CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 1-2-2021 02:41 PM | Show all posts
Misteri Tingkat 4

Masa aku muda-muda dulu, aku pernah tinggal kat Taiwan selama setahun.  Taiwan ni, antara tarikan utama dia adalah pasar malam, pasar malam dia macam Petaling Street tu ha.  Ada suatu hari tu, aku pegi le kat satu pasar malam yang agak terkenal kat Taiwan tu.  Aku terperasan ada papan tanda kafe internet di tingkat 6 di salah satu bangunan yang terletak bersebelahan pasar malam tu.  Aku tergerak nak pegi ke kafe internet tu, nak hantar email kat keluarga aku.  Zaman tu telefon pintar memang tak wujud lagi. Aku pun ikutlah papan tanda tu. Untuk pegi ke kafe tu aku kena ikut satu lorong gelap yang membawa aku ke satu bangunan yang agak usang.  



Dalam bangunan tu ada lif.  Lif tu nampak lagi baru kalau nak dibandingkan dengan bangunan tu. Tapi yang aku perasan, lif tu takde butang untuk tingkat 4. Butang lif tu, dari 1,2,3 terus lompat ke tingkat 5 dan 6.  Bangsa Cina ni kan memang terkenal sikit dengan kepercayaan yang no 4 tu membawa nasib malang, jadi aku pun tak fikir apa aku terus lah tekan butang tingkat 6.  Lif tu pun bergeraklah naik perlahan-lahan.

Masa tu aku sorang je ye dalam lif tu, dan lif tu pun berhentilah.  Tapi lif tu berhenti di satu tingkat yang gelap gelita.  Yang bercahaya cuma lampu dari lif yang aku naik tu je. Aku pun terpinga-pinga lah, eh dah sampai ke ni? Aku tengok kat butang lif masih bercahaya lagi butang tingkat 6, tapi bila tengok paparan LED atas kepala lif tu, kosong tak tunjukkan bilangan tingkat bangunan.

Tingkat tu takdelah kosong sepenuhnya, masih lagi ada perabut sana sini, tapi perabut tu dah ditutup dengan kain putih. Bangunan tu kecik je, jadi aku boleh nampak keseluruhan ruang dalam tingkat tu.  Tengah mata aku melilau dan terpinga-pinga tu, aku ternampak, macam ada bayangan manusia, memakai baju gaun labuh bergerak dengan senyap dalam gelap tu, perlahan-lahan menuju ke lif tempat aku berdiri tu. Aku dah rasa seram sejuk, aku pun tekanlah butang tingkat 6 tu berkali-kali dengan harapan pintu lif tutup cepat. Sebaliknya, lampu lif tu pulak buat hal. Tiba-tiba lampu lif tu berkelip-kelip macam tak cukup elektrik.  Aku dah nak terkencing dah, tapi beberapa saat kemudian, pintu lif tu tertutup jua dan lampu lif pun kembali terang macam normal.

Akhirnya, aku sampai jugak ke tingkat 6.  Aku pun teruslah pilih pc, hantar email, chat tanya khabar kawan-kawan aku yang masih online. Dah selesai tu, nak bayar la kat acik jaga cc tu, tapi aku teringat pulak peristiwa tadi. Aku pun sajalah menyembang dengan acik tu, lif ni ada problem ke tadi sebelum saya nak sampai sini saya tersekat kat tingkat mana ntah.

Muka acik tu terus jadi pucat lesi bila dengar soalan aku tu. Acik tu pun kongsilah cerita dia, sebenarnya dia pun tak pernah mengalami peristiwa macam tu, tapi banyak kali lah jugak pengunjung cc dan pekerja kat aras lain di bangunan tu kena.  Kemungkinan aku tadi tersekat kat tingkat 4, dan tingkat 4 tu ada sejarah hitamnya.

Tingkat 4 tu asalnya salun gunting rambut, sehinggalah salah sorang staf kat situ bunuh diri kat salun tu dengan mengelar pergelangan tangan dia sendiri. Staf tu mati dalam salun tu jugak. Salun tu tetap beroperasi macam biasa lepas kejadian tu, tapi salun tu mula dihantui dengan peristiwa-peristiwa pelik.  Bila ada pelanggan basuh rambut, air jadi merah macam darah, ada yang ternampak dalam cermin bayangan orang berjalan tapi bila pandang belakang takde.  Benda-benda kecik je, tapi lama kelamaan orang tak berani nak pegi situ dan akhirnya salun tu ditutup.

