CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thatsourmia

korean drama tv2 - funny wild girl

[Copy link]
Post time 22-4-2005 05:23 PM | Show all posts
Originally posted by adiela811 at 22-4-2005 04:37 PM:



:setuju::setuju::setuju::setuju:
betullaa..nyampahnya..lepas nie misti dier gi ngorat in woo
sbb in woo bakal gantikan atuk dier..
dasar mata duitan..padan muka ji hoon pun maleh nak layan ...




zaman sekolah aku lama dah berlalu......

kerja aku ada masa busy......ada masa relax.....bila time relax tu yg aku selalu online.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2005 05:47 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 22-4-2005 16:21:
aku rasa nak tampar2 KH tu.......geram je aku tgk dia


Dah pun kena penampar:clap::clap: dari Ji Hoonkan tadi... padan muka die:nana::nana: dasar tak sedar diri tul le die nie... kalau jambu tak pe gak
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 07:57 PM | Show all posts
Originally posted by Zaihasky at 22-4-2005 05:47 PM:


Dah pun kena penampar:clap::clap: dari Ji Hoonkan tadi... padan muka die:nana::nana: dasar tak sedar diri tul le die nie... kalau jambu tak pe gak


memang padan muka dier.dasar mata duitan.dier nie nampak mcm baik tapi gold digger rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 08:02 PM | Show all posts
Originally posted by adiela811 at 22-4-2005 10:46:
emiko...nak request episod 10 leh tak?
yg episod 11 tu yg ari khamis nyer kan?
plisss....


emiko..nak episod 9 skali boleh tak?

[ Last edited by adiela811 on 22-4-2005 at 11:27 AM ]


wokeh.. malam ni me upload.. pagi esok sy postkan link dier kat sini

btw.. nyampah tul la.. apesal cite2 kat tv kebelakangan ni musti ada pompuan jahat yg tamak haloba..:geram::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 08:04 PM | Show all posts
Originally posted by nmi at 22-4-2005 07:57 PM:


memang padan muka dier.dasar mata duitan.dier nie nampak mcm baik tapi gold digger rupanya.



terkejut giler bila oppa tampar dier...berjurai2 air mata dier..yg pelik tu oppa sanggup tunggu dier...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 08:05 PM | Show all posts
KH ni yg jadi kakak KJW dlm citer romance tu kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2005 08:43 PM | Show all posts
Originally posted by emiko at  08:02 PM:


wokeh.. malam ni me upload.. pagi esok sy postkan link dier kat sini

btw.. nyampah tul la.. apesal cite2 kat tv kebelakangan ni musti ada pompuan jahat yg tamak haloba..:geram::geram:



okies...tq emiko..:tq::tq:
bestla link yg ko bg...cepat skit donlod...dr guna clubbox.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 08:43 PM | Show all posts
yup.. Kim Yoo-Mi.. igtke dier dah tua masa tgk dlm romance & the phone.. rupenye lahir thn 1980 kalau x silap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2005 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by adiela811 at 22-4-2005 20:43:



okies...tq emiko..:tq::tq:
bestla link yg ko bg...cepat skit donlod...dr guna clubbox.


no prob sambil2 surf&dload sambil2 upload hehe :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by emiko at  08:45 PM:


no prob sambil2 surf&dload sambil2 upload hehe :bgrin:



heheh...emiko..
cunla avatar ko nie..maner amik eh?
rase macam digeletek2 lak tgk hero citer stairway to heaven nie..
tak tau name arr
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 09:08 PM | Show all posts
Originally posted by adiela811 at 22-4-2005 21:01:



heheh...emiko..
cunla avatar ko nie..maner amik eh?
rase macam digeletek2 lak tgk hero citer stairway to heaven nie..
tak tau name arr


ff:ff:
bukan hero Stairway to Heaven la dier ni..hero STH Kwon Sang-Woo.. ni hero My Sister in Law is 19.. nama dier Yoon Kye-Sang.. tp skang da masuk army sume oppa2 ku dah masuk army n da nak masuk army.. windunye..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 09:09 PM | Show all posts
Originally posted by emiko at 22-4-2005 08:43 PM:
yup.. Kim Yoo-Mi.. igtke dier dah tua masa tgk dlm romance & the phone.. rupenye lahir thn 1980 kalau x silap



muda lagik ngupanya...dlm doll master muka dier mcm awal 30-an...mungkin terlalu kurus kot...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 09:11 PM | Show all posts
Originally posted by emiko at 22-4-2005 09:08 PM:


ff:ff:
bukan hero Stairway to Heaven la dier ni..hero STH Kwon Sang-Woo.. ni hero My Sister in Law is 19.. nama dier Yoon Kye-Sang.. tp skang da masuk army sume oppa2 ku dah ma ...



buat masa ni baru satu jela oppa tupai yg masuk army..:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 09:18 PM | Show all posts
Originally posted by tupai_tupai at 22-4-2005 21:09:



muda lagik ngupanya...dlm doll master muka dier mcm awal 30-an...mungkin terlalu kurus kot...



