CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fa_stellar

Habiburrahman El-Shirazy (merged with bloop)

[Copy link]
Post time 18-2-2008 05:03 PM | Show all posts

Reply #277 pinKy180's post

surprisingly, mungkin sebab saya ni dah seasoned, jadi saya lebih mengharapkan jalan cerita yang mendewasakan seseorang dan mampu bermain dgn bahasa yang baik..seolah-olah faisal tehrani bermain dengan kisah cinta salsabila (lupa tajuknya..)...saya suka tulisan faisal tehrani, bahasanya lembut & mengalir...

ni review lama :

Tajuk Buku: Tautan Hati
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Penerbit: Telaga Biru
Dibeli Di: Pustaka Mukmin
Harga: RM 29.90 (diskaun 20% di Pustaka Mukmin)

Aduhai, saya terasa satu bebanan juga untuk menghabiskan pembacaan. Saya beli asal dari rekomendasi seorang rakan, tapi saya rasa genre buku ini bukan untuk saya. Maaf saya kata, penulis terlampau meleret-leret bab agama, seolah-olah menjadi kitab agama pula. Bagi saya, ceritanya banyak yang kurang logik, seperti musibah yang menimpa Imtisal. Ya, mungkin ada orang sebegitu, tetapi banyak lagi dengan sub plot kisah-kisah lain. Kadang-kadang seolah-olah boleh lari dari plot asal. Bukan saya menolak suasana Islamisasi sebegitu, tetapi saya merasakan sukar untuk menjiwai sesuatu buku sekiranya penuh dengan cerita-cerita lain.

Lain benar rentaknya dengan Ayat-ayat Cinta, sedikit membaca sudah mengalir air mata. Watak Fahri benar-benar dijiwai, malahan saya rasa wajar benar novel Habiburrahman dinobatkan sebagai the most favourite book. Mungkin Fahri dianggap sempurna, terlampau sempurna, tetapi seperti kata penulisnya Fahri turut mempunyai kelemahan, dan itu dapat kita tafsiri dari perawakan Fahri sendiri.

Saya angkut sahaja buku tersebut di Pustaka Mukmin, sudahlah berbalut, saya membawanya santai. Sampai di pejabat, agak terkejut saya apabila mendapati ayat-ayat Qur'an ada di dalam novel tersebut. Saya rasa kurang sesuai diletakkan ayat-ayat Qur'an, bukan apa, bimbang disalah bawa, ataupun mungkin terjadi kejadian yang tidak diingini.

Mungkin penulis ingin membawa cerita-cerita Islamisasi, tetapi saya rasa penulis perlu juga cross refer sumber-sumber lain, sebagaimana tulisan Faisal Tehrani ataupun tulisan cerpen pendek '5S' yang ditulis Ghafirah Idris, juga hasilan dari Kuliyyah Ilmu Wahyu, UIA. Membacanya saya rasa perbezaan, terbit rasa kagum dengan Ghafirah Idris, seusia muda sebegitu, masih mampu menggondol anugerah berprestij.

Mungkin orang lain, lain pendapatnya dengan saya, tetapi jujur saya katakan, buku ini bukan yang akan saya baca berkali-kali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2008 05:22 PM | Show all posts

Reply #280 silencez's post

you're welcome, cik sil
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by silencez at 18-2-2008 01:12 PM
pak habib buat buku masakan.. err.. tu nick la kot yg beli dulu. kan dia nak jadi mcm azam.. jadi tokei tempe   


aku jgk yg kena   

tp betul lah pun
kalo kang abik tu buat buku yg kat dlamnya
cuma ade satu titik je pun aku beli jgk

peminat fanatik weh fanatik
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 10:17 PM | Show all posts
tenkiu kak mar sbb sudi komen.........jarang dapat baca komen dari yg mahir tentang dunia novel ni...

Originally posted by mardhiah12 at 18-2-2008 05:03 PM
Aduhai, saya terasa satu bebanan juga untuk menghabiskan pembacaan. Saya beli asal dari rekomendasi seorang rakan, tapi saya rasa genre buku ini bukan untuk saya. Maaf saya kata, penulis terlampau meleret-leret bab agama, seolah-olah menjadi kitab agama pula. Bagi saya, ceritanya banyak yang kurang logik, seperti musibah yang menimpa Imtisal. Ya, mungkin ada orang sebegitu, tetapi banyak lagi dengan sub plot kisah-kisah lain. Kadang-kadang seolah-olah boleh lari dari plot asal. Bukan saya menolak suasana Islamisasi sebegitu, tetapi saya merasakan sukar untuk menjiwai sesuatu buku sekiranya penuh dengan cerita-cerita lain.


ya sy sendiri akui banyak yg tak logik.....dan banyak juga yg sy tak suka......sbg contoh watak utama tu seolah2 tak ada kelemahan langsung.... pastu bab jodoh mereka....

sy bagi 5 bintang kepada novel ni bukan sebab ia sempurna, tp sbb jalan critanya banyak melibatkan alam remaja jadi banyak benda sy blajar....tentang persahabatan......selain tu novel ni tak terlalu fokus pada cinta.....dan banyak diselitkan dgn peringatan2 yg berguna...

serius antara crita yg membuatkan sy sgt tertarik dgn novel ini ialah kisah ttg imtisal......terutama masalah tauhid.... mmg nampak tak logik banyak benda sy blajar dari hidup imtisal tu....



