Stade de France, gelanggang bagi acara olahraga dan ragbi serta upacara penutup temasya Sukan Olimpik Paris 2024. – Foto REUTERS
Atlet terkejut trek Paris 2024 diwarnakan ungu
PARIS: Pemimpin Olimpik Paris berazam untuk melakukan sesuatu dengan cara mereka sendiri.
Upacara pembukaan awal pagi Sabtu ini diadakan di sepanjang Sungai Seine - kali pertama ia dilangsungkan di luar stadium.
Terdapat juga beberapa perkara pertama kali di Stade de France.
Dalam satu tindakan yang belum pernah dilakukan sebelum ini, trek olahraga diwarnakan dengan warna ungu.
Atlet olahraga Australia dirakam ketika diberitahu mengenai perubahan itu dan teruja untuk melihatnya secara dekat.
Atlet lari berpagar Michelle Jenneke said: "Saya tidak tahu trek di Paris akan berwarna ungu.
"Ia pasti menarik - saya tidak pasti jika saya pernah bertanding di trek ungu sebelum ini, jadi saya tidak sabar menunggu."
Pelari Peter Bol menambah: "Ini kali pertama saya mendengarnya.
"Anda tahu, tidak kira apa pun warnanya, anda masih perlu menamatkan larian 800 meter."
Pelari jarak jauh remaja Claudia Hollingsworth berkata: "Itu sangat mengujakan, saya tidak sabar."
Ketua olahraga Paris 2024, Alain Blondel menjelaskan: "Sebahagian besar daripada tugas itu adalah untuk menghasilkan trek yang berbeza daripada apa yang anda biasa lihat, untuk mengekalkan pendekatan kreatif yang dimiliki oleh jawatankuasa penganjur sejak ia ditubuhkan, untuk pergi sedikit di luar kotak.
"Sukan Olimpik Paris 2024 menampilkan tiga warna bagi semua gelanggang pertandingan: biru, hijau dan ungu." – AGENSI
|