CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
Post time 16-2-2007 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 16-2-2007 08:20 AM
Singapura : 16 Februari 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax/print.jpg  Mudah cetak | E-melLAGI KES WANITA SINGAPURA DIROMPAK DI JOHOR BAHRU Beg tangan berisi pasport, IC dan wang ...

'Saya terus pekik dengan sekuat-kuatnya: 'dia curi beg saya, kejar, kejar', tapi semua orang di situ pekakkan telinga saja,' katanya, yang mengalami bengkak di tangan kiri akibat kejadian itu.<-- mungkin yg makan kat situ memang orang orang pekak atau polis yg keluar makan

'Setelah dua jam menunggu, polis tak muncul-muncul. Seorang ustaz dari sekolah anak saya kemudian menaiki skuternya pergi ke balai polis yang berdekatan tapi diberitahu tiada pegawai polis dapat melayannya kerana mereka semua telah keluar makan,' kata jurujual uniform sekolah itu lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 16-2-2007 09:03 AM

'Saya terus pekik dengan sekuat-kuatnya: 'dia curi beg saya, kejar, kejar', tapi semua orang di situ pekakkan telinga saja,' katanya, yang mengalami bengkak di tangan kiri akibat kejadian itu.& ...


tak efficient langsung polis
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:10 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by gadis_aries at 16-2-2007 09:05 AM


tak efficient langsung polis
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 16-2-2007 08:18 AM
Singapura : 16 Februari 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax/print.jpg  Mudah cetak | E-melRASUAH: JEL, DENDA BAGI PEGAWAI ICA Oleh
Khalid Khamis

SEORANG bekas pegawai pakar ...


dua kes kan? so...

Hidup Melayu
Hidup Melayu lagi sekali
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 16-2-2007 09:10 AM

jgn cakap kuat kuat.. nanti orang sana tak terima..


it's the true fact
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 16-2-2007 08:19 AM
Singapura : 16 Februari 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax/print.jpg  Mudah cetak | E-melMAHKAMAH PUTUS PELAJAR MADRASAH BUNUH DIRI Oleh
Khalid Khamis

PELAJAR madrasah ber ...


get it over with la...
tuhan je tahu..
paling important mintak2 arwah tu selamat kat sana...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2007 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 16-2-2007 09:03 AM

'Saya terus pekik dengan sekuat-kuatnya: 'dia curi beg saya, kejar, kejar', tapi semua orang di situ pekakkan telinga saja,' katanya, yang mengalami bengkak di tangan kiri akibat kejadian itu.& ...



agak jadual makan sana gitu gak nye, nak makan smua makan ramai2...

ada tempat, ikut giliran, take turn gi makan so ada orang still around la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 16-2-2007 09:35 AM



agak jadual makan sana gitu gak nye, nak makan smua makan ramai2...

ada tempat, ikut giliran, take turn gi makan so ada orang still around la...



kalau kat s'pore buat mcm ni....confirm kena complain dgn public....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 09:50 AM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 16-2-2007 09:36 AM



kalau kat s'pore buat mcm ni....confirm kena complain dgn public....



lain tempat lain ler...

so cam kita sporean masuk msia, kena ikut rentak dorang...
tak bleh expect msia tu smua cam spore.
tak suka, jangan masuk...gi batam
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 16-2-2007 09:35 AM



agak jadual makan sana gitu gak nye, nak makan smua makan ramai2...

ada tempat, ikut giliran, take turn gi makan so ada orang still around la...


kalau bomba macam gini jugak.. mampos hangus
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 16-2-2007 09:34 AM


get it over with la...
tuhan je tahu..
paling important mintak2 arwah tu selamat kat sana...

budak belum baligh.. Allah aje lah selamat kan dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 16-2-2007 09:36 AM



kalau kat s'pore buat mcm ni....confirm kena complain dgn public....

tak mungkin spore macam gini...

mampos wong kan seng bantai
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 01:47 PM | Show all posts
untuk kak b (peminat mawi)......berita santai-santai ajer







credit to vm............
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 01:52 PM | Show all posts

Reply #313 NBI86's post

thanks NB..

sejuk perut mak dia mengandung..

kan Mawi ni budak baik.. imam lagik

sebab tu aku sayang dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 16-2-2007 09:50 AM



lain tempat lain ler...

so cam kita sporean masuk msia, kena ikut rentak dorang...
tak bleh expect msia tu smua cam spore.
tak suka, jangan masuk...gi batam

kalau nasib tak baik....batam lagi teruk.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 10:58 PM | Show all posts
Singapura : 17 Februari 2007   
  
TANGAN TERSEPIT PINTU BAS
Lebih dua minggu kemudian jari terpaksa dipotong dek kencing manis

Oleh
Shamsul Jangarodin

BAGINYA, malang tidak berbau.

Sudahlah beliau kehilangan dompet, kini jari manis kanannya pula terpaksa dipotong.

