|
::Novel Muzikal Kaulah Segalanya:: ~episod 15 last part~ TAMMAT
[Copy link]
|
|
smbgn kaulah segalanya....
"Shawal,tadi Ebi call mak, katanya Asy dah sedar, pergilah jenguk dia." kata PuanAishah. "a'ah betul tu bang, pergilah tengok Kak, Asy, Ummi dengan Ayoukrindu sangat kat dia."kata Ummi yang sedang membantu ibunya melipat kain.Shawal mendiamkan diri. Dia sedang menonton televisyen." Wal dah tahutadi. Mmm nantilah mak. Wal penatlah. " jawab Shawal acuh tak acuh.Kemudian dia masuk ke biliknya. Puan Aishah dan Ummi berpandangan. "apakena dengan abang tu mak? " tanya Farouk yang baru muncul di muka pinturumahnya. Shawal memang amat gembira apabila mendengar Asyrani telah sedar.Ingin dia pergi melawat gadis itu namun dia masih lagi berasa serba salah ataskematian Badrul. Asyrani pasti sedih apabila mengetahuinya. Baginya jika diatidak muncul dalam hidup gadis itu, Badrul tidak akan pergi. Rasa bersalahmembelenggu dirinya. Sedang dia berbaring, daun pintu biliknya diketuk.
"abang, niAyouk, boleh masuk? " tanya Ayouk ketika di luar bilik."masuklah."ujar Shawal ringkas. Ayouk masuk ke kamarnya, dia duduk disisi Shawal. Dia melihat abangnya berwajah muram. "abang ni kenapa? "tanya Ayouk. Shawal menggelengkan kepalanya. "Ayouk tahu, abang tengahfikir pasal Kak Asy kan?"tanyaAyouk lagi. Shawal mendiamkan diri. Dia bangun dan duduk di sebelahnya adikbongsunya itu. "Entahlah, abang rasa bersalah sangat, abang rasa abanglahpenyebab sepupu Kak Asyrani meninggal. Abanglah menghalang percintaan mereka.Abang yang bersalah."kata Shawal tersekat-sekat. Dadanya menahan sebak.Air matanya luruh lagi. Farouk mendekatkan badannya dengan abangnya."abang tak boleh salahkan diri abang. Kan tu takdir Allah. Takdir menunjukkan KakAsy milik abang."ujar Ayouk, lagaknya seperti orang dewasa walhalnyaumurnya baru setahun jagung lagi. Shawal tersentuh mendengar kata-kata adiknyaitu. Tubuh adiknya yang kecil itu dipeluk erat. Dirinya bagai ditusuki suarahalilintar yang menyedarkan dia dari lamunannya. Dia harus menerima hakikatbahawa Badrul sudah meninggal kerana Allah telah menetapkan Asyrani akanmenjadi suri hidupnya. Dia segera bangkit dan menuju ke bilik air. Dia inginberjumpa dengan gadis yang amat dirinduinya itu.
"Assalamualaikum, apa khabar semua? "sapa Shawal ketika berada di ruang menunggu luar bilik
Asyrani dengan wajah yang ceria. Diabersalaman denga ahli keluarga Asyrani. "baik, mak cik dengan pak cik barusampai. Kami bertolak bila dapat tahu, Asyrani dah sedar."ujar EncikYassin. Di wajahnya sedikit ceria terpamer. "Shawal nak tengok Asy ke?Pergilah masuk tapi dia tengah tidur tu. Kamu mesti rindu kat dia."usikNana. Shawal tersenyum. Dia melangkah ke bilik Asyrani. Dilihat Asyrani sedangtidur nyenyak. Dia meletakkan bunga matahari di atas meja. Dia melihat rautwajah gadis itu, ada tercalit sedikit ceria. Mungkin dia gembira kerana ramaiyang telah berjumpa dengannya hari ini. Mengikut kata ayah Asyani, neneknyatelah datang melawat Asyrani siang tadi. Shawal duduk di sebelah katil Asyrani.Dia dapat membayangkan betapa sedih Asyrani apabila mengetahui Badrul sudahlagi tiada. Shawal terbatuk lalu mengejutkan Asyrani dari tidurnya. "eh,Asy terjaga, sorrylah, tak apalah Shawal keluar dulu, Asy rehat laye."bangun Shawal dari kerusi itu. "Shawal nanti, jangan pergi.Jangan tinggalkan Asy. Temankan Asy."kata Asyrani. Tangan Asyrani memegangerat tangan Shawal. Shawal tak jadi bangun. "Asy kena banyak-banyakberehat tau nanti baru ada tenaga kalau kita nak jalan-jalan."usik Shawal."apalah Shawal ni. Shawal, Asy mengantuklah."ucap Asyrani. Matanyakuyu menahan mengantuk. "tak apalah Asy tidurlah, esok malam Shawal datanglagi ya sayang."ucap Shawal sambil menyelimutkan Asyrani. Dia mencuithidung Asyrani. Asyrani tersenyum mesra. Dia keluar dari bilik itu. Dia berasaserba salah kerana masih merahsiakan kematian Badrul.
