|
Sanggup ke korang cium tapak kaki husben korang macam aku???
[Copy link]
|
|
Originally posted by awandania at 4-1-2009 02:54 PM 
Sanggup ke korang cium tapak kaki husben korang macam aku???
Hari ni aku rasakan aku telah meletakkan maruah diriku di telapak kaki suamiku?br /> Dari perselisihan kecil membuat suamiku menjadi be ...
sorry to say...hb ko jahat
typical malay man
dah le tak setia
lagi nak belagak mcm tuan
sampai suruh ko cium tapak kaki dia....mmg kurang ajar...
klu dia kaya ko kikis je harta dia...hehe...kaut apa yg blh utk ko dan anak ko nanti
klu dia pun tak seberapa, klu aku tinggalkan saja lelaki yg tak hormat perempuan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by awandania at 4-1-2009 02:54 PM 
Sanggup ke korang cium tapak kaki husben korang macam aku???
Kalau setakat baca your heading....my komen is this.......
Kalau setakat cium tapak kaki husben untuk membuat dia rasa seperti king............maka lakukankanlah...asalkan kecurangan kita dia tak tahu.....hehehehehehe......just kidding.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Blh ke pompuan yg bakal berkahwin yg taknak suami dorg berkahwin lagi pd masa depan, suruh suami baca taqlik masa akad nikah.."Klu aku menikahi pompaun lain maka jatuh talak satu ke atas isteriku Rozana Binti Ahmad'....senang skit tak payah nak panjang cerita, klu dia nak kawin dgn org lain mmg maksudnya dia tak kisah bercerai dgn kita, dan kita pun tak payah susah2 mintak cerai.
Kpd pompuan2 muda yg naive dlm forum ni, dr awal2 lagi jgn nak bg muka kat bf korang. Bila dah jadi isteri jgn buat diri tu mcm bibik plak, sebaliknya jadilah mem dlm rmh tu....agih2 kan sama keja rmh kat suami, supaya masa dia terhad utk aktiviti luar rmh... kitalah yg kena ubah nasib kita. Perempuan Malaysia kena bangkit meruntuhkan satu tradisi dalam masyarakat kita yg telah menyebabkan ramai isteri2 yg menderita dlm rumahtangga. Hanya kita saja yg blh ubah nasib kita. Jangan biarkan perangai typical lelaki melayu ini berleluasa dlm hidup berumahtangga kita sehingga akhirnya para isteri menjadi mangsa dlm rumahtangga. Selami ini ketuanan suami yg melampau2 telah digunakan dengan cara yg salah. Mereka berbohong, tidak setia, curang, bersikap acuh tak acuh terhadap isteri, tak jaga perasaan isteri dan mcm2 kesalahan lagi yg dilakukan. Sampai bila kita hanya nak menerima ini sebagai sebahagian dr kehidupan kita. Dunia sentiasa melalui era perubahan dari pelbagai aspek, tetapi lelaki tempatan masih kekal dgn sikap ketuanan mereka yg banyak menzalimi isteri2 dlm kehidupan berumah tangga, adakah kita wanita tidak kisah utk menerima keadaan ini sebagai sesuatu yg kekal? Adalah sgt memalukan klu kita masih tidak sedar akan hal ini dan membiarkan saja perkara ini nterus berlaku. Kita boleh melakukan sesuatu untuk merubah perkara ini. Kasihanilah nasib anak2 gadis kita yg suatu hari nanti akan berkahwin dgn lelaki tempatan dan terpaksa melalui kehidupan berumahtangga yg tidak adil kepada mereka.
Sayangilah diri anda, jangan biarkan diri anda diperbodohkan oleh suami, anda masih boleh menghormatinya tanpa perlu menjadi bodah. Ketahuilah hak2 anda, bersikap tegas dlm rumah tangga, bersama membuat keputusan dlm hal rumahtangga bukan jadi pak turut saja, berikan semula tanggungjawab suami dlm menguruskan kerja rmh , memasak dan jaga anak dr awal perkahwinan, isteri pun blh tolong tp jgn ambik semua, ingatttt...jgn ambik semua keja. Dr awal jgn jadi isteri yg lembikkk nanti kena pijak kepala, bukan suruh jadi kasar tp tegas, biar suami ada rasa hormat. Klu isteri lebih dominance skit pun tak pa, bukannya niat nak jadi queen control ke apa, tp zmn sekarang ni kita pun kena ikut aruslah, klu buat lembut lembik sgt senang pulak suami ambik kesempatan, kita dominan skit je, tu pun utk kebaikkan rmh tangga, di samping masih tunjukkan sikap hormat pd suami. Pandai2 lah mcm mana kita nak pecahkan benteng typical malay man ni, cukup2lah ramai pompuan menderita dlm rmhtangga, dr zmn dulu2 dah dorg jadi tuan, tp bila kuasa dah terlebih sudah mulalah salah guna kuasa, semua ni perlu dihentikan. Hiakkkk tuihhhhhhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Orange1 at 7-1-2009 09:37 PM 
Blh ke pompuan yg bakal berkahwin yg taknak suami dorg berkahwin lagi pd masa depan, suruh suami baca taqlik masa akad nikah.."Klu aku menikahi pompaun lain maka jatuh talak satu ke atas isteriku ...
