CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HARRIER28

LA HIJA DEL JARDENIRO [THE GARDENER'S DAUGHTER][MARIANA OCHOA y CARLOS TORRES]

[Copy link]
Post time 25-2-2005 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by MamaAlya at 25-2-2005 05:34 PM:
lol - bruangggg camna ni?

terkejut yang amat sangatlah..macam terkejut beruk laaa....

nak kasi ayat tu lagi dasyatlah jer...
muncung mulut macam beruang tuuuu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2005 08:37 PM | Show all posts
Originally posted by arbae at 25-2-2005 03:17 PM:
bukan sekali LF marah Ce tanpa usul periksa...sekali marah tuh siap tengking2 kalau aku jadi CE selamat dan bye bye aja ponpuan cam tuh...bukan dia sorang jerr pompuan kat dunia...

kadang2 borin ...

Itulah.  Aku pun heran tengok LF.
Cuba bayangkan, kalau betul LF cinta sangat kat CE, kenapa dia mesti lebih percayakan si Alpredo yang mulut macam torpedo bila maki si CE sedangkan LF tu dok cintan cintun sangat kat CE?
Eeiiiii..., aku betul2x tak paham langsung.
Tak adil langsung dan tak guna jadi kekasih kalau kekasih kita tak percayakan kita.  Tapi lebih percayakan orang luar.
:blah::blah::blah:
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2005 06:45 PM | Show all posts
tak puas hati ngan alfredo...kesian xochilt tue....bdk tu dah laa cute..

heharap xocilt tue tak selenger...

menci ngan LA tu benarnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2005 04:18 PM | Show all posts
Isnin 28 Februari 2005

Jennifer begitu marah dengan Carol dan Armando apabila mendapat tahu LF adalah adik Armando. Dia juga marah pada LA kerana tidak beritahu LF adalah anak LA.
Pedro kasihan pada LF dan mahukana naknya gembira bersama seorang lalaki baik.
LA masih memujuk Xochilt menjadi seorang model.
Consuelo memarahi Rigoberta kerana ceritakan hal Amelia pada ayahnya.

Vanessa berjumpa CE untuk memberitahu dia akan berkahwin dengan Orlando dan menjemput CE sebagai pengapit pengantin lelaki.
Alfredo mahu menjalani rawatan untuk kakinya di Mexico secepat mungkin.
Rigoberta bimbang melihat jkeadaanDF yg semakin pendiam.
CE datang kepartment Jennifer dan ingin memutuskan hubungan mereka.
Pedro beritahu LF mengenai keluarga ibunya [Amelia] tetapi LF kata dia telah tahu seba sikit mengenai keluarga ibunya kerna ibunya dah bagitahu sebelum kemalangan malam itu.
Rosario sedih jlkerana Clarita telah berpindah dari rumah Marrisa.
Dia juga diberitahu yg Jennifer telah mulai bekerja dgn syarikan iklan Guillermo.

Jennifer merayu pada CE supaya tidak meninggalkan dia tetapi dia tetapi dengan keputusannya.
Sedang mereka bercakap ada seorang budak datang dan membawa bunga dari Guillermo.
Jennifer pun mengamuk.
Carol marah pada Armando merana Jeniffer telah tahu LF adalah adik Armando.

DF pergi ketaman dan teringat kata2 Heriberto [ayah Vanessa] dan juga Riberto mengenai dia mempunyai cucu dari Amelia.
Dia juga teringat kata2 Consuelo mengenai Amelia dan teman lelakinya mencuri wang dan sahammnya.
Salvador berjumpa dia ditaman dan berbual dengannya.
Consuelo beritahu LA keadaan ayahnya yg risau menganai cerita yg dicakapkan oleh Rigoberta.
CE memberitahu peguam syarikat Marissa [Jumica] menganai dokumen bank yg dicuri oleh LA.
Mujica cadangkan mereka serahkan hal ini pada pihak yg lebih berkuasa tetapi CE mahu menguruskan sendiri.
Armando datang ke kedai bunga LF dan beritahu bahawa Jennifer telah tahu LF adalah anak LA dan adik pada Armando.
Jennifer datang kerumah Marissa dan menceritakan bahawa CE telah putuskan hubungan mereka.
Jennifer beritahu bahawa kemungkinan CE cemburukan Guillermo.
Apabila Marissa tidak berpihak padanya dia mengamuk dan menceritakan LF adalah anak LA supaya Marrisa marah lagi pada LF.

