CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 31-10-2011 04:27 PM | Show all posts
haha sorry.pasni sy wat perenggan k. oh yea anyway, brother KAULAT, sy xtau la sbrnye ape.tp ada sesetengah kawan2 sy pnh kata sy ni ada aura mcm boleh attract menda2 halus ni.sy xpcyelah sume tu kan.tp member ni ada saka.haha.dia kata tiap kali kalo dia dok tepi sy dia rasa panas.haha.xtaula.tp dia memng xsuka dok sblh sy.dia rasa panas. pastu, korang boleh pcye x, sy jg pnh kena satu kejadian ni.

year 2009. time tu kat rumah sewa la. hari raya. sy ni asal dari malaysia timur. tp keje kat sebuah universiti kat kl.  so time tu raya 2009 sy xbalik raya cuz tiket habis.tiket kapal terbang maka berkelana la sy sorang2 kat umah sewa time tu. housemate dak terengganu and kedah balik da sehari sblm raya kat kampung dorang. pastu masa mlm tu, tuan rumah ada datang and ada hantar lemang, rendang and mknan lain. dia letak dlm satu tray. pastu sy letak dlm peti ais makanan2 tu sekali ngn trayla. pastu sy tido. and, apa yg paling mengejutkan sy bila pagi tu pagi raya sy terbangun awal around 5.30am la. and can u all imagine makanan tu yg tuan rumah bagi tu boleh terhidang baik punya kat atas tilam kat sebelah sy? sy time tu memg terkejut yang amat sbb how the hell makanan tu boleh ada kat tilam sebelah kepala sy? yg pelik..xde lipas mahupun tikus even semut xde kat makanan tu. kalau ikut logik mustahil makanan tu boleh keluar dari peti ais pastu gerak sendiri g katil kan?memg time tu sy dari mengantuk langsung tersedar and terus on sume lampu rumah. kejadian tu sangat pelik cuz memg xlogik makanan tu boleh ada kat situ.  

smpi skrg sy masih tertanya2 siapakah gerangan yang menghidang makanan itu kat atas tilam tepi kapla sayaaaa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2011 04:28 PM | Show all posts
Reply 277# hatesjaret


    jangan kecik atie,gurau2 eeh.........aka suka dengar citer adek......teruskan, we want more more
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 04:30 PM | Show all posts
Reply 281# hatesjaret


    dasyat  aar scary betulll.......agak2 sapa eeh hidang dalam gelap lagie....ish ish meremang bulu roma
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 04:32 PM | Show all posts
waa...beshnya dengar citer orang2 yang terbuka hijab ni...bkn semua orang bertuah ada keistimewaan camni. Nak tanya kat chef, makhluk2 halus ni tahu ker chef boleh nampak dorang? Itu sebab dorang selalu interframe  dan saja menguji?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 04:33 PM | Show all posts
lorr its okk.. xmarah la..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 04:38 PM | Show all posts
xtaula sape yang hidang.tp syukurla sy xpnh nampak mcm brother cheff kita ni.sy pun xnak nampak.tp if tercium bau wangi2 ke, ape ke itu selalu la. pnh sekali tu baru je 3minggu lalu kot sy terbau hanyir darah dlm kereta sy time tgh drive malam balik. dah la bau tu kuat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2011 04:39 PM | Show all posts
Reply 281# hatesjaret


  wallaweihh.... sayang tul benda tu dgn ko.. siap breakfast in bed lagik!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 04:43 PM | Show all posts
Reply  hatesjaret


  wallaweihh.... sayang tul benda tu dgn ko.. siap breakfast in bed lagik!!
adnil Post at 31-10-2011 16:39



    kekasih gelap....adoiii agak2 dier dok perati jer adek nie yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2011 04:47 PM | Show all posts
itu bukan sayang itu bagi sakit jantung namanya tu. sy bagitau kat tuan rumah pasal tu time tu time g braya umah tuan rumah.pakcik tu boleh gelak je sambil ngn selamba ckp, 'dia gurau2 je tu. dia nak kawan2 kot. baguslah ada org hidangkan makanan' sy da mcm aduyai pakcik ni boleh pula dia buat lawak raya time tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 04:54 PM | Show all posts
Reply 289# hatesjaret

mana tau sok sok dia tolong basuhkan baju ko, bersihkan umah ko lak ke kan?  dpt free live in maid yg surely tak leh kena tangkap dgn jais/jawi nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 04:57 PM | Show all posts
lolllll...adnil. xpela.sy lbh rela basuh sendiri dari ada menda2 yang mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 05:15 PM | Show all posts
sbnrnya bukan tu je. dlm tahun sama, juga cuma kes yg ni jadi hjg tahun, tahun yg sama 2009. time tu sy tersedar dari tdo kol 2.30 pagi. cuz sy dengar org tgh2 kemas barang kat dapur.time tu sy tdo kat bilek tp buka pintu bilek. mula2 sy xamik peduli ingatkan housemate sy tu yg tgh dok kemas barang. time tu sy xperasan lagi kol 2.30.

