CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
Post time 15-2-2007 10:40 AM | Show all posts
orait arr tuh..glamer satu family..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2007 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 15-2-2007 09:14 AM
WANITA DAKWA DIPUKUL TIGA IPAR, TUNTUT GANTI RUGI
Oleh
Farid Hamzah

SATU perbalahan keluarga berakhir dengan tiga wanita adik-beradik didakwa memukul seorang adik ipar mereka. Adik ipar i ...



apsal hal keluarga bawak pegi court?   hah satu spore dah tau dah, full name smua dah keluar... bukit batok lagi ek

setakat $5k $10k apa dapat? kalo sampai juta2 tu boleh la....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by miezarra_27 at 15-2-2007 10:34 AM


uishhhh...saper2 yg jadi ipar duai..biras beras ni...BEWARE!!!..
skrg tak yah main ilmu2 hitam lagik...court jugak pergi!!!   
pastu muka masuk sok kabar..jadi femes satu family!!!


Masuk sok kabar aje dah jadi famous......Ada gambar pulak tu...lagilah famous....mana2 pergi orang kenal...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 10:52 AM | Show all posts
Originally posted by Izzana at 15-2-2007 10:44 AM


Masuk sok kabar aje dah jadi famous......Ada gambar pulak tu...lagilah famous....mana2 pergi orang kenal...



ada gambo eh, kejap aku nak carik sokkabar melayu hari ni ada tak ek...
nanti aku scan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 15-2-2007 10:52 AM



ada gambo eh, kejap aku nak carik sokkabar melayu hari ni ada tak ek...
nanti aku scan....

cari cepat.. aku nak tengok kenal ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 12:04 PM | Show all posts
sokkabar melayu sengaja ke..
sampai dua gambo dorang taruk





ni lagi satu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2007 12:18 PM | Show all posts
hehe..yg ramai2 tu muka nampak cam ganas..esp yg baju hitam merah tuh..Zubaidah tu nampak cam lembik jer..but who knows kan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 12:23 PM | Show all posts
takde pun muka orang kena ilmu hitam

sesatu muka glamer siak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2007 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by midori88 at 15-2-2007 12:18 PM
hehe..yg ramai2 tu muka nampak cam ganas..esp yg baju hitam merah tuh..Zubaidah tu nampak cam lembik jer..but who knows kan..



amboi amboi
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 15-2-2007 12:23 PM
takde pun muka orang kena ilmu hitam

sesatu muka glamer siak



adoi...sakit perut ketawa
Reply

Use magic Report

Makeupfairy This user has been deleted
Post time 15-2-2007 12:38 PM | Show all posts

Reply #287 midori88's post

  Before I read your comment I was thinking the same.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 12:40 PM | Show all posts

Reply #289 deaf4ever's post

ko ngidam nak makan asam boi ker dep?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 12:42 PM | Show all posts
macam budak sekolah eh...

yang pendiam, muka sedih, small frame nye budak tecit, kena bully ngan satu geng gitu...

Geng lak smua cam muka brutal dan tu jalan cam sekolompok2 gitu...


Ni kira cam ngadu kat principal
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 12:48 PM | Show all posts

Reply #291 Makeupfairy's post

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 15-2-2007 12:42 PM
macam budak sekolah eh...

yang pendiam, muka sedih, small frame nye budak tecit, kena bully ngan satu geng gitu...

Geng lak smua cam muka brutal dan tu jalan cam sekolompok2 gitu...


...

tapi kita pun tak kenal si zubaidah tu.. mana tahu bawah jilbab tu ada tangkal muka kesian
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:15 PM | Show all posts

Reply #286 deaf4ever's post

Hai mak cik-mak cik sekalian..Taubatlah..Rumah tu dah kata get out you, kubur dah kata come here lagi nak pukul orang...isk-isk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2007 08:18 AM | Show all posts
Singapura : 16 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
RASUAH: JEL, DENDA BAGI PEGAWAI ICA Oleh
Khalid Khamis

SEORANG bekas pegawai pakar Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dihukum penjara 24 bulan dan denda $2,150 kerana rasuah, di Mahkamah Rendah semalam.

Siti Sarina Mohamed Kassim, 28 tahun, mengaku bersalah bagi tujuh daripada 24 tuduhan menerima rasuah daripada satu sindiket pekerja haram untuk khidmat 'U-Turn' bagi pekerja asing.

Tujuan khidmat itu adalah untuk membantu pekerja asing melanjutkan pas lawatan mereka dengan keluar dari Singapura buat sementara waktu.

Cara paling mudah ialah dengan mereka pergi ke Johor beberapa jam atau hari sebelum masuk semula ke sini.

Hakim Daerah, Cik Jasvender Kaur, diberitahu kesemuanya dia membantu 43 pekerja asing melanjutlan pas lawatan dalam 24 insiden berasingan.

Dia disogok oleh dua ejen sindiket haram bernama Lim Lip Wee dan Muhammad Abdillah Jaafar dari Jun hingga Disember 2004.

Lim dan Abdillah menghubungi Sarina setiap kali mereka memerlukan khidmatnya.

Sarina memberitahu mereka waktu dan kios tempat dia bertugas di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan para pekerja asing itu, kebanyakannya wanita, diarah ke kiosnya.
Dia menerima rasuah berjumlah lebih $2,000 kesemuanya.

Jika tidak membayar denda itu Sarina terpaksa meringkuk di penjara selama tambahan tiga bulan.

