|
Perkara ini penting sangat; Orang Islam Wajib percaya pada Allah, Kitab-kitab, Para nabi dan Rasul d ...
Senyum86 Post at 19-3-2012 11:45
Krn berimamkn si musyrik, kafir, fasik, etc. ler kot.
- Syaitan² di kalangan manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang perlu di cantas adakah kemodenan itu atau pemerintah itu , untuk mengembalikan keseimbangan kepada kehidupan rakyatnya ? Atau kita pinggir kan kedua-duanya ?...
blastoff Post at 19-3-2012 15:26
Pertama, yg berkuasa (firaun) akan kekalkn kuasa.
- wujud sistem² utk mengekalkan kuasa tanpa keadilan
(i.e. PRU13, pendidikan, ekonomi, sosio-budaya, ISA, etc.)
- bina tugu/tanda pemerintahannya (kemajuan) dan tiada unsur ketaqwaan.
- memperhambakan seluruhnya dgn sistem² yg ada utk kekal tunduk kpdnya.
- menggerakkan pemerintahan dgn 'badan² berkanun', kehakiman, perundangan, etc.
yg diberikan oleh 'Ratu'nya sbg alat yg mencengkam rakyat.
Keduanya, jika iman dan taqwa kpd Allah sbg cara hidup:
- keluar drpd sistem² mereka
- jauhi tanda² kekuasaan mereka
- berpaling drpd mereka dan taat, tunduk dan patuh kpd yg Maha Kuasa.
Jika saudara bijak bestari, sila jelaskan berkenaan
lambang kemajuan negara melalui pembinaan
'menara berkembar tertinggi dunia'.
- kecanggihan sains dan teknologi moden.
- pencakar langit yg kukuh berdasarkn:
i) faktor keselamatan dr bencana (struktur) - berapa penambahan kos binaan?
ii) ciri reka bentuk umpama kiamat 1000 thn lg ATAU hanya bertahan hingga 2020 shj?
iii) kapital (kos - ringgit, masa, bahan) yg sgt tinggi hanya dgn 'hutang' atau tunai?
iv) apa manfaat kpd seluruhnya jika hasil galian bumi itu hak semua?
- mengapa jd lbh tinggi dr peninggalan dunia di Mesir?
- apa yg saudara faham ttg 'ralat dan ketakpastian', adakah sama dgn insya Allah? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 19-3-2012 19:50
Kena lah kaji balik sejarah,
knp alam dan manusia dijdkn sains?
Mengapa falsafah Islam tdk lg digunakan,
malah menggantikan 'hipotesis' dlm kajian sains?
Dgn mengeluarkn Maha Pencipta drpd ciptaanNya?
Setakat pembuktian guna nombor² andaian semata.
(Perlu hurai terperinci utk tahu - factor²)
Dzulqarnain Post at 19-3-2012 05:40
Tak dinafikan banyak yang terdapat dalam dunia sains adalah teori2 yang bertentangan dengan Islam ,
contoh teori darwin yang mengandaikan asal usul manusia dan haiwan di masa lampau,
selain itu pakar2 astronomy juga sepantas kilat mengandaikan asal usul dan nasib planet, bintang serta cakerawala di masa lampau berbillion light years di masa lampau youuuu , nujum pak belalang dalam dunia sains semua tu ...
orang2 yang tidak mengenal dan tidak mahu mengenal siapa Penciptanya boleh tahu apa yang berlaku di masa lampau pada semua ciptaanNya ? Tak logik . |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 19-3-2012 19:52
Setuju dan teruskn. Yg Hak tu dr Allah.
Tp igt, kandungan 'www' yg 'Islam' tu sgt³ sedikit,
dan kandungan yg benar plk sgt³ jauh lg sedikit.
Dzulqarnain Post at 19-3-2012 05:40
sedikit yang Islam dan banyak yang taghut berlaku pada semua perkara dalam dunia la ni ....
even kalau pi tengok masyarakat orang asli yang dok dalam hutan baniaq dan tak terdedah kepada internet langsung tu pun lagi banyak taghut yang depa amalkan dari islam .....