Ramai keluarga hadir malam itu. Semua ituatas kehendak Shawal. Shawal telah meminta kedua-dua keluarga Badrul danKeluarga Asyrani datang sendiri. Sesak kawasan bilik Asyrani. Shawal masuk kebilik Asyrani. Dia berlagak seperti biasa. "Shawal, kenapa ramai sangatorang kat luar tu?" tanya Asyrani. Dia sendiri aneh melihat kesemuakeluarganya hadir. "dia orang kannak tengok Asy."jawab Shawal. "Shawal sembunyikan sesuatu dari Asyya? mana Badrul, dari semalam Asy tunggu namun tak datang lagi. Sampai hati diatak jenguk Asy."kata Asy muram. Shawal berasa makin serba salah. "Asysebenarnya Badrul bukan tak boleh datang tapi dia takkan datang."kataShawal perlahan-lahan. Asyrani tersentak. "apa maksud Shawal? " tanyaAsyrani. Dia benar-benar bingung. "sebenarnya semasa Asy hampir nak di
|
|
|
|
|
|
|
|
morning nak lagi plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
apa kandungan surat tu....
sambung la lagi plzzzzzzzzzzzzz |
|
|
|
|
|
|
|
laaa...dah nak abis rupanya...
nak n3 lagi...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
smbgn kaulah segalanya....
.
Assalamualaikum semua. Bad rasa semua orangada kat sini kan.Semasa kalian semua membaca surat ini, Bad mungkin tiada lagi di sisi semua.Mula-mula sekali Bad ingin sekali mengucap jutaan terima kasih kepada papa danmama Bad yang sanggup menjaga Bad dari kecil hingga dewasa. Kalian berdua telahmemberi Bad segala-galanya. Kemudahan hidup,kemewahan namun Badrul tidak sempatmerasakan kasih sayang dari kalian berdua. Papa terlalu sibuk berkerja lepas tuselalu bertekak dengan mama. Bad kesian tengok Intan dengan Danish. Merekatertekan. Bad harap lepas Bad tak ada nanti. Papa berbaiklah dengan mama.Biarlah kasih sayang yang tak sempat nak beri pada Bad, kalian curahkanlah padaadik-adik kesayangan Bad. Bad harap sangat. Kemudian Bad ingin ucapkan terimakasih pada Papa Yassin dan Mak cik Ani sebab layan
Bad dengan baik. Semua tahu lepas Mak Watimeninggal hubungan kita sekeluarga putus macam tu aja. Badrul mengaku semua tuberpunca dari keluarga kami. Bad juga tahu sepatutnya selepas Mak Watimeninggal kami sepatutnya bertanggungjawab menjaga keluarga Papa Yassin. Tapikami tidak jalankannya. Kami tinggalkan Papa Yassin 4 beranak sendirian.Perkara menjadi semakin parah apabila Papa Yassin kahwin dengan Mak Cik Ani.Yang menjadi mangsa, Asyrani dan adik beradiknya. Dia pernah beritahu Bad, diasedih sangat dengan keadaan sekarang. Dia ingin keluarga kita bersatu kembali.Dia ingin hubungan kita seperti dulu. Seperti ada Mak Wati. Bad pasti Mak Watiamat gembira kalau keluarga bersatu kembali. Bad harap semua keluarga bersatukembali. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Shawal berhentiseketika. Dia melihat masing-masing menitiskan air mata mendengar isi kandung surat itu tak terkecuali dirinya sendiri. Ibu Badrul sudah teresak-esak menahan nangis. Suamidisampingnya memaut tubuh isterinya untuk menenangkan diri isterinya."mulianya hati kau Bad."desis hatinya. Setelah berdehem, dia memulakan bacaannya kembali.
