CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juju_amin84

[BORAK] borak2 melaka

 Close [Copy link]
Post time 22-12-2007 12:04 PM | Show all posts
cuma taktau nak bawak gi mam katner
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2007 12:05 PM | Show all posts
tekak nak mam kepci
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 12:05 PM | Show all posts
sekian laporan aku wat masa ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 12:05 PM | Show all posts
sebelom tu......
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 12:06 PM | Show all posts
falcon_9009
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by auntie_girl at 22-12-2007 12:05 PM
sekian laporan aku wat masa ni


laporan diterima ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2007 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by auntie_girl at 22-12-2007 12:02 PM
naper r aku senang nanges


sbb ko dah tua .. weiii ! malu aaa kat cucu ko .. nenek nanges tgk citer kat lam tv jer ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by auntie_girl at 22-12-2007 12:04 PM
karang nak kena kuor jumpa kawan lagik


ehehehehe .. nk tau laporan pasal MOKCIK ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2007 01:44 PM | Show all posts
mula2 dia ajak member dia kuar .. kononnya nk ajak gi makan2 laaa ..

ko tau jer lah ! MOKCIK ko ni jenis yg suke makan .. hahahha ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 01:46 PM | Show all posts
pada mulanya .. dia call member dia ajak kuar makan .. tp, korang tau apa member dia jawab ?

"weii ! blah aa ko, nk ajak aku kuar makan kunun .. ko cakap ngan aku pon ada bau air liuq basi lg .. sah ko x mandi lg ni !!! :@"

hahahaha ... sedey toll .. dah siang bolong pon x leh mandi lagi .. dah laa baru bangun tido ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 01:49 PM | Show all posts
MOKCIK ngan hati nyer yg hancur berkecai bak kaca jatuh ke lantai meletakkan gagang telefon dengan perlahan .. hatinya sayu kerana pelawaannya telah ditolak mentah2 oleh membernya ..

dia menoleh .. menuju ke ruang atas rumahnya .. sambil itu, perlahan2 dia meraba sekitar bibirnya .. dirasanya "basah" ! belum dibersihkan lg air liuq yg baru diproses tu agaknya ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 01:54 PM | Show all posts
" hmmm .. abaikan jer lah .. sudah nasib aku .. " dengus MOKCIK keseorangan sambil menaiki tangga ..

tiba-tiba .. " klepekk .. "  ...  kedengaran seperti ada sesuatu berlanggar ... dan diikuti ..  "aduhhh!!"  suara MOKCIK yg sedikit meninggi mengaduh kesakitan ..

"ciss ! sial btol aku hari ni .. cemana bleh tersepak plak tangga ni .. biasa aku pejam mata pon bleh sampai atas .."

rungut MOKCIK kerana dirasakan hari itu sangat malang baginya .. sudahlah pelawaannya ditolak dan ditambah pula dengan  maki hamun oleh membernya .. kini kakinya pula tersadung di bucu tangga .. sungguh malang nasib MOKCIK ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 01:59 PM | Show all posts
sambil membongkok menggosok-gosok hujung kakinya yg kesakitan akibat tersadung pada tangga tadi .. MOKCIK terus menuju ke bilik tidurnya .. kepalanya kelam seketika .. sambil menyumpah seranah nasibnya yg malang .. fikirannya liar menjangkau ke sana ke mari .. agaknya .. apa yg patut dilakukannya nanti ..

rancangan awalnya utk mengajak membernya keluar utk makan tengahari sebentar td sudah terbatal kerana kecuaiannya .. macam mana bau air liuq MOKCIK bleh menusuk hidung membernya di hujung talian sana .. itulah antara perkara yg bermain di fikirannya ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 02:04 PM | Show all posts
"klikk ..." tombol bilik tidur diputar perlahan oleh MOKCIK .. aromanya yg kurang menyenangkan terus menikam tajam menerusi deria baunya yg sudah semakin lumpuh dari beroperasi .. aroma itu lantas pantas berlari menerjah masuk ke sel-sel otak MOKCIK yg masih belum bersedia utk melakukan aktiviti hariannya ..

"hacchiuuu !! .. hhaaa Chiuuu ~ .."

nada bersin MOKCIK yg sebegitu telah jelas menandakan bahawa zon dalam bilik tidurnya sudah melebihi paras merbahaya dan amaran keras supaya menjauhi tempat tersebut patut dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca dan Alam Sekitar ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 02:12 PM | Show all posts
namun begitu .. MOKCIK tetap berselamba .. dia tidak mengendahkan itu semua .. baginya .. itulah "sarangnya" biar bagaimana pun teruk dan buruk rupa dan baunya .. dia tetap pasrah .. kerana .. dia lebih merelakan dirinya dibelenggu semua itu berbanding menggerakkan keempat kerat tulangnya utk menjadikan tempat itu bersih dan kemas ..