Lain benar rentaknya dengan Ayat-ayat Cinta, sedikit membaca sudah mengalir air mata. Watak Fahri benar-benar dijiwai, malahan saya rasa wajar benar novel Habiburrahman dinobatkan sebagai the most favourite book. Mungkin Fahri dianggap sempurna, terlampau sempurna, tetapi seperti kata penulisnya Fahri turut mempunyai kelemahan, dan itu dapat kita tafsiri dari perawakan Fahri sendiri.


sy tak habis baca lg novel ayat2 cinta ni.....aritu tengah fokus baca, tiba2 berpuluh2 muka surat tiada......sejak tu sy berhenti baca dan baca ketika cinta bertasbih 1.......

Saya angkut sahaja buku tersebut di Pustaka Mukmin, sudahlah berbalut, saya membawanya santai. Sampai di pejabat, agak terkejut saya apabila mendapati ayat-ayat Qur'an ada di dalam novel tersebut. Saya rasa kurang sesuai diletakkan ayat-ayat Qur'an, bukan apa, bimbang disalah bawa, ataupun mungkin terjadi kejadian yang tidak diingini.


ya lah....baru perasan.....ini antara kelemahan paling ketara......sy tak rasa penulis terlepas pandang....hmmm....

Mungkin penulis ingin membawa cerita-cerita Islamisasi, tetapi saya rasa penulis perlu juga cross refer sumber-sumber lain, sebagaimana tulisan Faisal Tehrani ataupun tulisan cerpen pendek '5S' yang ditulis Ghafirah Idris, juga hasilan dari Kuliyyah Ilmu Wahyu, UIA. Membacanya saya rasa perbezaan, terbit rasa kagum dengan Ghafirah Idris, seusia muda sebegitu, masih mampu menggondol anugerah berprestij.

Mungkin orang lain, lain pendapatnya dengan saya, tetapi jujur saya katakan, buku ini bukan yang akan saya baca berkali-kali.


sy bukanlah peminat novel dan sastera.... jadi sy tak tahu banyak perkara tentang dunia novel ni......dari penulis hingga bahasa yg digunakan.....

sy baca jer novel yg sesuai dgn jiwa.....yg pada sy ada unsur2 islam, bukan crita mengarut, tak fokus pada cinta sgt....

apapun lain org lain pandangannya dan bagi sy novel tautan hati adalah antara novel yg memberi kepuasan kepada sy.....dan lepas ini, sy akan baca semula buku tu.....skrg ni bercita2 nak beli buku2 habiburahman pula.....

[ Last edited by  pinKy180 at 18-2-2008 10:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 10:35 PM | Show all posts
ermm buku ketika cinta bertasbih 2 dah keluar ke belum...?

harga dia brapa...?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 08:17 AM | Show all posts

Reply #285 pinKy180's post

rm 39.50 versi indonesia
boleh dibeli di fajar ilmu baru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2008 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by NickyAzrai at 18/2/08 06:14 PM


aku jgk yg kena   

tp betul lah pun
kalo kang abik tu buat buku yg kat dlamnya
cuma ade satu titik je pun aku beli jgk

peminat fanatik weh fanatik


ya aku percaya forum ni banyak dah menyebabkan forumer-forumernya terkoyak poket gara-gara beli buku..
tapi kang abik punye buku, bak katamu.. dia tulis satu titik pun... sure forumer readings beli..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 08:21 AM | Show all posts

Reply #284 pinKy180's post

pinky, cubalah baca tulisan yang kak mar recommend tu

buku faisal tehrani seperti tunggu teduh dulu, detektif indigo, 1511H Kombat sesuai untuk remaja

ghafirah idris pun best.. mungkin pinky boleh relate dgn dia sebab dia pun remaja.

buku tautan hati, lepas kak mar review camtu, terus aku tak jadi beli.. sebab taste kami serupa.. dan saya tidak suka buku meleret-leret bab agama. cukuplah seperti air yang mengalir pengajarannya, bersulam dengan kisah seperti ayat-ayat cinta tulisan habiburrahman el-shirazy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2008 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 19-2-2008 08:21 AM
pinky, cubalah baca tulisan yang kak mar recommend tu

buku faisal tehrani seperti tunggu teduh dulu, detektif indigo, 1511H Kombat sesuai untuk remaja

ghafirah idris pun best.. mungkin pink ...


nak tanya....buku2 ni terbitan maNa...?

satu lg buku ghafirah idris tu tajuk apa...?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 11:33 AM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 19-2-2008 08:17 AM
rm 39.50 versi indonesia
boleh dibeli di fajar ilmu baru


uiks.....mahalnya...hehe

versi malaysia ada tak...?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 11:42 AM | Show all posts

