CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: keypochino

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 3

 Close [Copy link]
Post time 15-2-2021 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 15-2-2021 12:16 PM
@Acikgomen  dah ganja ni...

Cincin boleh ejas sendiri kerrrrlasssss
Ni mesti China mari nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2021 02:44 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 15-2-2021 01:12 PM
Cincin boleh ejas sendiri kerrrrlasssss
Ni mesti China mari nih

Cekap mata tu...google mariiii...

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 02:49 PM | Show all posts
makadek replied at 15-2-2021 12:07 PM
Belum siap lg byk sgt iklan ...masak pn belum huhu...

Mujo wifi laju balik...dah selesai print...buat google meet, hiccup pula line dia...huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 02:59 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 15-2-2021 01:12 PM
Cincin boleh ejas sendiri kerrrrlasssss
Ni mesti China mari nih

Bod sinun-


Lesap RM3,300 beli emas murah di Instagram

https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... murah-di-instagram/

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK
15 Februari 2021, 2:13 pm


Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang guru di Bentong rugi RM3,300 selepas diperdaya penjual barang kemas yang mengadakan promosi jualan murah di laman sosial Instagram semalam.

Kejadian bermula apabila wanita berusia 40 tahun itu menghubungi suspek untuk membeli gelang emas seberat 10 gram seperti diiklankan di laman sosial tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir. Mohd. Yusof berkata, mangsa menghubungi penjual berkenaan untuk urusan pembelian.

“Mangsa melihat iklan di laman Instagram dan telah menghubungi suspek. Pada esok pagi (semalam), mangsa menerima mesej daripada suspek berkenaan gelang emas.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa telah memindahkan wang ke dalam akaun yang diberi suspek,” ujar Mohd. Wazir melalui kenyataan hari ini.

Beliau menambah, guru wanita tersebut menyedari tertipu selepas mendapati akaun bank yang dimasukkan wang tersebut adalah milik seorang lelaki. -K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 03:22 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 15-2-2021 02:24 PM



Lubuk emas di Sungai Amazon

https://www.utusan.com.my/luar-n ... s-di-sungai-amazon/

Oleh Sheila Rani A/P Chandrasekaran
14 Februari 2021



SUNGAI yang dipercayai menjadi lubuk emas dapat dilihat berkilauan di Amazon menerusi sebuah imej ditangkap dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). - NASA

LIMA: Sungai yang dipercayai menjadi lubuk emas dapat dilihat berkilauan di bawah silauan matahari di Amazon menerusi sebuah imej ditangkap dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).   

Lapor Daily Mail, gambar tersebut diambil oleh seorang angkasawan dari makmal di orbit itu, ketika mengikuti Ekspedisi 64, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

Gambar itu memaparkan pemandangan menakjubkan lubuk berkenaan di tenggara Peru, di sebelah Sungai Inambari.

Biasanya, lubuk emas itu tersembunyi daripada pandangan para angkasawan di ISS sama ada kerana dilitupi awan atau tidak berada pada kedudukan yang betul dengan ISS untuk melihat sinaran matahari.

Imej itu diambil pada 24 Disember tahun lalu dengan menggunakan kamera digital Nikon D5 dan lensa setebal 400 milimeter.

Jelas laporan itu, lubuk emas yang muncul dalam imej itu akibat daripada pantulan cahaya matahari pada ratusan lubang air berlumpur yang mengandungi emas di dasar sungai Amazon.

Peru merupakan negara pengeluar emas keenam terbesar di dunia.

Malah, bahagian tenggara Madre de Dios menempatkan salah sebuah industri perlombongan emas terbesar di dunia.   

Dilaporkan, puluhan ribu penduduk mencari nafkah daripada aktiviti perlombongan yang tidak berdaftar di wilayah tersebut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 15-2-2021 02:59 PM
Bod sinun-



Alah kedai emas kat msia ni pun ssma je lahhh
Membooooongak ckp 916
Tak caya soh pegang katanye berat
Mmg la berat sbb emas tuh dah campur logam nikel bla bla
Lepas tu guna 750 jek, tapi kat gelang dia chop 916

Pi la soh goldsmith otai2 yg ada servis pateri brg kemas tu timbang tgk berapa gm sebenonye emas tuh

Acik komen gini daaaaahhh pakat2 rengsa meroyan ckp acik dengki
Koser haku nak bedengki setakat poremer je ponnnnnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 15-2-2021 02:59 PM
Bod sinun-



Kat bod sebelah ada org ckp acik pesen di awe nyahhhhhh
Dah ko sebut2 pasal jewellery hihihi
Haku pun sembang jewellery laaaa
Tak sangka plak nak meroyan takut acik lebih kaya dari dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 04:29 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 15-2-2021 03:16 PM
Alah kedai emas kat msia ni pun ssma je lahhh
Membooooongak ckp 916
Tak caya soh pegang katanye  ...

