|
HOBBIT TRILOGY-BATTLE OF 5 ARMIES [DEC 2014][PAGE 29]
[Copy link]
|
|
pahlawan tu 13 orang je, kena serang la dgn puak orc yg ramai tu |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun ade org ckp the hobbit boring, aku tetap rasa best!! rasa nak pergi tgk sekali lagi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba sebut ayat ni laju laju:
Reliable Radagast rides his sled of Rhosgobel Rabbits round and round Rhovanion.
![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Tongue twister copyright Radagast-Aiwendil 2012. |
|
|
|
|
|
|
|
bluezink posted on 19-12-2012 12:52 PM ![](static/image/common/back.gif)
![](http://media.tumblr.com/tumblr_lwjeqhN4Xt1qbbftt.gif)
senang btl diorg wat duit jota jota kann..dari satu watak dalam sesebuah novel dikembangkan menjadi satu pelem.
Penceritaan pelem ini sangat teliti dan menyeluruh. Kerana itu aku sangat berpuas hati dengan 1/3 pertama pelem The Hobbit ini.
sebuah pelem yang epik, justeru ia memerlukan skor musik yang epik untuk menguatkan emosi penonton dengan pelem ini. Seperti kuatnya lagu Lacrymosa diminda pasca menonton pelem Pirates of the Caribbean, begitu juga denga laguk Misty Mountains. Bila mana urang kerdil bertiga belas ini berkumpul dan menyanyikan laguk ini, aku rasa ,itu bahagian yang menyentuh perasaan dan aku sukakan emosi berbaur di situ.Serius, song of the Lonely Mountain yang mengiringi perjalanan pasukan kecil kiter ini memang membawa semangat kepada penonton untuk turut serta bersama bermain emosi dengan mereka.dengan memula dalam pelem ni Bilbo ni macam menyusahkan group tu , yelah tak membantu langsung kan , last last nampak jugak peranan dia , cerita tergantung sebab mesti ada Hobbit 2 , sebab dieorang blum lawan dengan naga lagik ...The Hobbit adalah permulaan. Permulaan kepada sebuah adventure yang dibahagikan kepada 3bahagian,Sebuah trilogy yang berpasak pada bumi Middle-earth, tempat kisah Lord of the Ring berlaku. Dengan sebuah kisah si kenit berjiwa beso, The Hobbit emang sehebat abangnya, LOTR .
![](http://media.tumblr.com/tumblr_meykhfo9fM1r3eap1.gif)
pelemni sangat sangat adventure dan seronok , aku sarankan gi tengok 2D , tak payah 3D pun takpe , sama jek.memamng ada sedikit dragging pada awal cerita. Few scene nampak begitu panjang. Bagi aku, mungkin ianya memberii peluang untuk pkipas sosah mati aka fanatic Tolkien terus bersama. urang kata, kalau da fanatik, babak panjang pendek pun da tak kira da!!! Bagi aku itulah, permulaan yang agak lambat tetapi it still hold my eyes to keep on sticking to the screen. Walaupun agak lama, ianya tidak membosankan. itu disebabakann lagu lagu dwarf yang mengasyikkan.CGI nmememang hebat. Tetapi at certain part, beberapa karakter nampak seperti watak dalam game. Tidak kaku, Cuma movementnya agak kekok dan lain macam. But, on the whole, CGInya memeng gempak.
![](http://media.tumblr.com/tumblr_mev6lrtwEr1ruyf2x.gif)
Rasanya The Hobbit menampilkan CGI yang lebih banyak daripada LOTR. Dan kepuasan itu rasanyerrr... lebih baik jikakalau ditonton dalam versi HFR 3D (teknologi yg dicipta oleh James Cameroon) dan IMAX 3D.
jadik..dengan khabar berita ttg sekuel kedua The Desolation of Smaug, bakal menyusul pada 2013 dan There and Back Again, sekuel ketiga yang dikhabar menyusul 2014, aku fikirbagi aku, The Hobbit menampilkan sisi yang sedikit ringkas bagi penonton bagi menikmati Middle-earth dengan lebeh ringan.