Sebab Allah dah sebut dalam Quran majoriti manusia sukakan kebathilan , hanya cinonet je yang memilih iman dan taqwa tak kiralah di bandar metropolitan atau dalam hutan, di pekan atau di kampung. |
|
|
|
|
|
|
|
Nabi S.A.W bersabda
"Sesungguhnya hati-hati manusia terletak di antara dua jari Allah Azza Wa Jalla, Seolah-olah hanya satu hati, lalu Allah memalingkan sesuai dengan kehendakNya" Kemudian baginda berdoa:"Wahai Zat Yang memalingkan hati, palingkan lah hati kami kepada ketaatan kepada-Mu." |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 19-3-2012 20:39
Kna kaji 'hipotesis' awal ciptaan 'modern science' tu.
- cuba cari perkataan 'insya Allah'. Ada?
Dzulqarnain Post at 19-3-2012 05:40
Teori yang kita boleh buktikan benar maka ambiklah untuk kemudahan hidup , teori yang kita tak boleh nak buktikan lagi kebenarannya maka elok letak tepi aje dulu jangan dok terima tak tentu pasal lagi , dan yang bertentangan dengan Quran Sunnah kita humban terus masuk longkang .
Kita ada penapis paling canggih yakni Quran Sunnah untuk mengenal longgokan yang depan kita nih permata tak ternilai ka atau sampah sarap, so tapis elok2 dulu sebelum menerima apa saja teori dan pendapat dari sesiapa jua pun lah .
Kita di hadapkan dengan info bercampur2 antara palsu dan benar bukan hanya dalam dunia sains moden aje tapi dalam segala aspek kehidupan kita , so tak leh lari laa, kena berdepan dan selesaikannya secara berhikmah . |
|
|
|
|
|
|
|
Nabi S.A.W bersabda
"Sesungguhnya hati-hati manusia terletak di antara dua jari Allah Azza Wa Jal ...
Senyum86 Post at 19-3-2012 20:10
Nabi kata juga, dia dan kiamat tu spt
jari telunjuk dan jari tgh...
dkt sgt tu~!
Tp Allah Maha Mengetahui akan hari PembalasanNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Dan pohonkanlah: "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku", (Al-Israa' 17:80) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 20-3-2012 17:14
Yg salahnya, nabi dh kata jgn usik 'Emas' (hitam) tu,
bila Dajjal 'timbul'/nampak kn kekayaan perut bumi dgn 'geoscience'nya.
Hawa nafsu jgk la 'syaitan' nye tu...kna tanya OPEC.
(blum masuk bab 'petrodollar' lg...)
Dzulqarnain Post at 19-3-2012 05:40
Sejak awal kewujudan manusia di muka bumi dah berlaku pembunuhan kerana hawa nafsu . Walaupun antara dua orang cuma yang bermakna bumi ni ketika tu lengang aje, tak habih makan haih kalau berkongsi antara dua orang tu segala kekayaan bumi ketika tu , kerana bukannya ramai bersesak2 macam sekarang nih yang nak kena berebut itu ini sesama sendiri , dan sorang tu dah kata dia tak nak berbunuhan, tapi dia di bunuh jugak oleh yang sorang lagi tu .
5:27 "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Kabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Kabil). Ia berkata (Kabil): "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa"."
5:28 "Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam."
5:29 "Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim."
5:30 Maka hawa nafsu Kabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi.
Manusia berperang dan berbunuhan kerana berebutkan sesuatu telah berlaku sejak dulu kala lagi . Dan lepas datang Rasul2 dengan membawa berbagai petunjuk Allah pun masih berlaku jugak pembunuhan di antara sesama manusia kerana berselisihkan sesuatu .
2:253 Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian mereka atas sebagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya beberapa derajat. Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus. Dan kalau Allah menghendaki, niscaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya.