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2005 05:17 PM | Show all posts
tengkiu k. liza for the sinopsis.. hmm..tak sabar nak tunggu reaksi Marissa bila dia tau LF tu anak LA, kira anak tiri dia la kan...anak dia pulak suka kat anak tiri dia.. dia pulak suka kat ayah tiri anak tiri dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2005 10:17 PM | Show all posts
Ini semua pasal Predo.
Terhegeh-hegeh nak beritahu kat LF.
Slow, lembap!!!
I think Marissa boleh terima kalau Pedro yang btau dia.
Kalau Jennifer yang btau, tau2x ajelah si singa tu.  Tambah lagi bila CE blah dari dia macam tu aje.  Sure berapi punya!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2005 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by periwinkle.. at 28-2-2005 17:17:
...anak dia pulak suka kat anak tiri dia.. dia pulak suka kat ayah t ...


ini dah ala-ala keluarga 69!

;):hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by MamaAlya at 5/2/2005 08:49:


ini dah ala-ala keluarga 69!

;):hmm:




pening den ngan jalan cerita nye.:geram:..mueeheheheeee...Apsal le predo tu lembab sgt nak crite...eeee...geram le..nf:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2005 04:16 PM | Show all posts
Selasa 1 March 2005

Jennifer membuat berbagai tomahan tidak baik mengenai LF dan juga Pedro demi untuk mempengaruhi Marrisa.
Armando berjumpa LF dan beritahu mengenai Jennifer yg telah tahu siapakah LF sebenarnya.
Rigoberta talipon CE untuk mengetahu mengenai DF yg keluar dari rumah itu.
DF bertemu dengan Slavador dan Panco ditaman. Mereka berbual.
Jennifer sengaja menambah2 cerita supaya Marissa bencikan LF dan LA juga Pedro. Mereka ingin bersemuka dengan LA.
LF ingin berjumpa Marissa untuk menjelaskan mengapa yahnya Pedro sembunyikan dia adalah anak LA.
Alfredo pergi ke hospital untuk berbincang mengenai hospital lain di Mexico untuk membuat rawatan fisiology kakinya.
Disana CE marah dan bertanya mengapa dia membuat fitnah mengatakan CE menghalau Alfredo dari rumah CE semasa perkahwinan Lupe.

Consuelo berjumpa LA dipejabat baru LA.
Marissa sampai dan bertanyakan LA mengenai LF.
LF dan Armando kerumah Marrisa untuk bertemu dengannya tetapi Marissa tiada dirumah.
Bila Marrisa bertanyakan samada Pedro tahu atau tidak Lf adalah anak LA, LA akui bahawa Pedro telah lama tahu LF adalah anak LA.

LA menceritakan LF adalah anak dia dan amelia anak pada DF.
Dia pun cuba memburukkan Pedro untuk mendapat simpati Marrisa.
CE masih bertengkar denga Alfredo di ruang legar hospital mengenai LF.
LF begitu bimbang keaddan penereimaa Marissa kerna di apercaya Jennifer memang akan menyampaikan mengikut cara marahnya.
Salvador dan Panco membawa DF balik ketapak semaian Pedro dan mereka berbual bersama.
Jennifer balik keakademinya dan bergaduh dengan adiknya Carol. Dia begitu gembira kerna nampaknya berjaya membuatkan Marissa bencikan LF. Carol merasakan kakaknya semakin hilang kewarasan.
DF gembira ditapak semaian Pedro dan mulai menyayangi Salvador.
Pedro betanyakan apa masalah yg dihadapi DF dan dia menceritakan yg dia abru dapat tahu bahawa dia menghalau anaknya kerana anaknya dan teman lelaki mengambil sebahagian wang dan sahamnya.