Pemilik bangunan tu cuba nak sewakan tingkat 4 tu, tapi takde sape berani nak sewa walaupun pemilik bangunan tu dah turunkan harga sewa tu, sehinggalah ada satu kedai alat tulis ni nak sewa tingkat 4 tu. Jadi, tokey kedai alat tulis tu pun ubahsuai la ruangan tu untuk dijadikan kedai baru, tapi kontraktor tu pulak kena kacau.  Barang-barang selalu beralih tempat, cermin dari salun lama tiba-tiba pecah macam dibaling sesuatu, sehinggalah, pekerja kontraktor tu hampir tersepit apabila pintu lif tu tutup secara tiba-tiba.  Sudahnya, kontraktor tu pun lari sekali dengan penyewa baru tu tak jadi dah nak sewa situ.

Pemilik bangunan tu pun putus asa, dan dia pun tutuplah tingkat 4 tu terus.  Pemilik bangunan tu pasang lif baru yang agak istimewa sikit, lif tu memang diprogramkan untuk tidak sekali-kali berhenti di tingkat 4 tu, tapi kadang-kala, ikut nasiblah, ianya akan berhenti jugak kat tingkat tu....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2021 04:12 PM | Show all posts
Si Jantung Hati


Cikgu sekolah menengah aku dulu pernah berkongsi cerita dengan kitorang, tentang kisah seorang kawan dia yang mengajar di kawasan pedalaman Arkansas. Aku namakan kawan cikgu aku tu sebagai John jelah ye.  Pada suatu hari, John ni pegilah ke Wal-mart nak shopping sikit, masa ni John masih bujang trang tang tang lagi.  Kat Wal-mart tu, John berkenan la pulak kat sorang juruwang perempuan yang comel.  Jadi, John pun cubalah nak ngorat dan tak sangka la pulak, John dapat jugak bertukar-tukar nombor telefon dengan perempuan tu.



Perempuan tu namanya Clarice. Clarice ni gadis Kristian yang alim, sopan santun dan lemah lembut. Dari bergayut kat telefon sampai  tengah malam, lepas tu John keluar dating pulak dengan si Clarice ni.  Clarice ni memang alim, setiap kali diorang ni habis bercakap kat telefon ke ape ke, Clarice mesti ucap syukur pada Tuhan. John jadi terpikat dengan kesopanan dan keayuan Clarice ni, dan John yakin Claricelah tulang rusuk yang dicari-cari selama ini.

Beberapa bulan lepas diorang berkenalan tu, Clarice ajak John datang ke rumah dia.  John dah gembiralah, nampaknya Clarice yang mulakan langkah pertama dulu nak perkenalkan John dengan keluarga Clarice. John pun setuju, Clarice pun tetapkan pada hari Sabtu, pukul 7.30 malam untuk John datang ke rumah dia.  "Tapi abang kena sampai rumah I tepat pukul 7.30 malam. Tak boleh lewat walau seminitpun".  Sebenarnya, hari Sabtu tu John kena hadir ke satu perlawanan besbol liga budak kecil sebab John ni jurulatih pasukan sekolah dia, tapi John setuju je sebab perlawanan tu mula waktu pagi. John berkira-kira memang sempat sangatlah dia nak pegi rumah Clarice hari tu.

Tibalah hari Sabtu yang dinantikan. Pagi tu, John sebagai jurulatih pun kenalah hadir ke perlawanan besbol tu.  John jangkakan dalam tengahari perlawanan tu akan berakhir. Tak sangkalah pulak perlawanan besbol hari tu sangat sengit, sampaikan perlawanan tu berlarutan sampai pukul 3 petang. Tapi, takpe, masa masih panjang lagi.  Perlawanan dah habis, sekali tu ada 3 orang budak pulak yang makbapaknya tak sampai lagi, terpaksalah John tunggu sampai makbapak budak-budak tu sampai.  Tunggu punya tunggu dah nak masuk pukul 4, John tak boleh nak tunggu dah jadi John pun angkutlah budak-budak tu naik kereta dia dan hantar sendiri budak-budak tu balik ke rumah masing-masing.

