CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silent_kid

::Novel Muzikal Kaulah Segalanya:: ~episod 15 last part~ TAMMAT

 Close [Copy link]
Post time 15-10-2008 07:14 PM | Show all posts
sedihlah pla...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2008 09:09 PM | Show all posts

Balas #261 amandaatika\ catat

hikxxx...mao kasi mcm2 mood sket...
hikxx...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 10:25 PM | Show all posts
x advance lg..buatla pla smpai air mata mgalir..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2008 11:12 PM | Show all posts

Balas #263 amandaatika\ catat

insyaAllah..asy cube.....hikxx.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2008 11:12 PM | Show all posts
sblm g kls sok asy msk....hikxx...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2008 11:14 PM | Show all posts
kaulah segalanya udah hmpir ke penghujungnya....smntr tu..sume readers tulis la pape kritikan ke...or ending yg korang rs...hikxx....sje mao bkongsi idea....mne tau utk novel strusnyer nnti...
huhuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2008 06:46 AM | Show all posts
morning...
lor pikirkan dah ada n3....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 09:17 AM | Show all posts
asy udah mao msk neh rinf....sori ari ni tlajak tito...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2008 09:18 AM | Show all posts
smbgn kaulah segalanya episod 14 part1


"Doktor macam mana dengan keadaan anak saya?" tanya Encik Yassin kepada Doktor Abdullah. "dari segi fizikalnya, anak encik memang sihat sepenuhnya. Namun dari segi mentalnya, dia mengalami trauma yang teruk atas apa yang berlaku pada dirinya. Saya tak pasti bila dia akan sedar."jelas Doktor Abdullah. Encik Yassin terduduk mendengar penjelasan doktor dihadapannya itu. Dadanya sebak. Puan Noraini cuba menenangkan keadaan suaminya. "sabar ya bang. Insya Allah, adik akan sedar juga akhirnya."pujuk isterinya lagi. Sudah 3 hari kejadian itu berlaku. Jenazah Badrul sudah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan. Hafiz pula sudah ditembak mati sekarang menunggu keluarganya menuntut mayatnya. Walaupun Asyrani tidak diperkosa namun perbuatan Hafiz itu memberi kesan yang hebat kepada Asyrani. Dia ditempatkan di unit rawatan rapi dan masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.


Hampir seminggu Asyrani berada di hospital, selama itulah Shawal sentiasa menemaninya. Habis sahaja waktu kerja, dia terus memecut motornya ke Hospital Ampang Puteri. Saban malam dia menemani Asyrani. Saban malam, dia melihat Asyrani terbaring kaku. Saban hari juga dia bercerita pada Asyrani tentang apa yang berlaku dunia sekelilingnya. Kadang-kadang air matanya menitis melihat gadis yang di sayanginya tidak dapat bangkit dari tidurnya. Namun
kata doktor, walaupun Asyrani tidak sedarkan diri namun dia dapat mendengar. Khairul juga menemaninya. Ibu bapa Asyrani telah pulang ke Kuantan untuk seketika atas urusan syarikat. Pada waktu siang, kakaknya Nana akan menjaganya. Khairul pula berjaga di waktu malam. Kadang-kadang Shawal menemaninya. Walaupun Asyrani masih lagi tidak sedarkan diri namun dia amat bersyukur kepada Illahi kerana menyelamatkan Asyrani dari menjadi mangsa perkosaan atau mangsa bunuh.

"Asy bangunlah sayang, Shawal datang ni." bisik Shawal ke telinga Asyrani. Air matanya gugur lagi. Air matanya begitu murah kini bagai dijaja di jalanan. Hilang ego kelakian di hadapan gadis yang terbujur kaku itu. Dia benar-benar rindukan gadis itu. Rindukan gelak tawanya, senyumannya, suaranya dan segala-galanya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saratnya rindunya itu. Lagu tema perncintaan mereka, KAULAH SEGALANYA berlegar-legar di minda Shawal.
Dia menyeka air matanya. Tiba-tiba dia melihat tubuh Asyrani bergerak atas bawah. Nafasnya gadis itu tidak stabil. Dia menjerit "tidak!!! Jangan!!! Pergi!!!!"jerit Asyrani. Shawal memanggil jururawat. Jururawat segera memberi ubat penenang. Dalam masa beberapa minit, Asyrani berhenti semula dani tidur kembali dari seperti tiada apa yang berlaku. Namun di hujung mata gadis itu, titisan mutiara gugur. Mengikut kata nurse itu, sudah menjadi normal pesakit yang trauma memberi tindak balas refleks sedemikian.. Shawal hampa mendengar jawapan itu. "Sayang, Shawal balik dulu, malam besok Shawal datang lagi." bisik Shawal ke telinga gadis itu. Sebaik keluar dari bilik itu, Shawal tidak dapat mengawal perasaannya, dia menjerit menyebut nama gadis itu. "Asy!!". Khairul cuba menenteramkan. Dia sedar lelaki itu tertekan. Shawal berasa agak bimbang . Dia takut Asyrani tidak dapat menerima kenyataan Badrul sudah pergi meninggal dunia.

