tuduhan tambahan ke atas dua lelaki selain rompak dan belasah mangsa Oleh
Khalid Khamis
DENGAN menggunakan umpan bahawa mereka memerlukan khidmat seks daripada beberapa wanita yang dipercayai pelacur, mereka lalu me merangkap mangsa untuk dirompak dan kemudian merogol mereka.
Dua lelaki tersebut, Mohamed Fadzli Abdul Rahim, 27 tahun, dan Mohamad Norhazri Mohd Fuadzi, 21 tahun, semalam diheret ke Mahkamah Rendah untuk menghadapi tuduhan tambahan.
Mahkamah Rendah semalam diberitahu bahawa mereka kini menghadapi tuduhan merogol, melakukan seks di luar tabii, merompak dan merompak beramai-ramai.
Kedua-duanya sebelum ini hanya dituduh merompak beramai-ramai dan membelasah mangsa.
Semalam, mereka dikenakan tuduhan tambahan dengan secara keseluruhan Mohamed Fadzli menghadapi enam tuduhan dan Mohamad Norhazri lima tuduhan.
Mahkamah diberitahu bahawa mereka telah memandu tiga wanita warga China ke tempat yang sunyi sebelum merompak dan merogol mereka.
Menurut kenyataan pertuduhan, pada 12 Ogos lalu antara 3 hingga 5 pagi, Mohamed Fadzli dan Mohamad Norhazri telah merompak seorang wanita berusia 35 tahun berjumlah $600.
Wanita itu dibawa ke tempat terpencil di Jalan Sam Kongsi, dekat Tampines. Di situ, Mohamed Fadzli telah merogol mangsanya sebelum meninggalkannya keseorangan di tengah jalan.
Kali pertama Mohamed Fadzli dan Mohamad Norhazri melakukan perbuatan sebegitu ialah pada 1 April lalu apabila merompak seorang wanita berusia 26 tahun.
Dalam rompakan tersebut, wanita warga China itu dibawa ke kawasan Geylang sekitar 5 pagi dan Mohamed Fadzli merogolnya dan memaksa nya melakukan seks oral terhadapnya.
Mohamad Norhazri pula dituduh membantu ra kannya untuk melakukan perbuatan keji tersebut.
Mereka mengulangi perbuatan itu apabila Mohamed Fadzli dan Mohamad Norhazri merompak jumlah $480 daripada seorang lagi wanita warga China pada 16 April lalu sekitar 12 tengah malam di Jalan Sam Kongsi.
Tiga lagi rakan mereka, Muhammad Dhuyauddin Ahmad, 21 tahun, Yusry Shah Jamal, 17 tahun, dan Khairul Zaman Mamon, 17 tahun, yang turut terlibat, merompak wang tunai dan barangan peribadi bernilai $1,840 daripada mangsa.
Tidak diketahui jika mereka telah dituduh di mahkamah.
Seorang lagi budak lelaki yang juga rakan mereka, Mohammad Al Ansari Basri, 16 tahun, dituduh merompak secara berasingan.
Kes dua lelaki itu dijangka didengar lagi di Mahkamah Tinggi pada 19 April ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 15 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
PENCURI SERKUP KEPALA MANGSA
SESI ulang kaji pelajaran seorang pelajar politeknik bersama temannya menjadi peristiwa yang tidak dapat beliau lupakan apabila komputer riba miliknya dan telefon bimbit temannya dilarikan pencuri.
Dalam kejadian sekitar 2.30 pagi kelmarin di kolong Blok 504, Hougang Avenue 8, itu, pelajar perempuan Cina berusia 20 tahun itu mendakwa segala-galanya berlaku secara tiba-tiba.
Pencuri tersebut datang menyerkup dari belakang kepala teman yang duduk bersebelahannya dengan sebuah beg bertali.
Dalam suasana kelam-kabut teman lelakinya cuba meloloskan beg tersebut daripada kepalanya, pencuri itu merampas komputer riba bernilai $2,500 dan telefon bimbit bernilai $100 lalu berlari ke arah Stadium Hougang.
Teman lelakinya itu cuba mengejar tetapi gagal setelah pencuri tersebut hilang dari pandangan.
Suspek dipercayai seorang lelaki berbangsa Cina, berkulit gelap dan setinggi 1.7 meter.
Beliau memakai topi dan kemeja-T berwarna gelap dan jeans biru.
Pihak polis meminta saksi kejadian untuk menelefon talian segera di 1800-255-0000.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 15 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
DIDENDA DAN DIHARAM MEMANDU
SEORANG pemandu lori warga Malaysia didenda $6,000 dan diharamkan memandu untuk tempoh selama tiga tahun setelah menyebabkan kematian seorang pejalan kaki berusia 82 tahun.
Tey Hian Lay, 37 tahun, mengaku bersalah semalam ketika memandu lori yang membawa buah-buahan di lorong paling kiri di Depot Road.
Pada 9 November lalu, beliau melanggar sebuah lori yang diletak di tepi jalan. Lori itu berhenti dengan lampu kecemasan dinyalakan.
Akibat pelanggaran itu, lori yang terhenti itu terlajak ke hadapan lalu melanggar seorang pejalan kaki, Cik Tan Meow Tian.
Cik Tan meninggal dunia sejam kemudian setelah retak tengkoraknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 15 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
PEROMPAK 'SAPU' BARANG KEMAS DAN WANG DARI FLAT
SEDANG penghuni rumah keluar bersama keluarga, si perompak pula sibuk menggondol barangan kemas dan wang tunai.
