MILAN - Bekas ketua pasukan Ferrari, Jean Todt memutuskan terus hubungannya dengan pasukan kereta Formula Satu (F1) itu dengan melepaskan jawatan terakhirnya sebagai ahli lembaga pengarah.
Keputusan mengenai peletakan jawatan Todt itu disahkan Presiden Ferrari, Luca di Montezemolo selepas mesyuarat lembaga, kelmarin.
"Jean (Todt) telah menjadi watak penting dalam sejarah Ferrari dalam tempoh 15 tahun lalu.
"Jadi saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan berharap dapat menjalani kehidupan dengan lebih puas baik secara peribadi mahu pun profesional," kata di Montezemolo.
Todt menyerahkan jawatan ketua pasukan Ferrari kepada rakannya dari Itali, Stefano Domenicali.