|
Awie dan Sharifah Ladyana bernikah, Lagenda Awie Keturunan Raja Siam
[Copy link]
|
|
biar la awie nk kawen baru...nak kawen kat mana2 pun bole....siapa la kita nk judge dia.....kita doa yang baik2 je la
|
|
|
|
|
|
|
|
uni mana tu uols yg bagi professor kt bini dia?baru 29 tahun kan..??muda bebenor ade title prof tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak silap, reputz kata mini Sawie ni kerja di syarikat penerbangan. Bahagian ticketing kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Awie dicabar tunjuk bukti
Oleh AZHAR AHMAD
INILAH makam Raja Sulaiman yang pernah memerintah Kerajaan Singgora yang kini dikenali sebagai Songkhla.
KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Wings, Awie dicabar untuk mengemukakan dokumen salasilah keluarga yang membuktikan bahawa dia merupakan keturunan Raja Siam melalui moyangnya yang bernama Raja Sulaiman.
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, adalah orang pertama di negara ini yang mendakwa diri-nya berketurunan Raja Sulaiman yang mula memerintah Kerajaan Melayu Singgora pada 1620.
“Dia (Awie) perlu mengemukakan bukti salasilah keluarga-nya bagi mengesahkan dakwaannya yang berketurunan Raja Sulaiman.
“Dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada kedutaan Thailand dan kerabat Raja Sulaiman untuk memastikan kesahihannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambah Wan Shamsudin, selepas kejatuhan Kesultanan Singgora semasa pemerintahan Raja Sulaiman ramai kerabatnya lari ke kawasan lain bagi menyelamatkan diri.
“Terdapat beberapa peme-rintah di Thailand yang berketurunan Raja Sulaiman termasuklah Perdana Menteri Thailand ke-22 iaitu Jeneral Chavalit Yongchaiyudh dan bekas ketua komander Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Niphon Srithorn,” ujarnya yang merupakan penulis buku Sejarah Tanah Melayu dan buku Sejarah Sastera Melayu Moden.
Kosmo! semalam melaporkan Awie mendakwa dirinya merupakan keturunan anak Raja Siam melalui moyangnya Raja Sulaiman selepas melangsungkan perkahwinannya dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, di Masjid Sultan Sulaiman Shah Songkhla, Thailand, minggu lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu dia letak nama anak2 dia putra putri ye..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketaq lutut awie nk kemuka bukti. X tahu nk putaq tang mana lg.
|
|
|
|
|
|
|
|
td pagi dalam radio awie kata susur galur keluarga dia bukan untuk tatapan umum..sekian,..
hanya boleh diuar-uar sahaja ya keturunan itu..tp x bole bg bukti,,hihi..sesuatu sungguh..
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kann..hehe..aku ada la tengok melodi yg ada interbiu psl awie ni
klu ikut dr ckp2 awie bkn ex wife dia pun
tp lebih pd kawan2
awie ckp mmg dia ada diberitahu nama sipolan oleh ustaz ke bomoh ke yg ubat dia tu
dia siap warning suh org tu insof sbb dia tau sapa
klu ex wife dia gi tumbuk lagi sekali kot
|
|
|
|
|
|
|
|
chandrahusin replied at 14-10-2016 11:26 AM
tapi kann..hehe..aku ada la tengok melodi yg ada interbiu psl awie ni
klu ikut dr ckp2 awie bkn e ...
oh gitu.. dah kalau org tak tgk melodi harusla ada yg nk accuse his ex wife dia. yg kaki die sakit tu sebab tu jugakke? |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya Bukan Bodoh, Hak Saya Nak Kahwin Di Thailand" - Awie
Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 6:12 PM
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]
Awie tidak melihat tindakannya melangsungkan perkahwinan dengan Sharifah Ladyana di Songkhla, Thailand sebagai satu kesalahan.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Awie tidak melihat tindakannya memilih untuk berkahwin di Songkhla, Thailand dengan Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 29, sebagai satu kesalahan.
Awie atau nama sebenarnyaAhmad Azhar Othman, 48, berkata, majlis yang diadakan bukan dibuat secara bersembunyi tetapi pihaknya mengadakan kenduri secara besar-besaran yang turut dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
"Sebenarnya saya tidak faham kenapa lokasi perkahwinan saya menjadi satu isu besar seolah-olah saya melakukan jenayah berat.
"Kenapa saya pilih berkahwin di Thailand itu adalah hak saya dan ia bukan kesalahan.
"Jujurnya saya tidak perlu jelaskan apa-apa kepada orang kerana apa yang saya melakukan perkara baik," katanya kepada mStar Online.
Awie ditemui pada sidang media pelancaran program realiti 3 Juara di ibu negara pada Selasa.
Awie dan isterinya, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin.
Penyanyi itu pada 7 Oktober lalu selamat bergelar suami dengan sekali lafaz keoada Sharifah Ladyana Syed kira-kira pukul 12.10 tengah hari di Songkhla, Thailand.
Awie menambah dia juga memilih untuk berkahwin di negara jiran itu kerana jalur keturunan keluarganya berasal dari Thailand.
Dalam pada itu, Awie berkata, dia dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinannya dalam masa terdekat mengikut undang-undang di negara ini.
"Saya sebenarnya kecewa apabila keluar laporan mengatakan saya boleh dipenjarakan hanya kerana saya berkahwin di luar negara.
"Saya bukannya bodoh dan tahu mengenai undang-undang yang memperuntukkan tempoh enam bulan untuk mendaftarkan perkahwinan saya di negara ini.
"Cuma rasanya tidak perlu saya nak heboh kepada umum bila atau di mana saya akan daftar perkahwinan saya," katanya.
Awie sebelum ini pernah gagal dalam dua perkahwinannya iaitu dengan Arni Nazira dan Rozana Misbun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|