|
Disini aku nak kongsi pengalaman aku menonton cerita LBS ini. Aku akui aku bukanlah pembaca novel LBS ini. Namun, melihat akan trailer filem ini dan maklum balas oleh peminat filem ini aku aku jatuh cinta pada cerita ini. Aku yakin bahawa LBS ini jauh lebih bagus dari filem-filem cinta lain yang wujud di Malaysia ini.
Dari sudut pandang orang yang tidak membaca novel apa yang aku boleh katakan filem ini sangat meletup! Terbaik! The BOM! Dari mula filem ini sampai habis degupan jantung aku sangat kencang aku sangat tertarik dengan filem ini. Dari segi jalan cerita yang super class, pilihan lokasi lakonan yang sangat cantik, lakonan yang efektif daripada para pelakon. Memang aku menangis la dalam movie ni. Scene mana yang menyayat hati memang aku titiskan air mata. Secara jujur kalau tengok berulang kali pun aku mampu. Cerita ini sangatlah BEST!! Tolonglah pergi tengok kat pawagam. Biarkan ia mencipta sejarah tersendiri. Aku percaya filem ini boleh masuk BOX OFFICE!!
Namun, bagi pembaca novel, aku harap kalian tidak terlalu mengkritik filem ini dan dibandingkan sangat dengan keteperincian seperti dalam novel. Sudah tentu apabila sesuatu novel itu diadaptasi kedalam filem kekurangan akan berlaku. Sama seperti HARRY POTTER dan TWILIGHT. Tetapi, judge la filem ini melalui REASONABLE thinking. Mungkin korang akan sedikit hampa sebab jalan cerita dan latar masa agak berlainan namun, aku tetap percaya bahawa apabila adaptasi ini berlaku. Pengarah dan seluruh krew telah menjalankan tugas dengan baik!
Kepada peminat filem cinta, tak kiralah english atau melayu, filem LAGENDA BUDAK SETAN ini merupakan satu filem yang WAJIB ditonton dipawagam berhampiran anda.
LAGENDA BUDAK SETAN merupakan satu epik triologi cinta agung yang tiada tandingannya. Bakal ditayangkan secara rasmi dipawagam pada 3 JUN ini. Saksikanlah bersama rakan-rakan, kekasih, serta ahli keluarga anda. Sesungguhnya, aku mahu tonton lagi filem ini.
LAGENDA BUDAK SETAN bakal mencipta LAGENDA tersendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam..
Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel yang sangat popular di tahun 80an. Jadi..adakah ceritanya masih seronok pada hari ini? Secara peribadi, saya katakan bahawa plot asasnya sangat klise dek kerana pengulangan plot konflik cinta bersegi-segi di antara Kasyah, Ayu dan Azmi (dan Katerina) sudah diulang berkali-kali di sepanjang lebih 20 tahun yang lalu sehingga kini samada di televisyen atau filem. Namun begitu, seandainya filem ini dibikin di tahun-tahun terdekat semasa penerbitan bukunya dahulu, ia pasti sangat-sangat 'akan' popular dan laku. Itulah perjudian nasib filem ini yang bakal ditayangkan mulai 3 Jun 2010 nanti samada pembaca tegarnya dahulu akan berduyun-duyun ke pawagam berserta penonton yang tidak pernah langsung membaca novelnya seperti saya? Tidak dinafikan bahawa sesebuah kisah cinta akan kekal evergreen sampai bila-bila pun kerana keperluan azali seksualiti adam-hawa itu adalah sama cuma acuan dan latar zaman kisahnya yang mungkin berbeza.
Cerita Lagenda Budak Setan telah menekap dan memimik pola sosial dan budaya semasa novel ini ditulis dimana teknologi internet dan telefon bimbit belum ada. Ok..betul tiada komunikasi pantas dan ringkas seperti sms, e-mail, twitter, facebook atau BlackBerry Messenger waktu itu yang memudahkan lagi penceritaan bagi 'merumitkan' lagi konflik di antara Kasyah-Ayu. Maksud saya, pemutusan hubungan semasa Kasyah berkelana menyiapkan kajian bagi menamatkan pengajiannya ialah elemen penceritaan yang sangat-sangat berkesan untuk mengiyakan bahawa berita perkahwinan Ayu-Azmi tidak diketahui oleh Kasyah..selama setahun beb!
Penceritaan filem ini meletakkan khalayak seolah-olah 'membaca' novelnya mengikut bab..agaknyalah? Saya akui kesukaran utama sebuah adaptasi dari novelnya ialah pemilihan blok-blok cerita terpilih dari kronologi kejadian yang berlaku di sekeliling kehidupan Kasyah yang sangat panjang (tebal). Di sinilah kompromi di antara kehendak penceritaan Ahadiat Akashah sebagai penulis novel dan Armantono penulis lakonlayar untuk memilih yang terbaik dan terpenting untuk dipadatkan dalam ruang durasi sebuah filem. Kemudian perlu ditangani oleh Sharad Sharan sebagai pengarah dengan kerja berkumpulan para pekerja filemnya. Ok..pemilihan inilah yang perlu berhati-hati supaya penceritaannya tidak melompat-lompat, tertinggal atau perlu ditokok-tambah untuk menjalin kronologi yang sesuai sebagai sebuah filem secara berdikari.