![](http://b.pcb3.fubar.com/20/15/935102/3432697453.gif)
iiitu sahajer pendapat aku.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adoii aku xpernah miss tgk cita LOTR ni since aku kecil lgi.. tpi nape aku xleh nk igt apa2 jalan2 cita dia?.. aku mcm blur je dalam pawagam tu, yg aku igt frodo dgn cincin tu je la.. yg lain semua aku lupa. Ni yg nk kena khatam LOTR balik ni...
btw...apa perbezaan tgk dlm 3D dgn 2D??... 2D jadi kartun ke.. haha, sebab setahu aku 3D ni layar jadi timbul nampak real.. 2D plak aku xfaham la. |
|
|
|
|
|
|
|
fikrisharif posted on 20-12-2012 05:14 PM ![](static/image/common/back.gif)
Adoii aku xpernah miss tgk cita LOTR ni since aku kecil lgi.. tpi nape aku xleh nk igt apa2 jalan2 c ...
setahu ai masa ai tanya kaunter kat cinema tu dia tanya nak tgk version mana..yang biasa, 2d atau 3d..ai tanya apa beza yang 2d dpd yang biasa..dia kata 2d gambar lebih lawa dpd yang biasa tapi ofcuz yang 3d lebih cantik..
|
|
|
|
|
|
|
|
yang 2d gambar cantik, yg biasa gambar tak elok, nampak habis lubang2 di muka, bulu roma dll pada pelakon ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
LOTR ni aku ada tgok iklan dia masa akhir tahun 2001 (exactly bulan2 disember mcm ni) masa tu tgah kecoh harry potter ditayangkan di pawagam
-aku nampak iklan tu, aku ckp dlm hati aku "ni mesti filem magic2 ala2 nak tiru harry potter ni"
lepas tu nat geo di tv3 ada dokumentari pasal tolkien, pasal buku lotr ni, dan aku kagum pasal filem ni ditulis oleh prof
-masa tahun 2002. aku sambar beli vcd lotr fotr, dan jatuh hati pada lotr sejak tu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lonely mountain = mount zion ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
x sabo nk g layan citer nie esok malam...![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk smlm. agak boring . ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
alah... 40 minit pertama memang boring pon. Pastu dah best... adventerous... tpi ada some scene yg sengal yg xperlu pon utk filem ni saja je nk melambatkan cerita contohnya scene berlawan dgn gergasi gunung yg diperbuat dr batu tu, ntah pape ntah.. haha. But overall terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
best cite ni.aku yang tak minat lotr pun rasa nak tengok lotr.aku suka kili sebab dia ensem ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
pastu lagu yang dorang nyanyi tu pun best waktu kat rumah bilbo tu |
|
|
|
|
|
|
|
Only the good die young!!
|
|
|
|
|
|
|
Mudah yang dirumitkan
Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
([email protected])
THE Hobbit menjadi antara filem prekuel yang ditunggu-tunggu kaki wayang.
PENGARAH Peter Jackson pernah mengagumkan dunia apabila berjaya memadatkan hampir ke semua perincian dari naskhah asal tulisan J.R.R Tolkien, The Lord of the Rings (LOTR) menjadi filem trilogi (2001-2003).
Kerana kehebatan itulah, filem ketiganya, The Return of the King diangkat sebagai Filem Terbaik Oscar - sesuatu yang jarang berlaku kerana karya genre pengembaraan fantasi lazimnya tidak berpeluang menang trofi utama. Jackson juga menang anugerah Pengarah Terbaik selain sembilan kategori lain.
Sembilan tahun selepas trilogi itu berakhir, Jackson kembali membawakan prekuelnya, The Hobbit. Juga dihasilkan dalam tiga bahagian, filem pertamanya, An Unexpected Journey memulakan kisah yang berlaku kira-kira 60 tahun sebelum kronologi dalam LOTR berlangsung.
Bagaimanapun, untuk The Hobbit, Jackson mendepani cabaran berbeza apabila harus 'memanjangkan' novel yang hanya setebal 300 halaman menjadi tiga bahagian filem. Dan di sinilah berlakunya sedikit 'masalah' apabila yang mudah harus dirumitkan bagi mengisi masa atau atas alasan agar segalanya lebih jelas.
Jika LOTR mengisahkan perantauan orang-orang kerdil untuk menyelamatkan dunia, The Hobbit menceritakan bagaimana golongan ini berperang untuk mengambil semula jajahan mereka yang dirampas seekor naga bernama Smaug.
