|
Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetLove at 11-6-2008 04:55 PM
Bukan ketampanan atau kecantikan yang membawa cinta kepadamu, tapi cintalah yang membawa ketampanan atau kecantikan kepadanya
bestnya yg nie |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya. |
|
|
|
|
|
|
|
cinta memang indah
kengkadang kita menangis kerana cinta,
kita ketawa kerana cinta, kita muram kerna cinta
kita senyum kerna cinta,kita benci sebab cinta dan sebagainya kerna cinta
cinta... cinta... uniknya cinta. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika ia sebuah cinta maka ia tidak hadir dengan permintaan
namun ia hadir kerana ketentuannya
jika ia sebuah cinta maka ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan
namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan |
|
|
|
|
|
|
|
Andai kau ada untukku takkan ada rasa sepi menyelubungiku
Andai kau ada untukku aku merasa sangat dibutu*kan
Andai kau ada untukku takkan kuberjalan dengan gelisah
Andai kau ada untukku takkan mungkin ku rasakan derita
Jika kau ada dan temani aku disini aku merasa tenang
Jika kau ada dan memelukku segala kepedihanku terhapus
Jika kau ada dan memberiku cinta semuanya akan terasa indah dan penuh harapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ucapkanlah cintamu pada orang yang tersayang sebelum terlambat dan hargailah cinta mereka sebelum mereka mula menjauhi kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah sweet ko konker abis page nyh
sweet & mo - mcm pernah baca madah nyh tapi kat mana ek???? |
|
|
|
|
|
|
|
Di Entah Mengapa...
Di saat Ini..
Rindu ku pada mu
Bertandang lagi...
walau pun berjauhan...
Hati ku tetap dalam Kerinduan...
percaya lah....
AKU AMAT MERINDUIMU...:hug: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #268 ctjon's post
tak leh konker la ct....nanti tuan rumah naik hangin... |
|
|
|
|
|
|
|
A candle may melt
and it抯 fire may die,
but the love you have
given me will always
stay as a flame in my heart. |
|
|
|
|
|
|
|
"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya." |
|
|
|
|
|
|
|
Ya, hari semalam telah mengenalkanku akan erti sebuah derita percintaan. Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga. Bukan kupinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang.
Bukan kurayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan |
|
|
|
|
|
|
|
Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku? Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga-bunga cinta disegenap ruang hatiku. |
|
|
|
|
|
|
|
Kutahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan. Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua.Benarlah kata-kata orang tua, cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau dengan sewenang-wenangnya membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta. Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untukku tetapi mengapa hatiku dilukai? Sedarkah kau bahawa luka yang engkau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang. Tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. Kelukaan yang engkau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku. Terima kasih atas kelukaan itu, akan kurawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya. Doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki. Walaupun kelak gadis itu bukannya aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #279 Hang's post
seminit utk menafsir seseorg? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|