Sabo je le, kome...

Cer citer lagi, kome...adik beradik saya ada je ngumpul emeh ni



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2021 04:30 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 15-2-2021 03:18 PM
Kat bod sebelah ada org ckp acik pesen di awe nyahhhhhh
Dah ko sebut2 pasal jewellery hihihi
H ...

Ala, emas ni pelaburan...seronok tengok orang yang ngongsi emas deme nih, kome
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 15-2-2021 03:22 PM
Lubuk emas di Sungai Amazon

https://www.utusan.com.my/luar-n ... s-di-sungai-amaz ...

Siapa je berani nak pi sana.. disamping ada haiwn berbisa.. situ manusia bunuh2 xde org sedar pun.. dlm hutan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2021 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 15-2-2021 04:18 PM
Kat bod sebelah ada org ckp acik pesen di awe nyahhhhhh
Dah ko sebut2 pasal jewellery hihihi
H ...

Pesen di awe tu gapo acik.  Ala.. minat masing2 la.  Ada byk duit tp xsuka emas.. ada byk duit suka emas mcm mami jarum..  yg penting byr zakat emas jgn dilupa..  ha gitew
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 15-2-2021 03:47 PM
Siapa je berani nak pi sana.. disamping ada haiwn berbisa.. situ manusia bunuh2 xde org sedar pun. ...

Ni pun emas gak

Musim dah, kome...haha...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 15-2-2021 03:16 PM
Alah kedai emas kat msia ni pun ssma je lahhh
Membooooongak ckp 916
Tak caya soh pegang katanye  ...

Ni borong buah isi emas hihi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
.     .      
     .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes sembuh=4,521
Jumlah kes sembuh=218,335 kes
Kes baharu positif=2,176 kes (2,175 tempatan, 1 import)
Jumlah positif=266,445
Kes kematian=10
Jumlah kes kematian=975 kes
Kes dirawat di ICU=260 kes
Bantuan Alat Pernafasan=112

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 15-2-2021 03:49 PM
Pesen di awe tu gapo acik.  Ala.. minat masing2 la.  Ada byk duit tp xsuka emas.. ada byk duit suk ...

Selamat berbuka & @makadek tu

Menu apa, kome?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 15-2-2021 05:10 PM
Ni pun emas gak

Musim dah, kome...haha...

Wah.. doyan.. brapa sekilo
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 06:06 PM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 15 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 15, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
15 FEBRUARI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 4,521 kes (218,335 kes kumulatif, 81.9%);
  • Kes baharu : 2,176 kes (266,445 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (1 warganegara)
  • Kes tempatan : 2,175 kes [1,618 warganegara (74.4%); 557 bukan warganegara (25.6%)];
  • Kes aktif : 47,135 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 260 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 112 kes; dan
  • Kes kematian : 10 kes (975 kes kumulatif, 0.37%).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 910 kes (41.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 724 kes (79.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 269 kes (12.4 peratus) dan Sarawak sebanyak 246 kes (11.3 peratus).
Sebanyak 64 kes (2.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depoh tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (40 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (18 kes), Kluster Tembok Tapah (4 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lima (5) kes di Selangor, dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Johor, dan Perak. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 15 Februari 2021:
  • Jumlah kluster : 996 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 507 kluster (termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Sibuga, Kluster Taman Tasik Sungai Chua, Kluster Jalan Bukit Bendera, Kluster Lumut Barat, Kluster Pagar Siput, Kluster Kampung Renok, Kluster Sungai Redan, dan Kluster Bah Manggis;
  • Jumlah kluster aktif : 489 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 68 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Senai Utama (131 kes), Kluster Tanjung Suria (68 kes), dan Kluster Tembok Bendera (40 kes).

KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu (1) kluster melibatkan komuniti, pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan KepongSelangorTempat Kerja
2Jalan TropicanaSelangorTempat Kerja
3Jalan BursaSelangorTempat Kerja
4Jalan Tiga BelasSelangorTempat Kerja
5Jalan BaruPulau PinangTempat Kerja
6Tapak Bina Persiaran MutiaraPulau PinangTempat Kerja
7Jalan JinjangWP Kuala LumpurTempat Kerja
8Jalan Senai UtamaJohorTempat Kerja
9Teknologi Lot EnamMelakaTempat Kerja
10Guntong DalamTerengganu Tempat Kerja
11Pengkalan TerasTerengganuKomuniti
12Tembok TapahPerakPusat Tahanan
13Jalan CherasSelangorKumpulan Berisiko Tinggi
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
15 Februari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 15 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR91087,853
SABAH9751,429
WP KUALA LUMPUR182 (1)32,004
JOHOR26931,106
NEGERI SEMBILAN14513,204
PULAU PINANG919,906
PERAK837,476
KEDAH337,061
SARAWAK2466,832
MELAKA145,656
KELANTAN  314,030
PAHANG153,541
TERENGGANU532,924
WP LABUAN02,225
WP PUTRAJAYA71,004
PERLIS0194
JUMLAH KESELURUHAN2,176 (1)266,445
*(   ) adalah merujuk kepada kes import
LAMPIRAN 2
Kes positif 2,176 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 15 Februari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 910 kes
    • 149 kes daripada kluster-kluster; termasuk 42 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cheras, Kluster Jalan Tiga Belas, Kluster Jalan Bursa, Kluster Jalan Tropicana, dan Kluster Jalan Kepong;
    • 575 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 186 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 269 kes
    • 164 kes daripada kluster-kluster, termasuk 131 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Senai Utama;
    • 61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 246 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 169 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 182 kes
    • 52 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Jinjang;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 145 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 55 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 97 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 91 kes
    • 43 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Mutiara dan Kluster Jalan Baru;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 83 kes
    • 64 kes daripada kluster-kluster; termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Tapah;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 53 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Guntong Dalam dan Kluster Pengkalan Teras;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 33 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 31 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 15 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 14 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teknologi Lot Enam
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3
Ringkasan 10 kes kematian pada 15 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
966138228SabahPerempuan (WN)57Hospital KeningauPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan asma
967220299SelangorPerempuan (WN)65Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
968228695SelangorLelaki  (WN)71Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
969236786WP Kuala LumpurLelaki  (WN)71Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan paru-paru obstruktif kronik (COAD)
970252671SelangorPerempuan (WN)96Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan kanser payudara
971261999SelangorPerempuan (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
972262900SelangorLelaki  (WN)88Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
973263120WP Kuala LumpurPerempuan (WN)85Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi, jantung, dan Henoch Schonlein Purpura
974263445JohorLelaki  (WN)66Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, KulaiPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
975263849PerakPerempuan (WN)91Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN BURSA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat yang terletak di Jalan Bursa, Shah Alam. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN KEPONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Kepong, Ijok, Kuala Selangor. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN TIGA BELAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan 13/6, Petaling Jaya. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN CHERAS
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-264397) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan Cheras, Kajang. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN TROPICANA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Mutiara Tropicana, Petaling Jaya. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN SENAI UTAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Mukim Senai, Kulai. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 414 individu telah disaring, di mana 131 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN JINJANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Jinjang Aman, Kepong. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN MUTIARA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-257703) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan kemasukan ke hospital. Kluster ini melibatkan sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Bayan Mutiara, Timur Laut. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN BARU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244899) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Baru, Perai. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER GUNTONG DALAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Setiu dan Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-248282) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat yang terletak di Bandar Jerteh, Besut. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Guntong Dalam, Setiu. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PENGKALAN TERAS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-245538) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pengkalan Teras, Besut. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 237 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TEKNOLOGI LOT ENAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-254857) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang yang terletak di Lot 6, Batu Berendam, Melaka Tengah. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 300 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TEMBOK TAPAH
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247782) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Tapah, Batang Padang. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 191 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 06:07 PM | Show all posts
keypochino replied at 15-2-2021 05:05 PM
Wah.. doyan.. brapa sekilo

Sekilo RM18. Selonggok 5 biji RM40...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 15-2-2021 03:49 PM
Pesen di awe tu gapo acik.  Ala.. minat masing2 la.  Ada byk duit tp xsuka emas.. ada byk duit suk ...

Paneh bebeno le kome....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 2.670474 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list