CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

[Copy link]
 Author| Post time 24-10-2013 12:24 PM | Show all posts
thanx momod for kacangs....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2013 01:17 PM | Show all posts
selamat tengahari..

mari bercerita hantu.. sementara masih ingat.

PONTIANAK POKOK PISANG

ini kisah jiran aku. selang satu jalan dari rumah aku. aku korek cerita ni dari dia yang kebetulan datang rumah aku untuk buat minor renovation kat rumah aku. cerita ni berlaku ketika dia dengan isteri dia bangun untuk solat tahajjud.

oke, malam tu dia bangun macam biasa, macam pagi sebelum-sebelumnya.. bangun untuk solat tahajjud. sementara dia tunggu isteri dia berwudhuk kat bilik air, dia hisap rokok sambil bukak tingkap. tingkap bilik dia. seperti yang diceritakan tentang lokasi bilik dia, dia bagitau bilik dia kat belakang, bertentangan dengan bilik belakang rumah jiran. oh ye, bilik dia tingkat atas. boleh tangkap tak? kalo tak boleh takpe. itu tak berapa penting sangat. oke, hujung jalan belakang rumah tu ada serumpun pokok pisang ditanam di situ. kalau dari tingkap bilik dia tu boleh nampak la pokok pisang tersebut. kalo dah ada prop pokok pisang, makanya paham-paham lah ye sapa je yang suka duduk menetap kat pokok pisang ittew..

tengah enak layan blues, sambil tengok asap rokok berkepul-kepul berterbangan, tiba-tiba dia terperasan bahawasanya pokok pisang di hujung jalan itu bergoyang-goyang seperti digoyang sesuatu. masa tu dia ingat angin. tapi mustahil lah. angin memang ada, lagi-lagi awal pagi kan. sejuk kemain. tapi takda la sampai berangin umpama ribut sebab tengok pada goyangan pokok tu boleh tahan kuat nya. tapi...!! pokok pisang itu sahaja yang bergoyang oke! haa... dah nampak kan...

so dia tak puas hati sebab memandangkan pokok pisang itu masih lagi bergoyang-goyang seolah-olah sengaja menarik perhatian jiran aku tu. fyi, jiran aku ni jenis berani tau. dia ni jenis main redah je. lebih-lebih hantu setan. pantang kena sakat, mesti nak cari tau atau nak tau jenis setan yang macam mana kacau-kacau dia. dah bergoyang-goyang macam tu, dia apa lagi, goyah la kan. so dia isap rokok dalam-dalam nak bagi habis baki rokok dia dan terus dia turun bawah, nak keluar tengok jadah apa yang mengoyang gerudikan pokok pisang itu. persis inul kayak nya! tinggalkan lah bini dia sorang-sorang yang dari tadi tak keluar-keluar bilik air.

dah keluar tu, dia sarung selipar siap-siap terus saja dia meluru ke arah pokok pisang hujung jalan tu. tak jauh la lebih kurang 5-10 meter dari rumah dia. masa tu dalam 2.00 ke 2.30 pagi oke.. sanggup sangat kan awal-awal pagi melawat pokok pisang. tiba-tiba belum sempat jiran aku tu sampai ke pokok pisang yang dia aim dari tadi tu, keluarlah secara slow motion nya lembaga perempuan berkain putih dan berambut panjang bergerak keluar dari rimbunan pokok pisang itu. masa tu jiran terberenti terus langkahan dia tadi. nak sangat tengok kan, apa lagi dia pun muncul kan diri dia. aku agak pontianak la. tapi ponti tu keluar tak menghadap ke arah dia. tapi dia keluar membelakangkan jiran aku.

jiran aku macam kelu kejap la. tiba-tiba pulak kan dia muncul. belum sedia sangat kot masa tu. so bila ponti tu dah keluar, mengucap panjang juga la jiran aku. jiran aku bagitau, ponti tu tak serang dia dan tak pandang dia. tapi ponti tu bergerak meninggalkan dia. ponti tu bergerak dengan perlahan. tapi jiran aku ni dia punya berani tu siap nak ikut ke mana arah tuju ponti tu. sambil mulut dia tak henti-henti membaca-baca ayat yang terlintas kat kepala. seraya itu lah sambil ponti tu bergerak, sambil ponti tu mengongoi menangis mendayu.. ''huhuhuuuuuu......huhuhuuuuu....isk isk...huhuhuuuuu huhuhuuuu'' haa macam tu. aku tulis macam tu sebab macam tu lah jiran aku ceritakan kat aku siap mengajuk macam mana ponti tu menangis. aku dengar masa tu serammmmmm giler! seram dengar jiran aku mengongoi...

