|
Jaafar pergi umrah
Jaafar pergi umrah
Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]
Rap
SUDAH sampai 'seru' Jaafar Onn, 58, untuk ke Makkah mengerjakan umrahpada Jun ini bersama kakaknya, Teh Awang dan anaknya, Zurimi.
Sudah lama Jaafar ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci namun baru kaliini dia berpeluang ke sana. Hatinya tidak sabar untuk mengadap Kaabahdan mengabdikan seluruh jiwa raganya kepada Allah SWT.
Menurut Jaafar, pemergiannya ke sana juga untuk memanjatkan kesyukurankepada Allah kerana mengabulkan doanya untuk melakonkan wataknyasendiri dalam drama 13 episod, Chef Jo, terbitan Grand Brilliance SdnBhd.
"Chef Jo mengisahkan kehidupan saya yang suka masak dan tidak kedekutilmu mengajar orang memasak. Drama itu juga menunjukkan kehidupan sayasebagai bapa tunggal dua anak.
"Penulis skrip Chef Jo sudah lama mengenali saya dan tahu latar dirisaya sejak dulu hingga sekarang. Dalam drama itu, Rosnah Mat Arissebagai bekas isteri saya yang bongkak.
"Sebahagian jalan cerita Chef Jo adalah kisah hidup saya yang sebenar.Sekian lama menjadi anak seni, menjadi impian saya untuk berkongsipengalaman hidup dengan peminat dan akhirnya kesempatan itu datang juga.
"Sebelum dapat tawaran berlakon dalam drama ini, saya berjanji kepadadiri sendiri sekiranya hajat tercapai untuk melakonkan watak sendiridalam mana-mana drama, saya akan mengerjakan umrah," katanya.'
Mengenai hasrat ke Makkah, kata Jaafar, dia bersyukur kerana hajatnyatermakbul dan semua itu juga secara kebetulan apabila bertemu SitiMurni Datuk Sheikh Ahmad dan suaminya, Mohamad Ismail dari Al-AminTravel Management & Services Sdn Bhd.
"Daripada pertemuan yang tidak dijangka itu, dia menawarkan sayamengerjakan umrah bersama syarikatnya secara percuma. Begitulah rezekiyang Allah berikan kepada saya. Setiap niat yang baik pasti laluannyamenjadi mudah.
"Tidak mahu keseorangan ke sana, saya membawa kakak dan anak sekali.Selepas berbincang, Al-Amin bercadang menjalinkan kerjasama lebih eratdengan melantik saya sebagai duta syarikat itu. Kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan. Perkara baik mana saya boleh tolak.
"Siapa tahu selepas ini setiap tahun saya akan mengerjakan umrah.Dengan usia yang kian lanjut, tiba masa mendekatkan diri dengan Allah.Insya-Allah selepas balik mengerjakan umrah, saya bercadang menunaikanfardu haji pula.
"Oleh itu saya turut menjemput semua peminat menyertai Pakej UmrahBersama Jaafar Onn, 8 hingga 20 Jun ini, pada harga berpatutan. Merekayang berminat boleh hubungi pembantu saya, Ahmad di talian012-3062291," katanya.
Sebagai persediaan ke sana, Jaafar membaca buku panduan umrah dan hajiserta bertanya kawan yang sudah mengerjakan umrah terlebih dulu.
"Berdebar juga hendak ke Makkah. Maklum saja sebagai hamba-Nya yanglemah, pasti banyak melakukan kesilapan. Saya harap segalanya berjalandengan baik," katanya.
Sehubungan itu juga, Jaafar mohon maaf dengan kawan-kawan sekiranyapernah tercetus perselisihan faham atau perbalahan dengan mereka.
"Saya sedih kerana ada kawan yang cuba menikam dari belakang. Apabilasaya baik dengan orang tertentu, ada pula yang tidak senang denganhubungan kami. Saya sudah melalui pengalaman hidup yang panjang dansudah melalui pahit maung sebagai anak seni. Buat apalah saya mencarigaduh dengan orang.
"Apa yang saya mahukan sekarang kehidupan yang tenang dan bahagia.Sekarang saya agak susah hendak percaya dengan kawan. Depan kita baikbukan main, tetapi di belakang kita mengutuk.
"Sepatutnya pada 18 Mac ini saya bercuti bersama pengusaha katering,Kuzie Katering, Pak Engku dan keluarganya ke Perth, Australia tetapikerana penggambaran drama Chef Jo baru bermula, tak dapatlah pergisama.
"Saya dan Pak Engku sangat rapat dan kami saling membantu memajukankarier masing-masing. Saya dah anggap Pak Engku seperti kaum keluargasendiri. Adat dunia, ada juga orang yang tidak 'senang' apabila sayabaik dengan Pak Engku," katanya. |
|