CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Buritan

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 27

 Close [Copy link]
Post time 11-12-2020 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 11-12-2020 12:54 AM
Wah! Ada 4 tahun lagi ni!

Lagi 11 tahun lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-12-2020 08:51 AM
Bagus tu eksesais  pagi ni sejukkk...bergulung...

Tengah hari tadi pun hujan.petang ni tak hujan, dapat lah belek2 pokok.hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 11-12-2020 01:01 AM
Akak selalu rasa akak masih muda. Org kata, young at heart. Ha gitu akak rasakan. Tp level org mud ...

Mak saya selalu kata.bila dah umur makin meningkat, jangan nak menua kan diri.jaga penampilan dan pemakanan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 11-12-2020 03:28 PM
Wa’alaikumussalam Sche.
Alhamdulillah. Rasa memang pink of health ni. Pagi2 hadap pokok then ke ...

ini apa? heheheheh....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:38 PM | Show all posts
Status terkini COVID-19 setakat 11 Disember 2020

Jumlah sembuh baru: 937 kes
Jumlah kumulatif discaj: 67173 kes (83.6%)

Jumlah kes baru: 1810 kes
Jumlah kumulatif: 80309 kes
Jumlah kes aktif: 12734 kes

Kes tempatan: 1799 kes
Kes import: 11 kes

Jumlah kematian baru: 6 kes (6 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 402 kes (0.50%)

Jumlah kes di ICU: 123 kes
Pesakit intubated: 63 kes
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:39 PM | Show all posts
Pada hari ini, 11 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,810 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 80,309 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,734 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,799 kes.

Negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 829 kes (45.8 peratus) di mana 685 kes (82.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 532 kes (29.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 132 kes (7.3 peratus).

Sebanyak 184 kes (10.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Rumah Merah (150 kes), Kluster Tembok (18 kes), Kluster Bakti (13 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes).
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2020 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-12-2020 06:38 PM
Status terkini COVID-19 setakat 11 Disember 2020

Jumlah sembuh baru: 937 kes

Maknanya kita hidup dgn sikobik ajelaa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:42 PM | Show all posts
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan enam (6) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 402 kes (0.50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).


Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:


No. Kematian        Kes No.        Negeri        Jantina (warganegara)        Umur (tahun)        Hospital/ Tempat Kematian        Latar Belakang


397        42285        Sabah        Lelaki (WN)        62        Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu        Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan adrenal insufficiency


398        50048        Sabah        Lelaki (WN)        65        Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu        Penyakit gout


399        52948        Sabah        Lelaki (WN)        81        Hospital Tawau        Penyakit darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang kronik dan dislipidemia


400        58947        Sabah        Perempuan (WN)        60        Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu        Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, penyakit jantung, penyakit gout dan Spondylodiscitis


401        70078        Pulau Pinang        Perempuan (WN)        78        Hospital Pulau Pinang        Penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok


402        76355        Sabah        Perempuan (WN)        63        Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan        Penyakit asma


*WN merujuk kepada warganegara .

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2020 06:43 PM | Show all posts
Buritan replied at 11-12-2020 05:40 PM
Maknanya kita hidup dgn sikobik ajelaa..

Vaksin dah ada...moga dpt digunakan sebaiknya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:44 PM | Show all posts
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 11 Disember 2020, terdapat sebanyak 407 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 217 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Taman Laut di Selangor, Kluster BMU di Melaka, dan Kluster Ikhtisas yang melibatkan Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 190 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 48 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (369 kes), Kluster Rumah Merah (150 kes) dan Kluster D’Bajaru (133 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang kesemuanya melibatkan tempat kerja telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER SUNGAI PUTUS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah kilang. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 2,001 individu telah disaring, di mana 427 kes telah dikesan positif COVID-19. Kluster ini melibatkan sembilan (9) warganegara dan 418 bukan warganegara.

KLUSTER ERIMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-73290) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Berikutan kes tersebut, majikan telah melaksanakan saringan ke atas  para pekerja dan mendapati seramai 28 lagi individu yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks dikesan positif COVID-19. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN BERANGAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 1,246 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER LANGKASUKA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-71291) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN COLLEGE
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-68884) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SUNGAI KELUANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan di negeri Pulau Pinang. Kes indeks (iaitu kes ke-71197) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan pulang ke negara asal. Hasil saringan kontak rapat di tempat kerja seterusnya mendapati seramai 16 kes lagi dikesan positif COVID-19. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:45 PM | Show all posts
farhana008 replied at 11-12-2020 05:20 PM
Tengah hari tadi pun hujan.petang ni tak hujan, dapat lah belek2 pokok.hehe.

Alhamdulillah...ada eksesais...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:47 PM | Show all posts
Perincian 1,810 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Disember 2020 adalah seperti berikut:

Selangor: 829 kes
616 kes daripada kluster-kluster, termasuk 390 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Putus dan Kluster Erima;
69 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 532 kes
326 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
126 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
80 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 132 kes  
96 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Berangan;
12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 96 kes
95 kes daripada kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Johor: 69 kes
45 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Langkasuka;
13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 64 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan College;
Pulau Pinang: 34 kes
18 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Keluang;
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 22 kes
20 kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 12 kes
Sembilan (9) kes  daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: Lima (5) kes
Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: Satu (1) kes import dari luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 06:53 PM | Show all posts
Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 11 Disember 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 263 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 829 kes baharu hari ini (821 tempatan dan 8 luar negara). Butiran kes baharu adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (93 KES)

