|
Reply 273# hantukiller
Minta maaf ye Tuan,
Saya tabik sedara kerana mampu mengzass jin2 dan syaitan2 disekeliling sedara, juga dianugerahi Allah s.w.t ilmu yang tak seberapa untuk merawat rasukan..biiznillah.
Tetapi saya tak setuju kupasan sedara mengenai ikhlas dalam ibadah. Minta maaf tapi sedara sendiri cakap sedara bukan Ustaz atau bijak pandai agama, tetapi mengapa saudara bersungguh2 menetapkan pendirian saudara mengenai ikhlas?
Sementara saya sedang menaip, saya juga sedang membuka kitab2 muktabar Ulama' Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengenai dalil dan pengertian ikhlas dalam ibadah. Tiada satu pun saya jumpa yang mempertikaikan amalan seorang hamba kepada Allah yang beribadat dgn mengharapkan pahala dan takutkan neraka dikira sebagai tidak ikhlas. Sedangkan ulama'2 4 mazhab AWSJ telah sepakat menetapkan hukumnya wajib mempercayai ganjaran pahala dan neraka seperti mana disebut di dalam Al Qur'an. Sedara pula telah mendahului semua ulama' figh tersohor dan diakui kealiman mereka sejak zaman berzaman dengan mengatakan amalan mereka tidak ikhlas. Kalau macam tu, gamaknye ramai le nenek moyang dan generasi sedara yang tak ikhlas beribadat, sebab mereka menginginkan pahala dalam amalan mereka. Berapa lak peratus amalan mereka yang diterima Allah, saudara tahu?
Saya tidak mahu berbalah di dalam perkara ini, tetapi saudara cuba menjatuhkan hukuman ikhlas tak ikhlas sesuatu amalan melebihi dari Allah s.w.t, sedangkan ia meliputi perkara ghaib yang Allah Maha Mengetahui.
Juga mengenai nur yang berwarna putih, hijau merah dan sebagainya. Ilmu mengenai nur ada pada saya tetapi saya tidak mewar2kan secara sebarangan kepada umum, kerana ia amanah dan tidak semua org memahaminya. Juga kasyaf dan ilham dianugerahi Allah kepada mereka yang terpilih, tetapi ilham lebih tepat dari kasyaf. Sedangkan Imam Abu Hanifah r.a meminta Allah menutup hijab kasyafnya mampu melihat dosa2 yang telah gugur dari wuduk dan solat seseorang kerana dikhuatiri riak dan mendahului ketentuan takdirNya, inikan pula saudara yang bukannya bertaraf ulama' ingin membanggakan mengenai kasyaf saudara?
Ingat, tiada makhluk Allah sebelum manusia yang lebih bnyk amalannya dar Iblis laknatullah. Jangan kerana dianugerahi kasyaf, saudara boleh berbangga dan menjatuhkan fatwa mengenai ikhlas dalam amalan tanpa merujuk kepada mana2 dalil yang sohih dan dikupas sepenuhnya menerusi Al Qur'an, Sunnah, qias dan ijma' ulama' ASWJ...
Daku berlindung dari Iblis dan syaitan yang telah berputus asa dari menyesatkan dalam perkara yg besar tetapi berusaha menyesatkan dalam perkara yang kecil agar tergelincir imanku.
D
evilcooler Post at 2-8-2011 15:49 nampaknya kamu masih kabur, apakah jika kamu memperbuat sesuatu kerja dengan mengharapkan ada balasan dari pekerjaan tersebut dikira ikhlas?
