|
Reply #273 sayapghaib's post
tak silap saya novel ni dah lama tahun 90an kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thessailly at 27-2-2008 08:46 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
tuhan selalu dikaitkan dengan cahaya..(cahaya iilahi, cahaya keimanan, yang memberi cahaya..dll..)
- dalam proses kejadian, ada diterangkan bahawa ...selepas itu Allah MENIUPKAN ROH untuk melen ...
penciptaan yang pertama tak silap saya dari sumber tasawuf,memang ciptaan Allah yg pertama bermula dari Nur nabi junjungan kita Muhammad saw.kemudian dari nur itu juga keluar nur para sahabat,rasul2 ,nabi2 ,wali2,para tabi' tabi'in,kemudian muslimin muslimat,dari nur para nabi terhasil nur setiap umat mereka..kemudian baru terhasil planet2 bulan bintang,udara air dll.untuk huraian yg lebih lengkap sila rujuk pada tajuk nur Muhammad..malah ada hadis dari Rasulullah berhubung penciptaan nur ini..saya tak dapat nak letak kat sini.tapi insyaalah bila komputer dah ok saya usahakan..
bagaimanapun ulama tidak bersepakat menyatakan manusia adalah sebahagian dari Allah,ini berdasarkan dalil yg nabi adam as sendiri dicipta dari tanah.dan pendapat ini membawa kepada golongan aliran Wahdatul wujud..yang didakwa sesat itu..saya juga masih belajar..masih mencari ilmu..saya rasa tuan rumah juga kini tidak berkesempatan lagi mengulas,kerana dia kata ada urusan dan tidak akan posting lagi..harap2 ini bukanlah muktamad...sebab banyak hal yg masih menjadi tandatanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Saya masih baru jd saya mohon maaf kalau ada kesilapan.
Pendapat saya:
Jika tidak kenal cahaya, kita tidak akan kenal apa itu gelap
Jika tidak kenal gelap, kita tidak akan kenal apa itu cahaya
Sebagai contoh kejadian siang dan malam,
kalau bumi sentiasa siang, kita tidak akan tahu mcm mana rasanya waktu malam.
Kalau sentiasa malam, kita tak tahu mcm mana rupanya siang.
Bila ada pro dan kon, barulah kita akan berfikir baik buruk, kelemahan, kelebihan dia dan menyelami rahsia kejadian
[3.190] Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miftahuljamilah at 29-2-2008 12:16 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
penciptaan yang pertama tak silap saya dari sumber tasawuf,memang ciptaan Allah yg pertama bermula dari Nur nabi junjungan kita Muhammad saw.kemudian dari nur itu juga keluar nur para sahab ...
terima kasih atas pandangan kak mift..tapi kalau kita dikatakan dijadikan dari tanah, bukan kah itu fizikal..kalau 'ruh' macam mana?... (tak apa kan tanya macam ni kat thread ni..semua perkara saling berkait..jadi, pasti ada kaitannya)
[ Last edited by thessailly at 29-2-2008 03:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ibarat sebatang lilin menyalakan beribu2 batang.
Berasal dari nur yg satu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #282 thessailly's post
seperti yg saya nyatakan saya cuba dapatkan ulasan berhubung 'nur Muhammad' ini menurut pendapat ulamaHadith berkenaan dengan Nur:
Tentang hadith berkenaan dengan Nur itu antara yang boleh dikemukakan ialah:
Dalam Kitab 揔ashf al-Khafa |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam 揂l-Mawahib al-Ladunniyyah bil-Minah al-Muhammadiyyah |
|
|
|
|
|
|
|
Seterusnya, dalam kitab Al-Shifa karangan Qadhi 慖yad rahimahu扡lah, terdapat kenyataan dari Ibn 慉bbas rd. bahawa Nabi s.a.w. adalah ruhnya itu berada di sisi Allah sebelum Ia menjadikan Adam a.s. selama dua ribu tahun, bertasbih nur itu sebagai malaikat bertasbih; daripadanya dijadikan Adam a.s. Bila Adam dijadikan maka nur itu diletakkan pada sulbinya. Sabda nabi s.a.w. Kemudian Allah turunkan aku ke bumi dalam sulbi Adam, kemudian dijadikan aku dalam sulbi Nuh, sulbi Ibrahim, kemudian tidak berhenti-henti Allah memindahkan aku dari sulbi-aulbi mereka yang mulia-mulia dan rahim-rahim para wanita yang suci, sehinggalah Ia keluarkan daku dari kedua ibu bapaku, yang mereka itu tidak terkena kekejian sedikitpun. Yang menjadi saksi tentang sahihnya kisah dan khabar ini ialah sya抜r al-慉bbas yang masyhur yang memuji Nabi s.a.w. (Kitab al-Shifa, oleh Qadhi 慖yad, I, hal.83).
Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud: 揹an mengetahui tentang gerak-geri engkau dalam kalangan mereka yang sujud |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan:
Daripada pembentangan riwayat-riwayat di atas berdasarkan dokumentasi para mufassirin dan muhaddithin yang merupakan imam-imam dalam bidangnya, ada beberapa kesimpulan yang boleh dibuat. Antaranya ialah: bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sudah ada hakikatnya, nurnya, sebelum sekelian makhluk dijadikan. Bahkan nurnyalah yang merupakan makhluk pertama yang dijadikan oleh Tuhan, sebagai kekasihNya. Ia juga punca bagi sekelian makhluk yang lain, baik alam tinggi atau alam bawah atau alam rendahnya, alam yang boleh dipandang dengan mata atau alam yang tidak boleh dipandang dengan mata. Ia makhluk yang terawal dicipta dan yang terkemudian sekali dibangkit dengan jasad dan rohnya dalam sejarah alam ini. Namun kewujudannya sebagai nabi dan rasul diketahui oleh sekalian nabi dan rasul dalam seluruh sejarah umat manusia, antaranya, khususnya jelas daripada hadith-hadith berkenaan dengan Isra |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #287 miftahuljamilah's post
diharapkan sedikit dari pembentangan kertas kerja MUHAMMAD 慤THMAN EL-MUHAMMADY (UEM) berhubung konsep nur Muhammad di Dunia Melayu ini dapat kita mengambil sebagai satu panduan dalam thread ini..sebenarnya banyak lagi huraian ulama2 dari pelbagai bidang tetapi saya rasa ianya sudah memadai untuk renungan kita bersama.jika forumer ingin mendapatkan huraian lanjut anda boleh layari di:
http://www.geocities.com/traditionalislam/Nur_Muhammad.htm
Selain itu dari Nur Muhammad jugalah asal kejadian malaikat,jin dan syaitan.Insyaallah saya cuba dapatkan kisahnya,,oleh kerana thread ini berhubung tentang iblis jadi saya rasa perkaitan itu ada sedikit sebanyak..tetapi tuan rumah jualah yg mampu memberitahu rahsia itu..jika kita tak mampu cari rahsia tu mungkin thread ini juga akan berkubur..kerana tuan rumah mungkin tak posting dah...
[ Last edited by miftahuljamilah at 1-3-2008 06:09 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih, kak mif..sangat berisi..kena baca banyak kali lagi..
- rupe-rupenya..sangat banyak perkara yang saya tak tahu...(hoh!..memang laa )
- tetiba rasa malu dengan diri sendiri...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #289 thessailly's post
begitulah luasnya ilmu Allah..saya juga rasa malu..rasa2nya semakin banyak yang kita tau semakin rasa kerdil diri ini..takpe thessaily teruskan usaha mencari ilmu..saya pun sedang mencari dan terus mencari.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya juga baru temui tentang rahsia kegelapan dalam kajian sains oleh seorang doktor,tak pasti sama ada rahsia ini sejajar dengan apa yang tuan rumah maksudkan..tapi mari sama2 kita fikirkan..
RAHSIA KEGELAPAN
Ramai yang mengaitkan kegelapan dengan sesuatu keburukan atau kejahatan. Disebabkan itu sering kali kita menjadi takut dan cuba untuk mengelak daripada berada dalam kegelapan. Tetapi tahukah anda, kegelapan sebenarnya secara tidak sedar turut memberi kebaikan kepada kesihatan kita. Saya tidak merujuk kepada zaman kegelapan yer, apa yang saya maksudkan di sini adalah kegelapan malam semulajadi. Dr. Ariffaizal dalam blognya ada menjelaskan secara saintifik fungsi kegelapan untuk manusia.
Resonan Sinar
Sinar ialah tenaga yang diperlukan oleh Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary setiap hari untuk membantu merembeskan hormon-hormon yang penting untuk keperluan tenaga dan keseimbangan tubuh. Cahaya sinar berfrekuensi amat rendah iaitu di bawah 400 nanometer atau bawah 2 Hertz. Sewaktu tubuh berada dalam keadaan penyelaraan sel dan neuron, serta ketika ketika tubuh dalam keadaan rehat dan keteika tubuh sedang melakukan sesuatu rawatan seperti kecederaan, luka, kepatahan, kematian sel-sel dorman dan sebagainya, maka Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary akan menjalankan fungsinya. Ketika itu, keperluan sinar amat mendesak.
Berikut ialah kaedah resonan untuk mendapatkan sinar;
Tidur dalam kegelapan.
