|
EP47 - NUBIE CLUB ~ Top 5 ABPBH-Artis Baru Lelaki & Penyanyi Lelaki Popular
[Copy link]
|
|
Reply #279 kikey's post
oooo gath.... hah bincang2....hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
adehhhhhhhhh...jauhnya jatuh |
|
|
|
|
|
|
|
DATANG MELAPOR DIRI DI PAGI JUMAAT.. |
|
|
|
|
|
|
|
info dr thread sblh menyebelah.. nubhan di saingi mawi n aizat utkpenyanyi.. utk artis baru, nabil tinggal jauh.. adooii.. kena usaha lbhla nih..:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
alohaaaaaa!!!!!
selamat pagi & Assalamualaikum semua |
|
|
|
|
|
|
|
Salam n selamat pagi....
page ni x gerakss kaa?? |
|
|
|
|
|
|
|
heheheh key.....
Salam Tira...... lerr pasal page tak gerak p0n nangis ke??? dasyat dasyat..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #292 ninilaki's post
|
|
|
|
|
|
|
kesian....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #294 ninilaki's post
gedik lak ko.... |
|
|
|
|
|
|
|
Senarai Top 5 ABPBH 2008 turut diwarnai dengan kebangkitan penyanyi daripada program realiti TV. Ternyata populariti nama angkatan baru seperti Stacy, Aizat, Ayu Damit, Aiman, Zizan, Nabil, Nubhan dan Riz mula membuka mata ramai dan membuktikan kehadiran mereka dalam dunia seni bukan sekadar bermusim.
quote from BH online... |
|
|
|
|
|
|
|
ABPBH2008: Bermula penentuan populariti
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Zaidi Mohamad
SEBAHAGIAN finalis ABPBH 2008 bergambar kenangan di depan bas Sinarmas yang akan membawa mereka ke lokasi road tour untuk bertemu peminat.
Wajah lama dan baru dalam senarai pencalonan memeriahkan lagi persaingan ABPBH 2008
SECARA tradisinya majlis pengumuman senarai lima calon terakhir dalam 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 berlangsung dalam suasana yang santai dan sederhana.
Acara ini juga selalunya mengumpulkan pelakon, penyanyi, pengacara TV dan penyampai radio dalam satu tempat dan ini membuatkan ia majlis untuk beramah mesra antara satu sama lain.
Kemesraan antara mereka biarpun berlainan bidang cukup terserlah dalam majlis ini.
Bagaimanapun, apa yang jelas kehadiran ramai bakat baru industri hiburan tanah air memang sangat menari. Bagi bakat baru yang dicungkil daripada program realiti terbitan pelbagai stesen TV, pernah suatu ketika dulu dianggap sebagai mi segera. Namun begitu kita tidak boleh menidakkan bahawa mereka sekarang yang merancakkan dunia hiburan.
Jika diimbas kembali Anugerah Juara Lagu sejak dua tahun yang lalu, pesertanya dicungkil daripada program realiti TV. ABPBH meneruskan kesinambungan itu apabila apabila Mawi menjadi bintang realiti pertama mendapat gelaran Bintang Paling Popular.
Lagipun ini bersesuaian dengan konsep anugerah bintang popular, iaitu mencalonkan dan memilih mereka yang difikirkan layak untuk bergelar popular. Tiada juri profesional sebaliknya setiap keputusan bergantung kepada pertimbangan peminat.
ABPBH 2008 bagi edisi ke-22 menyaksikan lagi gelombang baru kepada kepada penganjuran apabila bintang realiti nampaknya menguasai kebanyakan senarai pencalonan peringkat akhir atau Top 5, seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Aiman, Ayu OIAM, Nabil, Stacy, Nana, Zizan, Adam, Aizat, Nubhan dan Mila.
Lahir daripada sebagai bintang realiti memang memberikan kelebihan kepada mereka. Walaupun tiada langsung hasil kerja yang boleh dibanggakan sangat, tetapi mereka sudah mengecapi nikmat popular kerana program yang disertai itu asyik disiarkan oleh TV.
Namun begitu, peminat tidaklah memberi laluan mudah kepada mereka. Masih ramai pelakon atau penyanyi yang tidak dilahirkan daripada program realiti masih boleh mencabar mereka.
QUE HAIDAR dan Rusdi Ramli bakal berentap.
Bahkan, kedudukan mereka yang sudah lama atau berpengalaman dalam dunia hiburan juga tidak boleh diketepikan. Peminat sekarang semakin bijak apabila pilihan mereka kini dibuat dengan menggabungkan bakat, populariti dan imej seseorang personaliti. Biarpun popular tetapi tiada bakat atau asyik diselubungi kontroversi negatif, seseorang itu mungkin tidak diberi peluang langsung oleh peminat.
Calon yang lahir daripada program Raja Lawak, Ahmad Nabil Ahmad tidak menganggap populariti yang dikecapinya sekarang boleh mengenepikan Saiful Apek dengan mudah.
Katanya, dia masih belum bersedia untuk mengalahkan Apek.
"Apek idola saya. Saya amat berterima kasih kepadanya kerana dia yang membuka minda saya untuk menjadi sepertinya. Setakat ini tidak pernah terlintas di hati untuk mengalahkan dia. Saya serahkan pada rezeki, kalau menang saya anggap ia sebagai bonus untuk saya.
"Memang semua orang mahukan kemenangan tetapi bagi saya, mempunyai satu kenangan yang tidak boleh dilupakan sepanjang hayat sudah memadai iaitu kemenangan sebagai Raja Lawak.
"Dicalonkan untuk dua kategori bukan bererti kini saya boleh 'demand'. Bagi saya lebih baik ada kerja untuk dilakukan daripada sibuk memikirkan soal bayaran," katanya yang berterima kasih kepada peminat yang mengundi.
Selain Nabil yang dicalonkan dalam dua kategori,
pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim keenam, Ahmad Nubhan Ahamad turut dicalonkan di dalam dua kategori. Nubhan dicalonkan bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular.
"Saya dalam bidang untuk menonjolkan bakat bukan mengambil kesempatan dari rupa. Jika peminat menilai saya dari situ, mungkin itu adalah satu kelebihan. Apa pun saya bersyukur kerana berjaya menempatkan diri dalam ABPBH.
"Apapun saya tidak sangka akan tercalon untuk dua kategori sekali gus dan amat berterima kasih kepada pengurus saya Vernon yang banyak membantu kerjaya saya," katanya.
[ Last edited by tirasha at 20-2-2009 10:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|