CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tasha

[MERGED] THYROID PROBLEMS AND TREATMENTS

[Copy link]
Post time 15-12-2010 09:06 AM | Show all posts
heheh...cerite lawak muncul dalam hidup ku.....tapi alhamdulilah sebab dijauhkan sakit ini dan bersyukur sangat-sangat.......semlm saya pi hkl untuk rawatan hypo saya...so saya bawak lah pi result dan pill yang dokter klinik tue bagi.so bila dapat jumpa dokter...dokter tue tgk muke saya pelik je lah dia tanya pulak saya nie sakit ape..mesti dia fhm bila tengok result tue kan...hehee...rupanya-rupanya dokter tue pelik sebab dia tengok result saya tue sebenarnya normal.pill yang saya makan tue dia kate pill vitamin n pill triod je.lagi pun pill triod tue rendah sangat2 so x de efect pape pun....tapi pill tue lah yang menyebabkan satu badan sakit tau.....baik ko org jumpa pakar je terus..jgn jadi mcm aku ye.....alhamdulilah aku tidak kene sakit nie. sekarang aku lega dah.maybe dokter kat klinik tue salah bace kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 04:35 PM | Show all posts
Reply 281# barbara86


    syukur la you tak kena penyakit ni. btw berapa bacaan your T4 dan TSH ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 03:10 PM | Show all posts
Reply 167# drm


sabtu lepas g clinic bwk mak coz mak tb2 kn semput..
lps masuk gas doc ckp mak kn tiroid..coz dia tgk tapak tgn mak kuning then jari tgn leh bengkok 90darjah..
doc ckp kn wat blood test br leh tau tahap tiriod tu..then doc cek sy sbb dia tgk tgn saya pun kuning..
doc ada explain sikit2 simptom2 ni..n sy rs simptom2 sama ngn hypothyroidism..insya-allah next week br nk wat blood test..
doc ada ckp elok mnm myk kelapa dara n kene elakkn mkn kobis, brokoli, kobis cina, soya....but so far sy xde lg tanda2 bengkak dekat leher..adakah hypothyroidism ni mmg xkkn bengkak kat leher??
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 01:31 PM | Show all posts
salam....
saya ada baca dalam internet hypotyroid tak boleh makan kobis, brokoli, protein soya...betul ker...saya ni dah bertin minum protein soya amway sebab ada gastrik....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 08:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua
masa search about tiroid, aku jumpa thread ni
Aku post ni pun sbb kwn aku di syaki menghidap tiroid
Smlm dia pegi hospital utk cek penyakit lain, tapi doc yg dia jumpa tu perasan yg dia ade bengkak kat leher
so doc tu suspect dia ade tiroid
hyper or hypo, aku tak pasti
tapi next wik, dia kena p lagi untuk blood test
Aku kesiankan kwn aku sbb dia dah lah ada masalah lain, ini di tambah plak dgn masalah kesihatan, so dia dah deperessed giler ni
as afren..aku cubalah sebaik mungkin cari m aklumat pasal tiroid ni, so senanglah aku bg info kat dia
Smlm gak doc ade bekalkan beberapa ubat, dia ckp byklah
tp aku rasa, dia nih hypertiroid sbb tanda2 org yg hypertorid ni ade pasa dia
cepat marah, berat turun mendadak even kuat makan, cepat letih, nak selalu tido, n risau tak bertempat
so forumers
agak2 ade tak cara nak consult kwn kita yg kena tiroid ni sbb kesianlah bila dia ngadu kat kita
tp tak tau ayat ape yg patut kuar dr mulut ni
pastu ade tak ubat2 or supplement lain yg boleh dia amik utk reducekan tiroid dia ni
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 03:54 PM | Show all posts
up lagiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2011 07:17 PM | Show all posts
jumaat lepas saya ada jumpa doktor. semua ok, dah 15bulan makan ubat. makan ubat pon dah selang sehari. saya mmg tgh merancang utk mengandung. jadi doktor sarankan utk rujuk ke endorinologist utk tukar ubat lain yg sesuai utk ibu mengandung. ada x kawan2 yg sama kes macam saya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 03:31 PM | Show all posts
Up... Up..
Nak tanya doktor2 kat sini...
Kalau ada penyakit thyroid ni...  boleh fail ke kalau medical checkup utk pre-employment?
Apakah advice yg biasanya doc akan bagi utk bakal majikan...

tk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2011 03:02 AM | Show all posts
saya pun ada hyperthyroid juga... hari2 makan 4 biji carbimazole n ubat jantung... t4 31.2 n tsh <0.01... before berat badan 70kg now da 56 jer... tension sungguh... bila laaa nak sembuh ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 12:23 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua
masa search about tiroid, aku jumpa thread ni
Aku post ni pun sbb kwn aku di ...
rina79 Post at 15-4-2011 20:28