Reply #289 pinKy180's post

boleh beli kat sini http://ujanailmu.com.my

ghafirah idris ni banyak tulis cerpen, dia anak didik faisal tehrani.. ada blog

http://ghafirahidris.blogspot.com

KCB2, versi malaysia dalam proses penerbitan rasanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 11:56 AM | Show all posts

Reply #291 limau_nipis's post

trima kasih ya....

dah buka blog ghafirah tu.......banyak betul cerpen dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 08:52 AM | Show all posts

Reply #292 pinKy180's post

pinky, akak tetap merasakan faisal tehrani & ghafirah idris top (ops, habiburrahman elsjirazy still tak terlepas )...tapi akak kagum penulisan ghafirah idris (sebab dia muda...tapi bahasanya sangat bagus), tak salah akak cerpen 5S dia tu memenangi hadiah sastera exxon mobil-utusan untuk kategori cerpen...akak beli buku koleksi cerpen yang memenangi award tu masa book fair tahun 2004 - kumpulan utusan yang terbitkan - tajuk koleksi tu 'belati cinta zulaikha'

boleh beli sini, if you're interested

http://www.ujanailmu.com.my/pd_belati.cfm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 12:25 PM | Show all posts

Reply #293 mardhiah12's post

ok tenkiu kak.....

hmmm kak mar, klau beli secara online ni terjamin sampai ker...?

sy dah habis baca ketika cinta bertasbih 1.......apa yg boleh sy katakan mmg best...!

jalan crita yg diselitkan dgn ilmu dan gambaran alam, watak dan bahasa yg digunakan mmg best....wlaupun pada mulanya sy tak selesa dgn bahasa indon, tp tu bukan masalah besar...

bila baca buku ni kadang2 terasa seolah2 sdg baca buku agama...kadang2 kisah cinta(tak ketara sgt)......ukhwah.......tak meleret mcm tautan hati....padat dan mudah utk difahami....

dan sy suka sgt watak azzam......secara zahirnya dia hanya dikenali sbg seorg mahasiswa yg tak pernah lulus2 dan pembuat tempe...tp bg sy dia seorg yg hebat....seorg yg sabar, kuat, rajin berusaha...jujur.....b'tanggungjawab...tegas....dan disebalik ketegasan tu sebenarnya dia seorg yg penyayang....sanggup berkorban demi keluarga.....touching betul bila teringat kehidupan azzam ni .....klau benar2 wujud insan seperti dia.....hmmm....ada ker..?

apapun tak sabar nak beli KCB2 pula....tp nak tunggu versi malay......KCB1 skrg ini adalah buku yg paling best sy penah baca...dan buku ni juga hadiah dari ayah sy...trasa istimewa betul...~~:pompom:.....

KCB1 lebih best dari Tautan hati......tak sabar nak baca semula........

skrg ni baru mula baca ayat2 cinta.....harap2 AAC ni pun best.....

[ Last edited by  pinKy180 at 21-2-2008 12:33 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 01:09 PM | Show all posts

Reply #294 pinKy180's post

KCB 2 ada review kat thread ni, tapi versi indon laa yang akak review
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 01:37 PM | Show all posts

Reply #294 pinKy180's post

beli online, terjamin sampai
dah byk kali beli situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2008 09:38 PM | Show all posts

Reply #296 mardhiah12's post

erm....nak tanya....buku kombat 151 tu camna eh crita dia...?bahasa dia mudah utk difahami tak....?

sy tgk kat website tu ada jual buku ni......berminat nak tahu sinopsis buku ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 12:55 PM | Show all posts

Reply #297 pinKy180's post

ok bagi akak. tapi org lain mungkin berat sikit bahasa dia
sebab FT ni, bahasanya sangat bagus.
crrita kombat 1515 h tu- cerita perjuangan org islam nak redeem dari barat
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 08:26 AM | Show all posts
orang indonesia dah tgk movie ayat-ayat cinta

review di sini: http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=318751&extra=&page=10


Gw udah nonton ... Secara keseluruhan oke banget filmnya .... 8/10 deh
Agak beda dari novelnya  ... kisah percintaan Aisyah dan Fahri di film ini tampak lebih membumi.....

Endingnya lebih bagus dari novelnya... Tapi sayang alur ceritanya terlalu cepat ...
Tampilan Carisa Putri (sebagai Maria) mantap banget ...
credit to: jf_pratama

ya, saya juga udah menonton filem nih kat bandung, midnight show...
wow....buatt saye filem nih sangat bagos, i love rianti
tapi lakonan cariisa as maria tu pon boleh tahan gak, walaupon agak berbeda dengan versi novel die tapi benang merah die tetap sama, cume agak lebih "real" siket....percayelah...!
tak sangkelah kalau separoh tempat syuting nih kat indo...hehe
saye bagi 8/10 bintang gak
credit to: danung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 08:41 AM | Show all posts
aku nak gi tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.088518 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list