Otak akan berada dalam keadaan yang resonan dengan sinar apabila berada tahap keaktifannya berada pada gembang delta. Tahap delta hanya boleh dicapai apabila kita dapat tidur dalam keadaan yang lena. Maklumat lanjut mengenai tidur delta telah ditulis dalam blog ini dalam post bertajuk Tidur Sebagai Rawatan
Mereka yang mengamalkan tidur dalam cahaya terang akan mudah menjadi pelupa dan apabila meningkat umur, akan timbul simptom seperti amnesia (nyanyuk).
Mandi ais dalam keadaan gelap atau mandi malam.
Dalam air yang sejuk dan ais mempunyai banyak elektron atau ion-ion negatif terdapat getaran sinar. Getaran sinar ini hanya akan diperolehi dengan resonan apabila kita mandi dalam keadaan gelap terutamanya ketika waktu malam.
Amalan yang tidak menyihatkan ialah seseorang itu mendedahkan dirinya kepada angin yang kencang atau di bawah kipas yang berpusing kencang setelah mandi, lebih-lebih lagi sekiranya tubuh tidak dikeringkan atau tidak mengenakan pakaian setelah mandi malam. Mandi air yang sejuk akan mewujudkan thermodinamik atau pemendaman haba, tetapi angin akan menyebabkan haba tubuh terbebas berserta hidrasi. Alternatif terbaik ialah tidur berselimut dalam bilik yang dipadamkan lampu dan berhawa dingin sejurus selepas mandi malam.
Balutan dengan kain Cotton (kain kapas).
Kain kapas adalah pengalir elektron yang terbaik. Membuat balutan terhadap luka, bengkak atau sesuatu kecederaan sehingga mewujudkan kegelapan akan menjadikan pembinaan tisu-tisu baru di bahagian yang tercedera jauh lebih cepat walaupun pada waktu siang. Dalam kegelapan balutan, hanya sinar yang akan menembusi balutan dan mempertengakan sel.
Berada dalam bilik gelap selama 30 minit untuk pesakit migrain.
Getaran sinar amat menghampiri dengan getaran bahagian otak Hipothalamus (NW3) yang menyamai dengan warna pink. Sinar boleh mempertanagakan organ-organ di bahagian bawahan terutamanya Hipothalamus. Mereka yang diserang mingrain apabila masuk ke bilik yang gelap akan hilang serangan tersebut dalam tempoh kira-kira 30 minit.
[ Last edited by miftahuljamilah at 2-3-2008 11:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[2.257] Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. |
|
|
|
|
|
|
|
malam dan siang, batin dan zahir, bulan dan matahari
teringat kata kata nabi dlm hadis-sesunguhnya setiap nabi mempunyai teman teman karib nabinya, dan bagiku Isa adalah yg terdekat denganku, kenapa ya?renung renungkanlah sabda nabi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #293 mast3rshad0w's post
hmm..saya pun sebenarnya tak pasti maksud hadis ini..tapi jika dikira sahabat karib ini ialah dari segi jarak jangkamasa turunnya Nabi Isa as,sebelum Nabi Muhammad saw,kemudian..kedua2 mereka tergolong sebagai Rasul Ulul Azmi,dan yang ketiga kedua2nya Rasul yang bercirikan Hamba iaitu bukan pemerintah spt nabi Sulaiman,dan nabi Yusuf as,mereka ini sama2 tiada bapa semasa hayat.Dan yang terakhir Nabi Isa aka turun semula ke dunia menjelang kiamat untuk membenarkan syariat Rasulullah dan menghapuskan ajaran ktistian.Keinginannya untuk hidup dizaman umat Nabi Muhammad atas sebab pelbagai kelebihan umat Muhammad saw ,maka Allah kabulkan permintaannya..
ini hanya pendapat saya..boleh jadi bukan ini yang Rasulullah maksudkan sebagai sahabat karib itu.wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #295 disclaimer's post
Allah mengabulkan permintaannya untuk berada dalam zaman umat Nabi Muhammad.status nya pada ketika itu bukan lagi sebagai Rasul yang menyampaikan syariat sebelum Islam,cuma tanggungjawabnya memperbetulkan semula fahaman Isa sebagai Anak Tuhan,dan membunuh Dajjal..dan menyambung tugas sebagai pemimpin umat Islam..kerana Rasul terakhir adalah Nabi Muhammad saw. |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimanakah sekiranya nabi Isa sudah turun dan wujud, tetapi tidak muncul di khalayak ramai, tetapi turun dan menghuni jiwa manusia; dari sehari ke hari sehingga semakin berisi penuh kerohanian seseorang; sehinggalah tiba janji tuhan pada seseorg;sesungguhnya al-mahdi itu disempurnakan dalam
SATU MALAM;
malam lailatul-qadar itu bersamaan seribu bulan;
berfikir sesaat tentang tuhan lebih utama dari seribu solat-hadis sahih bukhari muslim;
APAKAH SATU ITU?APAKAH MALAM ITU? |
|
|
|
|
|
|
| |
|