Seterusnya surat ini dituju kepada Atok. Bad sayang sangat dengan Atok. Bad ada sorang aja Atok. Bad tak nak kehilangan soranglagi. Atok selalu cerita kat Bad pasal Asyrani. Dia sebenarnya nak sangat jumpaAtok namun dia tak berdaya. Dia takut kedatangannya tak di alu-alukan olehAunty Mona. Dia takut pelbagai soalan dihujani. Soalan yang dia sendiri tidaktahu jawapannya. Asyrani sangat sayang kat Atok. Sebenarnya Bad selalu jumpadengan Asy untuk beritahu perkembangan Atok dari masa ke semasa. Maafkan Bad sebab tak beritahu.
Bad harap lepas keluarga kita bersatu kembali, Atok dan Asyrani atau sesiapa sahaja dapat bergembiraapabila berjumpa.
Seterusnyasurat ini Badtujukan khas pada Asyrani. Bad rasa mesti semua orang berasa aneh, kenapa Badsanggup korbankan diri Bad sendiri semata-mata nak selamatkan Asyrani?sebenarnya Bad sudah lama memendam perasaan ini. Tak sangka Bad dapat luahkan ketika Bad sudah tiada lagi. Sebenarnya Bad amat mencintai Asy sejak kecil lagi tapi Asyrani hanya menganggap Bad sebagai kawan rapatnya tak lebih dari itu. 3 tahun yang lalu, Bad berjumpadengan Asy kembali namun pada ketika itu, dia sudah mempunyai kekasih. Mula-mulaBad agak kecewa namun setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Beberapa bulan demikian, Bad sudah disahkan menghidap penyakit radang paru-paru tahap kritikal. Tiada apa lagi yang dapat menyembuhkan Bad lagi. Bad dijangka dapathidup dalam beberapa bulan. Nyawa Bad bagai telur dihujung tanduk. Namun kuasa Allah yang Maha Hebat menyebabkan Bad masih lagi dapat hidup hingga 3 tahun lebih. Bad rasa bersukur sangat. Bad tahu kalau Bad menjadi kekasih hati Asyrani pun, Bad tak mungkin akan membahagiakannya. Bad tidak mahu Asy menangisi kematian Bad. Bad tidak mahu Asymenjadi balu pada usia yang muda. Disebabkan itu juga Bad sanggup menggadaikannyawa Bad untuk selamatkan Asy. Biarlah Bad tidak dapat memiliki hati Asy namun sekurang-kurangnya Bad dapatberjasa dalam hidup dia. Asy, Bad nak minta maaf kat Asy kalau ucapan Bad tadimengugat hubungan Asy dengan Shawal. Bad juga nak mintak maaf sekiranya Bad ada lakukan kesilapan. Bad susun 10 jari mintak maaf. Walaupun Bad dah tak ada disamping Asy, Bad sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Asy.
Akhir sekali suratini dituju kepada Shawal. Saya nak minta maaf kalau sejak saya bertemu kembalidengan Asyrani mengundang rasa cemburu tapi percayalah Asyrani hanya mencintai awak seorang. Bukan saya, bukan juga Hafiz tapi awak. Shawal, saya nak berterima kasih kerana awak telah berjaya mengukir senyuman di bibir Asyrani.Shawal telah membuat dia bahagia. Saya meminta tangan Shawal agar jagalah diabaik-baik. Saya doakan agar awak dengan Asy bahagia hingga ke akhir hayat. Badrasa dah sebutkan semua. Bad harap semua berbahagia. Akhir sekali Bad nak mintamaaf jika ada kesilapan yang Bad pernah lakukan tanpa Bad sedari. Bad jugaharap janganlah sesiapa tangisi pemergian Bad. Doakan agar dipermudahkanperjalanan Bad di alam baqa
|
|
|
|
|
|
|
|
crita yg bgs..bthw ni true story ke? |
|
|
|
|
|
|
|
oooopsss....