   Cuba minum minyak kelapa dara...Alhamdulillah saya dah hampir sembuh dari penyakit ni. First treatment masa bulan puasa tahun 2010. Setiap 3 bulan kena ambil darah dan follow up check up. Last check up 7 Sept 2011. kedua2 hormon saya dah stabil. Sekarang ni saya cuma perlu makan ubat camazol tu sebiji sehari. saya juga amalkan minum susu kambing setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 07:48 PM | Show all posts
Reply 290# abbyhoney


    apa2 jenama myk kelapa dara bleh minum ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 08:40 AM | Show all posts
Reply 291# hashimi.sf


   InsyaAllah boleh, so far saya minum minyak kelapa dara yang dibuat sendiri oleh org kampung kawan saya kat Teluk Intan. Produk Bio Asli pun ada minyak kelapa dara, cuma mahal sikit. Itu pun saya tak minum hari2. Bila teringat je minum. Ubat tu pun saya tak ambil hari2. Kalau ikutkan doktor, dia tak nak saya stop ubat tu secara mengejut. Sebab itulah dari 6 biji sekali makan, sekarang ni dah sebiji sekali makan. Syukur sangat2 saya tak de bengkak kat leher dan simptom2 hypertyhroid tu pun dah kurang 95%. Selain daripada kena bergantung pada ubat tu saya rasa kita perlu kuatkan semangat kita juga. Sebab saya perasan kalau saya tak dapat control perasaan takut saya, simptom2 tu akan ada balik. Cumanya sekarang jantung saya dah tak berdegup kencang macam dulu. Tangan pun tak menggeletar lagi. Kalau dulu tulisan saya jadi buruk sgt sebab nak menulis pun susah. Sekarang ni Alhamduliilah. Tahap keyakinan saya nak berdepan dengan org ramai pun dah bertambah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 04:09 PM | Show all posts
Saya suka nak kongsi pengalaman saya pasal thyroid ni sebab saya adalah seorang kalau boleh dikatakan bekas pesakit thyroidlaa kerana selepas ujian darah doktor mengatakan saya sudah bebas dr thyroid lebih kurang 5 tahun yang lalu.....sekitar tahun 2001 saya diserang penyakit ini....tanda2 awal seperti turun berat badan melampaui sehingga 10kg hanya dalam 1 bulan sahaja...kerap buang air besar...terketar2 anggota badan terutama tangan....berdebar2....merasakan ada yang tidak kena dengan kesihatan diri saya berjumpa ngan doktor di klinik berdekatan..setelah ujian darah doktor mengesahkan saya Hyperthyroid overactive dan menyarankan saya mengambil carbimazole beserta ubat hilang debar selama 18 bulan......sewaktu dalam tempoh itu berat badan saya naik dan semua simptom hilang dan selepas 18 bulan saya berhenti dr mengambil ubat tersebut.... Namun lebih kurang 2 tahun selepas itu simptom seperti hilang berat badan,berdebar dan terketar kembali menyerang dan lebih teruk dari itu saya seperti orang yang ketakutan... tidak berani memandu atau berjalan seorang...rasa seperti adakah aku mahu mati dan bermacam2 lagi perasaan takut melampau.....sekali lagi saya ke klinik dan doktor mengesahkan saya Hyperthyroid sekali lagi....seperti yang pertama tadi doktor masih memberikan saya carbimazole tetapi saya merasakan untuk kali ini saya ingin mencuba ubat lain.....seorang pakcik ada mengesyorkan saya satu produk dari luar dan setelah mengambil selama lebih kurang 1 tahun Alhamdulillah sekarang dah lebih kurang 5 atau 6 tahun saya bebas dari penyakit ini......Alhamdulillah.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 06:24 PM | Show all posts
Reply 293# kerro


   boleh kongsi kepada kami ubat apa tu ye...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 07:42 PM | Show all posts
Reply 294# abbyhoney


    Produk itu namanya Cryptomonadales.....Berasal dari Taiwan......
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 08:35 PM | Show all posts
Saya sekarang dah mengandung 14minggu. Seminggu lepas dah mula makan ubat PTU disebabkan tiroid saya bacaanya 27. Sebelumni memang dah stabil setelah makan cabimazol selama 18bln. Rehat dari makan ubat sebulan pastu saya mengandung. Ada sapa2 senasib dengan saya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2011 09:36 PM | Show all posts
assalam suma forumers..akhirnya jumpa juga forum pasal tiroid ni.juz nak kongsi cerita..sy pun salah seorg p'hidap tiroid.sy mmg x perasan kehadiran tiroid.sbb sy tgk leher mcm normal.x nampak apa2 pun kat leher.kalau betul2 diamati baru perasan leher sy belah kanan nampak cam kembang sikit.mula perasan bila kne tnya ngn makcik.masa ni simpton yg ada berdebar2,kdg2 degupan jantung laju,tapi tangan x menggeletar..makan sikit tapi berat badan bertambah2.cepat marah,asyik hangin je.rambut banyak gugur.rasa lemau.x aktif asyik nak tidur je.so jumpa doct.dah buat ujian darah.sy punya T4 ok.tp TSH sy 39.024..sgt tinggi..sy pn x tau hyper or hypo.doct juz ckp suspek tiroid.lg 3 bln sy akan jalani ujian ultrasound(xray) plak.buat masa sekarang ni,doct juz bg ubat tablet kecil color pink.nm ubat tu propranolol HCI makan 1 hari 1bj,2kali mkn.appoinmen seterusnya 16hb 1 ni..kawan2 ada suggestion x,supplemen apa yang boleh membantu..harap dapat tolong saya yg dalam kesedihan memikirkan kehidupan akan datang nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 10:58 PM | Show all posts