"haahhahaha .." MOKCIK ketawa sendirian .. entah mengapa telatahnya sebegitu aneh ..

mungkin dia teringat ibunya yg telah berkali-kali meleternya supaya mengemaskan bilik itu .. namun sedikitpun tidak diambil pedulinya .. ibunya berang kerana tidak berupaya menasihati MOKCIK yg berhati batu itu ..

"sukahati kamulah .. " kata-kata itulah yg dinanti-natikan oleh MOKCIK ..

dengan senang hati dia terus menyambung tidur diulik mimpi .. utk menemui putera idaman kalbu di dunia fantasinya ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 02:19 PM | Show all posts
"gedebammm" bunyi pintu tertutup dengan kuat ..

"ouchhh !!"


" aaAAAAaaa .. "

"mama ... akiiiiiittttt .. "    ..    " tangan .."

Jeritan MOKCIK memenuhi ruang legar rumahnya .. rupa-rupanya jari hantunya telah tersepit dicelah pintu semasa dia sedang menutup daun pintu tersebut .. nasib baik menyebelahinya .. dia sempat menarik jarinya dengan pantas dan mengelakkannya dari terputus  dihimpit pintu yg begitu sasa itu .. namun begitu .. jarinya telah berubah menjadi merah dan sedikit garisan yg menggelembung telah timbul di hujung jari hantunya .. sebagai penangan dari daun pintu itu kerana kealpaan MOKCIK yg menutupnya sambil ketawa berdekah-dekah berkhayal sebentar tadi ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2007 02:24 PM | Show all posts
"akiiiiiiiiitttttt" ... "mamaaaa .. akiiittttt"

MOKCIK mengerang kesakitan lagi .. namun, ia hanyalah jeritan yg sia-sia kerana tiada siapa yg akan mendengarinya .. baik seisi keluarganya mahupun jiran tetangganya .. MOKCIK tinggal berseorangan di rumahnya setelah diamanahkan oleh kedua ibu bapanya supaya menjaganya sepeninggalan mereka keluar berkenduri-kendara di rumah sanak-saudara ..

jeritan kosong MOKCIK hanya mampu diamati dengan penuh belas kasihan oleh sepasang cicak yg sedang bercengkerama di awangan siling rumahnya .. mereka hanya mampu tergelak kecil melihat jenaka seorang MOKCIK yg suka berkhayal ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 02:36 PM | Show all posts
menyedari hakikat itu .. MOKCIK lantas memadam kesakitannya .. dia berhenti dari terus menjerit bagaikan terompet diraja yg dimainkan utk menyambut ketibaan baginda .. MOKCIK mengetap bibirnya .. dia menggengam erat tangan kanannya .. air matanya masih terus mengalir laju membasahi kedua belah pipinya yg masih mempunyai kesan bantal itu .. sambil meniup2 jarinya .. dia menyelongkar lacinya .. dengan gusar dia menerbalikkan semua perfumenya .. termasuk DEADORANT yg baru dibelinya di tesco ..

"haa .. itu dia .. " bicara MOKCIK perlahan setelah mendapati sebotol ubat .. di situ terpapar tulisan ..

"... utk luka-luka ringan, batuk-batuk, sakit sendi, lengah otot dll ..  untuk kegunaan luaran sahaja .. jauhkan dari org tua"

"erkkk... apesal dia cakap jauhkan dari org tua???" terkujat MOKCIK bila membaca amaran terakhir itu ..

"aaahhh ... aku masih muda lg .. boleh guna kot ubat ni"

MOKCIK cuba menyedapkan hatinya dengan meyakinkan diri bahawa dia masih muda belia walhal dia sudah bercucu becicit ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 02:43 PM | Show all posts
MOKCIK menuangkan ubat itu keatas jarinya yg diletak rapat di hujung botol tersebut .. cecair tersebut hanya tinggal tidak lebih 1/8 botol itu .. mungkin sudah kerap kali MOKCIK menggunakannya apabila ditimpa bencana ..

MOKCIK mengusap perlahan jarinya yg sudah mula membengkak itu .. dia terpandang jari telunjuknya yg juga sedikit bengkak ..

"yg ni semalam .. yg tengah sekarang .. yg kat sebelah tu besok kot .."

MOKCIK merungut tentang jari telunjuknya yg sudah pun "dimakan" oleh pintu biliknya baru sahaja semalam .. mungkin jari manisnya pula pada hari berikut ..
ohh~ malang sungguh masib MOKCIK ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 02:48 PM | Show all posts
MOKCIK menutup botol ubat itu .. seterusnya menempatkan kembali ke dalam lacinya yg sudah berselerak itu .. dia menutupnya dengan berhati-hati utk mengelak kejadian yg sama berulang lagi ..

air mata MOKCIK masih lagi mengalir keluar .. namun, sedikit perlahan .. mungkin kesakitannya sudah semakin reda ..

dia melontar sekujur tubuhnya ke atas katil kesayangannya ..

"....bffffFFF.... ffFFff .."

debu-debu berterbangan melalak di ruang bilik MOKCIK dari katil yg diusik oleh tubuhnya itu ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.171880 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list