jiran aku bagitau lagi, masa dia follow ponti tu dari belakang dia tak sure ponti tu perasan ke or buat-buat tak perasan yang jiran aku follow dia. sebab ponti tu langsung tak toleh or pandang dia. cuma bergerak perlahan je tinggalkan jiran aku. malah jiran aku pulak yang ikut dia. ni siapa yang hantu sebenarnya ni??
so jiran aku ni still follow sambil mulut tak lepas berzikir semua. dia pun tak sedar jauh mana dia follow ponti tu, cuma yang dia tau dia masih ada kat dalam taman tu lagi berdasarkan keadaan sekeliling dia. then akhirnya,bila dah sampai satu lorong/jalan kat kawasan perumahan tu, ponti tu tiba-tiba berhenti. so jiran aku pun ikut berhenti lah.

tiba-tiba ponti tu terbang terus dan bertenggek dekat bumbung rumah kejiranan kat situ. daripada ponti tu menangis hiba tiba-tiba bertukar menjadi hilaian kasar yang panjang dan kuat! masa tu jiran aku cerita ponti tu punya mengilai kuat sangat hingga satu tahap tu sampai jadi nyaring suara ponti tu. kuat sangat dan bergema. dia merasakan satu taman tu boleh dengar betapa kuat nya hilaian ponti itu.tapi yang menjadi kepelikan, semua rumah kejiranan kat situ macam tak dengar apa-apa. semua seperti enak diulit mimpi. jiran aku siap tutup telinga dan laung azan sebab bunyik hilaian yang terlalu kuat! seraya dia azan tu, ponti tu terus terbang dari bumbung rumah kejiranan kat situ. tinggi dia terbang. dari jauh jiran aku nampak, sayup keadaan ponti seolah-olah bertukar menjadi seekor burung..yg ni wallahu alam. seperti jiran aku cerita keadaan ponti tu selepas dia jauh terbang. yelah, jin setan ni kan mampu mengubah bentuk menjadi apa saja untuk mengelirukan manusia.

lepas dia ceritakan kat aku, kat mak ayah aku, siap dia tanya kitorang ''agak korang memang tak dengar ke bunyik orang ketawa malam tadi?'' kitorang jungkit bahu la. memang tak dengar apa-apa. tido macam biasa. so selepas dia cerita hal ponti tu, aku jadi fobia tengok burung terbang malam-malam. sebab teringat hal ponti yang jiran aku cerita tu. aku membayangkan seolah-olah burung yang aku nampak tu adalah ponti! sampai satu tahap aku tertanya sendiri ''korang ni betol burung ke....''   
sekian..

terima kasih diatas kacang nya momod...






Last edited by non.sari on 24-10-2013 03:25 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 03:23 PM | Show all posts
one more

BUKAN BAJANG PELIHARAAN

ini cerita tentang sepupu aku. dia duduk dekat kuarters KLIA yang mana tapak asal adalah bekas kubur orang asli disitu. 1st of all aku minta maaf kalo cerita aku yang kat kawasan ni tak jelas memandangkan aku datang rumah dia sekali tu je. so aku tengok ramai yang kat forum ni familiar kawasan tu. so mana-mana cerita aku yang agak tak bersangkut paut dengan kawasan tu, minta maaf ye. sebab aku pun ingat-ingat lupa exactly that location.

oke sambung. masa tu kazen baru pindah dekat kuarters tu. bilik ada 3 tak silap which is satu bilik dia dengan husband dia, then bilik anak-anak dia, yang ketiga bilik bibik dia. kuarters tu  sebenarnya antara flat or apartment gitu la. masa tu aku datang pun dia dah pindah rumah lain. rumah yang dia beli sendiri ekoran tidak tahan diganggu masa tu. rumah dia pun tak jauh jugak dari rumah kuarters tu. so masa mula-mula pindah ke kuarters tu biasalah, makhluk tu tak la tunjuk terus aksi diorang. bila dah lama-lama tu baru dorang tunjuk permainan sebenar.