Bilbo Baggins (lakonan Martin Freeman) 'dipaksa' oleh ahli sihir yang disegani, Gandalf (Ian McKellen) untuk menyertai pengembaraan mereka ke tempat jajahan itu yang dipanggil Erebor. Selain Bilbo, misi itu disertai 13 orang kerdil lain yang diketuai bekas rajanya, Thorin Oakenshield (Richard Armitage).
Sebelum sampai ke Lonely Mountain dan seterusnya ke Erebor, mereka harus merentasi hutan belantara dan gunung-ganang. Mereka juga harus bertarung dengan penjaga setiap lembah dan daerah yang memusuhi mereka seperti Goblins, Orcs, Wargs, Shapeshifters juga labah-labah gergasi.
Dalam perjalanan inilah, di bawah terowong Goblin yang gelap dan basah, Bilbo bertemu dengan Gollum (lakonan Andy Serkis menggunakan teknik motion capture). Secara tidak sengaja, dia menjumpai cincin emas milik makhluk itu yang bakal mengubah nasib golongan Hobbit selamanya.
Jika trilogi LOTR bergerak dalam nada yang sesuai untuk mengisi setiap peristiwa, The Hobbit dirasakan seperti meleweh, meletakkan banyak babak yang tidak penting tetapi perlu demi elemen dramatik dan untuk menjadikannya 'epik'. Jackson harus patuh dengan durasi lebih dua setengah jam yang diberi.
The Hobbit sepatutnya mampu berdiri sendiri sebagai sebuah filem baru tetapi penonton tidak dapat menolak untuk membandingkannya dengan filem pertama LOTR: The Fellowship of the Ring. Ini kerana struktur penceritaannya dibina seakan-akan sama, iaitu seorang insan kerdil yang biasa terpilih menjadi wira.
Menyentuh tentang struktur, Jackson juga membuat keputusan dengan meletakkan karakter-karakter penting daripada LOTR dalam beberapa babak.
Jika diikutkan, penampilan mereka belum lagi membawa signifikan yang besar untuk filem pertama ini. Dia seakan sengaja memunculkan Frodo (Elijah Wood), Saruman (Christopher Lee) dan Galadriel (Cate Blanchett) sebagai 'bonus' untuk peminat setia sedangkan dari aspek naratif, ia tidak membantu penceritaan.
Seperti James Cameron yang menghasilkan keupayaan baru dalam Avatar (2010), Jackson juga mahu mencipta keajaiban menerusi teknologi terkini. Dia menggunakan teknik High Frame Rate (HFR) dengan setiap saat menggunakan 48 bingkai imej pegun berbanding teknik filem biasa iaitu 24 bingkai sesaat.
Tidak dinafikan, visual tiga dimensi yang terhasil dari teknik itu sangat terang, tajam dan menakjubkan - ibarat menyaksikan orang-orang sebenar di depan mata, berbanding menonton filem. Begitupun, saya mengesyaki kerana Jackson taksub dengan ketelitian visual, penceritaan The Hobbit jadi sedikit tersasar.
Filem ini bermula dengan memperkenalkan setiap ahli 'rombongan', mereka bergurau dan menyanyi, sebelum perjalanan mereka diuji. Ini mengingatkan saya kepada rentak perjalanan sebuah lagi filem arahan Jackson, King Kong (2005) yang momentumnya berjalan pantas hanya selepas hampir sejam.
Babak kejar-mengejar di terowong Goblin mengingatkan saya kepada pelarian golongan Hobbit di lombong Moria dalam filem kedua LOTR, The Two Towers. Aksi-aksi dalam filem ini seumpama versi sambungan kepada filem terdahulu tetapi dilebih-lebihkan kerana ingin memanipulasi teknik baru 48 bingkai sesaat.
Tidak seperti LOTR: The Fellowship of the Ring yang agak beremosi, penonton tidak dapat merasai apa-apa hubungan dengan watak-watak yang dipersembahkan. Benar, beberapa adegan berjaya menggeletek hati penonton kerana kelucuannya tetapi perasaannya sekadar itu.
Namun saya menyukai babak-babak yang melibatkan Gollum terutamanya ketika dia dan Bilbo bermain teka-teki demi muslihat masing-masing. Serkis sekali lagi membuktikan dialah 'raja motion capture' selepas menggunakan teknik sama sebagai Caesar dalam Rise of the Planet of the Apes (2011).