CE tidak berpuas hati dengan Alfredo. Dr Arreola menenangkan dia.
LF mmencari CE di pejabat hospital. LF beritahu Jennifer mesti memberitahu Marrisa bahawa LF adalah anak LA.
Xochilt bertengkar dengan Alfredo. Alfredo sangat marah dengan CE.
Marissa datang berjumpa Pedro dengan wajah yg agak dingin.
Marrisa agak marah kerana Pedro tidak beritahu dia mengenai LF.
Guillermoa membawa Jennifer makan tengahari di resetoren yg mewah. Disana Jennifer memberitahu Guillermo dia telah memutuskan hubungan dengan CE dan menghalau CE dari rumahnya.
Consuelo balik rumah . BIla Rigoberta bertanya samada dia dah beritahu hal sebenar mengenai keluarga FL dia cuba berdalih.
LF agal risau mengenai penerimaan Marrisa bila dia tahu LF adalah anak LA.
Marrisa marahkan Pedro dan memutuskan hubungannya dengan Pedro.


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 1-3-2005 16:16:
Selasa 1 March 2005

Marrisa marahkan Pedro dan memutuskan hubungannya dengan Pedro....



ceh! secepat kak liza memberi update, secepat itu kite nak komen....tak dapat tengok TV, tengok ulasan kat PC pun jadilah...

apalah - marissa ngan pedro pulak yg putus......apa nak jadi daa.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 06:14 PM | Show all posts
jennifer tu prasan jer yg lebih..

pandai jer buat cerita kat guilermo.....

tp tak patut laaa marissa wat cam tu kat pedro..

pedro tak sempat nak kata apa2..kesian pedro...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 08:05 PM | Show all posts
Memang tak patutlah Marrissa buat camtu pada Pedro...:no:
kesian tenguk kekecewaaan Pedro..
selalu jer jadi mangsa..

Dah tahu Jennifer dan LA tu ada ciri2 penipu..masih percaya pada kata2 depa berdua tu...

Kak liza terbayangkan mimik muka Jennifer bila ceritakan pada Guillermo yg dia tinggalkan CE ..:kerek:
padahal dia yg ditinggalkan olih CE..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 11:22 PM | Show all posts
Tapi musykil gak time Marissa yg marah kat Pedro pasal siapa LF sebenar.  
Kan dia dah dengar criter dari LA yg Pedro jadi pak sanggup kahwin dengan Amelia bila LA tinggalkan Amelia yang mengandung tu sbb nak kahwin dengan Marissa.  
Madam tu tak nampak ke betapa baiknya Pedro sebab jadi pak sanggup???  Iyelah, mana ada org nak jadi pak sanggup, lepas tu hak dia sebagai suami dinafikan.  Dia masih sabar gak dgn perangai Amelia.  Malah Amelia sanggup tinggalkan dia after 18 years.  Itupun gara2x dia dah diterima semula oleh Don Fernando, Amelia kutuk Pedro macam2x.  
Kalaulah LA nakkan dia semula, lagilah teruk agaknya perangai Amelia tu buat kat Pedro.  
Kan Pedro pernah criter rumahtangga dia yang tak bahagia pada Marissa?
Er.... atau aku yang tersalah buat tafsiran di sini????
Mati2x aku ingatkan si Marissa tersedar kesilapan dia kerana termakan kata2x Jennifer.  Sbb bila LA criterkan kisah dia yg sebenar pd Marissa, LA tak lak menambah2x criter.
Fening kefala aku!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by btho at 1-3-2005 11:22 PM:
Tapi musykil gak time Marissa yg marah kat Pedro pasal siapa LF sebenar.  
Kan dia dah dengar criter dari LA yg Pedro jadi pak sanggup kahwin dengan Amelia bila LA tinggalkan Amelia yang mengandun ...

biasalah bila keputusan dibuat dalam keadaan tidak menentu..marah..geram..
selalunya memang tidak rasional...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2005 01:50 PM | Show all posts
pedro tu mmg nampak baik je.. cool je.. sian dia marissa wat cam tu.. lepas ni mesti marissa menyesal and pujuk pedro balik... bila agaknye ye..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2005 04:15 PM | Show all posts
Rabu 2 March 2005

Marrisa begitu marah dengan Pedro dan memutuskan hubungannya dengan Pedro dan dia tidak mahu berjumpa dengan Pedro algi.
Pedro sangat sedih sehingga tak terkata apa-apa.
LF amat risau bagaimana riaksi Marrisa bila mengetahui LF adalah anak pada LA. CE mengajak LF keluar makan.
Ceaser dapat peluang mengambil kunci  laci setiausaha LA .
Consuelo risau dan marah sangat pada Rigoberta kerana membiarkan DF keluar bersendirian
Vanessa mencari LF tetapi berjumpa dengan Pedro dan meminta Pedro ceritakan pada LF mengenai harta yg sepatutnya dia warisi.
CEdan LF berjumpa dengan Jennifer dan Guillermo direstoren  yg sama. Jennifer begitu marah.