Bunuh sorang atau bunuh ramai , kalau tanpa hak pembunuhan itu berlaku maka sama aje lah sorang atau ramai pun . Guna bom berangkai boleh bunuh ramai manusia di zaman moden, tapi guna keris boleh bunuh sorang dua aje di zaman silam . Bunuh sorang pun cukup lah untuk kekal di neraka selama-lamanya sebagaimana kalau bunuh ramai orang .
Jadi apa yang berlaku di awal kewujudan manusia dengan apa yang berlaku sekarang di mana manusia di timur tengah dan di barat saling berbunuhan kerana nafsu , tak dak beza dari segi keberatan dosa dan dari segi balasan hukuman di akhirat kelak . Kekal selama-lamanya lah di neraka .
5:32 Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israel, bahwa: barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerusakan di muka bumi.
3:21 Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahwa mereka akan menerima siksa yang pedih.
4:93 Dan barang siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.
Nabi Adam tak boleh stop anaknya dari membunuh, Rasul2 dulu kala tak boleh stop umat2 mereka dari saling berbunuhan kerana berselisihkan dan berebutkan macam2 maknenek mende lah, dan Nabi Muhammad pun tak boleh stop umatnya dari di timpa perkara yang sama gak .
Hingga datang kiamat , pabila semua makhluk mati dan musnah langsung bumi nih , hah waktu tu tak dak pembunuhan dah lah jawabnya, memperlihatkan betapa kemaruknya manusia nih dengan perbuatan berbunuh-bunuhan sesama sendiri .... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 20-3-2012 14:22
Respon yg baik.
Tp mereka dh niat, usaha/ikhtiar, cuma sangkut di 'kerongkongan'.
Krn? - kekal ada dlm Perlembagaan Persekutuan: HAK ASASI MANUSIA
(ciptaan Syaitan utk menghapuskn Ad-Din manusia)
Terikat dgn UDHR, UDIHR, etc. krn Malaysia ahli PBB (patuh wlpn benar/batil).
Bila Majlis Keselamatan PBB shj yg dpt mencabulinya...adil ke???
Dzulqarnain Post at 19-3-2012 05:40
Penyertaan orang2 Islam dalam majlis keselamatan PBB dan dewan parlimen di M'sia .. boleh mengubah apa-apa ? Tiada apa yang dapat mereka lakukan untuk menghentikan segala korupsi dan maksiat yang di dokong hebat oleh dua badan ini.
Mereka bersubahat sama apabila turut mengambil bahagian ? Bukankah kehadiran mereka sama macam memberi pengiktirafan kepada dua badan ini untuk terus memporak perandakan hidup manusia ? Of course lah, semua mereka saling tolong menolong dalam berbuat dosa dan maksiat , walau dengan berdiam diri sekalipun .
Ia mencemarkan jiwa mereka lalu mereka menjadi semakin jauh dari Quran Sunnah dalam tindak tanduk mereka . Ibarat terjun dalam tangki septik, semua berlumuran dengan najis . Apa kebaikan yang boleh mereka buat dengan ikut sekali terjun sama gitu ? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 20-3-2012 15:34
Misi Iblis utk menyesatkn seluruh umat Adam a.s. smpi kiamat. (15:39)
Misi Dajjal utk menjadikn dunia ni, syurga bg umat akhir zaman.
Misi Yakjuj & Makjuj melakukan 'fasaad' (kerosakan/meruntuhkn) zahir/batin di bumi. (18:94)
Para pencetus 'fasaad' di muka bumi...
Jika 'ilmu teknologi moden' adalah rahmat Allah utk semua,
- mengapa kita perlu byr bil elektrik dan air?
- mengapa yg miskin jln kaki, yg kaya naik jet peribadi?
- mengapa digunakan utk menindas yg lain?
Dzulqarnain Post at 19-3-2012 05:40
Apa saja anugerah atau pemberian Allah dalam ertikata nikmat dunia ( tak kiralah teknologi moden atau silam , mai direct dari alam atau hasil kerja tangan manusia ) kalau di gunakan ke jalan yang Allah redhai akan mendekatkan manusia itu dengan rahmat Allah lah .
7:56 Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.