Batu - 68 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Erima) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan OKT - 41 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Erima) - 20 kes
Saringan SARI - 1 kes

Hulu kelang - 1 kes lokal
Saringan Pra-Penerbangan - 1 kes

Kuang - 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan Pra-Pekerjaan - 1 kes

Rawang - 20 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Damanlela) - 18 kes
Saringan Pra-Pekerjaan - 1 kes
Saringan Pra-Penerbangan (Kluster Damanlela) - 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (16 KES)

Ampang - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Beranang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Cheras - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

Kajang - 11 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 7 kes
Saringan Pekerja - 3 kes

Semenyih - 1 kes lokal
Saringan Pekerja - 1 kes

DAERAH KLANG (611 KES)

Kapar - 512 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 9 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Sungai Putus) - 369
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) - 126

Klang - 99 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 9 kes
Saringan Kontak Rapat (HCW) - 4 kes
Saringan Pekerja - 45 kes
Saringan Pekerja (Kluster Damanlela) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Seruling) - 31 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) - 3 kes
Saringan pekerja Mewah GP (Kluster Perigi) - 1 kes
Saringan Pra-Pekerjaan - 3 kes
Saringan Swasta - 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (21 KES)

Bandar - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Morib - 1 kes lokal
Saringan Komuniti (Kluster Bah Manggis) - 1 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Tanjung Dua Belas (1) - 6 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) - 1 kes

Telok Panglima Garang - 11 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Komuniti (Kluster Bah Manggis) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 7 kes
Saringan Pekerja - 2 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (9 KES - 1 lokal, 8 import A)

Ijok - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Import A (Filipina) - 2 kes
Import A (indonesia) - 3 kes
Import A (Netherlands) - 1 kes
Import A (Sri Lanka) - 1 kes
Import A (UK) - 1 kes

DAERAH PETALING (73 KES)

Bukit Raja - 8 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Seruling) - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Pekerja - 2 kes

Damansara - 18 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes
Saringan Kontak Rapat (HCW) - 1 kes
Saringan Pekerja - 8 kes
Saringan Pra-Penerbangan - 1 kes
Saringan Pra-Prosedur - 1 kes
Saringan Swasta - 2 kes

Petaling - 13 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 8 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Sungai Buloh - 34 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Tapak Bina Muda) - 28 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes

DAERAH SABAK BERNAM (1 KES)

Sungai Panjang - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH SEPANG (5 KES)

Labu - 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 4 kes

Sepang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

#Elak3SAmal3W
#BersamaHentikanWabakCOVID19
#SihatMilikSelangor
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 11-12-2020 11:55 AM
Janji diaorg makan, keypo! Kita yg buatkan atau diaorg yg buat, tgk diaorg makan samoai licin, kit ...

Haah mkn sampai licin.  Pelik sy.. tp bagus lah depa suka..kita pun gembira

Sy rasa mknn Korea yg sy boleh mkn dan suka ialah bibimbap dgn dakgalbi.. tu pun sekali sekala jela
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 11-12-2020 12:40 PM
Ha ah Keypo. Rendam dalam air je. Ni dah 4@5 kali dapat hasil. Sebulan sekali akak letak sikit air ...

Akak letak air rendaman insang ikan tu tak de kena kacau ke.. sy risau takut kucing je dtg terbalikan bekas sbb nk cari ikan..hehe

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 11-12-2020 12:44 PM
Akak baca dgn penuh serious, last sekali dah tergelak!

Serius kak.. depa kata benda tu yg org ambil ilmu la.. org bela la.. saka la.. takut sy dgr.. xberani nk nyampuk.. diorg share skali vid.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2020 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-12-2020 05:52 PM
Kami elak kwsn merah...ikut SOP...blk terus mandi & nasuh baju...huhu...

Ok kalau SB x duk kawasan merah ok je.. jaga SOP in shaa Allah selamat.. sabak bernam, sekinchan still hijau kan..pi sekinchan buat apa? Mkn mentarang bakar ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-12-2020 05:54 PM
Haah...betul...kena upah darah...tatut kan....
Ni tapau laksa & ayam pasu...

1st time tau mcm tu.. tp mula2 ingatkan sbb drama maybe tipu..

Sedap kan ayam pasu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.

1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 11 Disember 2020, 12.00 tengahari)

Nota: Saringan Lain-lain: Saringan berterusan bagi pengesanan awal jangkitan COVID-19 di kalangan komuniti

2) Infografik 2
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 11 Disember 2020, 12.00 tengahari)

3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 11 Disember 2020, 12.00 tengahari)

Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.

PERINCIAN KES

12 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (11 Disember 2020) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  10 kes adalah jangkitan tempatan dan 2 kes import.

a) Daerah Hilir Perak (7 kes)

7 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok adalah 812 kes.

b) Daerah Kinta (3 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Pengkalan Barat.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Pengkalan Barat adalah 147 kes.

2 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

c) Daerah Muallim (1 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Seruling.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Seruling adalah 8 kes.

d) Daerah Batang Padang (1 kes)

1 kes dari saringan pulang dari Sabah.  Kes adalah jangkitan luar dari Perak.

#penjarakanfizikal
#normabaharu
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#attackredprotectgreen
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 11-12-2020 06:28 PM
Ok kalau SB x duk kawasan merah ok je.. jaga SOP in shaa Allah selamat.. sabak bernam, sekinchan s ...

Pi Masri- borong kerepek Bayam Brazil, kerepek keladi & keledek ungu dll...ada sambal tempoyak kulit kayu, sambal pucuk ubi. .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.718146 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list