masa ni kazen aku selalu shift malam. suami dia pun begitu. so tinggal lah anak-anak dia dengan bibik dia. anak dia masa tu ada 3 orang. yang pertama lelaki, kedua perempaun dan yang ketiga boy again. anak yang pertama dan kedua ni takda apa-apa sangat. berbeza dengan anak yang ketiga, masa kecik budak ni dah boleh nampak macam-macam. so bila datang time kazen aku laki bini sakan keje malam, tinggal lah bibik ni dengan anak-anak dia. selalu saja anak lelaki sepupu aku ni menunjuk-nunjuk siling rumah dengan bilik bibik yang berdekatan dengan dapur rumah tu. anak bongsu dia tu lah.

cara dia tunjuk tu sambil buat muka takut. dah tunjuk tu, terus tekup muka dia dekat badan bibik kazen aku. last-last menangis. bibik biasa la, konfem dia tau kan. datang sini bukan kosong-kosong. memandangkan dia tau selain dari dia dan famili tuan dia yang duduk situ, ada jugak makhluk lain yang menyewa sama kuarters itu. cuma makhluk tu shift nye siang, malam berjimba! so baca-baca la seperti lazimnya apabila berlaku kejadian seumpama itu. masa tu bibik kazen ni tak sempat lagi nak bagitau kazen aku. yelah balik awal pagi. balik-balik terus membuta. time dah bangun tu la time kazen aku nak bersenang-senang dengan anak-anak dia. kang tetiba citer pasal hantu, dah spoil mood pulak kan.. masa tu mungkin begitulah takrifan bibik kazen aku.

so dibiarkan la budak tu menderita sorang-sorang hampir tiap-tiap. ternampak-nampak makhluk luar biasa tu dekat dalam rumah tu. then satu hari tu, waktu siang. bibik dengan kazen aku bersama-sama mengemas rumah. oke, cerita pasal bilik bibik tu kejap. kazen aku cerita, dia bagitau masa tu antara tempat paling suram dalam rumah tu adalah bilik bibik. dia cakap dia bukan sengaja nak bagi bibik tu bilik suram tu. sebab masa masuk oke je. takde apa-apa. tapi bila dah start loading barang tu yang tiba-tiba keangkeran bilik tu menjelma. so nak buat macam mana. redho saja lah ko bibik.

oke sambung. satu ketika tu, time dorang sedang berkolobrasi bersama-sama membersihkan rumah, tiba-tiba bibik menjerit ''ahhh!!'' gitteww.. so terkejutlah kazen aku. tiba-tiba bibik nya menjerit. dia terus menerpa kat kazen aku. dia cakap dia nampak bajang. bajang?? ape tu bajang? kazen aku tertanya-tanya sebab nama tu 1st time dia dengar. bibik nya dah nangis-nangis. sebab bajang tu dia nampak betol-betol dekat pintu bilik tidur dia. mau tak sedih kan.. masa tu dia nangis--nangis ''aduu buk.. aduu... bajang itu benar-benar muncul dipintu bilik saya buk... mau apaan ini buk..gimana ni'' rintih bibik kazen aku ni. so kazen aku suruh rilek, dan cerita sebenar-benarnya dengan apa yang dia nampak. bibik bagitau keadaan bajang itu kat kazen aku. dia bagitau muka nya hitam macam terbakar. muka ngn rambut macam bersambung gitu. maksudnya macam hitam keseluruhannya. gigi terkeluar panjang-panjang. mata merah terbeliak. besar bagak badan nya. kaki tak jelas, tapi tangan macam monyet/siamang dengan kuku panjang. keadaan bajang tu ialah kepalanya terhangguk-hangguk, terhangguk-hangguk.. adesss.. aku plak yang ngeri.

bibik tu cerita lagi tentang apa anak bongsu kazen aku tu selalu bereaksi malam-malam sambil tunjuk siling dan bilik bibik tu. end up mesti nangis. so bila dah dengar macam tu kelam kabut la kazen aku panggil laki dia. masa tu mungkin pengalaman pertama dorang. so kazen aku cerita masa tu dia laki bini blank. apatah lagi bibik tu. tiba-tiba bodoh dan tak tau nak buat apa. so inisiatif dorang hanyalah buat bacaan yassin antara dorang je masa tu. takda panggil ustaz ke apa semua. setel sendiri je. so mungkin benda tu tak sekuat mana kan. benda tu still mengganggu dorang. yang teruk bibik la sebab dia je yang selalu kat rumah. sepupu aku laki bini kerap shift malam.