Dan kalau guna sebaliknya akan bertukar jadi bala aje la pada dia . Jadi usaha dia berbuat kebajikan atau kemungkaran dengan nikmat Allah tu lah yang boleh menyebabkan dia dekat atau jauh dari rahmat Allah , dan bukannya benda tu sendiri rahmat atau bala secara sendiri-sendiri .
Nikmat boleh jadi istidraj , nikmat juga boleh jadi rahmat , ia berkait langsung dengan amalan yang di usahakan oleh manusia yang menerima nikmat itu lah .
6:44 "Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami-pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."
4:79 Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.
Jadi pemerintah yang gunakan nikmat Allah untuk tindas rakyatnya , lalu lagi bertambah lah pulak nikmat2 Allah yang di kecapinya walau dia tindas rakyatnya kiri kanan belakang depan , maka nikmat2 itu adalah istidraj untuknya seperti yang di sebut di surah 6 ayat 44. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi mereka memandang kesesatan sebagai kenyataan dan kebenaran ? ...
blastoff Post at 19-3-2012 14:04
Kebykannya begitu.
Kna guna pendekatan berbeza²,
krn manusia ni x sama peringkat ilmu, iman dan taqwa.
Firman Allah:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka
yang tidak Kami berikan kamu menguasainya, dan Kami telah jadikan bagi mereka
pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan
serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka,
kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah;
dan mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
(Al-Ahqaaf 46:26)
Bukankah dengan wujudnya internet maka
fahaman sesat dan karut, maksiat dan dosa seribu satu macam
boleh di sebarkan keseluruh ceruk rantau dunia
secepat awan di tiup angin?
Mungkin juga, tp yg pasti...
jln menuju kpdNya nampak spt berpaling kpdNya, dan
jln berpaling kpdNya nampak spt menuju kpdNya.
Fitnah² Dajjal sbg ujian² Allah kpd hambaNya.
Kemusnahan fizikalkah yang ingin di lihat dajjal berlaku pada manusia
atau kemusnahan aqidah ? Atau kedua-duanya ?
Bg saya kedua²nya.
Sabda nabi:
Sesiapa yang tidak menyenangi kepala pemerintahannya hendaklah ia bersabar kerana sesungguhnya orang yang keluar dari mentaati pemerintahan nescaya dia mati sebagaimana mati di masa jahiliyah. - Bukhari/Muslim
Ideologi pemerintahan yg bkn dr Allah (dr Dajjal) tu,
bertujuan memaksa ummah utk melakukan penentangan
sesama agama/bangsa/puak/saudara/etc.
De-colonization (kemerdekaan) dijdkn tapak eksperiman 'ideologi²' mereka.
Hanya utk menjdkn huru-hara, kacau-bilau, berleluasa.
Sehingga usaha dakwah dan tarbiyah Nabi s.a.w. dikatakan sia²,
maka umat manusia seluruhnya kembali kpd 'jahiliyah' sblm
kenabian/kerasulan baginda s.a.w. diangkatNya.
Yang perlu di cantas adakah kemodenan itu atau pemerintah itu , untuk mengembalikan keseimbangan kepada kehidupan rakyatnya ? Atau kita pinggir kan kedua-duanya ?
Jika bumi sbg manfaat manusia,
maka hanya 'keperluan' di ambil kira, dan hawa nafsu selebihnya dikatakan syaitan yg punya.
Kita x pasti yg kemodenan ni sbg landasan/laluan kpd perkara yg lbh besar di dunia.
Benarkah kemodenan tu berlaku dgn seimbang?
sdgkn populasi dunia 7 billion ni, lbh separuh drpdnya dikumpulkn di bandar²/bandaraya²?
Bila Allah jdkn bumi tu luas, rahmat hujan dr Ilahi dibina empangan menyekat aliran yg ditentuknNya,
malah kita salurkn kpd kawasan² petempatan moden. Utk apa agaknya?
Janji² Allah yg pasti, akan ujian² yg perlu kita hadapi.