Rupa-rupanya, rumah budak-budak tu jarak antara satu sama lain agak jauh, nak kena patah balik lagilah. Nak hantar budak-budak tu pun makan masa 2 jam jugak, akhirnya John sempat hantar 2 orang budak je, yang budak lagi sorang tu John sekadar tinggalkan kat depan lorong rumah dia pastu John suruh budak tu balik jalan kaki sendiri.  Memang tak patut John buat macam tu, tapi John dah janji dengan Clarice nak jumpa bakal mertua.  

John sampai rumah dah nak dekat pukul 7.  Dia pun mandi, tukar baju, bedak-bedak sikit dan sembur minyak wangi sikit, pastu dia pun teruslah pecut ke rumah Clarice. John lewat 5 minit je, masa sampai tu dah 7.35 petang.  John pun petik loceng rumah Clarice, tapi kehadiran John disambut oleh seorang perempuan berumur lewat 40an.  "Kamu lewat, Clarice suruh kamu balik je. Dia taknak jumpa kamu lagi lepas ni". Tak sempat John nak bagi penjelasan, perempuan itu terus tutup pintu rumahnya.  John pun balik rumah dengan perasaan kecewa.  John cuba nak hubungi Clarice, tapi lepas kejadian tu, Clarice tak layan dah John seolah-olah macam dia tak kenal John.

Seminggu kemudian, John tertengok berita kat tv, John ternampak dalam berita tu sebuah rumah yang John macam pernah nampak. Rumah Clarice.  Dalam berita yang sama jugak, ada gambar Clarice dan perempuan yang halau John tu dengan keadaan tangan bergari dan dibawa keluar oleh polis dari rumah tu.  Terkejutlah John.  Berita tu melaporkan tentang sepasang ibu dan anak yang disyaki sebagai suspek penculikan kanak-kanak di Arkansas. John macam tak sangka yang Clarice adalah seorang penjenayah sebab sepanjang mereka berdua berkenalan tu, Clarice ni sangat lemah lembut pijak semut pun tak mati.

Keesokan harinya, John didatangi oleh seorang polis.  Polis tu siap sebut nama penuh John lagi, John dah pasrah sebab John rasakan, dirinya akan dijadikan suspek atau saksi dalam kes ni.  John pun tanyalah, sebab kes ni kes berat kan, adakah dia memerlukan peguam untuk membela diri dia. "Eh tak perlu encik.  Sebenarnya, encik tak terlibat secara langsung dalam kes ni".  John rasa lega mendengarnya. Jadi apa maksud sebenar kedatangan pegawai polis tu?

Rupa-rupanya, selama ini, Clarice dan ibunya bukan setakat terlibat dengan penculikan kanak-kanak, tapi kanak-kanak yang diculik itu akan dijadikan korban untuk ritual penyembahan mereka.  Dalam rumah tu, polis jumpa botol-botol kaca yang berisi dengan organ yang dipercayai jantung manusia, dan di setiap botol tu akan dilabelkan dengan nama kanak-kanak yang hilang tu. Polis jumpa satu botol kaca kosong yang dilekatkan dengan nama penuh John.  Sebenarnya, pada hari Sabtu tu, John sepatutnya akan menjadi mangsa korban seterusnya, tapi ritual tu kena bermula tepat pukul 7.30 petang. Tapi, John tak jadi dikorbankan sebab dia dah lewat 5 minit....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2021 05:11 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 6-2-2021 06:12 PM

Tanah Pusaka Turun Temurun : Bahagian 1

Kisah Moyangku

Keluarga aku ada memiliki sebuah tanah ladang yang agak luas di Michigan. Kira-kira setengah tahun yang lepas, aku dan kawan baik aku yang dah aku kenal selama 15 tahun melepak-lepak kat rumah keluarga aku di ladang tu, sambil menikmati permandangan waktu malam di awal musim luruh. Bersembang sambil minum bir.  Kawan aku tu tanya, "Kau duduk sini, kau tak rasa ke macam ladang ni ada sesuatu? Aku kalau datang kat ladang kau ni mesti aku rasa seram semacam".  Aku pun gelak kecil, "Aah. Sebenarnya, dari aku kecik lagi dah macam-macam cerita aku dengar pasal ladang ni".

Pada asalnya, tanah ni dibeli oleh datuk moyangku pada tahun 1930an.  Tapi, moyang aku panggil semua ahli keluarga dia untuk duduk kat situ dan sama-sama usahakan tanah tu.  Moyangku ada seorang sepupu yang datang melawat ladang tu. Sepupu tu, kita namakan Peter jelah, mintak izin kat moyang aku tu untuk memburu rakun di tanah moyang aku tu, tapi Peter nak pergi memburu belah malam. Moyang aku pun izinkanlah.