then satu malam tu kazen aku cerita, bibik dia mengalami satu trauma yang membuatkan bibik tu nak berhenti. masa tu malam. kebetulan hujan. petir berdentum-dentum. kilat sabung menyabung-nyabung..haaa, memang elok sangat lah suasana masa tu kan... dengan anak bongsu kazen aku pulak demam tak memasal malam tu.  masa tu tengah malam. anak bongsu tu tido dengan bibik, ini untuk memudahkan pemantauan. tiba-tiba bunyik guruh kuat sangat kat luar, dan-dan tu jugak budak kecik tu terbangun. mungkin terkejut. masa tu melalak-lalak budak kecik tu. bibik pun bangun la jugak kan. pujuk-pujuk budak kecik tu suruh tido. bagi susu. semua tak jalan. tiba-tiba ketika itu jugaklah budak kecik tu tunjuk-tunjuk kat dekat pintu bilik bibik tu. siap cakap ''tu... tu... tuu...'' terbeliak-beliak bijik mata budak tu sambil menangis semahu-mahu nya. bibik tu apa lagi, gabra la kot. baca-baca apa yang tahu. bibik tu bagitau tiba-tiba tu jugak bau bilik tu busukkkkkk ya amat! macam bau bangkai.

aku dapat bayangkan betapa bibik tu masa tu kelam kelibut. dengan mana nak handle budak tu nangis, tiba-tiba datang bau busuk. belum lagi mata budak tu terbeliak sambil tunjuk pintu bilik dia. apa yang dia mampu masa tu cuma berdoa dan terus berdoa. bibik tu pun nangis sekali according to my kazen punya cerita. dah tu, menangis la mereka berjemaah dalam bilik tu. kazen aku cerita, masa tu bilik bibik tu gelap hanya bertemankan cahaya lampu kat luar. nak petik suis memang mintak ampun lah. dah la suis dekat dengan pintu bilik. pulak budak tu asyik nangis-nangis tunjuk pintu bilik tu. masa tu memang makin kuat budak tu nangis. badan budak tu pun makin panas. bau pun makin kuat. tiba-tiba bibik tu rasa meremang lain macam.

masa tulah tiba-tiba dengan bertemankan cahaya lampu dari luar, bibik tu dinampakkan makhluk yang sama dia nampak waktu dia bersama-sama kazen aku. kondisi yang sama dengan kepala terhangguk-hangguk dekat pintu bilik tu. tiba-tiba sepantas kilat makhluk datang tu menerpa kat dia zuuppppp macam kucing tengah marah..''hngggssss!!!!'' gitu dekat bibik tu. apa lagi dia hanya mampu azan saja. itu pun mampu keluar ''Allahu akbar!!'' lepas azan tu makhluk tu hilang, bau pun takde. tapi budak tu still menangis sambil peluk bibik tu. masa tu bibik tu nekad keluar amik hp dia dan call kazen aku suruh balik. ada kecemasan sambil nangis-nangis. kalau dah call sambil nangis-nangis tu terus berdesup la kazen aku balik tapi sorang-sorang. dia cuma fikirkan anak dia yang demam tu. takut la jadi apa-apa dengan kedengaran efek suara dari bibik tu yang menangis-nangis dalam telefon. tapi laki dia tak dapat follow masa tu. dah sampai rumah tu baru bibik tu bagitau hal yang sebenar. kazen aku cakap kesian kat bibik tu, mengongoi-ngongoi nangis nak balik indon malam tu jugak. mana la dapat bibik oii.. dah pujuk-pujuk baru oke.. esok nya baru lah kazen aku terfikir pasal ustaz.

dan datanglah ustaz untuk upacara memagar rumah. tapi kazen aku cakap takde lah 100% bebas dari gangguan, ada jugak gangguan yang datang even tak sekuat bajang tu. ustaz tu bagitau lah dari apa asal tapak kuarters tu. so bajang tu antara gangguan-gangguan dia la.. last-last dia beli rumah lain yang tak jauh dari kuarters tu. jauh tak jauh kena naik kereta jugak la.. apapun, rumah baru dia tu pun ada cerita nya...
sekian... Last edited by non.sari on 24-10-2013 03:37 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:06 AM | Show all posts
wahh seronoknye kaka.. nnti ade mase nk membaca

tq somuchhhh muah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2013 09:12 AM | Show all posts
yayah8989 posted on 25-10-2013 09:06 AM
wahh seronoknye kaka.. nnti ade mase nk membaca

tq somuchhhh muah

ahakhakhakhaiiiii....
muahh too..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:21 AM | Show all posts
non.sari posted on 25-10-2013 09:12 AM
ahakhakhakhaiiiii....
muahh too..