Jika Al-Masih 'Dajjal' klon palsu kpd Al-Masih 'Isa' a.s.,
penyelamat bani Israel yg ditunggu² oleh mereka lbh 2000 thn,
Allah menguji mereka dgn beberapa perkara:
- jika Isa a.s. x dpt mengangkat mereka sbg kuasa besar dunia,
Dajjal boleh lakukan dgn menguasai dunia dlm ekonomi, politik, ketenteraan, teknologi, etc.
- jika Isa a.s. x dpt menyatukn bangsa mereka spt mana Daud a.s. dan Sulaiman a.s.,
Dajjal boleh lakukan melalui parasit 'Israel' di Palestin dgn
kemudahan teknologi pengangkutan, komunikasi, pembangunan kilat, etc.
- Jika Isa a.s. dikatakn mereka x sempat melihat ke semua di atas berlaku,
kemunculan Dajjal nnt akan mereka bentangkn kain merah sbg pemerintah/penguasa bumi.
Yang mana satu dari dua alat ini yang di cipta untuk ingat Allah ?
Atau kita perlu guna mana satu pun lah dari dua alat ini dengan cara yang
Allah redha tanpa memperdulikan sapa ciptanya dan apa fahamannya ?
Perlu nilai sendiri, mana satu 'keperluan', mana satu 'kehendak'.
Demi masa, manusia lupa utk ingat Maha Pencipta.
orang2 yang tidak mengenal dan tidak mahu mengenal siapa Penciptanya
boleh tahu apa yang berlaku di masa lampau pada semua ciptaanNya ?
Mmg x logik! Pendek akal.
Menganggap langit tu mereka yg punya.
Dgn andaian² yg disebarkn sbg kebenaran.
Walhal, bulan pn x pernah dijejaknya.
Kita ada penapis paling canggih yakni Quran Sunnah untuk mengenal
longgokan yang depan kita nih permata tak ternilai ka atau sampah sarap,
so tapis elok2 dulu sebelum menerima apa saja teori dan
pendapat dari sesiapa jua pun lah .
Setuju, itulah Al-Furqan. |
|
|
|
|
|
|
|
kak dandan mmg x gi undi ...tapi bukan pasal islam .... cuma org kampung x dpt masih x dpt terima kaum adam tukar menjadi kaum hawa ..... sejak kak dandan tukar jantina dah lama x gi undi ....x dpt memberi undi kpd parti umno yg kak dandan sayang |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia berperang dan berbunuhan kerana berebutkan sesuatu
telah berlaku sejak dulu kala lagi . Dan lepas datang Rasul2 dengan membawa
berbagai petunjuk Allah pun masih berlaku jugak pembunuhan
di antara sesama manusia kerana berselisihkan sesuatu ...
blastoff Post at 20-3-2012 02:12
X dinafikan.
Jika kita ambil 'Emas' secara menyeluruh menggunakan Al-Quran dan sunnah,
ianya akan cenderung kpd 'kekayaan/harta' yg dikurniakanNya kpd umat manusia.
Maka, jika perkongsian/agihan/pindah-milik/jual-beli/etc. dikatakan utk hambaNya,
manakala monopoli/menindas/tamakkn/berebut²/merampas/etc. pula,
dikatakan utk mereka yg dimurkai dan/atau disesatkn olehNya krn dunia.
Jika diambil 'emas sg Furat' sbg 'galian sg Euphrates yg bernilai tinggi',
sejak zaman rasulullah s.a.w. hingga kini, yg plg nyata adalah 'emas hitam'nya
a.k.a. minyak mentah yg menjadi rebutan Barat ke atas seluruh dunia dan
di Timur Tengah terutamanya.
Kebykan keanggotaan OPEC sdh menghadapi masalah 'bunuh-membunuh',
dan masih berlangsung hingga ke hari ini...
Bila dikaji progress Barat (Eropah) dlm 'memperkayakan' tamadun mereka,
meluaskn 'link' perdagangan mereka bg mndptkn galian bumi yg bernilai tinggi.