Jika beramal dengan niat untuk pahala, untuk syurga, adakah itu amalan kerana Allah taala atau untuk faedah diri kamu sendiri?
aku memang bukan ahli agama, bukan ustaz bukan cerdik pandai, hanya manusia yg mengaku hantu..., tapi adakah teguran aku itu salah? Jika kita berbicara kita beramal dan beramal hanya KERANA ALLAH, mengapa masih mengharap ganjaran? ganjaran itu pasti, ye pasti! tapi dengan beramal demi mengharap ganjaran, bukan kerana Allah namanya, tetapi kerana ganjaran, betul? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 282# hantukiller
Kerana ganjaran yang diharapkan itu datang dari Allah s.w.t semata2 bukan dari makhluk lain!! Jika seseorang itu beribadah kerana ingin terkenal di kalangan masyarakat sebagai org ahli ibadah, maka itu tidak ikhlas dan munafiq kerana beribadah mengharapkan sesuatu selain dari Allah s.w.t.
Tetapi jika seseorang itu beribadah kepada Allah dengan harapan diampunkan dosa dan dimasukkan syurga, maka itu adalah ikhlas dan tidaklah yang lain melainkan ikhlas juga kerana mengharapkan kepada Allah s.w.t sahaja!
Saya tidak kabur dalam bab ini, kerana itu saya berani mempertahankan pendirian saya mengenai perihal ikhlas dalam amalan.
Jika saudara rasa saya terkhilaf, sila buat aduan kepada JAIS mengenai saya, seperti mana Tok Berlagak di adukan kononnya menyebarkan ajaran sesat. Saya lebih rela dipandang sesat oleh golongan Islam yang imannya setebal kulit bawang dan ilmunya sedalam air di telaga buta dari dihina di akhirat kelak kerana menyembunyikan ilmu dan kebenaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hantukiller
Kerana ganjaran yang diharapkan itu datang dari Allah s.w.t semata2 bukan d ...
evilcooler Post at 2-8-2011 16:36
saya setuju dengan evilcooler,
selagi mana tujuan kita beribadah kerana Allah swt,
ia adalah ikhlas,
Ikhlas itu banyak tingkat-tingkatannya,
kita tak bolehla terus cakap kena ikhlas yang tak mengharapkan apa2,
manusia ini ada tahap2nya,
untuk permulaan, biarlah beribadah kerana pahala, keampunan dan sebagainya,
insya Allah, akan meningkat tahap ikhlasnya dengan istiqomah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hantukiller
Kerana ganjaran yang diharapkan itu datang dari Allah s.w.t semata2 bukan d ...
evilcooler Post at 2-8-2011 16:36 ganjaran tu pasti, tak payah mengharap pun pasti akan dapat jika amal yg dilakukan hanya semata mata kerana Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Allah menerangkan mengenai ganjaran secara terperinci lagi di dalam bentuk syurga dan neraka serta sekalian isinya. Ini untuk memantapkan lagi iman dan menguatkan lagi kepercayaan bahawa adanya alam selepas mati.
Kalau tanya org kafir, mati2 diorg tak percaya akan adanya syurga dan neraka. Kalau percaya pun fahaman sesat dari agama bathil mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
saya setuju dengan evilcooler,
selagi mana tujuan kita beribadah kerana Allah swt,
ia adalah ik ...
f_zal Post at 2-8-2011 16:41 benar, biarlah beribadah kerana untuk ganjaran pahala, kebahagiaan akhirat dsbnya daripada tak beribadah langsung..... kerana dalam tak ikhlas, pasti ada ikhlasnya walau sedikit.....
Tapi alangkah baiknya jika amal yg baik tu terus diterima Allah hanya dengan mengubah niat! salahkah apa yg aku beritau? dalam ikhlas pun pasti juga ada tak ikhlasnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana ganjaran yang diharapkan itu datang dari Allah s.w.t semata2 bukan dari makhluk lain!! Jika seseorang itu beribadah kerana ingin terkenal di kalangan masyarakat sebagai org ahli ibadah, maka itu tidak ikhlas dan munafiq kerana beribadah mengharapkan sesuatu selain dari Allah s.w.t.
Tetapi jika seseorang itu beribadah kepada Allah dengan harapan diampunkan dosa dan dimasukkan syurga, maka itu adalah ikhlas dan tidaklah yang lain melainkan ikhlas juga kerana mengharapkan kepada Allah s.w.t sahaja!