teruskan laghi kak.. chaiyokkkkkkkk



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-10-2013 09:50 AM | Show all posts
yayah8989 posted on 25-10-2013 09:21 AM
teruskan laghi kak.. chaiyokkkkkkkk

yes! i will!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 10:49 AM | Show all posts
Teruskan kak...   best la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2013 12:05 PM | Show all posts
coco_chanel posted on 25-10-2013 10:49 AM
Teruskan kak...   best la

ho yeahhhh....
thanx ya....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 02:28 PM | Show all posts
non.sari posted on 25-10-2013 09:50 AM
yes! i will!

tahniah kaka ade fan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2013 09:43 PM | Show all posts
yayah8989 posted on 25-10-2013 02:28 PM
tahniah kaka ade fan

Tu laa.. Akak sgt glemer... Cehhhhh.... EKekekeke

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 12:28 PM | Show all posts
non.sari posted on 24-10-2013 03:23 PM
one more

BUKAN BAJANG PELIHARAAN

mcurah2 plak cita ko kan, hehe
bagus2
kesian sunguh bibik spupu ko tu
mest saspen ja tiap2 ari dia
skang still bibik yg sma ka?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 12:38 PM | Show all posts
cektim posted on 26-10-2013 12:28 PM
mcurah2 plak cita ko kan, hehe
bagus2
kesian sunguh bibik spupu ko tu

sementara aku ada mase and aku ingat..
kalo tak bersaka lah thread aku ni.. heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 12:39 PM | Show all posts
thanks mods for the tacangs!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 12:39 PM | Show all posts
thanks mods for the tacangs!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 12:55 PM | Show all posts
non.sari posted on 26-10-2013 12:38 PM
sementara aku ada mase and aku ingat..
kalo tak bersaka lah thread aku ni.. heheh

bagus la ko kan
non xkuar jenjalan ka weekend ni?
dating brsama trsayang, hehe
slain dari ko bca doa2 pelindung suma ko pnah pegi brubat x?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2013 01:04 PM | Show all posts
cektim posted on 26-10-2013 12:55 PM
bagus la ko kan
non xkuar jenjalan ka weekend ni?
dating brsama trsayang, hehe

tak la kot.. arini abang kije..
duk umah je tengok cartoon network.. jap lagi mak ayah nak datang. malam la kot jenjalan, dendating sume.
act ada cerita lain jugak part aku ni. bab SAKA terutamanya. ramai yang suruh berubat. cuma aku rasa berat sangat nak berubat.
bukan aku tak percaya benda-benda sebegini since aku pun kerap ternampak perkara-perkara mistik seumpamanya.
cuma aku lebih suke berpendapat bahawa ini bukan saka, lebih kepada sikap aku sendiri. bukan gangguan jin and syaitan... gittewww.
part aku ni ada masa nanti aku ceritakan. bukan seram pun cuma menganggu sikit hubungan aku suami isteri.

misteri sungguh bila tiba-tiba aku jadi berhemah ketika berbicara tentang ini..ohhh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2013 01:19 AM | Show all posts
Assalammualaikum..

selamat tengah malam..sementara tak boleh tido ni nak ceritalah sikit.

MENCABAR POCONG!


Ini pengalaman sepupu aku yang aku pernah ceritakan sebelum. pasal bukan bajang peliharaan tu. tapi masa tu dekat kuarters lama dia. yang aku nak cerita ni dekat rumah yang dia duduk sekarang ni. cerita tentang pocong!  

oke cerita ni masih melibatkan bibik dia lagi. kesian ko bibik. rezeki ko tengok hantu memang melimpah ruah kat malaysia ni. benda ni berlaku ketika bibik ni ke kedai dengan anak kedua kazen aku. satu hari tu kazen aku mintak bibik ni ke kedai beli barang. kebetulan anak dia sasha pun nak ikut sama, nak beli pensil picit kata nya. so kazen aku pun suruh lah bibik dia ni naik motor skuter dia memandangkan anak dara dia pun nak ikut sekali. takda lah jauh sangat antara rumah dia dengan kedai, cuma masa tu dah malam adalah digalakkan naik motor je, cepat pegi cepat sampai cepat balik.