sy perasan kol 2.30 bila saya terpandang jam kat laptop tu. time tu sy da start pelik.ape kejadah member ni kemas rumah tgh2 mlm buta ni. tp sy buat bodoh je mula2. tp bila sy buat bodoh makin kuat pula bunyi org kemas rumah, bunyi plastik2. sy da rasa terganggu nak tdo time tu. sy pun ingat nak g ckp la kat member tu kan suruh dia kemas sok.

tp bila sy g dapur je, sy tgk xde org. sy jadi kelu jap. tp sy try pikir positif. fikir maybe dia da masuk bilek kot. pastu sy nak balik g bilik smula. baru berapa langkah sy nak gerak g bilek bunyi org kemas2 tu ada smula. kalini siap bunyi org minum. sy da memg time WTF. sy buat bodoh.tp bunyi xhilang.pastu sy jalan slow2 nak g intai ape ka benda yang kat dapur tu.bila sy hampir je dapur bunyi tu hilang.sunyi sepi. pastu kat tingkap rumah pula, sy jumpa belalang yang org kata belalang pelesit tu. sy tangkap belalang tu.

nak bakar xsampai hati. org kata itu belalang pelesit yang belalang bontot leper tu tp sy xtaula btol or x belalang pelesit. tp sy tangkap belalang tu sambil ckp gurau2, siapa yg hantar ko pg cni? pglah balik. pastu sy nak masuk smula g bilek ada lagi.kalini siap bunyi ape tau bunyi org buka pintu tandas pastu hempas pintu tu. time tu sy da memg rasa mcm nak gugur jg la jantung sy.tp dlm masa sama sy jadi marah.sy xtau napa tah sy rasa mrh tiba2.

pastu sy terus gi dapur. sy tumbuk dinding kat dapur tu sambil ckp 'kau mahu apa?' pastu aku ckp lagi 'kita sama2 makhluk Allah. tolong hormat sikit. jg sikit perangai ko tu' pastu sy terus masuk bilik amik tlepon call mak. bagi cerita kat mak. mak kata xpelah.buat bodoh je.biasa je tu dia kata.

pastu aku memg xpikir ape aku tdo terus sbb pas aku masuk bilek tu aku dengar cawan plastik kat dapur tu kena hentak2 atas meja.tp xkuat mcm org tgh ketuk2 kat atas meja. anjing plak dok menyalak bersahut2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 05:16 PM | Show all posts
oh ye time tu housemate sy xda cuz sy pg check bilek dia nak pastikan dia ada or x.tp dlm bilek dia, xde sape2.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 06:07 PM | Show all posts
Aku nak komplen dulu sebelum org lain komplen - Hates, lain kali buat perenggan buleh? Berpinar biji ...
Nicki_Meow Post at 31-10-2011 14:56


betul tuh...dah nak naik muntah ijo {:4_194:}aku membacanya...eeeiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 08:21 PM | Show all posts
Reply 284# Orange_7491


    Biasanya makhluk2 ni tau sapa yang boleh nampak die sape yang tak. Sebab tu suku sakat diorang ni suka menguji. Terutamanya macam saya,saya boleh rasa kehidiran diorang walau dalam keadaan apa sekalipun. Cuma kadang2 saya tak nampak jugak kalau die tak menonjol. Pengalaman dia nak uji hijab saya masa kat sekolah. Ada supper around kul 10 kat dewan makan. Kat sekolah saya supper ni kurang mendapat sambutan sebab ala sekadar biskut mayat dengan teh. So malam tu supper tak ramai. Tapi dewan makan still bising sebab keadaan dalam tu terkurung,bergema.

    Tengah minum2 sambil sembang2 saya dapat rasa sesuatu. Tak jelas tapi saya tau kedudukan makhluk tu. So saya pandang. Yang kawan2 tadi tak perasan agaknya diorang still la huhahuha. Masa saya pandang tu kedudukan makhluk tadi belakang tiang besar. Kalau orang menyorok belakang tiang tu pun takkan nampak. Tiang tu ada 8 kesemuanya. Lepas satu tiang ke satu tiang makhluk tadi pegi. Mata saya follow je. Masa tu kawan2 tegur kenapa. Saya cakap takde pape. So sambung buat2 bising supaya kawan2 saya tadi tak rasa pelik. Cover la kan. Kedudukan kami masa tu sebelah side. Dewan tu terbahagi kepada dua side tanpa ada pemisah. Side satu lagi tak pasang lampu. Jimat la kan. tapi kalau duduk pun orang still nampak. Ye la tempat besar so cahaya side kami duduk tu walaupun tak melimpah keseluruhan dewan tapi takde la gelap sangat. U all boleh imagine la kan.