Dalam masa lima jam beliau meninggalkan flatnya di Blok 627, Jurong West Street 65, seorang pengurus kehilangan barang kemas bernilai $5,500 dan wang tunai $3,000.
Pengurus berusia 40-an tahun itu keluar sekitar 7 malam Sabtu lalu.
Sepulangnya sekitar 12.10 pagi, beliau mendapati pintu dan pagar rumahnya dibuka secara paksa dan mangga pintunya hilang.
Lampu di bilik tidur utamanya telah dinyalakan dan dua bilik tidurnya digeledah.
Sepasang anting-anting berlian, sebentuk cincin berlian, cincin perkahwinan, dua urat gelang dan seutas rantai lesap.
Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menyimpan terlalu banyak wang dan barangan berharga di rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 15-2-2007 08:49 AM
Singapura : 15 Februari 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax/print.jpg Mudah cetak | E-melUMPAN WANITA SEBELUM ROMPAK DAN ROGOL Tuduhan tambahan ke atas dua lelaki selain rompak ...
melayu boleh :clap: |
|
|
|
|
|
|
|
WANITA DAKWA DIPUKUL TIGA IPAR, TUNTUT GANTI RUGI
Oleh
Farid Hamzah
SATU perbalahan keluarga berakhir dengan tiga wanita adik-beradik didakwa memukul seorang adik ipar mereka. Adik ipar itu, Cik Zubaidah Abdullah, 38 tahun, mendakwa beliau dituduh mengamalkan ilmu hitam serta diserang dua kakak ipar dan seorang adik iparnya di Bukit Batok pada 25 April 2005.
Beliau membuat laporan polis pada hari yang sama sebelum mengheret ipar-iparnya - Cik Jamilah Karsadi, 37 tahun; Cik Sumirah, 42 tahun dan Cik Mesiah, 46 tahun - ke mahkamah dengan membuat aduan majistret. Semalam, kes itu didengar di Mahkamah Rendah di hadapan Jaksa Pendamai, Cik Chia Swee Tin.
Cik Zubaidah, seorang suri rumah, ditemani suaminya, Encik Supardi Karsadi, 40 tahun. Beliau mengarahkan peguam mereka, Cik Soraya H. Ibrahim, menuntut ganti rugi antara $5,000 dengan $10,000 daripada tiga wanita itu. Keputusan kes itu akan ditentukan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Ditemui di luar mahkamah, Encik Supardi berkata beliau dan isterinya tidak memaafkan adik-beradiknya itu dan akan terus menuntut ganti rugi.
'Isteri saya menanggung malu akibat dipukul, dimaki hamun dan tudungnya ditarik semasa kejadian itu. Saya tidak akan memaafkan mereka dan akan pastikan keadilan tercapai,' kata pemandu treler itu.
Dalam laporan polis, Cik Zubaidah mendakwa Cik Jamilah mendekatinya di kolong Blok 162, Bukit Batok Street 11 pada petang hari itu dan menuduhnya mengamalkan ilmu hitam. Beliau mendakwa tidak mempedulikannya dan Cik Jamilah kemudian mengejarnya sebelum Cik Sumirah dan Cik Mesiah ikut serta.
Cik Zubaidah juga mendakwa beliau ditolak ke tembok oleh Cik Jamilah dan Cik Sumirah menampar pipi kanannya. Menurutnya, beliau dapat melepaskan diri dan pulang sebelum membuat laporan polis.
Ketiga-tiga wanita itu menafikan menyerang Cik Zubaidah, sebaliknya berkata Cik Zubaidah yang menuduh mereka menggunakan ilmu hitam ke atasnya. Kini mereka merancang untuk mendapatkan peguam.
Mereka ditemani ibu mereka, Cik Suminah Hussin, 64 tahun; seorang lagi kakak mereka, Cik Misnah, 49 tahun; dan suami Cik Jamilah, Encik Khuzali Hamzah, 40 tahun. Cik Jamilah berkata beliau dan Cik Mesiah meminta maaf kepada Encik Supardi dan Cik Zubaidah di hadapan Cik Chia tetapi mereka mendiamkan diri.
banyak sangat tengok cerita harry potter |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 15-2-2007 09:14 AM
WANITA DAKWA DIPUKUL TIGA IPAR, TUNTUT GANTI RUGI
Oleh
Farid Hamzah
SATU perbalahan keluarga berakhir dengan tiga wanita adik-beradik didakwa memukul seorang adik ipar mereka. Adik ipar i ...
Dorang ni semua takde kerja ke? Memalukan kaum wanita aje....Skarang satu s'pore dah tahu kelakuan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Izzana at 15-2-2007 09:53 AM
Dorang ni semua takde kerja ke? Memalukan kaum wanita aje....Skarang satu s'pore dah tahu kelakuan mereka.
pukul orang tu kerja jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Izzana at 15-2-2007 09:53 AM
Dorang ni semua takde kerja ke? Memalukan kaum wanita aje....Skarang satu s'pore dah tahu kelakuan mereka.
za, gambar dorang masuk sokkabar kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gadis_aries at 15-2-2007 10:05 AM
za, gambar dorang masuk sokkabar kan...
I read kat internet...jadi tak nampak gambar....
Kalau aku pun aku sue kakak ipar tu....menuduh tanpa bukti & memalukan depan orang ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 15-2-2007 08:56 AM
melayu boleh :clap:
siot je eh, satu2 nama bukan main sedap |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|