Nikki akan berkahwin dgn Audi Mok... what a surprise..
Jumaat Februari 6, 2009 Nikki langkah bendul tiga kakak Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
SETIAP pasangan yang sedang mempersiapkan diri ke alam rumah tangga pastinya mempunyai perkahwinan impian sebagaimana penyanyi Nikki, 24, yang bakal berkahwin dengan komposer terkenal Audi Mok, 38, pada 27 Jun depan.
Jika ramai di kalangan artis lebih gemar memilih konsep taman, Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sebaliknya berkata dia bercita-cita untuk membuat majlis resepsi perkahwinan di pantai.
"Setakat ini, saya belum pasti bagaimana majlis resepsi saya di Sabah nanti. Tetapi, dari kecil lagi, apa yang saya impikan adalah membuat majlis tersebut di pantai kerana ia lebih santai dan romantik serta ada ombak dan angin.
"Saya tak sabar untuk menjalani majlis resepsi seperti ini tetapi semua itu perlukan banyak perancangan. Jadi, semua ini saya akan fikirkan kemudian," luah Nikki yang terlebih dahulu akan menjalani majlis perkahwinan di salah sebuah gereja di Kuala Lumpur pada 27 Jun.
Kemudian, Nikki dan Audi Mok akan bergerak ke Melaka untuk menjalani resepsi perkahwinan di sebelah pihak pengantin lelaki pada sebelah malamnya.
Nikki dan Audi Mok ketika majlis pertunangan mereka di Sabah pada 26 Disember lalu. -foto oleh Nikki
Tambah Nikki, jika boleh beliau inginkan majlis resepsinya di Sabah nanti dihadiri oleh guru-guru dan rakan-rakan taulan di Sekolah Menengah Convent Saint Francis dan Sekolah Rendah Convent Saint Francis, Kota Kinabalu.
"Saya sedang cari semula nombor telefon dan alamat emel untuk menghubungi dan menjemput rakan-rakan sekolah semasa di tingkatan 5 Sains menghadiri majlis resepsi saya nanti.
"Kalau boleh, saya juga mahu menjemput cikgu di sekolah menengah iaitu Cikgu Jafri yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Cikgu Nurul yang mengajar subjek Geografi kerana saya amat menyayangi pasangan suami dan isteri ini.
"Sementara di sekolah rendah, saya teringin sangat menjemput Sister Collette yang mengajar saya menyanyi dan subjek bahasa Inggeris serta menggalakkan saya menyertai koir dan tidak dilupakan Cikgu Marsiah.
"Saya rasa tak sabar untuk menanti dan berjumpa dengan mereka pada hari resepsi perkahwinan itu.
"Saya juga berasa teruja sebab dah lama tak jumpa dengan mereka setelah kenal dari kecil lagi. Kira macam majlis 憆eunion |