Selasa lalu, seorang lagi pegawai ICA, Mohammad Radzi Mohd Kassim, 34 tahun, dikenakan tuduhan serupa, melibatkan dua warga Filipina.

Radzi dikatakan menemani dua warga Filipina itu masuk dari Johor Bahru ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands dan dari Tanjong Pinang ke Singapura melalui Terminal Feri Tanah Merah.

Dia dituduh menawarkan alamat rumahnya sebagai alamat kediaman warga Filipina itu untuk mereka mendapat laluan masuk serta lanjutan bagi tempoh pas lawatan sosial mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2007 08:19 AM | Show all posts
Singapura : 16 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
MAHKAMAH PUTUS PELAJAR MADRASAH BUNUH DIRI Oleh
Khalid Khamis

PELAJAR madrasah berusia 13 tahun yang ditemui terbujur kaku di kaki bloknya beberapa jam selepas ditangkap meniru dalam peperiksaan disahkan membunuh diri.

Hakim Daerah, Encik Ronald Gwee, memutuskan demikian selepas meneliti bukti dan kenyataan daripada saksi yang ada sebelum kejadian itu.

Encik Gwee juga mengeluarkan arahan agar nama Allahyarhamha, keluarganya, madrasah, guru-guru dan rakannya tidak disiarkan.

Beliau menerima kenyataan tujuh guru dan dua rakan karib Allahyarhamha bahawa Allahyarhamha ditangkap cuba meniru dalam peperiksaan.

Secara konsisten, mereka menyatakan bahawa Allahyarhamha tidak dimarahi selepas ditangkap.

Siasatan polis juga mendapati kematian Allahyarhamha sekitar 5.45 petang 30 Oktober lalu bukan akibat perbuatan khianat.

Beg sekolah Allahyarhamha, anak sulung daripada lima adik-beradik, dan bangku merah jambu milik keluarganya ditemui di ting kat 10 blok di kawasan Macpherson itu.

Ibu Allahyarhamha, 49 tahun, dan lima wakil dari madrasah terbabit hadir di mahkamah semalam.

Ibu Allahyarhamha berkata anaknya seorang yang ceria dan tidak mungkin membunuh diri jika tidak kerana sesuatu menjejasnya.

Beliau merancang untuk menukar dua anaknya yang kini di darjah lima dan enam madrasah itu ke madrasah lain atau sekolah sekular selepas mereka menduduki Pepe riksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) kelak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2007 08:20 AM | Show all posts
Singapura : 16 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
LAGI KES WANITA SINGAPURA DIROMPAK DI JOHOR BAHRU Beg tangan berisi pasport, IC dan wang diragut penunggang motosikal Oleh
Soraya Salim

BELIAU pernah membaca laporan tentang warga Singapura dirompak di Johor Bahru, namun Cik Rohani (bukan nama sebenar) tidak pernah menyangka nasib itu akan menimpanya.

Beliau silap.

Sekitar 7 malam Ahad lalu, beg tangan Cik Rohani, 44 tahun, diragut seorang penunggang motosikal berplat Johor di Taman Universiti, dekat Skudai.

Beliau memekik meminta tolong, namun rayuannya tidak diendahkan orang ramai yang sedang menjamu selera dan membeli-belah di situ.

Kejadian berlaku semasa Cik Rohani dan suami serta anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun berjalan dekat pusat membeli-belah Jusco.

Mereka sedang menuju ke asrama sekolah Tahfiz Al-Iman untuk menghantar anak mereka yang belajar di situ.

'Apabila perompak itu rentap beg saya, saya cuba menariknya tapi dia terlalu kuat. Tali beg itu terputus. Perompak dan pembonceng motosikalnya dapat melarikan diri.

'Saya terus pekik dengan sekuat-kuatnya: 'dia curi beg saya, kejar, kejar', tapi semua orang di situ pekakkan telinga saja,' katanya, yang mengalami bengkak di tangan kiri akibat kejadian itu.

Beg tangan Cik Rohani mengandungi telefon bimbit, pasport, kad pengenalan beliau dan wang tunai RM700 serta sekitar $100.

Ibu lima anak itu kemudian menelefon polis menggunakan telefon bimbit yang dipinjam daripada seorang remaja lelaki.

'Setelah dua jam menunggu, polis tak muncul-muncul. Seorang ustaz dari sekolah anak saya kemudian menaiki skuternya pergi ke balai polis yang berdekatan tapi diberitahu tiada pegawai polis dapat melayannya kerana mereka semua telah keluar makan,' kata jurujual uniform sekolah itu lagi.

Sekitar 9 malam, seorang pegawai polis akhirnya datang ke asrama itu dan mengarahkan Cik Rohani dan keluarganya supaya ke balai polis.

Setelah laporan dibuat, beliau dan suaminya dapat pulang ke Singapura.

'Selepas apa yang berlaku, saya agak badi untuk ke JB lagi. Tapi apa nak buat, anak saya bersekolah di sana dan saya selalu ke sana dua minggu sekali untuk menghantarnya ke asrama,' katanya.

Ini adalah antara sekurang-kurangnya lima rompakan di JB melibatkan rakyat Singapura sejak Disember lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 16-2-2007 08:19 AM
Singapura : 16 Februari 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax/print.jpg  Mudah cetak | E-melMAHKAMAH PUTUS PELAJAR MADRASAH BUNUH DIRI Oleh
Khalid Khamis

PELAJAR madrasah ber ...

Wallahualam Bissawab
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.080072 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list