Pagi esoknya, moyang aku perasan yang kereta Peter tu masih lagi ada kat rumah.  Peter sepatutnya akan balik pada malam itu jugak selepas dapat hasil buruan, jadi maksudnya Peter ni tak balik-balik lagilah dari memburu tu. Waktu tu masih subuh, kat luar pun masih gelap lagi, tapi moyang aku sebagai tuan tanah dah tau sangat mana lokasi Peter pergi memburu tu. Tempat tu letaknya di kawasan padang ragut yang agak terbelakang sikit.  Moyang aku pun pegilah ke situ, tapi tak nampak Peter. Jadi moyang aku pun jeritlah panggil nama Peter.

Ada yang menyahut panggilan moyang aku tu, suara tu seakan-akan mirip suara Peter, tapi mirip jelah. Tapi bayang Peter tak nampak pun. Moyang aku pun jerit lagilah, 'Oiii Peter'.   Kali ni, suara lain pulak yang menyahut.  Suara tu bukan suara manusia, tapi seperti suara binatang yang cuba nak mengajuk percakapan manusia.  Ni memang pasti dah bukan manusia. Moyang aku ni pun larilah balik ke rumah.

Sampai je kat rumah, moyang aku pun kumpulkan semua lelaki yang ada dalam rumah tu, dan mereka pun beramai-ramai cari Peter kat tempat tu.  Tapi, yang dijumpai cuma senapang Peter yang dah berisi peluru tapi takde kesan dah ditembak, dan topi Peter yang basah terkena sejenis cecair berwarna kecoklatan. Itu je yang moyang aku jumpa.  

Hampir 60 tahun jugak moyang aku cuba mencari di mana Peter.  Kat kawasan tu ada kawasan berpaya, bila kawasan paya tu kering akibat kemarau, moyang aku tak putus asa dan cuba jugak carik mayat Peter kat situ. Tapi, tak ada. Peter hilang tak dijumpai sampailah ke hari ini...

Bersambung

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanah Pusaka Turun Temurun : Bahagian 2

Kisah Datukku

Sedar tak sedar, dah 20 tahun sejak peristiwa sepupu moyangku yang lenyap begitu sahaja tu. Masa ni dah masuk tahun 1950an, moyang aku pun dah ada anak dah.  Sepanjang 20 tahun tu, tiada apa-apa peristiwa pelik yang berlaku tapi moyang aku masih tak dapat nak lupakan sepupunya itu.

Moyang aku ada seorang kawan berbangsa Orang Asli Amerika sejati yang juga penduduk asal kat tempat tu, bernama Indian Joe.  Joe ni seorang pemburu yang hebat, tembakan dia pun jaranglah tak mengena sasaran.  Pada suatu musim sejuk yang bersalji, moyang aku dan Joe bersama-sama beberapa orang lagi memburu rusa untuk di tanah moyang aku tu. Semua sekali ada 8 orang, termasuklah datuk aku, Gene yang masa tu baru berumur 12 tahun.  Lokasi pemburuan mereka adalah di kawasan padang ragut yang tak berapa jauh dengan lokasi kehilangan sepupu moyang aku sebelum tu.

Kumpulan pemburu itu mula mengepung seekor rusa, Joe melepaskan tembakannya dan tembakannya mengena, tapi rusa itu cuma tercedera dan sempat melarikan diri menuju ke satu kawasan terbiar di ladang itu.  Sehingga sekarang pun, tempat tu masih ada lagi dan memang sengaja tidak diusahakan dari awal tanah ni diteroka sebab tanah di tempat tu terlalu lembab dan padat sangat dengan belukar. Tak berbaloi dari segi tenaga dan wang sebab tak boleh nak tanam apa pun kat tempat tu.  

Musim sejuk yang bersalji memudahkan Joe dan datuk aku untuk menjejaki rusa yang cedera tu. Cuma perlu ikut kesan darah rusa tu je.  Joe di hadapan, manakala datuk aku hanya mengekor di belakang dengan senapang patahnya.  Kesan darah rusa tu membawa mereka memasuki kawasan belukar tu, dan akhirnya ke sebuah kawasan lapang berbentuk bulatan dengan diameter kira-kira 8 kaki.  