     Lepas makhluk tadi dah bergerak dari tiang ke tiang die hilang. Puas la mata saya merayau. Last2 tangkap die tengah lepak kat side yang satu lagi tu. Masa tu die duduk menghadap kami. Ok. Bab bertentang ni yang saya lemaha sikit. Then die beralih ke meja sebelah. Mata saya melirik la nak tengok mana die pegi. Lepas satu meja ke satu meja. Ok. Pastu saya buat donno je la,dalam hati baca surah2 yang saya ingat supaya die tak kacau. Mungkin die nak lalu je. Sembang2 la dengan kawan balik,tambah air huhahuha lagi. Tengah sedap gelak tak hengat dunia serta merta saya benti. Makhluk tadi baik punya landing sambil tunduk sebelah kawan saya betul2 depan mata saya. Seriau tak payah cakap la. Spontan saya tanya 'nak apa?'. Kawan2 saya lak tanya sapa nak?. Saya bagi isyarat kat kawan2 saya suruh diam. Slow2 makhluk tadi angkat wajah dia. Makaih,boleh tahan jugak la muka dia. Tak tau nak story macam mana tapi memang buruk ya amat. Saya bagitau kat sini semua orang pandai2 agama. Kang silap2 kang sekali tiup ko hangus terbakar. Baik ko blah sebelum aku halau. Abis je saya cakap makhluk tu pun ghaib. Bukan setakat makhluk tu je,dengan kawan2 saya sekali lintang pukang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 08:52 PM | Show all posts
Reply 274# sofiera


    Ok,untuk sesiapa yang berasa atau selalu,atau teringin nak uruskan jenazah,samada ketika mandi,kafan atau kebumi saya sarankan orang yang betul2 kuat semangat. Tak semestinya untuk orang2 alim saje. Apa pun saya suka ingatkan bila kita berurusan dengan jenazah seeloknya ambil wuduk dulu. Saya pulak kebiasaan bila menguruskan jenazah,saya akan bacakan YASSIN untuk disedekahkan pada arwah. Kemudian saya akan buat solat hajat minta segala urusan dipermudahkan. Bukan sahaja untuk jenazah tapi diri sendiri dan orang2 sekeliling arwah.

    Dengan niat membantu meringankan urusan jenazah mulakan Bismillah dan lakukanlah setakat kemampuan diri. Jangan melebih2 sehingga boleh memudaratkan diri sendiri atau mungkin juga jenazah. Tentang bacaan atau surah2 yang membantu saya tak berapa amalkan sekadar doa agar segala urusan berjalan lancar. Itu saje. Lagipun kita berdepan dengan jenazah,bukan hantu. Hormati jenazah lebih dari kita hormati empunya jasad ketika hidup. NABI selalu berpesan,"Letakkanlah adab kamu semulia2 adab bilamana kamu diamanahkan untuk mengurus jenazah". NABI juga pesan "Berlembutlah kamu dengan jasad si mati sepertimana lembutnya kapas kerana kesan sakaratulmaut adalah amat menyakitkan. Hiaskanlah jenazah dengan bedak dan wangi wangian".

     Berkenaan perempuan ke tanah perkuburan. Pada saya tak jadi masalah pun. Saya takde pulak dengar mana2 tafsir atau hadith NABI melarang perempuan ke tanah perkuburan. Cuma kalau nak pergi jaga adab2 yang bersesuaian. Contohnya pakaian yang menutup aurat,berwuduk,tidak didalam berkeadaan nifas dan sebagainya yang berkaitan la. Bukan nak berjalan makan angin je pakai elok2 ye,tapi ke tanah perkuburan juga. Sebab tu NABI pesan,"Berikanlah salam kamu bilamana melalui tanah perkuburan,kerana jasad2 didalamnya adalah saudara kamu(ISLAM)."

     Peraturan yang melarang perempuan ke tanah perkuburan saya istilahkan sebagai mitos dan hanya adat orang lama kita.


Wallahualam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2011 11:12 PM | Show all posts
Reply 295# chefmizan


    nak gelak part kwn2 chef cabot lintang pukang....tapi mmg seriau laa ,mcm mana laa kau leh handle situation nie....kalu aka mau naik giler...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 11:18 PM | Show all posts
Reply 296# chefmizan


    Temakasih chef....for the explanation....insyaalah sy cuba untuk uruskan selembut yg mungkin untuk arwah2...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 01:24 AM | Show all posts
Reply 297# sofiera


    Geng2 saya ni muka je ganas,kaki buli semua,tapi kalau bab hantu diorang dulu la cabut tak cukup tanah hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 01:29 AM | Show all posts
Reply 298# sofiera


    Itulah yang sebaik2nya. Jenazah ni sebenarnya terseksa dengan sakaratulmaut. So jangan la menambahkan lagi seksaan dia. Sakitnya tak terperi. Nauzubillah. Sebab tu la NABI bagitau kalau nak koyak kain untuk kafan mayat pun jangan koyak depan mayat. Bunyi tu saje pun menyakitkan inikan pulak kita berkasar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.123603 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list