Pedro begitu tertekan dan pergi kekedai dimana wanita yg menyintai dia bekerja.
Jennifer begitu marah kerana CE beresmra dengan LF.
Bila Jennifer nampak LF pergi bilik air dia pun mengekori dan bergaduh dengan LF dalam bilik air.
LF marah dan menampar pipi  Jennifer sekuat hatinya kerana LF membalas dendam ditampar oleh Jennifer semasa pengkebumian ayah Vanessa.
Jennifer beritahu LF bahawa Marrisa asangat marah pada LFdan Pedro kerana LF dan Pedro sembunyikan yg LFadalah anak LA.
LF beritahu sambil gembira dia telah menampar Jennifer.
Jennifer bertambah marah apabila Guillermo juga memuji kecantikan LF dan nampak CE mencium mesra LF.

Guillermo mengajak Jennifer keluar dari restoren tetapi Jennifer nampak Alfredo masuk kesitu dengan Xochilt.
Jennifer sengaja lalu berhampiran Alfredo dan ceritakan betapa mesranya LF dan CE disitu sebelum dia sampai.
Alfredo begitu marah.

DF telah balik kerumah dan menceritakan pada Rigoberta mengenai Salvador, Panco [kawan Pedro], anjing Panco  dan juga tapak semaian kebun bunga mereka.
Dia ceritakan bagaimana baiknya Pedro emmbela LFdan juga mengambil anak angkat [Salvador].
Bila Consuelo balik dia pun ceritakan dia berjumpa Pedro dirumahnya.
LF mengikuti CE balik kerumah untuk bertemu Marissa.
Marrisa marah juga pada CE kerana tidak ceritakan padanya yg LFadalaha nak LA.
CE memeujuk emaknya supaya bersemuka dengan LF dan mendengar penjelasan LF mengenai hal mereka.
Jennifer dengan megah ceritakan pada Alfredo yg Marrisa adalah muush baru LF kerana Marissa telah tahu LF adalah anak LA.
Clarita tidak setuju Ceaser terlibat dalam soal mengambil dokumen bank Marrisa yg tersembunya di pejabat ayahnya [Ruben]
Akhirnya Marissa berjumpa juga denga  LF  dan Marissa dengan tegas cakapkan supaya LF dan Pedro jangan berjumpa dengannya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2005 12:09 PM | Show all posts



berbanyak maaf..
arini kak liza kena p Pejabat Yayasan Terengganu Kemaman..
so tak bolehlah nak tulis summary/sinopsis...

even kak liza sendiri pun akan miss...

InsyaAllah esok kak liza akan tuliskan semula...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 05:51 PM | Show all posts
Kak Liza, yang hari tu waktu LF dah fed up giler dengan Alpedro tu, dia dah pulangkan cincin kat Pedro ke?  Saya nampak dia pulangkan cincin tu, cuma saya tak pasti sama ada Pedro ambik balik cincin tu ke, atau LF tarik balik keputusan dia nak putuskan pertunangan dia dengan Pedro.
I betul2x give up tengok Pedro punya perangai lately ni.  Gerammmmm!

[ Last edited by btho on 3-3-2005 at 05:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 06:09 PM | Show all posts
Originally posted by btho at 3-3-2005 05:51 PM:
Kak Liza, yang hari tu waktu LF dah fed up giler dengan Alpedro tu, dia dah pulangkan cincin kat Pedro ke?  Saya nampak dia pulangkan cincin tu, cuma saya tak pasti sama ada Pedro ambik balik cinci ...

tulah kak liza nampak gak.. tapi rasanya dia tak jadi pulangkan kerana termakan ngan rayuan si Alfredo tu...

alahai.. citerlah aapa jadi arini..:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 3-3-2005 06:09 PM:

tulah kak liza nampak gak.. tapi rasanya dia tak jadi pulangkan kerana termakan ngan rayuan si Alfredo tu...

alahai.. citerlah aapa jadi arini..:stp:
[/ ...

Itulah.... dah agak pun.nf:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.055284 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list