hmmm
erk...honestly tade la true story...
but pe yg blaku dlm family asy tu is true story..
huhuhu
Originally posted by Atifan at 17-10-2008 09:44 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
crita yg bgs..bthw ni true story ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dah habis ke?
atau ada lagi..
klu ada lagi sambung la cepat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #290 rindacapri\ catat
rin ko punya ayat power.... nak lagi... rin blm puas...
rin nak n3... hehehe....
power tul ayat ko sambil nangis lak tu...lepas tu je muncul n3..asy syng kat ko tu...
nak lagi n3... |
|
|
|
|
|
|
|
cerpen best semua dah nak end...cam x best je tau...
x pe yg penting...nak n3333333333333333 lagi...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #295 aein\ catat
hikxx....
aein....huhuhuhu...
tape2...
tk lme lg asy kwar dgn cite bru...
tp dlm prosses lagik... |
|
|
|
|
|
|
|
smbgn kaulah segalanya
Selepas 2 hari peristiwa itu berlalu, dia sudah dibenarkan pulang. Asyrani membuat keputusan untuk pulang ke Kuantan buat seketika. Shawal telah pun memohon cuti untuk menemani Asyrani pulang. Dia tidak mahu gadis itu berasa sunyi. Kali ini Shawal membawa seluruh keluarganya. Sampai di Kuantan,mereka terus ke Tanah Perkuburan untuk menziarahi kubur arwah Badrul danmamanya. Ketika ingin pulang, Asyrani masih lagi berdiri di hadapan kubur Badrul yang masih lagi merah. Asyrani memandang sayu. Kakaknya memegang erat.Shawal hanya melihat Asyrani dari jauh. Dia benar-benar ingin Asyrani tenang.Ketika dalam perjalanan pulang, dia memasang radio. Tiba-tiba lagu Izinku Pergi berkemundang di corong radio kereta.
Sinaran mata cerita segalanya, Duka lara terpendam, Memori semalam, Tinggal segala cinta, Tiada kembalinya, Abadi kasih kita, Kau bawa bersama, Impi indah mekar saat cinta bersemi, Sedetik asmara syurga selamanya, Pergilah rinduku, Hilangkan dirimu, Tak sanggup menanggung derita di kalbuku, Pergilah sayangku, Bermula semula, Semangat cintaku membara, Kerana dia tiada niatku.
Sayu dia mendengar lagu itu. Ayah Asyrani lantas menukar siaran radio. Dia tidak mahu anaknya bersedih hati. Sampai di rumah, Asyrani masuk ke biliknya. Shawal sekeluargatinggal di hotel berdekatan. Dia baring di sisi katilnya. Dia teringat ucapanBadrul dalam suratnya. Dia masih tidak menyangka Badrul mencintainya. Asyrani mengeluh sendirian. Telefonnya menjerit kuat. "hello,assalamualaikum."ucap Asyrani. "waalaikumsalam, Asy macam mana? Asy ok? " tanya Shawal. "Asy ok, cuba kadang-kadang teringatkan arwah Badrul.攗cap Asyrani jujur. Dia tidak mahu berselindung dengan Shawal. 揗acammana hotel yang Shawal duduk tu ok? Apa namanya?" tanya Asyrani sambilmembuka radio dalam biliknya. "ok, hotel ni best. Ayouk suka sangat sebabada swimming pool. Hotel ni nama dia Hotel Grand Continental. Lagipun dekat dengan shopping complex boleh cuci mata."jawab Shawal nakal. Asyrani tertawa mendengar jawapan Shawal. Memang adik bongsu Shawal itu memang suka berenang. "Shawal malam ni, abah Asy buat kenduri doa selamat dengan tahlil. Shawal datang tau. Kalau tak nanti Asy nak mengajuk."kata Asyrani manja. "Insya Allah Shawal datang sekeluarga malam ni."jawab Shawal. Asyrani memutuskan talian. Dia memilihsiaran radio ERA. Sedang asyik dia baring di katilnya, ada sebuah laguberkumandang. Lagu tu amat menggamit hatinya.