bersemangat sungguh Orange. :victory:
masalahnya ... perempuan2 melayu ni sanggup serah jiwa dan raga untuk lelaki .. biarpun belum jadi suami ... semata2 sebab takut. takut kena tinggal, takut jadi andartu, takut segala2nya. satu je depa kurang nak takut ... tak takut pada yang bagi depa nyawa.
menurut kata suami pun ada tahapnya. bukan sampai menjatuhkan maruah diri sendiri. suami yang baik adalah suami yang menjaga maruah isterinya. barulah layak isteri nak menjaga maruah dan harta benda, amanah suami.
kalau terus terusan biar laki dok buat gitu ... tak heran nanti bila anak2 dah besor, depa pun akan ikut perangai bapak depa ... kalau anak lelaki. pastu yang pompuan pulak ikut perangai si mak ... lembek! |
|
|
|
|
|
|
|
nir...aku mmg geram dgn cerita2 penganiayaan isteri dlm rumahtangga ni, benda ni bukan baru tp dah lama dlm masyarakat kita cuma di biarkan berleluasa sehingga menjadi tradisi turun temurun. Aku harap sgt para isteri zmn sekarang ni buat sesuatu utk merubah kezaliman ni....byk perkara yg tak betul tentang suami melayu dlm masyarakat kita, aniaya isteri dgn mcm2 perangai....kat sini pun mcm2 kisah kita blh baca....kesian aku baca sampai ada suami yg klu di rmh pun takmo ckp dgn isteri, buat hal sendiri...apa kesah tu perangai buruk sgt duk dera emosi bini mcm tu...:@
Utk merubah penganiayaan isteri dlm rmhtangga perlukan kesedaran para isteri, para isteri sendiri perlu berubah sikap, jgn lembik, kena tegas. Para isteri kena buat sesuatu utk mengelak dr dianiaya oleh suami yg salah guna kuasa, sepatutnya dr awal perkahwinan. Kaum wanita sekarang dah byk didedahkan dgn mcm2 kes perangai suami, jadi ambiklah satu kesedaran utk memastikan kita bukan salah seorang dari mangsa.
Dr awal kawin tu ajar suami independent sama, takkan tak reti iron baju sendiri, setiap weekend suruh dia iron baju keja dia 5 helai siap2 gantung dlm almari, klu dia tak reti ajar dia, lps tu bila dah ok suruh buat sendiri...apa kes kita nak kena buat bagi, sepatutnya kita kawin lagi kena menyenangkan kita, ni lagi tambah keja pulak, lain le klu dia tu baik sgt dan tak pernah anggap lepas kawin kita kena uruskan semuanya utk dia, dan kita pun suri rmhtangga, klu yg mcm ni berbaloi gak buat, suami baik dibalas baik, suami jahat ko buat sendiri.... apa kes lps kawin lagi byk keja kita. Masak pun mcm tu jugak, suruh dia tlg masak sama, kalo dia balik keja duk rehat2 dpn tv korang pun rehat gak depan tv, biar sama2 lapar...klu dia suruh masak ckp kat dia klu masak sama2 baru nak...biar dia tahu memasak tu sebahagian dr tugas dia sama. Lelaki mat salleh semua tau buat sendiri, lelaki melayu saja melampau mengada2 depa ni, semuanya nak kena buat bagi.:@ Lagi pun bila dorg terikat dgn urusan dirmh sama, takdelah byk masa terluang utk lepak dgn kwn2 kat luar tu, bila dah jarang keluar tu risiko utk curang tu tipis skit.