Bulatan lapang tu kecil je, tapi ianya dipenuhi darah rusa itu.  Di tengah-tengah bulatan itu pula, rusa yang dikejar tadi. Tapi rusa tu dah jadi bangkai.  Bangkai yang dicarik-carik dagingnya.  Datuk aku gambarkan yang rusa itu seolah-olah dirobek dengan kuku haiwan yang tajam dan besar.  Masa ni, Joe tarik datuk aku rapat ke badan dia seolah-olah cuba nak melindungi datuk aku. Joe pesan kat datuk aku suruh bersedia bukak picu keselamatan senapang itu siap-siap. “Bila aku kasi isyarat, kau tembak je Gene”.  

Joe dan datuk aku berjalan perlahan-lahan ke arah bangkai rusa itu. Joe cuba memeriksa apa yang menyebabkan kematian rusa tu, tapi datuk aku cakap, diorang jumpa tapak kaki yang pelik di sekitar bangkai tu. Datuk aku kata dia tak pernah nampak tapak kaki macam tu, yang pasti ianya bukan manusia, tapi tak tahu haiwan apa. Joe pulak, bila nampak je tapak kaki tu, terus dia berdiri dan menuturkan kata-kata dalam bahasa dia.  Kemudian Joe tarik kolar baju datuk aku dan paksa datuk aku berlari tinggalkan kawasan tu.  Datuk aku tengok muka Joe macam takut sangat, tak pernah dia tengok Joe takut macam tu.  

Semasa berlari tu, datuk aku perasan macam ada sesuatu yang ikut sama mengejar diorang tapi benda tu berada kira-kira 10 kaki di sebelah kanan datuk aku.  Datuk aku tak berani nak pandang kanan kiri, dia dan Joe terus berlari sampai mereka berjaya keluar dari belukar tu.  Dan mereka pun terus berlari sampai ke rumah moyang aku.

Rupanya, moyang aku dan pemburu-pemburu yang lain dah ada kat rumah tu.  Moyang aku boleh nampak raut wajah datuk aku dan Joe yang ketakutan itu.  Moyang aku hulur air pada Joe dan mintak Joe untuk bertenang.  Pastu moyang aku tanya Joe, kenapa korang ni? Kena kejar dengan apa?

Joe pun ceritalah pasal penemuan bangkai rusa tadi.  “Kau jual jelah tanah ni kat orang lain”. Tersentak moyang aku bila Joe cakap macam tu.  Moyang aku cakap Joe ni mengarut je.  “Kalau kau taknak jual, takpe. Tapi aku mintak maaf, lepas ni aku tak nak jejak kaki ke tanah kau lagi”.  Moyang aku nampak macam terkilan sikit, tapi dia pun tak boleh buat apa. Sememangnya, malam itulah kali terakhir datuk aku nampak Joe kat tanah diorang.

Moyang aku cuba jugak pujuk Joe untuk kembali memburu bersama dia, tapi Joe tolak dengan baik.  Joe dan moyang aku masih lagi terserempak di bar atau di pekan, tapi setakat itu jelah. Sampai moyang aku meninggal Joe enggan jejak kaki ke tanah moyang aku tu. Tiada siapa pun tahu kenapa Joe jadi macam tu.

Joe ni umurnya panjang.  Moyang aku meninggal dulu sebelum Joe. Joe disahkan menghidap kanser, dan kanser Joe dah masuk tahap 4 masa tu. Beberapa minggu sebelum Joe meninggal, datuk aku pun pergilah melawat Joe di hospital.  Aku pun ada sekali. Masa tu Joe macam meracau-racau sikit, tapi Joe masih ingat lagi peristiwa malam terakhir tu.

"Kita bernasib baik, Gene.  Nasib baik kita dapat keluar dari tempat tu dengan selamat”.  Datuk aku ni seorang yang jujur dan jenis berterus-terang, tapi bila dengar Gene cakap macam tu, datuk aku cuma terdiam je.

Dan dalam diam juga, datuk aku dengan sengaja biarkan kawasan belukar tu terus jadi belukar sampai ke hari ini.  Memang datuk aku sengaja taknak usik tempat tu, pergi ke tempat tu pun dia taknak.  Secara tak langsung jugak, kawasan belukar tu dah jadi kawasan larangan untuk keluarga kami….

Bersambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 08:01 PM | Show all posts
Best TT...terbaekkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanah Pusaka Turun Temurun : Bahagian 3

Kisah Ayahku

Ayah aku ni sikapnya serupa macam datuk aku jugak, jenis yang jujur dan berterus-terang, dan tak reti nak menipu. Jadi bila ayah kongsi pengalaman dia pulak, memang aku yakin sangat yang cerita ayah aku ni betul dan bukannya kisah rekaan.

Tahun 1970an, masa ni ayah aku masih bujang lagi.  Nama ayah aku dan kawan dia, Mark naik pulak untuk direkrut sebagai tentera. Masa tu kat USA memang mandatori untuk lelaki-lelaki sebaya ayah aku untuk menyertai perang Vietnam masa tu.

Jadi, ayah aku dan Mark cadang nak habiskan malam terakhir sebelum masing-masing kena paksa masuk kem tentera bergembira tak ingat dunia, tapi jauh di sudut hati, mereka berdua tak rela sebenarnya. Takde mood nak berjimba, jadi malam tu diorang bawak trak ayah aku,merentas tanah milik keluarga ni sampailah diorang jumpa satu kawasan padang rumput yang berhampiran dengan belukar tak terjaga tu tadi.  Masa ni, belukar tu dah mula dipenuhi pokok-pokok yang dah tinggi 8 ke 10 kaki.  Ayah aku dan Mark pun buatlah unggun api, sambil berbaring di atas padang tu, merenung bintang di langit sambil mengenang nasib diri.

Malam semakin gelap, Mark dan ayah aku tengah termenung, apabila tiba-tiba mereka berdua terdengar bunyi ranting-ranting kayu yang patah dipijak dari arah belukar tu.  Bukan sekali dua bunyi tu muncul, tapi berulang-ulang macam ada beruang tengah redah belukar tu menuju ke arah diorang. Ayah aku dan Mark menghalakan lampu suluh mereka ke arah bunyi itu, sambil berjalan perlahan-lahan menuju ke belukar tu.

Selalunya binatang liar kat tempat tu akan lari bila nampak manusia, tapi yang ini macam tak takut pulak dengan ayah aku dan Mark. Semakin mereka mendekati belukar tu, semakin kuat bunyinya.  Dan semakin laju. Mark dan ayah aku berpandangan, dua-dua dah rasa tak sedap hati, macam sepatutnya diorang tak patut berada kat situ.  

Dua-dua mengangguk dan dua-dua pun perlahan-lahan mengundurkan diri. Mark baru je nak tutup lampu suluh dia, tapi ayah aku ternampak sesuatu muncul dari belukar tu.  Sepasang mata kuning dan sebaris gigi taring yang tajam berkilat.  Mark pun nampak jugak, sebab Mark terus menjerit ketakutan dan berlari tak cukup tanah menuju ke trak ayah aku.  Ayah aku pun tak tunggu apa lagi, dia pun pecut la jugak.  

Mereka berdua semakin hampir ke trak, tapi makhluk tu cuma sekadar menunggu di sebalik belukar tu je.  Makhluk tu sempat melepaskan satu lolongan yang mengerikan. Seolah-olah tak puas hati tak dapat nak tangkap Mark dan ayah aku.  Malam tu Mark tidur di rumah ayah aku sebab tak berani nak balik rumah.

Dari apa yang ayah aku gambarkan tu, aku rasa itu mungkin coyote, tapi ayah aku cakap, bukan. Ayah aku kenal coyote tu rupanya macam mana.  Menurut ayah aku, walaupun sekadar nampak mata dan gigi je, tapi ayah aku yakin itu bukan coyote. Coyote ni muncungnya tirus , tapi yang ayah aku nampak ni, muncungnya lebar dan hidungnya besar, dan makhluk tu menyeringai.  Coyote tak mampu buat macam tu. Dan, lolongan itu.  Ayah aku yakin itu bukan lolongan haiwan.  Sebab bunyinya lebih mengerikan, macam gabungan jeritan manusia dan lolongan haiwan.

Ayah aku dan Pakcik Mark masih lagi berkawan sampai sekarang.  Pakcik Mark pun mengaku apa yang ayah aku cerita tu memang betul-betul terjadi pada diorang. Pakcik Mark siap cakap lagi, bagi dia, malam tu adalah malam paling menakutkan dalam hidup dia….