KIM YOO MI  (Kim Yu Mi)   
Born:  October 12, 1980
Height/Weight:  170 cm (5' 7") / 48 kg (106 lbs)
TV dramas:  Pearl Necklace (Nan-ju); Country Princess (Keum-hee); Man of the Sun, Lee Ji-ma (Seoli); Romance (Yun-hee); Sang Do   
Movies:  The Phone (2002); My Heart (1999); Love Story (1996)   
Awards:   KBS Best New Actress (2002)   

.. melainkan dier kelentong pasal thn lahir dier ataupun mmg muka dier nampak matang
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 09:21 PM | Show all posts
Originally posted by tupai_tupai at 22-4-2005 21:11:



buat masa ni baru satu jela oppa tupai yg masuk army..:cak:


ff:ff:ff:

:cry::cry:
da nasib sy lah nih.. yg x best tu sume masuk time yg dekat2 nak sama.. (so balik pun serentak la sok nih huhu).. tp yg best sume mmg did a good job masa training.. part tu bangga sket la :clap::clap: :love::love:

P/S: jaga2 tupai.. x lama lagi oppa2 tupai yg lain pun kene gi gak lambat laun..hehehe.. :cak::cak:
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 10:03 PM | Show all posts
tula...bi dah dlm waiting list ni..risau gak ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2005 10:29 PM | Show all posts
EPISOD 13  Jumaat 22/4

Atuk pengerusi sedang memarahi anaknya So Young….katanya apa yg telah KH dan ES belajar dari dia?…Tanya anaknya, kenapa bapanya marah, apakah yg telah dilakukan olih mereka berdua?…Atuk mahu mereka berterus terang dan mengaku, yg mana satu diantara mereka  tanpa rasa takut, keluar sepanjang malam dan balik pada waktu subuh.  Makchik CEO ni dah mula  melopong mulut dia.  Kata Atuk tu lagi, mereka berdua ni gadis yg dah besar panjang, tapi keluar malam. Kedua2 KH dan ES tak mengaku, masing2 ada alasan sendiri.  Marah atuk ni, katanya jadi yg dia nampak subuh hari tu hantu ke?…….suruhnya cepat mengaku,…..kalau tak, dia akan tgk kamera kat luar, tgk sape yg balik waktu subuh.  Cepat je makchik CEO ni mengaku, sebenarnya dia yg balik subuh hari.  Terkejut atuk ni dengar, katanya…..” jadi bukanlah mereka?…tapi kamu kucing liar yg miang tu?”……:lol   Mahu tak mahu terpaksalah makchik ni mengaku.  Tanya atuk ni lagi….”kamu ada hubungan sulit ke?…”  Terkejut sakan makchik ni kena camtu,……terus je tak mengaku, dahlah atuk tu tanya lak depan anak dia dgn KH.  Atuk tu suruh dia lebih berhati2, sebab…..seorang  janda lebih bahaya dari seorang gadis yg dah besar panjang.:lol

Atuk pengerusi kemudian bertanya samada, So Young telah mengkaji kemungkinan memberikan kontrak pada syarikat IW?…..sebelum dijawab, makchik CEO, anak dia dah jawab dulu, yg mereka akan berikan kontrak tersebut.  Suka atuk tu mendengarnya.  Minah ni nak sambung  lagi cakap dia….tapi KH tekan kaki dia….sebab rahsia mereka nak pecat EH hampir saja terlepas dari mulut ES.  Terjerit2 ES , kaki dia kena tekan…..saja je KH kata, mungkin ES tergigit lidah dia.  Sibuk lah si mak dok belek mulut anaknya, yg konon tergigit lidah.

