|
Nabil Buat IG Live Dengan Neelofa, Backup Kenyataan Black Untuk Dana Khas Buat A
[Copy link]
|
|
Nampak bodoh betul la nabil ni bercakap bila serius. Bila melawak pun sama..patut la nelofa angguk2 je. Mmg geram tu lofa nak tutup mulut dia agaknya. Pastu boleh pulak kesian kat caliph buskers bagai. Dah ko kesian, ko lah tolong kawan ko tu. Kata kawan kan? Aku rasa elok je diorang tu duduk rumah
Lagi satu yg tabung seniman ni..aku rasa kalaubkn kalangan artis dan selebriti sendiri yg donate, org lain xkan donate kot. Kita tengok la nanti sampai x hasilnya ke kumpulan sasaran seniman. Jgn pulak ada yg berebut bergaduh nak hak jugak |
|
|
|
|
|
|
|
innocentsangat replied at 31-3-2020 07:45 AM
Euw pelissss beb. I tak tgk maharaja lawak or drama Melayu. Alih2 kwin paksa, kena rogol kawin dgn ...
Iols terpaksa tgk rajalawak tu semua adik iols suka tgk. Tv kat kg ada 1 jer. Hahaha. Tp kalau balik KL, Yg tersangkak tu iols x layan. |
|
|
|
|
|
|
|
akubest replied at 31-3-2020 06:05 AM
semalam akak sempat la jengah live si edrie hashim
mamat tu lagi kejam
yg melalak tu bukan artis ...
Hahahaha. Tu iols agree. Silap2 ada yg baru masuk cover majalah terus fefeeling retis. Ekekeke. |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene replied at 29-3-2020 01:58 PM
nk tunggu kak ecah THE QUEEN buat statement hentam artis2 bodoh ni
PRINCESS anju dah bersuara k ...
Penyanyi Berangka buat ape je cuols?? Nyanyi kat IG live jah?? |
|
|
|
|
|
|
|
yang memekak xde belanja sgt ni dh kenapa?
korang makan ketam biru, lobster,salmon, ikan jos, caviar ke hari2 sepama 28hari.??? damn..
#khas kpd yg memekak tp selalu tnjuk lavish lifestyle... |
|
|
|
|
|
|
|
Deols kasta tinggi skali ker kt msia ni.. Nk asing2 kt dlm paker ransangan ekonomi... Siap # piyem lg.. Xdk maknanya la piyem nk mlayan dengan nk pikir ekonomi msia lps covis lg.. Dengan nk jaga tembolok artis... |
|
|
|
|
|
|
|
adelea replied at 31-3-2020 03:02 PM
tu la aku tak paham sampai skrg kenapa depa2 ni macam terkecuali dr epf socso
though drama b ...
epf socso blh carum utk diri sendiri..apek2 cina keje kebun kat tmpt iols ade je carum epf..retis ni,ade yg bodoh..spisis xhbs belajar,ckp pki lutut..bg dorg xhbs bljr xpe janji kaya..maka lahirla retis bodo dan usahawan bodo mcm toklip |
|
|
|
|
|
|
|
Wahai artis, jemput jenguk flat di Kuala Lumpur
Hilal Azman
COVID-19 telah menghambat setiap pelusuk dunia. Di sini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak ini telah memasuki fasa kedua.
Fasa pertama berjaya diharungi namun demi kemaslahatan bersama maka telah disambung selama 14 hari lagi.
Tidak dapat dinafikan bahawa ujian daripada Tuhan ini telah memberi kesan baik dari segi material, kewangan, ekonomi, gaya hidup, kesihatan mental, spiritual dan lain-lain.
Si anak kehilangan ayahanda tersayang kerana jangkitan wabak ini. Pegawai kesihatan ada yang terpisah dengan keluarga dan tidak pulang ke rumah kerana bertugas untuk orang awam.
Si ibu dengan perasaan yang berat hiba hanya mampu melihat anak beliau daripada luar bilik kuarantin yang entah bila-bila masa sahaja boleh dijemput Ilahi.
Golongan miskin bandar mengikat perut anak beranak kerana si ayah tidak lagi boleh berniaga goreng pisang di pasar malam.
Mahasiswa di kampus runsing memikirkan keadaan keluarga di kampung halaman.