Bersambung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2021 08:27 PM | Show all posts
pasal tangga ni.  surah ke 70 bermaksud "“The Ascending Stairways" dlm BI.
dan tgk ayat ke 3 dan ke 4 dlm surah tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 1-2-2021 07:54 PM
Tanah Pusaka Turun Temurun : Bahagian 2

Kisah Datukku

Teringin sgt nk tau..aap yg joe nmpak..atau apa yg dia rasa sbnrnya..dgn kes tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2021 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kudos to TT!!! Sebab iols rajin hari ni, iols telah meng-google some of your stories in English. Cara TT alih bahasa cerita-cerita tu langsung tidak mengganggu keseraman story line daripada bahasa asal. Baca dalam English dan BM pun tetap meremang bulu roma!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 04:06 PM | Show all posts
fairy_fairy replied at 3-2-2021 01:07 AM
Kudos to TT!!! Sebab iols rajin hari ni, iols telah meng-google some of your stories in English. Car ...

tq tq uols... i translate ikut pemahaman i je.  kalau ada silap translate di mana2 mohon maap ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 04:07 PM | Show all posts
raihaneem replied at 2-2-2021 10:31 PM
Teringin sgt nk tau..aap yg joe nmpak..atau apa yg dia rasa sbnrnya..dgn kes tu

rasenye tempat tu ada skinwalker kot...red indian mmg takut ngan skinwalker tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 05:11 PM | Show all posts
Tanah Pusaka Turun Temurun : Bahagian Akhir

"Wow maksudnya, setiap generasi ada cerita misteri sendiri lah pasal tanah ni".    Bila kawan aku cakap macam tu, baru terfikir jugak, betul jugak apa yang dia cakap tu.

"Eh bro, ko taknak ke siasat makhluk apa yang ada kat tanah kau ni? Ko pasanglah dron ke, boleh tengok apa yang ada kat belukar tu".  Tapi aku hanya menggelengkan kepala. Aku kasi alasan, yang semua tu bazir duit dan masa je sebab tanah aku ni agak luas. Lagipun sebagai millenial aku tak percaya dengan benda-benda mistik ni.  Mungkin apa yang moyang, datuk dan ayah aku alami tu cuma permainan minda diorang je memandangkan kami ni duduk kat kawasan luar bandar.  

"Ah aku tak percayalah dengan benda-benda mengarut tu.  Bazir duit je beli dron nak siasat. Baik aku beli lembu lagi sekor hahaha". Aku tertawa sendiri.
"Kau jangan cakap besar, bro. Ayah kau pun dah kena. Lepas ni sepatutnya giliran kau tau".
"Kalau benda tu muncul depan aku, aku tembak dia pakai senapang patah aku".

Lepas je aku cakap macam tu, anjing-anjing penjaga ladang aku tiba-tiba menyalak tak tentu hala.  Serentak itu juga, aku dan kawanku terdiam sendiri.  Dari raut wajah kawanku, mata terbeliak, muka pucat lesi, aku tau yang kawan aku dilanda perasaan takut.  Aku pun sama, bulu romaku merinding mendengar salakan anjing-anjing ladangku yang bagaikan sedang dikacau oleh sesuatu.

Masa tu, kami sebenarnya tengah melepak di atas trak, berdekatan dengan bangsal tempat keluargaku menyembelih lembu-lembu kami.  Bangsal ni pulak dekat je dengan rumah sepupu aku, tapi masih lagi terletak di ladang milik keluarga kami.  Anjing-anjing itu pula kami kurung di waktu malam di sangkar yang terletak 100 kaki daripada kami, tapi sangkar anjing tu memang gelap tempatnya.  Sangkar tu pun cuma sekadar pagar berdawai yang cukup besar untuk menempatkan 3 ekor anjing jenis German Sepherd kami.



Sebagai seorang yang membesar dengan anjing, aku cam erti salakan anjing-anjing itu.  Mereka sedang ketakutan, bukannya menyalak untuk menakutkan.  Aku turut terdengar bunyi pagar itu bergoyang-goyang.  Aku rasa anjing-anjing tu cuba nak lepas keluar, tapi aku pun hairan kenapa malam ni diorang nak buat hal sedangkan selama ni anjing-anjing aku tu terlatih dan berdisiplin.  Lalu aku pun turun daripada trak dan berjalan menuju ke sangkar anjing itu, tapi aku sempat ditahan oleh kawanku tadi.