KH mengajak ES masuk kebilik dia. Marah ES pada KH yg buat dia camtu…dia rasa lebih keliru lagi.  Kata KH, dia cuba menjadi kakak yg baik pada ES, dan dia tidak ada niat yg lain.  KH memberikan tiket untuk menonton Opera pada ES dan menyuruh dia mengajak IW untuk menonton bersama.  Punya lah sukanya nyonya ni.  KH  siap ajar ES lagi, kenapa tak keluar selalu dgn IW?…lagi pun ES dan IW akan berkahwin.  KH kemudian bertanya apa yg IW cakapkan?…..adakah dia akan melakukannnya?…dia nak pecat EH ke?….ES dengar sendiri ke?…. (punyelah tak sabar betina ni) ….Kata ES, apa guna dia tunggu pengesahan dari IW, lagi pun dia bukannya bodoh.  

Mungkin IW dah pun menghalau EH dan keluarga dia, tentu EH menangis sakan.  KH tanya lagi., samada ES yg menguruskan kontrak syarikat IW?……jawab ES,…tentulah dia yg uruskan, kalau tak siapa lagi?  KH mahu dia menguruskannya…..sebab kalau ES yg menguruskannya, dia akan terlalu menonjolkan dirinya, dan kalau berjumpa dgn IW dlm urusan perniagaan   tentu IW tidak merasa selesa, seolah2 menerima arahan dari ES serta dikongkong olihnya.  Perkara macam tu kalau KH jadi IW pun, tentu dia tak suka……lama2 nanti IW akan jauhkan diri dari ES.  Nyonya ni bila dengar je cakap KH, yg IW akan jauhkan diri dari dia, menggelabah risau.  KH jalankan jarum dia lagi…..biar dia yg uruskan hal2 yg demikian, dan ES uruskan hal peribadi dia dgn IW saja.  Otak nyonya yg bengap ni, terus je terima, dah tu dia suruh KH uruskan akaun syarikat IW mulai hari tu.

KH pergi ke syarikat IW, sampai disana dia terlihat EH yg baru nak keluar dgn membawa 3 kotak sambil berkata…..”apabila  kesegaran pagi menjadi kebosanan petang, apabila kaki menggeletar keresahan, kita terpaksa mendaki gunung yg puncaknya tidak kelihatan, tiba2 saja tiada  apa yg berlaku, yg diharapkan…waktu ini kita tidak patut berhenti”  KH yg nampak terus je menyembunyikan dirinya.  Kata EH pada anaknya yg dia tidak patut berhenti, tidak patut rasa tertewas kerana nampak maknya yg tak boleh menjalani pembedahan.  Dia terus memberi semangat pada dirinya supaya berusaha terus.

KH masuk kepejabat IW . Pengurus kilang memberitahu yg IW akan datang sebentar lagi dan bertanya kenapa kakitangan dari Syarikat Tae Seong datang kesitu?.  Beritahu KH, dia datang kerana  kontrak.  Pengurus kilang terkejut, kerana dia tidak tahu menahu tentang perkara ini.  Barulah KH beritahu yg syarikat IW diberikan kontrak olih syarikat Tae Seong  Pengurus kilang pun terkejut bilal IW tidak memberitahu dia apa2.

IW bertanya kenapa KH datang kesitu?…jawab KH dia datang kerana menguruskan kontrak syarikat Tae Seong  pada syarikat IW.  KH kemudian memperkenalkan dirinya pada IW.  Bertanya KH, adakah IW sudah membuat keputusan mengenai pemecatan EH.  Jawab IW, dia belum membuat sebarang keputusan lagi.  Kata KH, IW dan syarikatnya memerlukan kontrak ni. Bagaimana kalau syarikat nya jatuh bankrap?  Tanya nya , kenapa IW harus memiikirkan berhari2 hanya untuk memecat seorang pekerja.   (ni yg aku rasa nak tampar je mulut dia).

Jawab IW, dia dengar yg KH bagaikan kakak kandung pada EH  Dia begitu tegas dlm soal kerja sehinggakan mengasingkan soal peribadi.  Kata IW lagi,….dia ingatkan KH datang sebab dia risaukan EH.  Confident je minah ni jawab, dah tentu dia tegas sebab dia mewakili syarikat Tae Seong menguruskan kontrak dgn syarikat IW.  Tambahnya lagi…sebenarnya dia rasa kekok jugak berada ditengah2, sebab tu dia minta IW buat keputusan cepat2.  kalau rasa simpati IW pada EH yg menjadi halangan, IW tak perlu risau, kerana dia akan mencarikan pekerjaan yg lain, yg lebih bagus buat EH.  Suruhnya IW membuat keputusan dgn secepat mungkin.