Ini tdk lain hanyalah bertujuan melancarkn perang dunia dan hanya akan tercapai
dgn memperkasakan kuasa ketenteraan melalui pembiayaan palsu mereka.
Respon saya, bakar shj minyaknya guna motor/kereta/dapur/etc. kita...
dan kurangkn kebergantugan dgnnya krn bila harganya mencanak bak emas kuning,
sama ada mampuskah kita atau mampukah kita...
Penyertaan orang2 Islam dalam majlis keselamatan PBB dan dewan parlimen di M'sia
boleh mengubah apa-apa ? Tiada apa yang dapat mereka lakukan untuk menghentikan
segala korupsi dan maksiat yang di dokong hebat oleh dua badan ini.
Sia², bila tiada siapa yg dpt menghapuskn kuasa mereka.
Cuma semakin hari, semakin ramai yg jd spt mereka...
p/s: Bila pemerintah hari ini, 'bertentangan' dgn ciri 'pemerintah yg diberi kuasaNya' tu (18:83),
maka mereka tergolong dlm golongan² yg 'terperangkap di sebalik tembok yg dibinanya'. |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali. (Al-Baqarah 2:18) |
|
|
|
|
|
|
|
kak dandan mmg x gi undi ...tapi bukan pasal islam .... cuma org kampung x dpt masih x dpt terima k ...
Pondan-Melayu Post at 20-3-2012 21:07
Sekurang² saudara/i membawa tanda² kedatangan kiamat itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pepatah Melayu:
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
Huraian:
Kalau pemerintah-pemerintah berselisih, rakyat mendapat susah.
Saya patahkn dgn respon:
Ga'jah sama ma'jah berjuang, pelanduk lari ke belakang semak.
Huraian:
Kalau 2-kuasa besar berperang, kita berundur ke bukit taqwa. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 21-3-2012 11:39
X dinafikan.
Jika kita ambil 'Emas' secara menyeluruh menggunakan Al-Quran dan sunnah,
ianya akan cenderung kpd 'kekayaan/harta' yg dikurniakanNya kpd umat manusia.
Maka, jika perkongsian/agihan/pindah-milik/jual-beli/etc. dikatakan utk hambaNya,
manakala monopoli/menindas/tamakkn/berebut²/merampas/etc. pula,
dikatakan utk mereka yg dimurkai dan/atau disesatkn olehNya krn dunia.
Jika diambil 'emas sg Furat' sbg 'galian sg Euphrates yg bernilai tinggi',
sejak zaman rasulullah s.a.w. hingga kini, yg plg nyata adalah 'emas hitam'nya
a.k.a. minyak mentah yg menjadi rebutan Barat ke atas seluruh dunia dan
di Timur Tengah terutamanya.
Kebykan keanggotaan OPEC sdh menghadapi masalah 'bunuh-membunuh',
dan masih berlangsung hingga ke hari ini...
Dzulqarnain Post at 21-3-2012 01:20
Allah mengurniakan emas berlambak2 kepada firaun dan kuncu-kuncunya di zaman silam . Tengok aje makam tut yang dikatakan anak firaun, kerandanya di perbuat dari emas tulen yang bertan2 beratnya , dan qarun yang merupakan bendahara aje kan kepada firaun pun berlambak2 harta yang dimilikinya, sampaikan segala harta tertimbus dimasa bila pun akan lekat namanya sekali , inikan pulak firaun yang memang berkuasa ketika tu, lagi lah tak terhingga emas yang dimilikinya ketika zaman pemerintahannya .
Dan Allah kurniakan emas hitam (minyak) dengan quantiti yang paling banyak di dunia pada pemerintah saudi arabia , dan siapakah pemerintah amerika kepada pemerintah saudi arabia ? Bukankah kuncunya ? Mereka saling tolong menolong terutama dalam bab ketenteraan untuk menundukkan lawan mereka , sampaikan markas US pun ada tak jauh dari madinah pe .