Ku mengerti perpisahan ini Bukan kerana kau membenci Tapi kasih Yang pernah ku ber Tiada lagi bersamamu
Asyrani mendengar tiap bait lagu itu. Dia terbayangkan Badrul. Namun Asyrani berusaha menghilangkan bayangan itu. Dia cuba menjadi kuat untuk menghadapi hari yang mendatang. Lantas dia bangun dari pembaringannya. Dia menolong keluarganya menyiapkan apa yang patut untuk kenduri malam ini. Banyak juga dia menolong keluarganya. Sekurang-kurangnyakesibukannya itu boleh menghilangkan fikirannya yang rungsing mengingatkanarwah Badrul. Petang itu, mereka makin sibuk. Shawal sekeluarga tiba sebelummaghrib lagi. "Asy, lawalah rumah awak. Patut abang beria-ia suruh kami cepat-cepat siap ke sini."puji Dafi. Asyrani hanya tersenyum. Shawal mencebik. "dahlah, kaum lelaki duduklah di hadapan, yang perempuan mari ikut Asy." kata Asyrani sambil menunjukkan laluan. Hampir waktu maghrib,orang ramai makin memenuhi rumah itu. Keluarga arwah mamanya pun hadir.Hubungan kekeluargaan mereka kembali kuat dan kukuh. Di dapur pula, ada yang sibuk memotong buah dan kuih. Riuh rendah suasana. Asyrani tidak lupa menjemputnya rakan-rakannya. Sempat juga Asyrani memperkenalkan buah hatinya itu kepadarakan-rakan karibnya. Cuma Shakirah tidak dapat hadir kerana ada masalah peribadi. Selepas solat maghrib dan hajat, mereka dihulurkan dengan sekepingbuku Surah Yaasin. Sebelum memulakan bacaan, Encik Yassin meminta izin untukberucap sedikit. "assalamualaikum semua. Saya selaku tuan rumah inginmengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan dan puan kerana hadir ke kenduriini. Seperti mana yang kalian semua tahu, saya adakan kenduri ini untukmemanjat kesyukuran kepada Allah kerana anak perempuan saya yang diculik sudah selamat dan dalam masa yang sama kenduri itu juga sebagai tahlil arwah isterisaya serta anak saudara saya Badrul yang terkorban ketika menyelamatkan anak perempuan saya. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham dan Allahyarhamahdiberkati Allah. Setelah selesai membaca surah Yaasin dan solat isyak, tetamudijemput menjamu selera. Asyrani disuruh supaya makan dulu mengelakkan sakitperut.
"Asy, bila kau konvo?" tanya Amna. "2 minggu lagi. kau macam manasekarang?"tanya Asyrani. "Aku macam ni lah."jawab Amna. Dia kini sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan perniagaan."kau dengan Shawal tu bila nak makan nasi minyak?. Aku tengok dah rapat sangat dah."usik Liyana pula. "apa lah korang ni, aku ni kan still study, degree tak lepas lagi. Biarlah habis degree dulu baru fikir nak buat benda lain."jawab Asyrani sambil mengisi lauk ke dalam bekas buffet. Liyana danAmna ketawa mendengar jawapan Asyrani. Majlis berakhir dengan lancar sekali.Dia melihat ayahnya duduk berbincang dengan Encik Ruslan bersama Shawal. Diaingin tahu apa yang dibualkan oleh mereka. Namun Asyrani sibuk dengan kerjanya hingga terlupa niatnya itu.
"macam mana Shawal kamu bersedia?"tanya Encik Yassin. "saya cukup bersedia pak cik Cuma persiapan macam mana?" tanya Shawal. "yang itu kamu jangan risau. Pakcik dan mak cik akan uruskan dan yang penting Asy tak boleh tahu rancanganini."ujar ayah Asyrani. Dia yakin rancangan ini baik untuk anaknya. Diaingin anaknya berasa dekat bersama orang yang disayanginya. Shawal tersenyum gembira. Dia tidak sabar menunggu hari esok. Encik Ruslan dan Encik Yassin bersalaman.
[ Last edited by silent_kid at 17-10-2008 03:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
camat membc.......mlm neh asy akn upload lg...skaligus abeskan kaulah segalanya....
moga anda tehebur... |
|
|
|
|
|
|
|
dah end ke?
lum lagi kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #299 amandaatika\ catat
lum lg...mlm ni ending die...... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|