Dikafetaria hospital, EH yg tak pernah berputus asa, bekerja tanpa gaji bersama2 dgn pekerja lain semata2 ingin mengambil hati pakar pemakanan. Dia dinasihatkan olih pekerja supaya berehat tetapi EH mahu memasak makanan untuk mereka, kerana mereka semua baik padanya. EH memasak sup Jjol-myeon untuk mereka, siap dgn telur dadarnya, sayurnya dan bijannya.  Bukan main seronok pekerja2 tu,  pulak tu dihias cantik2 supnya, dipuji pekerja yg supnya sangat sedap.  Pekerja mahu dia makan bersama mereka, tetapi EH mahu makan bersama pakar pemakanan.

Dia mambawakan sup untuk pakar pemakanan, menyediakan sudu untuknya. Pakar pemakanan berkata, yg EH tidak dengar dan tidak fahamkah apa yg telah dia katakan, yg dia tidak mahu semua itu?.  Kata EH dia dah masak, dan dia dah bekerja keras untuk menyediakan , dia mahu pakar pemakanan merasa masakan dia dan kemudian membuat keputusan.  Pakar pemakanan menolak tgn EH yg memberikan dia sudu, sehingga terlanggar makanan yg EH masak tadi sehingga jatuh kesimen.  Pakar pemakanan menghalau EH dari situ. EH memungut makanan yg jatuh tadi dan memasukkan kedlm mangkuk.  Katanya…..dia tahu pakar pemakanan tidak akan makan, walaupun dia menyuruhnya….lalu dia memberikan  makanan kepunyaannya yg belum disentuh pada pakar makanan dan dia memakan makanan yg jatuh tadi.

Tanya sipakar….apa yg EH buatkan , memakan sisa makanan yg tumpah?.  Jawab EH…dia tidak tahu  apa yg harus sipakar itu lakukan untuk mendapatkan lesen sebagai pakar pemakanan……tapi kalau dia salah seorang pemeriksa, dia tidak akan memberikan pada orang saperti pakar pemakanan itu…..dan dia juga tidak akan menjualnya.  Dia tidak akan menjual kuih beras pada sipakar.  Katanya apa guna mengira zat dan kalori sahaja, sedangkan dia mensia2kan makanan .  Sipakar mencampakkan makanan yg disediakan olihnya dgn sepenuh hati.  Dia juga tahu sipakar menganggap dia sebagai sampah, tapi bagi EH...inilah hasil keringat petani dan titik peluh pekerja syarikat IW, juga harapan ibu dia dan harga diri dia.  Bagi sipakar, EH kelihatan saperti bodoh dan tidak berguna….tapi sekarang sipakar kelihatan tidak berguna pada EH.  Katanya lagi…yg penting bukan jenis kerja,….tetapi sikap semasa sedang bekerja.  Pada pendapat EH, sipakar pemakanan lansung tidak tahu melakukan dgn betul.

Mak EH dalam kesesakkan kerana tidak dapat bernafas dgn betul., akibat paru2nya berair.  JH datang setelah dipanggil olih kawan EH. Kawan EH mahu memanggilkan EH, tetapi mak EH menggelengkan kepala.  JH yg faham maksud mak EH, melarangnya kerana EH tentu akan risau.

[ Last edited by Kimmy on 22-4-2005 at 10:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 10:31 PM | Show all posts
JH memanggil KH berjumpa dgn nya dihospital.  Kata KH, mulai dari hari itu dia lebih suka berjumpa diluar hospital  Dia tidak suka bau ubat2tan dihospital.  Dia mahu  keluar bersama  JH melihat bunga sakura dan magnolia.  Kata JH, dia sengaja memanggil KH datang kehospital berjumpa dgn  dia dan tak secara langsung KH boleh pergi melawat maknya, sebab kebelakangan tu , KH tak datang lagi melawat maknya.  JH mahu dia datang sekerap mungkin. Walau pun ada jururawat yg menjaga, tapi sukar untuk EH menjaga maknya seorang diri, ditambah lagi nak menjaga anak dan adik2 dia.  Sebab itulah JH memberitahu KH, agar KH  boleh menjaga maknya mulai sekarang.  Suruhnya KH ambil cuti….  JH mahu KH menjaga dan mengembalikan semangat untuk maknya hidup, tapi minah ni macam2 alasan lah dia berikan, dia sibuklah, dia banyak kerjalah.  