"Dahla bro, jom kita balik rumah je". Kawanku cuba memujuk aku untuk balik. Belum sempat aku berkata apa-apa, kami berdua terdengar satu jeritan yang amat menakutkan di telinga aku.  Bagaikan pekikan haiwan, tapi aku tak pernah dengar haiwan mengeluarkan bunyi sebegitu.  Bunyinya sudah cukup membuatkan aku terkucil.  Kawan aku pulak dah menggigil ketakutan.  Aku dan dia cepat-cepat memandu trak kami balik ke rumah keluargaku.

Esok pagi-pagi aku terus ke rumah sepupu aku tadi, dan aku ceritakan pada mereka apa yang berlaku malam tadi. "Oh ye ke? Tapi aku tak perasan pun ada bunyi pelik malam tadi". Geram pulak aku dengan sepupu aku ni, boleh pulak dia tidur mati.  Kami pun terus menuju ke sangkar anjing itu.  Salah satu panel pagar sangkar itu telah tumbang, tapi tumbang ke dalam seolah-olah ada sesuatu yang menerjah masuk ke dalam sangkar anjing itu. Salah seekor anjing itu telah hilang, manakala yang lagi 2 hanya menikus di suatu sudut.  Masa aku belai salah seekor tu, badannya menggeletar.  Aku tak tau apa yang menyerang anjing tu malam tadi, anjing yang garang pun boleh jadi takut sampai macam tu sekali.

Kami melaporkan perkara itu kepada polis, tapi polis tutup kes dan beranggapan mungkin ada serangan coyote kat situ. Kalau nak kata perbuatan khianat pun bukan, sebab kami takde musuh. Hari tu jugak aku dan sepupu aku tu baiki pagar yang rosak tu.  Selepas itu, dah takde benda-benda pelik berlaku di ladang kami.

Sekarang ni, dah ramai dah ahli keluarga kami yang berpindah ke bandar-bandar besar. Termasuklah aku. Yang tinggal pun adalah ibubapa aku dan 2-3 orang sepupu lain, itu pun ibubapa aku dah tak larat nak kerjakan bahagian tanah diorang.  Sudahnya, ada beberapa petak tu terbiar macam tu sahaja, dan jadi tempat untuk rusa meragut rumput.  Sehingga sekarang, aku pun tak berani dah nak melepak di luar kalau balik kampung. Macam terngiang-ngiang lagi jeritan itu di telinga aku...

TAMAT


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 3-2-2021 04:07 PM
rasenye tempat tu ada skinwalker kot...red indian mmg takut ngan skinwalker tu

Haa
.teringt ada satu kisah yg mrs salvatore tulis..yg dia p camping dgn kwn dia..yg skinwalker tu lalu belakang depa tu..
Uish..serammm
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes...tt sgt pndai memgarang menterjemah bg ayat cantik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2021 01:05 PM | Show all posts
raihaneem replied at 3-2-2021 09:49 PM
Haa
.teringt ada satu kisah yg mrs salvatore tulis..yg dia p camping dgn kwn dia..yg skinwalker t ...

i selalu baca kalau red indian ni pantang diorang tak boleh sebut nama2 makhluk halus ni.  terlintas dalam hati pun tak bleh. sebab tu banyak kisah red indian ni macam tersorok orang tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 4-2-2021 01:05 PM
i selalu baca kalau red indian ni pantang diorang tak boleh sebut nama2 makhluk halus ni.  terlint ...

Wahh..unik..depa kan dikira org asli..yg byk pantang larang mcm nenek moyang kita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 04:52 PM | Show all posts
wah tq tt.... sambung cite lagik ya
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 10:12 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 20-1-2021 04:15 PM
Kisah Makhluk Halus Jepun : Hachishakusama Bahagian  Akhir




Huwaaaaaaaaa
seramnya cerita hantu pendamping jepun niiiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeay..TT dah update
Yg best thread ni siap TT sertakan gambar
Terbaik TT.. nanti update lagi tau
Nah bunga
Nanti kau update lagi..aku bagi lagi bunga..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 02:23 PM | Show all posts
Edited by BarbiePink at 6-2-2021 02:26 PM

wah bestnya baca benang ni tt
terbaik tt dan super osem
bila sertakan sekali gambar
nah lots of love


iols kena ambik masa backlog
baca semua story tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 1.260968 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list