Saya tidak kabur dalam bab ini, kerana itu saya berani mempertahankan pendirian saya mengenai perihal ikhlas dalam amalan.
Jika saudara rasa saya terkhilaf, sila buat aduan kepada JAIS mengenai saya, seperti mana Tok Berlagak di adukan kononnya menyebarkan ajaran sesat. Saya lebih rela dipandang sesat oleh golongan Islam yang imannya setebal kulit bawang dan ilmunya sedalam air di telaga buta dari dihina di akhirat kelak kerana menyembunyikan ilmu dan kebenaran.
evilcooler Post at 2-8-2011 16:36
amat jelas sekali... saya sependapat dgn tuan... tidak mahu menyembunyikan kebenaran.... hal ikhlas nih kan dah saya tulis... urusan Allah saja... kita nih jgn ler nak ukur2 pulak ikhlas ker tidak org punye amalan... nak pendinding ker nak masuk syurga ker nak redha Allah saja ker..itu hak Allah mutlak... kita nih jadi hamba, kenelah merendah diri dan bermohon dan bermohon dan bermohon... bermohon dgn Allah taala sahaja... Allah tetap redha.... |
|
|
|
|
|
|
|
so kesimpulannya??....sapa2 leh simpulkan... nampaknya pendapatnya tetap sama.... |
|
|
|
|
|
|
|
amat jelas sekali... saya sependapat dgn tuan... tidak mahu menyembunyikan kebenaran.... hal ikhlas nih kan dah saya tulis... urusan Allah saja... kita nih jgn ler nak ukur2 pulak ikhlas ker tidak org punye amalan... nak pendinding ker nak masuk syurga ker nak redha Allah saja ker..itu hak Allah mutlak... kita nih jadi hamba, kenelah merendah diri dan bermohon dan bermohon dan bermohon... bermohon dgn Allah taala sahaja... Allah tetap redha....
tunggulbatu Post at 2-8-2011 16:49 bagus... teruskan....
Sebagai hamba Allah yg merendah diri, sambil bermohon bermohon bermohon, cubalah sedikit tak payah bermohon bermohon bermohon, tapi bersujud bersujud bersujud, memuji memuji memuji Allah dengan tanpa mengharap sedikitpun ganjaran..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan.... Ikhlas tak berupa... hanya Allah saja tahu.... jika kita buat 10,000 zikir kita kata ikhlas...yer...!! mmg ikhlas... jika kita buat 100 zikir saje.... yer....!! ikhlas juga dan mungkin lbh ikhlas dari 10,000...!! so, erti ikhlas pada Allah bukan seperti perkiraan kita nih... buat saja lah dan ikhlas... jgn pulak dah buat 100,000 zikir pastu merayu pulak dgn Allah nak itu ini... hurmmmm... sendiri mau ingat lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan.... Ikhlas tak berupa... hanya Allah saja tahu.... jika kita buat 10,000 zikir kita kata ...
tunggulbatu Post at 2-8-2011 17:02 benar, yg ni tepat, buat sahaja apa amalanpun hanya kerana Allah, pedulilah apapun ganjaran samada Allah nak bagi ke tidak, kita teruskan beramal dan berzikir terus terusan disetiap denyut nadi |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai hamba Allah yg merendah diri, sambil bermohon bermohon bermohon, cubalah sedikit tak payah bermohon bermohon bermohon, tapi bersujud bersujud bersujud, memuji memuji memuji Allah dengan tanpa mengharap sedikitpun ganjaran.....
hantukiller Post at 2-8-2011 16:58
maknanya tak payah berDOA gitu....? bukankah DOA itu senjata mukmin....? bersujud tu sudah tentu... sape plak solat takde sujud nih....? Allah suka hambaNya yg berDOA tatkala sujud.... itu tanda hambaNya merendah diri sambil bermohon.... merendah diri tuh maksud saya bersujud sedara...lupa plak nak bgtau.... |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya tak payah berDOA gitu....? bukankah DOA itu senjata mukmin....? bersujud tu sudah tentu ...