Secara peribadi, saya melihat filem ini pada awalnya begitu khusus kepada kisah konflik percintaan Kasyah-Ayu sebagai jalan cerita utama dan kemunculan Azmi sebagai orang ke-3, konflik Azmi-Ayu-Leha (ibu Ayu) sebagai subplot. Namun begitu apabila masuk ke pertengahan cerita, filem ini disumbat plot-plot baru yang bertimbun-timbun, bertimpa-timpa, silih-berganti! Waktu itulah saya terfikir bahawa kembali kepada tajuknya Lagenda Budak Setan ialah kisah di sekeliling Kasyah iaitu melibatkan Ayu, Emilia, Suzana, Azmi, Leha dan paling mengejutkan tambahan watak Katerina hampir ke penghujung cerita? (hook untuk sekuel mungkin?) Saya tidak menidakkan apa cerita yang ada di dalam novel asalnya. Cuma penceritaan ke penyudahnya terasa seakan terkejar-kejar dan berkecamuk serentak untuk dihabiskan dalam durasi yang terhad kerana sudah hampir ke penamat filem. Penukaran lompatan kronologi (time-frame) sangat pantas dan pendek. Semuanya berlaku dalam 3rd act! Semuanya!
Namun begitu, saya salut kepada kualiti lakonan para pelakon dan sinematografi filem ini. Adakah adaptasi bermaksud benar-benar setia kepada jalan cerita asal? Persoalan samada untuk memenuhi 100% kehendak pembaca novelnya atau mengangkat semula novel ini sebagai sebuah filem cerita baru yang mengandaikan semua khalayak adalah sama (pembaca dan bukan pembaca). Perbezaan di antara 'inspired by' dengan 'based on'?..dan filem Lagenda Budak Setan ada jawapannya sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
O betolla citer ni mmg TERPAKSA buat latar masa 80-AN juga sama ngan novel nya.( wpon aku tgk baju2 deorg mcm tahun 2000-an je) sbb nya...80-an takde lagi henset+internet+blackberry+FB semua.so senang la skit nk yakin kan penonton yg KASHAH-AYU mmg terputus hubungan selama setahun smpai Ayu kawen pon kasyah tak tahu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 266# missgirl
wlcm. |
|
|
|
|
|
|
|
so, watak katerina tu muncul d ujung crita je la?
kuikuikui. |
|
|
|
|
|
|
|
O betolla citer ni mmg TERPAKSA buat latar masa 80-AN juga sama ngan novel nya.( wpon aku tgk baju2 ...
nashrudean Post at 28-5-2010 22:28
tu la.....agaknya cerita nie mmg terpaksa dibuat zaman 80an atau awal 90an supaya nmpk logik..... kalo tak...... mmg lagi byk
yg nak kena ubah dr novel |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam..
Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel yang sangat popular di tahun 80an. Jadi..ada ...
nashrudean Post at 28-5-2010 22:27
rajinnya nash buat ulasan...
anyway tq...
excited sgt nak tgk.... |
|
|
|
|
|
|
|
so, watak katerina tu muncul d ujung crita je la?
kuikuikui.
hijau88 Post at 28-5-2010 22:41
hmm... kalo dlm novel.... kashah keje gan katerina kan....masa tu ayu tgh hilang ingatan....x la hujung citer sgt
tp dlm movie....x tau ler
kalo tiba2 jer ada....cam x logik ler plak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 270# ama17
eh bukan saya punya la..
tu dpt dr FB LBS!
Deorg adakan quiz..sape mng dpt tgk gala percuma!
sy x menang pon..ha2... |
|
|
|
|
|
|
|
Disini aku nak kongsi pengalaman aku menonton cerita LBS ini. Aku akui aku bukanlah pembaca novel LB ...
nashrudean Post at 28-5-2010 22:27
thanks .... makin eksaited nak tgk....cepat ler minggu depan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ama17
eh bukan saya punya la..
tu dpt dr FB LBS!
Deorg adakan quiz..sape mng dpt tgk ...
nashrudean Post at 28-5-2010 22:54
laaaaa......... ingatkan awak punyer review...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku lum lgi baca novel ni... huahuahuahau. aku cari kat kedai takde la plak.
hijau88 Post at 28-5-2010 23:21
la ye ke..... kalo dekat leh bg ko pinjam jer
dah lama dlm kotak
biler citer nie nak tyg..... baru gi cari balik
aku ingat cume org yg penah baca novel nie jer yg eksaited sesangat nak tgk movie nie
rupernye ramai gak peminat baru |
|
|
|
|
|
|
|
ahahaha... actually dlu mmg depan mata aku dah novel ni... cuma... kakak aku tym tu dah nak bg balk kat kwn dia... so... tak sempt la aku nak baca.
kuikuikui. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu try jgk cari... tapi tak jmp2... novel2 yg latest AA je yg aku jmp.
huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm best jerr...cant wait!
i like lisa surihani |
|
|
|
|
|
|
|
kalu tak silap... novel ni akan d dramakan kan... Jue ganti LS.
ades. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sinchann at 29-5-2010 19:28
kalu tak silap... novel ni akan d dramakan kan... Jue ganti LS.
ades.
hijau88 Post at 29-5-2010 17:42
bertukar orang kaedahnye |
|
|
|
|
|
|
| |
|