Hakikat dan bahasa mudahnya, kita semua berada dalam situasi susah, ketakutan, kelaparan, kekurangan dan krisis.
Semua orang berada dalam keadaan genting.
Namun ada beberapa golongan yang mementingkan diri dan memperlekeh orang-orang miskin dan susah ini.
Akhir-akhir ini tersebar berita mengenai beberapa golongan artis Malaysia yang berkata hidup mereka susah dan mahukan bantuan khusus daripada pihak kerajaan.
Malah ada sesetengah itu tanpa segan silu dan kemanusiaan telah menghina orang miskin (golongan B40).
Penulis yakin bahawa artis ini hidup dalam ‘elite bubble’ (lingkaran elit) mereka sendiri.
Mereka tidak pernah ambil tahu dan sedar betapa di Kuala Lumpur ini terlalu banyak golongan miskin bandar dan B40.
Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) pada tahun 2017 menunjukkan bahawa purata pendapatan bulanan di Kuala Lumpur adalah sebanyak RM 1,994.40 dan lebih teruk hanya 65.8% ketua isi rumah di Flat PPR seluruh negara berpendapatan bawah RM 2,000.
Dalam 3 hari lepas penulis sendiri telah melihat slot Bersamamu di TV3 yang mengisahkan mengenai sebuah keluarga di Flat PPR Desa Rejang, Setapak.
Seorang ibu yang menderita kanser usus telah menjadi ketua keluarga setelah ayah anak-anak ini tiada.
Ibu yang cekal ini menjaga kesemua anaknya 9 orang itu dengan yang paling kecil berumur 5 tahun.
Lebih menyedihkan ada dalam kalangan anak ini yang tidak bersekolah kerana tiada wang mahu dihantar ke sekolah.
Bolehkah artis-artis Malaysia bayangkan hidup di rumah flat kecil yang ada hanya 2 atau 3 bilik sahaja seramai sepuluh orang isi rumah?
Kisah ini ada kisah nyata yang masih berlangsung sehingga ke hari ini. Keluarga susah sebegini masih wujud ketika artis-artis Malaysia bising kononnya merekalah yang paling susah kini.
Tidak jauh dari rumah penulis di Flat Sri Penara, Cheras ada keluarga yang menderita kesusahan.
Si ayah perlu menjalani dialisis kerana mengalami masalah buah pinggang. Si ibu tidak bekerja kerana mengurusi hal rumahtangga.
Anak yang sulung terbaring kerana kemalangan dan mengalami kecederaan di kepala dan masih ada anak-anak kecil yang lain perlu mereka tanggung.
Penulis pasti keluarga miskin bandar dan golongan B40 seperti mereka ini tidak pernah menaiki gondola di pesisir sungai Milan atau Venice seperti artis-artis Malaysia.
Apalagi menikmati makan malam di hotel lima bintang atau memakai beg jenama Channel, Gucci dan lain-lain seperti artis-artis Malaysia.
Keluarga ini jika punya motor sudah bersyukur sangat jika nak dibandingkan dengan tayangan kereta Ferrari, BMW, Mercedes di Instagram artis ini.
Penulis berharap agar ketika waktu-waktu susah sebegini kita menginsafi dan muhasabah kembali segala perbuatan kita.
Banyak membantu mereka yang memerlukan dan bukannya memperlekeh orang-orang miskin ini.
Banyakkan bertaubat, mengingati Tuhan, belajar hidup sederhana seadanya, merendah diri, berdoa pada Tuhan dan bersabar dengan ujian wabak ini.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran: “Dan sesungguhnya akan Kami memberi ujian kepadamu dengan sedikit rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan hasil tanaman. Dan berikanlah berita gembira buat mereka yang bersabar”. (Al-Baqarah, ayat 155).
Memperlekeh orang miskin pada waktu kesusahan ini bukanlah tindakan yang bijak. Menikmati kehidupan mewah ketika orang ramai melarat kesusahan adalah kezaliman.
Kata Ali Syariati: “Jika kau derita maka kau hidup. Jika kau merasai penderitaan orang lain maka kau manusia.” – 1 April, 2020. |
|
|
|
|
|
|
|
aderaderker replied at 29-3-2020 08:03 PM
Yg si black komen kais pagi makan pagi tu mmg xleh blah.
Guna peribahasa pun tatau.
Kata gantina ...
sesungguhnya..bebal itu..milik mereka.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|