Kemudian dia boleh cakap lagi yg EH pun nak berhenti kerja, bolehlah EH jaga mak dia…..lagi pun EH tak perlu bekerja, dia boleh menanggung EH dan adik2 dia, malah dia ingat nak carikan rumah lain untuk EH.  Tanya JH….pasal apa EH nak berhenti kerja?… tergagap2 minah ni jawab.   Kata JH…samada EH berhenti atau tidak, KH mesti menemankan mak dia…dia mesti buat macam tu….lagi pun itu mak KH…..dan KH  sepatutnya buat macam tu……lepas tu dia pun pergi.  Terkejut KH…..tak mungkin JH tahu …kalau EH tak tahu, masakan JH yg tahu…..dia cuba tenteramkan hati dia.

EH mengucapkan selamat tinggal pada pekerja kafeteria dan akan mengunjungi mereka lagi sehingga mereka bosan melihat dia…..lagi pun mak dia pesakit kat hospital tu. Mereka mengalu2kan kedatangan EH dan akan memasak untuknya.  EH kemudian berjumpa dgn pakar pemakanan dan berkata yg dia tidak sepatutnya meluahkan kata2 yg tak sepatutnya diucapkan tadi. Dia tidak akan datang lagi menjual sup kuih berasnya, kalau datang, tegurlah dia.  Dia kemudian memberikan hadiah lipstik pada pakar pemakanan.  Dia  mula2 belikan untuk ambik hati pakar pemakanan, tapi sekarang dah jadi hadiah perpisahan  pulak.  Katanya lagi, muka sipakar kelihatan sejuk jadi dia beli warna yg akan menjadikan sipakar kelihatan hangat.  Dia tak ada niat apa2….dan harap sipakar  pemakanan menerima pemberian dia. Dia juga meminta maaf atas kata2nya tadi.

Berjalan EH keluar dgn perlahan bila….tiba2 pakar pemakanan memanggilnya dan memberitahu yg EH boleh membekal kan produk makanan syarikat IW di kafeteria hospital.  Dia mahukan bekalan sebanyak 2,000 kotak setiap satu setiap bulan. EH macam tak percaya apa yg dia dengar.  Malah sipakar pemakanan akan memperkenalkan produk EH pada hospital yg lain. EH bertanya…kenapa tiba2 pakar pemakanan berubah sikap?……sambil menunjukkan hadiah EH, pakar pemakanan memberitahu yg dia senang dipujuk.  Punyalah sukanya EH, terlompat2 dia kat horpital….sehingga kan KH yg lalu menegur dia.  EH memeluk kakaknya dan meminta kakaknya mengucapkan tahniah kerana dia sudah berjaya mendapatkan tempahan sebanyak 2,000 kotak produk syarikatnya.

Dipejabat/rumah IW, pengurus kilang meminta IW memberitahu pada EH  perkara sebenar dgn secepat mungkin.  Lagi pun tiada siapa yg akan menyalahkan  dia., tentu EH akan faham.  Terus  je IW bangun.

EH yg tak sudah  hapinya, terjoget2 lagi kat hospial, sehingga dia bertembung dgn JH.  Tanya JH apa yg membuatkan EH begitu gembira sekali? Sehingga kan berjoget2.  EH memberitahu JH yg dia menerima tempahan dari pihak hospital.  JH turut gembira kerana usaha EH telah membuahkan hasil.  Kata EH dia nak balik nak beritahu IW…tentu IW akan malu, kerana dia selalu mentertawakan EH, sedangkan dia sendiri tidak berbuat apa2.  JH kemudian memberitahu yg dia dengar EH akan berhenti kerja?…kata EH, kenapa pula dia mahu berhenti kerja?…dia bekerja keras selama ini.  Tanya nya siapa yg menyampaikan berita itu pada JH?  JH bertanya lagi….memang EH tak berniat untuk berhenti kerja dan tak pernah berfikir untuk berhenti kerja…malah tidak tahu apa2…bagaimana KH tahu terlebih dahulu sebelum EH?  Tanya EH , apa maksud JH?