Shawal memandu keretanya pulang ke rumah. Sedang dia memandu kereta, dia mendengar sebuah lagu yang mengusik hatinya.
Tidak kesampaian cinta kita,
Di bawah harapan ku pendam rahsia,
Ku di kejauhan,
Mendoakan,
Agar kau bahagia tiada lagi duka,
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikau kan fahami

Sayu Shawal mendengar lagu Harapan nyanyian Fazli Zainal itu. Dia bayangkan Badrul. Shawal melepaskan keluhan yang berat. Jika dia tidak muncul dalam hidup Asyrani tentu Badrul bahagia bersama Asyrani. Perasaan serba salah menerpa seketika. Namun masa tidak boleh diundur lagi. Badrul pergi menghadap Illahi dan takkan kembali. Shawal masih teringat permintaan Badrul supaya membaca surat yang ditulisnya dihadapan keluarga Asyrani dengan keluarganya sendiri. Kini surat itu sudah berada di tangannya. Shawal ingin sahaja dibuka surat itu untuk ketahui kandungannya namun itu adalah amanah dari Badrul yang harus dia hormati. Dia ingin menunggu Asyrani sihat sepenuhnya supaya apabila surat ini dibaca Asyrani dapat tenangkan diri. Sampai di rumah, Shawal melangkah lemah masuk ke biliknya. Selepas solat, dia terus baring di atas tilam mengharap dirinya tidur awal.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 09:19 AM | Show all posts
sket lg....



     "Asy, awak kena kuatkan semangat. Asy kena keluar dari sini. Asyrani belum sedia lagi"kata seorang lelaki. Asyrani dapat melihat lelaki yang berada di di hadapannya itu. Dia melihat Badrul memakai baju putih. Wajah Badrul terpancar sinar. Badrul tersenyum. Asyrani berasa aneh. Tempat disekelilingnya tidak pernah dilihatnya. "saya ada kat mana ni?" tanya Asyrani. "awak ada kat tempat yang awak sendiri tak bersedia lalui. Lepas awak keluar dari sini, bahagiakanlah diri awak."ucap Badrul. Asyrani masih kurang mengerti. Dia berasa aneh kerana dia berada di suatu tempat yang amat putih. "saya pergi dahulu Asy, semoga awak bahagia di sisi Shawal. Sampaikan salam sayang pada keluarga saya."kata Badrul. "awak nak ke mana?"tanya Asyrani. "ke tempat yang saya sepatutnya pergi. Selamat tinggal."kata Badrul. Badrul tersenyum kepadanya. Tiba-tiba bayangan Badrul hilang. Semuanya gelap. Asyrani membuka matanya perlahan-lahan. Dilihat abangnya yang tertidur disebelahnya. Asyrani menggerakkan tangannya. Khairul tersedar. Dia menjerit apabila melihat adik kesayangannya itu membuka mata. "adik da sedar."kata abangnya sambil memegang tangan adiknya itu. Asyrani tersenyum hambar sambil berkata "nak air." Khairul tersenyum lantas menghulurkan straw berisi air kosong ke dalam mulut Asyrani. Khairul lekas memanggil jururawat yang bertugas.




    "Alhamdulillah encik Khairul, akhirnya Cik Asyrani sudah sedar dari tahap komanya."ucap Doktor Abdullah apabila menjalankan pemeriksaan rutin kepada badan Asyrani pagi itu. "Syukurlah doktor, bila dia boleh pulang?" tanya Khairul. "belum lagi. Buat masa ini, saya nak observe dia. Dia sekarang sudah pulih, tapi kalau boleh jangan beri dia tekanan."ujar Khairul. "baik doktor, terima kasih doktor."ucap Khairul berkali-kali. Berita itu disampaikan kepada seluruh keluarganya. Dia mengucap syukur ke hadrat Illahi. Tengah hari, saudara maranya ramai mengunjungi Asyrani. Gadis itu sudah boleh tersenyum dan bercakap. Asyrani tidak pernah bertanyakan tentang Hafiz. Dia mahu seseorang memberitahunya kemudian. Seseorang yang telah menyelamatkannya. Asyrani meminta abangnya menyarungkan kepalanya tudung supaya senang jika tetamu datang. Asyrani berasa bahagia kerana ketika itu semua saudara maranya yang sudah lama tidak berjumpa dengannya datang melawatnya. Rakan-rakan karibnya juga datang, Liyana,Amna dan Shakirah. Neneknya juga datang melawatnya. Semasa pertemuan mereka, nenek Asyrani memeluknya. Asyrani benar-benar rindu pada wanita tua itu. Semua keluarga sebelah arwah mamanya hadir kecuali seorang. Asyrani mencari kelibat lelaki itu. Petang menjelma, seorang demi seorang meminta diri untuk pulang. Dia berasa amat letih lalu terlelap.


[ Last edited by  silent_kid at 16-10-2008 09:20 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 09:23 AM | Show all posts
slmt mmbace....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 09:39 AM | Show all posts
nak lagi plzzzzzzzzzzzzz...sambung la lagi plzzzzzzzzzzzz...jgn pula kata ada kelas...
sambung la sebelum ke kelas..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 09:46 AM | Show all posts

Balas #272 rindacapri\ catat

hikxxxx....
sabar rin...
kang asy upload erk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 10:22 AM | Show all posts
lor bila..rin dah tak sabar nie nak tahu selanjutnya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 10:27 AM | Show all posts
syukurlah Asy dah sedar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 10:32 AM | Show all posts

Balas #274 rindacapri\ catat

tgh ari yang erk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2008 10:38 AM | Show all posts
lor....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 11:11 AM | Show all posts

Balas #277 rindacapri\ catat

sabar...wt ms neh asy sebok sgt....
tade ms nk tepek kt sini....
kang erk....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 02:20 PM | Show all posts
mana sambungnya nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 04:06 PM | Show all posts

Reply #278 silent_kid's post

mlm kang bleh la tepek yer...tepek panjang2......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.079756 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list