Freeman juga menyerlah dan disenangi sebagai Bilbo, meletakkan persembahannya setara dengan hero dari trilogi LOTR iaitu Frodo. Cuma solekan Gandalf dirasakan agak 'malas' kerana dia nampak lebih tua dari LOTR, sedangkan The Hobbit adalah tempoh masa yang berlaku sebelumnya.
Keseluruhannya, The Hobbit tidaklah teruk. Ia masih mampu menghiburkan menerusi imej-imej memukau, ditambah dengan persembahan lakonan yang baik. Sayang sedikit kerana kelebihan itu dirosakkan oleh komposisi yang tidak kemas dan keupayaan Jackson sebagai pencerita yang hebat seakan hilang.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... itkan#ixzz2FftmZBXJ
© Utusan Melayu (M) Bhd |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aiyooh...aku tak perasan pong Gandalf nampak lebih tua....tapi ya lah kalo pikir2 balik apa salahnya buat solekan nampak ala2 muda 60 tahun kan? tapi umur gandalf tu bukan ke dah beratus tahun? |
|
|
|
|
|
|
|
gandalf nampak tua sikit dlm filem ni, cate blanchett pun, hugo weaving maintain ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
-ian mckellen dah 73, tapi christopher lee yg jadi saruman dah 90, patut la nampak tua bangka sangat, dia duduk aje dlm filem hobbit ni, camana agaknya nak beraksi dlm filem2 seterusnya? nampak uzur je dia |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah yang dirumitkan
Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
([email protected])
THE Hobbit menjadi antara filem prekuel yang ditunggu-tunggu kaki wayang.
PENGARAH Peter Jackson pernah mengagumkan dunia apabila berjaya memadatkan hampir ke semua perincian dari naskhah asal tulisan J.R.R Tolkien, The Lord of the Rings (LOTR) menjadi filem trilogi (2001-2003).
Kerana kehebatan itulah, filem ketiganya, The Return of the King diangkat sebagai Filem Terbaik Oscar - sesuatu yang jarang berlaku kerana karya genre pengembaraan fantasi lazimnya tidak berpeluang menang trofi utama. Jackson juga menang anugerah Pengarah Terbaik selain sembilan kategori lain.
Sembilan tahun selepas trilogi itu berakhir, Jackson kembali membawakan prekuelnya, The Hobbit. Juga dihasilkan dalam tiga bahagian, filem pertamanya, An Unexpected Journey memulakan kisah yang berlaku kira-kira 60 tahun sebelum kronologi dalam LOTR berlangsung.
Bagaimanapun, untuk The Hobbit, Jackson mendepani cabaran berbeza apabila harus 'memanjangkan' novel yang hanya setebal 300 halaman menjadi tiga bahagian filem. Dan di sinilah berlakunya sedikit 'masalah' apabila yang mudah harus dirumitkan bagi mengisi masa atau atas alasan agar segalanya lebih jelas.
Jika LOTR mengisahkan perantauan orang-orang kerdil untuk menyelamatkan dunia, The Hobbit menceritakan bagaimana golongan ini berperang untuk mengambil semula jajahan mereka yang dirampas seekor naga bernama Smaug.
Bilbo Baggins (lakonan Martin Freeman) 'dipaksa' oleh ahli sihir yang disegani, Gandalf (Ian McKellen) untuk menyertai pengembaraan mereka ke tempat jajahan itu yang dipanggil Erebor. Selain Bilbo, misi itu disertai 13 orang kerdil lain yang diketuai bekas rajanya, Thorin Oakenshield (Richard Armitage).
Sebelum sampai ke Lonely Mountain dan seterusnya ke Erebor, mereka harus merentasi hutan belantara dan gunung-ganang. Mereka juga harus bertarung dengan penjaga setiap lembah dan daerah yang memusuhi mereka seperti Goblins, Orcs, Wargs, Shapeshifters juga labah-labah gergasi. (mana ada shapeshifter dan labah2 gergasi, karut je)
Dalam perjalanan inilah, di bawah terowong Goblin yang gelap dan basah, Bilbo bertemu dengan Gollum (lakonan Andy Serkis menggunakan teknik motion capture). Secara tidak sengaja, dia menjumpai cincin emas milik makhluk itu yang bakal mengubah nasib golongan Hobbit selamanya. (bakal merubah seluruh middle earth la!)