JH pergi kesyarikat KH. Sampai disana dia terlihat KH an ES sedang berjalan berdua…..dia menyembunyikan dirinya dibalik dinding.   ES berkata , tak mungkin EH masih  lagi berada dirumah IW..  KH pula berkata….yg menjadi masaalahnya bukan EH , tetapi IW sendiri….dia yg belum membuat sebarang keputusan.  KH mahu menyelesaikan masaalah itu sebelum atuk pengerusi tahu. Suruhnya ES berjumpa dgn IW dan meminta IW memecat EH dgn segera. Dia tidak mahu atuk pengerusi mengetahui  sebelum IW memecat EH, kalau tak sia2 sahaja usaha mereka selama ini.   JH muncul dan sambil memandang KH….dia menegur KH.  Terbeliak2 biji mata  KH…….bila tgj JH berdiri kat situ.

Ditaman KH bertanya, apakah JH sudah mendengar semuanya?….katanya dia boleh jelaskan…sebenarnya makchik dia tak suka pada EH, kerana ES dan IW nak berkahwin…lagi pulak mereka duduk serumah, jadi ES tak suka. Sebelum habis minah bahalul ni cakap, JH dah menyampok, katanya……jadi KH pun menghasut ES supaya memecat EH?….sudahlah EH tak de tempat tinggal, bersusah payah kesana kemari mencari nafkah sambil mengendong anaknya….tapi KH pula menghasut supaya memecat EH.  Tergagap2 minah ni nak jawab….katanya ,..dia ditengah2 dan rasa kekok.  Tanya JH…kenapa pulak dia yg rasa kekok…..apa yg dia sedang pertahankan sehingga sanggup berbuat begitu agar EH dipecat…..adakah kerana darah KH jenis ‘O’ dan bukannya jenis ‘AB’.   Terkejut minah ni!!….tak sangka dia JH tahu.  Kata JH , dia akan menunggu KH sehingga dia membetulkan semua kesilapan dia.   Perempuan ni mulut dah tak boleh lak bercakap……hanya cakap…’oppa…oppa’ saja.

Tanya JH, tahu kah KH apa yg telah dia buat selama ini?.  Tanya lah bahalul ni…macam mana JH tahu?,…siapa lagi yg tahu…..JH dah beritahu EH ke?   Suruhnya JH buat2 tak tahu tentang perkara itu, dia akan melayan EH dgn baik.  Dia tidak melakukan untuk kepentingan dirinya sendiri, lagi pun keadaan sekarang amat baik untuknya, dan untuk EH serta adik2nya. Tambahnya lagi, yg JH tidak akan rugi apa2…dia boleh membina sebuah hospital untuk JH, lebih besar dari hospital yg JH bekerja sekarang.  Bangun JH……terus je ditamparnya. :clap::clap: (dari tadi lagi , aku rasa nak tampar dia).  JH suruh dia sedar…dia akan menunggu KH sehingga KH membetulkan semuanya….dia akan memberikan masa pada KH untuk memulangkan hak EH padanya….sebelum dia sendiri melakukannya…..baik KH buat dulu.    Perempuan yg kena  tampar ni, berlinang2lah air matanya bertanya samada JH cintakan dia…lebih dari JH mencintai EH…....    sambil JH menitiskan air mata, dia meminta KH melindungi cinta dia pada KH….lepas tu dia tinggalkan perempuan yg tak sedar diri tu.

[ Last edited by Kimmy on 22-4-2005 at 10:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 10:42 PM | Show all posts
Nyonya cina kampung yg perasan ni pergi rumah IW dan tunggu IW  balik. Katanya  dah lama dia tunggu, talipun tak jawab……tiba2 dia terdengar EH balik memanggil IW…..bukan main bising mulut dia nak beritahu berita gembira dia…..bila dia terlihat ES turun tangga sampai depan EH.  Eh bertanya …kenapa ES turun dari atas?….minah  ni punyalah biul,….naik setangga balik…jadi dia lebih tinggi dari EH.  Marah EH , kerana ES sesuka hati je naik kebilik orang.  EH menyuruh ES keluar dari situ….tapi ES menyuruh  EH naik keatas dan mengemaskan barang2nya.  Kata EH….IW yg membenarkan dia tinggal disitu, kenapa pulak ES yg sibuk…..pasal ES tunang IW ke?…apa yg boleh ES buat…lagi pun cinta boleh berubah…nak ke Tuan Presiden tu kat ES…..lagi pulak dia boleh memilih sesiapa saja yg dia mahu…cinta boleh berubah