So siapa sebenarnya firaun di zaman moden ? Pemerintah Amerika atau pemerintah Saudi Arabia ? Pemerintah Amerika tu ibarat qarun aje yang cuma bendahara aje , tapi yang firaunnya adalah pemerintah Saudi Arabia .
Bukan kah firaun zaman silam menggunakan idealogi berunsurkan agama ( mengaku tuhan) dan kekerasan untuk menundukkan manusia ketika tu ...... apa yang digunakan pemerintah saudi arabia untuk membuatkan seluruh umat Islam tidak menentangnya malah menerimanya ? Agama jugak lah . Jelas sekali dia memanipulasi Islam dan kewujudan kaabah di negaranya untuk membuatkan umat Islam membutakan mata terhadap segala penindasan yang di lakukannya dan kuncu2 nya ( amerika , dan eropah - NATO ) ke atas umat Islam di merata negara .
Memang lah pemerintah saudi arabia tak melakukan kekerasan secara direct pada sesiapa pun, tapi dengan dia membenarkan pemerintah amerika menggunakan bala tentera mereka untuk bermaharaja lela di timur tengah dengan mengebom secara membabi buta sesiapa saja yang mereka anggap musuh, itu dah cukup untuk implicate dia sama sebab bersubahat dengan mereka .
Macam jugak firaun zaman silam yang bukannya dia dengan tangannya sendiri pun pi dok bunuh dan siksa rakyatnya , dengan bantuan bala tenteranya jugak lah , sebagaimana pemerintah saudi arabia yang dengan bantuan bala tentera Amerika membunuh dan menyiksa orang2 Islam di merata dunia .
Dia cuma provide minyak, laluan dan kekayaan aje pada pemerintah Amerika (yang kemudiannya di pas pulak pada Israel) , sebagaimana firaun beri kat qarun kemudiannya qarun gembelingkan usaha segala mak nenek cara untuk melaksanakan misi jahat firaun tersebut
7:127 "Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum firaun (kepada firaun): ""Apakah kamu membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerusakan di negeri ini (Mesir) dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu?"". firaun menjawab: ""Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup perempuan-perempuan mereka dan sesungguhnya kita berkuasa penuh di atas mereka""."
..... you scratch my back I scratch yours kekdahnya . |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cipOt_cedOt at 21-3-2012 11:55
Dzulqarnain Post at 19-3-2012 04:15 PM
Cth yg plg dekat, negara kita M'sia. Sama ada DUN atau Parlimen.
Bagaimana nk jelaskan 'demokrasi' jika tiada had pungutan suara?
Saudara bicara dlm konteks 'masyarakat' tanpa menjelaskn ahlinya
i.e. masyarakat Islam shj ke, majmuk ke...kampung, bandar, daerah, mukim, negeri or negara?
- ada hadnya... dan peranan untuk menghadkan siapa yang layak mewakili sekumpulan masyarakat dipantau dan dikawal selia oleh SPR dan Perlembagaan (kita tolak tepi dulu soal integriti SPR)
- walaupun semua individu di Malaysia boleh bertanding tetapi yang memutuskan bahawa individu itu layak untuk mewakili sekumpulan masyarakat adalah individu masyarakat itu sendiri... tak pernah lagi ada kumpulan atau pertubuhan yang membuang undi walaupun peranan kumpulan atau kumpulan boleh mempengaruhi pemilihan individu untuk memilih individu sebagai wakil...
- kita harus terima hakikat bahawa fitrah manusia adalah mahkluk bersosial...
Jika memilih utk bincang 'mikro', i.e. kampung/pekan kecil or jumlah ahli sgt kecil,
maka ada kemungkinan demokrasi tu dpt dicapai dan boleh dikatakan relevan bg Islam.
Krn keputusannya masih cenderung kpd batas agama dan hak asasi manusia.
Bila dh 100% ahlinya muslim, mmg tiada masalah berlandaskn Al-Quran dan sunnah.