Jika trilogi LOTR bergerak dalam nada yang sesuai untuk mengisi setiap peristiwa, The Hobbit dirasakan seperti meleweh, meletakkan banyak babak yang tidak penting tetapi perlu demi elemen dramatik dan untuk menjadikannya 'epik'. Jackson harus patuh dengan durasi lebih dua setengah jam yang diberi. (aku tgok tak leweh pun, best aje)
The Hobbit sepatutnya mampu berdiri sendiri sebagai sebuah filem baru tetapi penonton tidak dapat menolak untuk membandingkannya dengan filem pertama LOTR: The Fellowship of the Ring. Ini kerana struktur penceritaannya dibina seakan-akan sama, iaitu seorang insan kerdil yang biasa terpilih menjadi wira.
Menyentuh tentang struktur, Jackson juga membuat keputusan dengan meletakkan karakter-karakter penting daripada LOTR dalam beberapa babak.
Jika diikutkan, penampilan mereka belum lagi membawa signifikan yang besar untuk filem pertama ini. Dia seakan sengaja memunculkan Frodo (Elijah Wood), Saruman (Christopher Lee) dan Galadriel (Cate Blanchett) sebagai 'bonus' untuk peminat setia sedangkan dari aspek naratif, ia tidak membantu penceritaan. (kepala hotak tak bantu penceritaan, pegi la baca buku the hobbit dulu wey!)
Seperti James Cameron yang menghasilkan keupayaan baru dalam Avatar (2010), Jackson juga mahu mencipta keajaiban menerusi teknologi terkini. Dia menggunakan teknik High Frame Rate (HFR) dengan setiap saat menggunakan 48 bingkai imej pegun berbanding teknik filem biasa iaitu 24 bingkai sesaat.
Tidak dinafikan, visual tiga dimensi yang terhasil dari teknik itu sangat terang, tajam dan menakjubkan - ibarat menyaksikan orang-orang sebenar di depan mata, berbanding menonton filem. Begitupun, saya mengesyaki kerana Jackson taksub dengan ketelitian visual, penceritaan The Hobbit jadi sedikit tersasar.
Filem ini bermula dengan memperkenalkan setiap ahli 'rombongan', mereka bergurau dan menyanyi, sebelum perjalanan mereka diuji. Ini mengingatkan saya kepada rentak perjalanan sebuah lagi filem arahan Jackson, King Kong (2005) yang momentumnya berjalan pantas hanya selepas hampir sejam.
Babak kejar-mengejar di terowong Goblin mengingatkan saya kepada pelarian golongan Hobbit di lombong Moria dalam filem kedua LOTR, The Two Towers. Aksi-aksi dalam filem ini seumpama versi sambungan kepada filem terdahulu tetapi dilebih-lebihkan kerana ingin memanipulasi teknik baru 48 bingkai sesaat. (aku tak pernah tgok pelarian hobbit dlm lombong moria? tu filem LOTR pertama la! jackson follow buku dia betul2, mana ada melebih2)
Tidak seperti LOTR: The Fellowship of the Ring yang agak beremosi, penonton tidak dapat merasai apa-apa hubungan dengan watak-watak yang dipersembahkan. Benar, beberapa adegan berjaya menggeletek hati penonton kerana kelucuannya tetapi perasaannya sekadar itu. (KAU JE TAK RASA KOT)
Namun saya menyukai babak-babak yang melibatkan Gollum terutamanya ketika dia dan Bilbo bermain teka-teki demi muslihat masing-masing. Serkis sekali lagi membuktikan dialah 'raja motion capture' selepas menggunakan teknik sama sebagai Caesar dalam Rise of the Planet of the Apes (2011).
Freeman juga menyerlah dan disenangi sebagai Bilbo, meletakkan persembahannya setara dengan hero dari trilogi LOTR iaitu Frodo. Cuma solekan Gandalf dirasakan agak 'malas' kerana dia nampak lebih tua dari LOTR, sedangkan The Hobbit adalah tempoh masa yang berlaku sebelumnya.
Keseluruhannya, The Hobbit tidaklah teruk. Ia masih mampu menghiburkan menerusi imej-imej memukau, ditambah dengan persembahan lakonan yang baik. Sayang sedikit kerana kelebihan itu dirosakkan oleh komposisi yang tidak kemas dan keupayaan Jackson sebagai pencerita yang hebat seakan hilang. (aku rasa on par je dgn LOTR: FOTR)
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk semalam best...walau rasa sedikit kurang dari fotr tt dan trotk ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|