FYI, masa tu awal lagi. dalam pukul 8setengah malam gitu kot. so memang takda langsung expect apa-apa yang berlaku malam tu. so bibik pun pergi kedai seperti yang disuruh, bawak skuter and sasha duduk belakang. kazen aku cerita berpandukan flashback si sasha ni yang kebetulan sasha ni pun ada sebelah aku masa bercerita pasal ni, masa balik ni lalu la jalan shortcut. jalan shortcut ni takda la sunyi sangat, still dekat lagi dengan rumah org cuma ke dalam sikit je. dan selalu diguna pakai oleh penduduk kat situ. so dengan senang hatinya mereka pun melalui la jalan tu sambil borak-borak kosong atas motor. tiba-tiba suasana menjadi sunyi tidak semena-mena..haaa..dah start dah..

entah kenapa tiba-tiba keadaan jadi sunyi dan suram. bibik diam, sasha pun diam. macam tak ada apa-apa pulak nak diceritakan masa tu sedangkan sebelum tu rancak saja dorang berborak. dekat jalan shortcut tu ada pokok bunga, kejiranan kat sana yang tanam. memang rimbun. aku ingat-ingat lupa pokok bunga apa. sebelum melalui pokok bunga yang rimbun tu, bibik ni dah terperasan dulu semacam ada kain putih tersidai kat dahan pokok yang terjuntai keluar. bibik masa tu dah diam. sasha memang dah tak dengar suara masa tu. bibik pun tak tau samada sasha perasan atau tak apa yang dilihat bibik masa tu. masa tu bibik masih kurang jelas dengan apa yang dia pandang masa tu. masih mengamati apa sebenar yang dia lihat. samada betol kain putih atau kain baju jiran yang tersidai kat pokok tu.

so perjalanan hampir melewati pokok bunga rimbun tu. tiba-tiba bibik ter'brek' mendadak,sasha cerita hampir nak melompat si bibik ni dari seat motor. sebab kain putih yang bibik sangka tersidai kat pokok bunga itu rupa-rupanya pocong ko! yang dia ingat tersangkut dekat dahan yang berjuntai tu rupa-rupanya si poc itu sedang membongkok yang mana kepala nya dihala ke jalan yang bakal dorang lalu nanti. menggigil-gigil bibik masa tu dengan apa yang dia pandang. tapi masa tu dia nekad yang dia harus tinggalkan tempat tu. koser sangat rasanya nak lepak sama-sama dengan benda alah tu kat tepi jalan. dah la tak ensem.. aku agak laaa..

so masa hampir melewati si poc itu memang mulut bibik tak henti-henti membaca beberapa potong ayat uang terlintas. ini apa yang bibik tu cerita dengan kazen aku la. masa tu entah hapa ayat semua dia larung. sebab dia pun dah panik gila kot. then si sasha ni pulak cerita yang dia masa tu tunduk je langsung tak pandang ke depan. rupa-rupanya si sasha ni dah nampak dulu figure sebenar si poc yang tersidai kat pokok bunga tu  sebelum si bibik ni berjaya meng'recognize' fizikal itteww. masa tu sasha pun budak lagi, dalam darjah 3 kot. so budak kan..faham saja lah deria dia masa tu.

tapi yang ngerinya sasha cerita berdasarkan apa yang dia sempat jeling si poc itu ketika skuter yang dibawak bibik ni melintas dihadapan poc itu, (sempat pulak dia jeling) dia perasan poc itu memang membongkok, tapi dia nampak jelas rupa si poc ni macam mana. dia cakap muka nya hitam tapi macam berkilat. mata merah. idung dan mulut tak ada. then dia macam perasan yang muka poc ni bergerak-gerak. masa dia ceritakan ni sasha tengah buat muka bergerak-gerak yang macam si poc ni buat dekat depan aku. cara si sasha gerakkan muka dia macam orang tengah makan chewing gum tapi kunyah secara hardcore. haaa.. cuba korang pegi depan cermin, buat yang macam sasha buat ni, seolah-olah korang tengah kunyah chewing gum tapi gelojoh. aku dah buat, buruk rupanya... so aku yang hot ni boleh buruk, apatah lagi si poc ni yang memang........... haaa kann??