Salam,

Pengalaman saya kena hyperthyroid... Mula2 saya ingat kena cacing sebab berat badan makin menyusut walaupun tak diet. Lepastu pernah cuba nak pergi gym. Sangat malu, lepas exercise 30mins dah tercungap2 mcm nak pengsan. Malam2 walaupun ada aircond, badan saya berpeluh2. Last2 sekali saya mengadu kepada seorang kawan, dia cakap mungkin saya kena hyperthyroid. sbb dia pun pengidap hyperthyroid. Lepas tu terus saya buat ujian darah, mmg kandungan thyroid dalam darah agak tinggi. Tak tinggi kot sebab 42.2 jer. Kawan saya lagi teruk sampai 80.

Pergi klinik kelana jaya mmg mengarut, tunggu punya tunggu. Kena pergi refer kat Hospital Sg. Buloh gak. Buang karang betoi...

Anyway, nak tau simptom yang saya alami
1. Berpeluh2, rasa mcm nak pindah London ja sbb tak tahan panas Malaysia

2. Tangan menggeletar, sekarang ni tandatangan dan tak sama setiap kali sain.

3. Cepat hangin, haritu orang blok kereta aku tarik handbrake. Aku tolak tak boleh..last sekali aku tendang kereta tu. Tuan dia ternampak, (aku tak nampak yg tuan dia nampak) aku terus masuk kereta kunci diri aku dlm kereta. (takut kena pukul dgn tuan kereta, sekali yg datang tu lelaki badan besar la). Buat pandang lain, sampai tuan tu ubah kereta dia.. mmg tuan kereta tu tak puas hati sebab aku tendang kereta dia sebab naik hangin... haha

4. Rimas, ada satu minah ni... buat mcm nak berkawan dgn aku, tetiba aku jadi rimas satu mcm. Muka aku merah mcm nak meletop... tapi aku sabar ja..

5. Jantung berdebar2 sehingga sakit dada

Lepas aku jumpa pakar kat Hospital Sg. Buloh (gua mmg respek servis sana), dia banyak bercerita pasal hyperthyroid. Dr. cakap, ubat selalunya berkesan dalam 5-6 tahun je. Selalunya pesakit akan immune kepada ubat sehingga ubat dah tak memberi kesan. Kemungkinan besar, selepas ubat tak berkesan, pesakit akan diberi minum air Iodin yg mengandugi sikit radioaktif. Dimana radioaktif ni sangat2 sikit dan tidak akan membahayakan pesakit . ATAU kalau thyroid itu menyebabkan kesusahan bernafas dan menelan makanan, maka terpaksalah operate kat Hospital Kuala Lumpur. Kalau tak dirawat awall, jantung yg irregular tu akan menyebabkan pesakit akan senang dapat Angin Ahmar...


Doktor sekarang bagi aku dua jenis ubat, satu Carbimazol dan satu ubat perlahankan jantung.

sambil menaip ni jantung aku berdebar2 dan rasa mcm nak taboh orang ja... mekasih

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 05:58 AM | Show all posts
Yup.. salah satu simptom hyperthyroidism.. tangan menggeletar..
Teringat dulu masa study lecturer aku tanye kat member ape simptom sakit nie..
Menggeletar kwn aku terkezut kene soal..
Dengan selambenyer lecturer ku cakap.. itulah simptom hyperthyroidism..

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 01:50 AM | Show all posts
Mungkin ramai yang belum mengetahui kehebatan produk SNE dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan individu, dan Kapsul SNE telah membantu beribu-ribu individu berpenyakit kronik mendapatkan kembali kesihatan mereka dan pesakit-pesakit ini membina kembali kehidupan mereka.Berasaskan Buah Seabuckthorn yang mengandungi lebih dari 200 vitamin & mineral yang digabungkan bersama 27 makanan berkhasiat. 100% bahan semulajadi, rawatan selamat, berkesan, tempoh pemulihan yang singkat, tiada kesan sampingan dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan HALAL.Ikhtiar kepada penyakit anda atau ahli keluarga hadapi..........

berminat atau sebarang pertanyaan boleh terus ke:
www.produksne.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.101672 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list