ES tetap menyuruh EH berkemas dan keluar dari rumah itu secepat mungkin, jgn meyusahkan IW lagi.  Kata EH, ES tak tahu apa2, sebenarnya IW yg menyusahkan dia…lagi pun dia tahu perempuan mana yg baik.  ES terus memberitahu yg maknya memberikan kontrak pada IW…..suka betul EH mendengarnya.  Kemudain ES sambung lagi…..yg IW mesti memecat EH, dan telah menanda tangani kontrak yg menyatakan dia akan mengusir EH dari situ……..EH tak terkata……ES berkata lagi, yg IW tidak memberitahu EH  kerana dia kasihan pada EH…katanya sebelum EH diusir saperti binatang, lebih baik EH keluar saja….taklah  menyakitkan hati bila diusir, lagi pun dia ada adik dan anak.  Tanya EH…betulkah apa yg ES katakana?  ES menyuruh EH bertanya sendiri pada IW.

IW berjumpa dgn atuk pengerusi. Dia memberitahu yg dia tidak mahu kontrak yg diberikan . Dia enggan menerimanya…sebab itu dia datang memberitahu atuk pengerusi.  Marah atuk pengerusi, kerana IW menolak tawarannya  Kata IW, selama ini dia mengikut akal untuk menentukan jalan hidup dia, tapi kali ini,  hati dia sudah mula bersuara….dan ini memang tak masuk akal.  Kali ini dia ingin mennetukan hidup dia dgn mengikut gerak hatinya…dan dia rasa dia tidak rugi apa2.  Atuk pengerusi mahu IW bererus terang dgn dia…dia sudah pun memberikan makanan dan sudu pada IW, kenapa IW membuang sudu itu?.  Jawab IW syarikat atuk pengerusi telah masuk campur dalam urusan kakitangan syarikat dia dan dia tidak suka,  Katanya lagi EH adalah seorang pekerja yg baik, dan dia merasa malu tidak bekerja keras saperti EH. Dia tidak sanggup memecat pekerja yg bekerja keras siang dan malam untuk memulihkan syarikat dia.  Dia yg sepatutnya berbuat demikian.  Dia tidak boleh memecat EH, hanya kerana dia nak hidup. Dia tahu dia memerlukan masa, api dia akan cari jalan supaya dia dan EH boleh hidup.  Terkejut atuk tu…Tanya dia nak pecat siapa?….IW dapat kontrak ni dgn syarat IW memecat EH?……marah atuk ni ,nak diajar sapa punya kerja ni.

EH duduk termenung dan teringat akan peristiwa dimana IW ingin bercakap dgnya ditaman, tetapi dia salah anggap……diingatkan IW nak bercinta dgnnya. Dia juga teringat kata2 ES padanya. Dia memandang anaknya dgn sedih. Dia keatas melihat adiknya sedang membuat kerja sekolah.  EH mengemas kain bajunya dan memasukkan kedlm  bag.  Dia keluar membawa adik2nya yg bertaya apakah mereka akan pindah? Sebelum keluar dia memandang sekeliling pejabatnya.   Ketika dia keluar, IW pun balik. IW melihat EH menyorong anaknya dan adik2nya dibelakangnya.  IW bertanya EH mahu kemana bersama bag. Dia juga bertanya kenapa adik2 EH membawa beg sekolah bersama sedangkan  sudah lewat malam.

EH mengucapkan terima kasih pada IW, kerana telah menyusahkan dia selama ini. Dia tidak akan melupakan jasa baik IW pada nya. Dia juga memberitahu yg dia teah menerima tempahan sebanyak 2,000 dari kafeteria hospital…ucapnya tahniah pada IW.  Tanya IW, kenapa EH  nak keluar.  EH hanya menjawab yg dia akan mengambil barang2nya yg lain kemudian.  Dia juga meminta IW menyampaikan pesanan pada Pengurus Kilang yg dia tidak sempat mengucapkan selamat tinggal.

Terus je EH berjalan….tapi ditahan olih IW….IW mahu EH memberitahu sebabnya….Kata EH…apa yg IW mahu dia katakan?….apa yg IW fikir dia boleh buat tentang semua ini…kenapa IW tidak memberitahu dia sebelum ini?…kenapa IW memperbodohkan dia….kenapa IW menjadikan dia begitu hina, begitu bodoh.  Dia sendiri akan meninggalkan rumah IW, kerana itu yg dia mahu, …dia tidak mahu diusir olih IW.  Mahu dia pergi…tapi sekali lagi ditahan olih IW……IW mengambil bag dari EH dan menyuruh adik2 EH masuk kedlm, dan naik keatas untuk tidur.  Dia akan membawa EH masuk kedalam.  Di luar EH tidak berhenti2 menangis….sehingga IW datang.