Sebenarnya semua ni kena start dr awal perkahwinan lagi baru senang nak menjadi. Klu dah biasa jadi KING tu mmg susah skit nak ubah, tp bukan bermakna tak blh buat sesuatu, kena jugak berusaha supaya dorg tak terus salah guna kuasa. Lagi satu kpd korg yg ada anak lelaki tu ajar sama dorang buat keja2 rmh sama mcm anak perempuan jugak. Mat salleh anak2 semua di layan sama rata, tak kira pompuan ke lelaki ke semuanya di ajar buat keja rmh ikut kesesuaian peringkat umur. Harapnya bila dah besar nanti takdelah nak jadi KING dlm rumahtangga, sebaliknya menjadi seorang suami yg independent, blh buat smua keja rmh bersama2 dgn isteri dan menjadi suami dan bapa yg di senangi oleh anak isteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Orange1 at 8-1-2009 12:51 AM 
nir...aku mmg geram dgn cerita2 penganiayaan isteri dlm rumahtangga ni, benda ni bukan baru tp dah lama dlm masyarakat kita cuma di biarkan berleluasa sehingga menjadi tradisi turun temurun. Aku ...
pada aku, kalau isteri tak sua, lelaki tak lah mua. ni sebab pompuan dok sua je ... lemak la lelaki tu. pastu kalau lelaki tu ada akal ... dia patutnya ubah perangai tanpa disuruh. dah sedia jadi ketua keluarga, maknanya otomatik sedia susah senang sama termasuk dalam urusan rumahtangga ni.
walaupun aku sekarang dah tak kerja, tapi kerja sebagai surirumah lebih banyak dari kerja pejabat. tak pernah habis. sebab tu aku tolak je offer kerja bulan lepas sebab aku tau aku tak boleh nak bagi commitment 100% pada kerja apalagi dengan tanggungjawab aku pada famili.
alhamdulillah suami aku walaupun aku dah tak keje, dia masih rajin bantu bila ada kat rumah. kalau tak memang pengsan aku  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Orange1 at 7-1-2009 09:37 PM 
Blh ke pompuan yg bakal berkahwin yg taknak suami dorg berkahwin lagi pd masa depan, suruh suami baca taqlik masa akad nikah.."Klu aku menikahi pompaun lain maka jatuh talak satu ke atas isteriku ...
yes madam!
i will follow.... follow you said
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #264 Orange1's post
yup boleh tambah taklik tu kalau bakal somi setuju...tambah jerlah sebanyak mana korang nak..cuma bila taklik banyak sangat memudahkan lagi ler perceraian tu....itu saje..ada sorang mualaf pompuan neh masa kawin memang dia mintak hb dia kalau tak silap orang maghribi buh taklik cenggitu..iaitu kalau laki dia nikah lain otomatik jatuh talak satu ke atas dia..sebab dia kata dia tak mungkin leh tima poligami so dia tak nak idup dalam dosa...
jadi kepada bakal2 pengantin...terpulang ler nak buh ke tak taklik tu..bak kata seorang pakar motovasi dalam dunia neh semua pompuan memang berkemungkinan dicurangi samada secara legal or illegal..he he...ahkak tak terpikir lak nak boh taklik neh masa nak nikah dulu sebab tak pernah terpikir bab2 curang murang neh...rasa kalau wa join fd neh masa anak dara ada harapan taklik tu ku bubuh ekekekekekeke.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #270 Hana's post
awat tak leh..? Bakal somi dulu tak mau buat ke..? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #269 Lipton\ catat
nak menyampuk skit la kan....
pasal taklik 2.... ok la kita dah tambah mcm2...
then laki 2 buat hal yg leh jatuhkan talak mean talak jatuh dah la kan automatik...... tp kalo jantan jenis x faham bahasa dia rahsiakan so hubungan still hsbn & wife mcm biasa sebab wife x tau so mcm ner hukum dia eak...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hyundai_2008 at 5-1-2009 04:09 PM 
Sekarang ni, suami puan awan ni dah pun berkahwin. Perempuan sana dah sah pun jadi isteri pada suami dia. Suami dia pun cakap tak akan pilih antara dua, samada dia atau isteri sana. Dia pula ...
ada kebenaran dlm apa yang hyndai cakap.... |
|
|
|
|
|
|
|
apa kes hidup haku kena layan pompuan
buang karannnnnnnnnn
baik haku melanchong dgn mak abah adik adik anak buah
harlowww ... melanchong ke luar negara hockkayyyyy ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Lipton at 8-1-2009 09:46 AM 
yup boleh tambah taklik tu kalau bakal somi setuju...tambah jerlah sebanyak mana korang nak..cuma bila taklik banyak sangat memudahkan lagi ler perceraian tu....itu saje..ada sorang mualaf pompua ...
tambah taklik mmg boleh, tp serasa sy pernah terbaca taklik mcm yg orange suggestkan tu tak sah digunapakai, maksudnya kita takleh bertaklik benda2 yg sebegitu. tapi saya pernah baca ustazah senator tu bertalkik jika suaminya berkahwin dgn perempuan lain diluar pengetahuan dia, talaknya akan jatuh dan juga salah satu lagi taklik dia suaminya takleh menghalang dia drpd menyebarkan dakwah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|