so masa dia menjeling begitu lah muka si poc dan keadaan poc itu. masa melalui si poc ni pun dah musibat jugak. sasha cerita motor dorang naik tu punye lah berat tiba-tiba! berat dan lambat. sasha cerita masa ni dia membaca jugak. tapi baca bismillah bismillah bismillah je lah.. takat tu je yang mampu dia baca. sebab masa tu darjah 3 kan, so tak tau apa lagi yang dia boleh atau patut baca. bibik pun boleh panik, apalagi budak kecik gitu. untung si sasha ni tak melalak. tapi akhirnya berjaya jugak melepasi si poc yang bergerak-gerak mukanya. scary!!!!
sasha cerita memang masa tu bau busukkkkk  sangat. tapi dia tak berani nak tutup hidung. tak berani nak buat apa-apa dan gerakkan apa-apa. cuma mulut je mampu gerakkan untuk membaca bismillah.. gittew.

lepas je dorang melepasi poc itu apalagi memecut sakan lah si bibik itu. sampai je kat rumah kazen aku cakap masing-masing kelam kabut, ketuk pintu tak bagi salam. dah buka pintu semua melompat masuk rumah dengan selipar sebelah kat dalam sebelah lagi kat luar. punyalah kelam kabut umpama dikejar hantu. tapi memang pun. cuma tak dikejar tapi dinampakkan je. so masuk je rumah maka bermulalah aduan masyarakat dari si bibik and sasha ni. berterabur mulut diorang sana sini. sasha cerita gini gini gini gini... si bibik pulak bercerita gitu gitu gitu gitu.. kejap lagi tangan dorang pulak bergerak ke sana sini. dah macam polis trafik. kazen aku masa tu dah pening. so kazen aku suruh dorang bertenang keja dan baru cerita. dimulakan dengan bibik. bibik cerita apa yang dia mula-mula nampak dan apa yang disangka dan akhirnya nampak benda lain. si sasha ni pulak bercerita apa yang dia nampak awal-awal, apa yang dia jeling dan apa yang dia baca walau setakat bismillah bismillah bismillah...

masa ni kazen aku memang melenting gila vavi cakap kau. dia memang gerammmm sangat! sebab kat rumah baru pun ada setan jugak even bukan dalam rumah. dia cakap lepas dia dengar bibik dengan sasha bercerita dia terus melenting. siap mencabar lagi ''kau jangan main-main setan, jangan sampai kat sini pun kau nak buat hal! kau jangan sampai nak tunjuk muka dekat aku. jangan nak main-main dengan aku. tapi kalau kau berani sangat, cepat datang, jumpa aku. tunjuk diri kau depan aku! aku tak takut dengan kau!'' gitteww. masa dia cakap ni pun aku terkedu kejap. sampai macam tu sekali ke...

so lepas cabar mencabar tu memang tak ada apa-apa pun yang berlaku. malam tu berlalu begitu sahaja. tetapi esoknya. tengah hari dalam pukul 12setengah ke pukul 1petang macam tu kot, berlaku perkara yang tak dijangka. masa tu kazen aku nak naik bilik. rumah dia kat atas ni ada hall, buat letak buku dengan pc. dekat hall tu ada satu tingkap kecik menghadap ke jalan. kebetulan dia nak naik bilik. bibik dekat dapur. masa tu yang ada dekat tingkat atas, kazen aku dengan sasha. sasha kat bilik. masa nak naik tangga tu, tiba-tiba telinga dia berdesing. panjang. dan ada angin menerpa ke muka dia tiba-tiba. seraya itulah kazen aku terus pandang ke tingkap kecik kat hall tu. apa yang dia nampak?? ya.... dia nampak pocong yang diseru-seru malam tadi itu. sambil menunjukkan mukanya yang bergerak-gerak dekat kazen aku. kazen aku cerita, poc itu hanya tunjuk separuh badan saja, dari dada ke atas. seolah-olah menyahut cabaran sepupu aku malam tadi nya. masa tu terkejut beruk kazen aku, terus terkedu tak terkata-kata. lepas tu poc terus hilang gitu je. then masa tu jugak lah kazen aku menjerit ''ya Allah! ya Allah! ya Allah! aku nampak pocong!'' terus sasha dan bibik datang ke arah sepupu aku yang terduduk dekat tangga.
sekian... Last edited by non.sari on 29-10-2013 01:20 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
menarik sungguh cite2 awak non..teruskan bercerita
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 11:57 AM | Show all posts
almk...da abis pulak...TT..pls smbung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.073690 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list