IW memberitahu yg EH dulu datang bekerja disitu sesuka hatinya, tetapi dia tidak boleh meninggalkan  tempat itu hanya kerana itu yg dia mahu….lagi pun dia presiden syarikat tu.  Kata EH….kalau begitu, dia terpaksa menyerahkan surat perletakkan jawatan dan mendapat kebenaran IW, baru dia boleh pergi?  Jawab IW…..tidak!!..dia tidak boleh melangkah keluar setapak pun tanpa kebenaran IW.   Jgn risau, katanya, dia boleh  duduk mendengar musik siang dan malam, tanpa berbuat apa2.  Tanyanya lagi pada EH…pernahkah EH melihat dia menandatangani apa2 dokumen?  Dia tidak tahu apa yg EH dengar atau dari siapa,. Tapi jgn memperdulikannya…semua itu tidak akan berlaku.  IW kemudian mengeluarkan sapu tangan dia (dapat gak dia bagi sapu tgn ni) dan memberikan pada EH.  Kata EH…tak payahlah, dia boleh mengesatnya dgn tgn dia sendiri.  Berpaling IW pandang kat EH (kawan tu dah lah punya lama tunggu nak bagi…tiba2 minah ni tak nak lak)  Tanya IW…adakah sapu tgn dia ni bukan sapu tgn, tapi sapu kaki?:lol  EH  mengambil sapu tgn doktor, seolah2 memang ditunggu2nya diberikan pada EH.  Marah EH…kenapa IW marah?  Ambiknya sapu tgn IW, lapnya mata dia….senyum simpul IW tgk, sapu tgn dia digunakan olih EH…tiba2 muka dia berubah….bila Eh menghembuskan hingus dia kat sapu tgn IW.  Kata EH…IW dah gembira dia gunakan sapu tgn IW?….lepas tu dia bagi balik sapu tgn tu kat tgn IW.  Mengeluh IW.

Atuk pengerusi marahkan anak dia kerana membuat syarat pada kontrak syarikat IW. Kata makchik CEO ni dia tak suka kan EH. Tanya atuk ni. Siapa pemilik syarikat Tae Seong…dia ke?. Tergagap2 makchik ni jawab,…..yg dia tak suja EH tinggal serumah dgn IW., sedangkan IW mungkin akan berkahwin dgn ES.  Marah atuk,,,katanya takboleh kah dia mengasingkan hal peribadi dgn urusan kerja?.  Suruhnya bagi kontrak tanpa syarat pada IW.    Peguam atuk pengerusi datang dan atuk menyuruh masuk kebilik bacaan…macam biasa minah rimau ni ada saja menyelit nak dengar perbualan.  Lepas tu makchik CEO suruh dia buatkan air untuk tetamu.

Atuk pengerusi memanggil peguam untuk menukar wasiatnya. Dia akan memberikan  wang  secukupnya pada anak dan cucunya……sedangkan harta peribadinya akan didermakan.  Bila peguambertanya siapakah diantara cucu atuk pengerusi yg akan dilantik seabgai penggantinya…jawab atuk dia akan mencari seseorang yg boleh dipercayai, yg ikhlas yg dapat menguruskan syarikatnya, malah dia akan mengajar dan menjadikan dia tokoh yg disegani.  Bila ditanya sudahkah dia menemui oang tersebut?…..jawab atuk pengerusi…. Yg dia sudah jumap dan sedang mengawasinya…..dan dia menyebut nama IW….Atuk sudah menyiasat mengenai IW dan dia berpuas hati dgn prestasi IW.  Dia akan melihat perkembangan IW dalam masa 2.3 tahun ini.   Semua ni didengari olih KH dibalik pintu yg sengaja mahu mengetahui tajuk perbincangan atuk dgn peguamnya setelah dia menghantar minuman.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 11:04 PM | Show all posts
sebab semalam cuti... dapatlah aku menegok skit citer ni... tapi kena berebut tv dgn mak aku... dia nak tgk citer lain:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.076919 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list