|
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 8,436 kes (815,293 kes kumulatif, 84.5%);
Kes baharu : 13,034 kes (964,918 kes kumulatif);
Kes import : 25 kes (19 warganegara, 6 bukan warganegara);
Kes tempatan : 13,009 kes [11,446 warganegara (88.0%); 1,563 bukan warganegara (12.0%)];
Kes aktif : 142,051 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):938 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 459 kes;
Kes kematian : 134 kes (7,574 kes kumulatif, 0.79%; 119 warganegara, 15 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 3,361 kluster;
Jumlah kluster baharu : 32 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,415 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 946 kluster.
Daripada 13,034 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 13 kes (0.1 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 72 kes (0.5 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 124 kes (1.0 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 5,646 kes (43.3 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 7,179 kes (55.1 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi. Secara keseluruhannya, hanya 1.6 peratus kes yang dilaporkan pada hari ini berada pada kategori 3 hingga 5 dan 98.4 peratus kes berada pada kategori 1 dan 2, iaitu pada mula didiagnosa.
Sebanyak 134 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 39 kes di Selangor, 32 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 18 kes di Negeri Sembilan, 15 kes di Johor, masing-masing tujuh (7) kes di Perak dan Melaka, lima (5) kes di Pahang, empat (4) kes di Kedah, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Labuan, serta satu (1) kes di Sabah.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 21 JULAI 2021)
Berdasarkan data terkini pada 21 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.09. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.31). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah, Kedah (nilai RT 1.25), Sabah (nilai RT 1.21), Pulau Pinang (nilai RT 1.21), Johor (nilai RT 1.20), Pahang (nilai RT 1.19), Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.18), Kelantan (nilai RT 1.18), Selangor (nilai RT 1.15), Perak (nilai RT 1.12), Negeri Sembilan (nilai RT 1.10), Melaka (nilai RT 1.10), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.07).
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
(elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
(Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
22 Julai 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 22 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 6,049 (7) 343,946
WP KUALA LUMPUR 1,611 (8) 103,537
JOHOR 791 (4) 81,782
SABAH 497 77,424
SARAWAK 644 (1) 72,857
NEGERI SEMBILAN 711 (5) 64,795
PULAU PINANG 371 40,489
KELANTAN 240 38,533
KEDAH 701 35,457
PERAK 284 32,426
MELAKA 353 26,641
PAHANG 261 20,100
TERENGGANU 391 13,549
WP LABUAN 24 9,527
WP PUTRAJAYA 100 3,217
PERLIS 6 638
JUMLAH KESELURUHAN 13,034 (25) 964,918
LAMPIRAN 3
Perincian 13,034 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 6,049 199 3,859 7 1,984
WP KUALA LUMPUR 1,611 309 666 8 628
JOHOR 791 319 320 4 148
NEGERI SEMBILAN 711 89 441 5 176
KEDAH 701 96 446 – 159
SARAWAK 644 288 305 1 50
SABAH 497 118 240 – 139
TERENGGANU 391 151 136 – 104
PULAU PINANG 371 81 155 – 135
MELAKA 353 112 167 – 74
PERAK 284 64 130 – 90
PAHANG 261 93 115 – 53
KELANTAN 240 154 51 – 35
WP PUTRAJAYA 100 16 68 – 16
WP LABUAN 24 2 16 – 6
PERLIS 6 – 5 – 1
JUMLAH KESELURUHAN 13,034 2,091 7,120 25 3,798
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 22 JULAI 2021
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Teratai Tempat Kerja Selangor Klang, Petaling, Kuala Selangor, dan Hulu Langat 255 900
2 Industri Jalan Sungai Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 164 458
3 Industri Jalan Bangi Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 159 214
4 Jalan TTP Satu Tempat Kerja Selangor Sepang 26 35
5 Tapak Bina Jalan Merah Caga Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Cheras 105 199
6 Tapak Bina Jalan Gading Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 73 295
7 Jalan Wangsa Delima Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Titiwangsa 20 44
8 Jalan Medan Bunus Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 14 40
9 Teknologi Senai 21 Tempat Kerja Johor Kulai 32 145
10 Jalan NIP Industri Tempat Kerja Johor Johor Bahru 21 34
11 Tapak Bina Raya Tempat Kerja Johor Muar 17 25
12 Persiaran Cassia Selatan Tujuh Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, dan Barat Daya 26 631
13 Jalan Permatang Pauh Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Utara 12 44
14 Industri Perai Lapan Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 12 82
15 Industri Tunas Baru Tempat Kerja Melaka Alor Gajah 44 109
16 Angkasa Nuri Tempat Kerja Melaka Alor Gajah dan Melaka Tengah 27 75
17 Industri 3/5 Temerloh Tempat Kerja Pahang Temerloh 23 64
18 Kuala Tahan Tempat Kerja Pahang Jerantut 18 50
19 Dah Perusahaan Lima Industri Kulim Tempat Kerja Kedah Baling, Kulim, Bandar Baharu, dan Kuala Muda 118 194
20 Jalan Demak Laut Tempat Kerja Sarawak Kuching, Bau, Asajaya, Samarahan, dan Serian 30 186
21 Kuril Tempat Kerja Sabah Kinabatangan 12 97
22 Jalan Cenderai Sembilan Komuniti Johor Johor Bahru 14 30
23 Putri Fasa Enam Komuniti Johor Kulai dan Johor Bahru 14 35
24 Jalan Permas Lapan Komuniti Johor Johor Bahru 11 52
25 Kampung Kuala Gel Komuniti Kelantan Bachok dan Kota Bharu 14 38
26 Kebun Lama Komuniti Sabah Papar dan Kota Kinabalu 27 61
27 Abu Bengang Komuniti Sarawak Saratok 131 193
28 Padang Pulut Komuniti Terengganu Dungun 48 158
29 Jalan GC Satu Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah KPM Selangor Sepang 20 77
30 Jalan Dwitasik Satu Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah KPM WP Kuala Lumpur Cheras 9 32
31 Dah Kempas Kumpulan Berisiko Tinggi Kedah Kuala Muda 57 66
32 Taman Kok Doh Kumpulan Berisiko Tinggi WP Kuala Lumpur Kepong 9 18
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 21 JULAI 2021
NEGERI NILAI RT
TERENGGANU 1.31
KEDAH 1.25
SABAH 1.21
PULAU PINANG 1.21
JOHOR 1.20
PAHANG 1.19
WP PUTRAJAYA 1.18
KELANTAN 1.18
SELANGOR 1.15
PERAK 1.12
NEGERI SEMBILAN 1.10
MELAKA 1.10
WP KUALA LUMPUR 1.07
SARAWAK 0.95
WP LABUAN 0.73
PERLIS 0
MALAYSIA 1.09
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|