tunggulbatu Post at 2-8-2011 17:07 berdoalah, tak salah berdoa malah merupakan ibadah, tapi kalau manjang berdoa, berdoa berdoa, hingga kita lupa untuk ibadah yg hanya semata mata kerana Allah, berat! apa yg nak ditimbang di padang makhsyar nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
heheeh oklah dah ada persamaan akhirnya..... syukur!
kawan je masih tercari....harap ketemuinya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 294# hantukiller
Alhamdulillah... itu juga tepat... terima kasih.. semoga kita semua tergolong sebagai insan yg diredhai Allah dan saya akhiri muzakarah ini dgn wabillahhi taufiq wal hidayah wassalammualaikum... |
|
|
|
|
|
|
|
berdoalah, tak salah berdoa malah merupakan ibadah, tapi kalau manjang berdoa, berdoa berdoa, hingga ...
hantukiller Post at 2-8-2011 17:11
Allah swt suka hamba-Nya yang berdoa, saya dah tak ingat hadith/ayat tersebut,
saya tak kata saudara, tapi itulah sejahil-jahil pandangan bagi manusia yang hanya berdoa tapi tidak beribadah,
nak berdoa kena yakin, dan keyakinan itu datang dari ibadah dan ilmu yang dituntut,
ada dua jenis riak,
satu jenis yang kita sedia maklum, iaitu menunjuk2,
satu lagi jenis yang halus, iaitu kita meninggalkan ibadah kononnya kita tak mahu riak,
benar, doa senjata mukmin yang paling ampuh dari Nabi SAW,
Sepanjang hidup Nabi saw, Baginda banyak berdoa, menyuruh umatnya berdoa,
kita ikutlah saranan Baginda saw,
dan berdoa tak beribadah? Nabi tak ajar macam tu, ikutlah Nabi |
|
|
|
|
|
|
|
Allah swt suka hamba-Nya yang berdoa, saya dah tak ingat hadith/ayat tersebut,
saya tak kata sa ...
f_zal Post at 2-8-2011 17:20 Berdoa memang salah satu ibadah, sepertimana kita membuang duri dijalanan kerana takut orang lain terpijak, juga ibadah
Tapi ibadah khusus seperti berzikir, berwirid, bersolat, membaca AlQuran haruslah dilakukan hanya semata mata kerana Allah Tuhan Sekelian Alam(ikhlas).... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by evilcooler at 2-8-2011 18:49
"Iyya kana' buduwaiyya ka nasta'iiin" - Pada Engkaulah kami sembah, pada Engkaulah kami meminta pertolongan (Al Fatihah ayat 5).
Telah suluh terang ayat di atas menunjukkan kita beribadah dan berdoa kepada Allah dalam menginginkan apa saja yang dikehendaki. Yakinlah Allah s.w.t mendengar permintaan dan doa kita. Soal Ikhlas adalah hak Allah, bila kita meminta kepadanya maka kita telah ikhlas kerana meminta kepada Yang Maha Esa dan tidak mensyirikkan kekuasaanNya.
Sesiapa yang mengatakan meminta kepada Allah ganjaran pahala dan syurga serta keampunan seperti yang dijanjikan di dalam Al Qur'an adalah tidak ikhlas, maka bersiap sedialah untuk menjawab dengan Allah s.w.t di akhirat kelak kerana menyukarkan pemahaman orang terhadap Islam, sedangkan Islam itu adalah mudah tidak susah untuk mengamalkannya.
Wallahua'lam.
Kepada yang ingin beramal, berbuatlah amal semampu yang boleh dengan tujuan ingin mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dan mengharapkan ganjaran seperti mana yang dijanjikan di dalam FirmanNya di Al Qur'an. |
|
|
|
|
|
|
|
Justeru itu, marilah kita sama2 hidupkan malam2 di bulan Ramadhan ini dengan ZIKIR-ZIKIR yang IKHLAS kerana Allah Ta'ala tanpa mengharapkan ganjaran yang memang sudah pasti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|