(yg ini baru 'demokrasi' dikatakan relevan)
- jika kita bincang secara mikro misalnya Kg A yang penduduk mereka seramai 100 org beragama Islam... memang kita akan boleh lihat permintaan bercirikan Islam itu kuat... tetapi kita tak boleh hanya jadi macam katak bawah tempurong... ia bukan hanya mengenai Kg A semata-mata tapi mengenai Kg B juga... jika Kg B mempunyai penduduk seramai 100 org yang bukan beragama Islam dan mereka mahukan Kg mereka ditadbirkan secara bukan Islam adakah ia akan mewujudkan rasa keharmonian...
- kalau kita lihat dari sudut pecah dan perintah memang feasible... sesuai dengan maksud ayat Al-Kafirun... mereka tak akan menyembah apa yang kita sembah dan kita tidak akan sesekali menyembah apa yang mereka sembah... konsep kompromi dalam ibadah memang ditolak tetapi dalam persoalan kemasyarakatan lain ia menjadi satu perkara yang menjadi cabaran yang besar terutama sekali dalam kontek Kg A dan Kg B membentuk satu komuniti yang perlu hidup bersama... peratusan gabungan Kg A & Kg B tadi perinciannya sudah menjadi 50-50... persoalan ini bukan hanya wujud dalam komuniti Islam dan bukan Islam saja tapi juga berlaku dalam banyak komuniti diseluruh dunia... dan seperti saya sebutkan di atas tadi... manusia adalah mahkluk bersosial... jadi isunya mungkin bukan hanya terhad pada permaslahan agama saja semata-mata... isu pluralisma... itu kita bincang secara berasingan...
Bila buat perbandingan,
mestilah bandingkn yg 'asing' dgn Al-Quran dan sunnah.
Jika bandingkn yg 'asing' dgn 'asing', utk apa?
Tajuk thread pn "Relevankah demokrasi pada pandangan Islam?"
Persoalannya: Adakah demokrasi tu landasan yg betul utk tegakkn Islam???
- takde yang asing dalam Islam... demokrasi juga wujud dalam sejarah Islam... contohnya dalam peristiwa perang uhud... ada golongan yang mencadangkan tentera Islam bertahan dalam kawasan kota Madinah dan ia disokong oleh Rasullullah sendiri dan ada golongan pula yang mencadangkan bertahan diluar kota Madinah... rata-rata ramai yang menyokong bertahan di luar Madinah jadi Rasulullah mengikut pandangan ramai dan berperang diluar kawasan Madinah... konsep demokrasi itu wujud disitu walaupun kaedah perlaksanaan berbeza...
- dari sudut kaedah membuat keputusan itu Rasulullah menggunapakai sistem demokrasi dan musyawarah (syura)... tetapi dalam masa yang sama Rasulullah berprinsip dan berdisiplin dalam kaedah musyawarah dan perbincangan... proses pertama adalah berbahas dan berbincang... process ke dua adalah membuat keputusan... dan process ke tiga pula adalah mentaati dan mematuhi keputusan yang telah diambil walaupun keputusan itu tidak menyebelahi keinginan dan kehendak diri sendiri... perang uhud merupakan kekalahan pertama tentera Islam... adakah ia merupakan kesilapan sistem Syura atau kesilapan Rasulullah tidak bertindak tegas... peristiwa itu kita harus kaji bersama...
- sebab itu aku nyatakan bahawa pengurusan politik seharusnya dipisahkan dengan pengurusan kenegaraan...
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (Para Sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakal-lah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya". (Al Imran:159)
Dalam tafsir "Fi Zilalil Quran", Sayyid Qutub menyebut, "Sebenarnya, menjadi hak Rasulullah S.A.W untuk mengabaikan keputusan syura, akan tetapi Baginda tetap menjalankan syura meskipun Baginda S.A.W mengetahui apa yang tersirat di sebalik keputusan itu baik berupa kekalahan, kerugian dan pengorbanan, kerana menetapkan sebuah prinsip (prinsip syura) dapat mengajar jemaah, dan mentarbiyyah umat menanggung beban keputusan secara bersama baik berupa kemenangan mahupun kerugian yang bersifat sementara". |
|
|
|
|
|
|
| |
|