Semuanya gara-gara cuba mengutip duit syiling yang terjatuh dalam bas SBS Transit khidmat nombor 21 sewaktu hendak turun daripada bas tersebut pada 10 Januari lalu.

Akibatnya, tangan Encik Jamal Ismail, 51 tahun, tersepit apabila pintu bas itu tutup dan bas mula bergerak.

Luka di jarinya yang setakat koyak kian melarat dan terpaksa dipotong kerana sakit kencing manis yang dihidapinya.

Beliau yang kini tidak bekerja dan ditemui selepas menjalani rawatan lanjutan di Hospital Besar Changi baru-baru ini berkata:

'Waktu tangan saya tersepit, saya terperanjat. Saya tertanya-tanya macam mana pintu bas boleh tutup. Saya menarik tangan saya keluar dan jari saya terluka.

'Saya cuba mengejar bas tersebut kerana saya pasti dompet saya turut tercicir di bas itu tetapi saya mula mengah dan rasa letih. Saya kemudian duduk di tepi jalan memikirkan sama ada kad pengenalan saya juga tercicir dalam bas itu,' ujar beliau yang pernah menjalani pembedahan lencongan jantung.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 10 malam 10 Januari lalu, Encik Jamal yang dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Pasir Ris kemudian ke Pusat Tukaran Bas SBS Transit Pasir Ris untuk mencari dompetnya.

Di sana beliau dinasihati seorang pegawai SBS Transit agar membuat laporan polis.

Beliau melaporkannya di pondok polis Hospital Besar Changi (CGH) keesokan harinya tentang kehilangan dompetnya.

Pihak polis mengesahkan laporan Encik Jamal.

'Jari saya semakin bengkak dan saya dimasukkan wad selama enam hari di CGH,' tambah Encik Jamal.

Sekitar 16 hari kemudian, doktor mendapati lukanya bertambah teruk dan hujung jarinya, sepanjang kira-kira tiga sentimeter, terpaksa dipotong.

Kini beliau yang baru bertugas sebagai pembakar sate sambilan bulan lalu tidak dibolehkan bekerja atas arahan doktor.

'Saya sudah habiskan sekitar $3,000 membayar bil perubatan saya. Saya tidak inginkan apa-apa tetapi jika dapat bantuan sementara saya sembuh dan mampu bekerja semula.

'Saya sedih memikirkan keadaan saya dan saya harap semua ini tidak berterusan,' tambahnya sambil mengesat air mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2007 11:01 PM | Show all posts
Singapura : 17 Februari 2007   

KES BROKER KERETA LESAP

LELAKI DIDAKWA PECAH AMANAH $14,000
Oleh
Khalid Khamis

SEORANG broker kereta yang diburu polis sejak 2005 akhirnya diheret ke mahkamah semalam.

Azman Othman, 44 tahun, yang dipercayai melarikan wang ramai pemilik kereta, dikenakan satu tuduhan pecah amanah.

Menurut kenyataan pertuduhan, dia menggelapkan $14,135 wang sebuah syarikat penjual kereta, AM Motors, di Blok 117 Aljunied Road pada 22 November 2003.

Dalam kes itu, Azman, yang bertindak sebagai broker persendirian, didakwa menerima wang daripada seorang pelanggan bagi tokokan tukar beli keretanya.

Azman, yang berbadan gempal, diberkas polis Rabu lalu di pekarangan sebuah sekolah menengah di Chai Chee Lane ketika menyaksikan satu perlawanan bola sepak.

Dia diberkas hasil maklumat daripada seorang lelaki yang mendakwa menjadi mangsanya.

Azman, yang menggunakan tongkat dan terhincut-hincut serta memakai penyokong leher di mahkamah semalam, tidak membuat sebarang pengakuan dan merancang untuk mengambil khidmat seorang peguam.

Hakim Daerah, Cik Danielle Yeow, diberitahu pihak pendakwa raya bersedia mengenakan tuduhan ringan terhadapnya jika dia mahu mengaku bersalah.

Wang yang dikatakan digelapkannya belum dikembalikan.

Kesnya akan didengar lagi pada 23 Februari dan Azman direman kerana tidak dapat membayar ikat jamin $15,000.

Berita Harian difahamkan pada April 2005 satu waran tangkap dikeluarkan ke atas Azman kerana tidak menghadiri mahkamah berhubungan kes memandu ketika diharamkan.

Dia sekali lagi dikenakan waran tangkap pada November 2005 kerana tidak hadir di mahkamah bagi kes membabitkan majlis bandaran.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2007 12:37 AM | Show all posts
BERITA MINGGU

18 Feb 2007

Pencarum dapati wang CPFnya 'lesap'

Selepas bercerai Encik Anuar Ahadun hanya menyimpan satu harapan - mulakan hidup baru dgn membeli flat lain.

Tetapi harapan tersebut terpaksa beliau pendam selepas mendapati wang dlm Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yg beliau kira-kira mempunyai baki hampir $50 000 hanya tinggal sekitar $5 000 sahaja.

Drebar peribadi berusia 41 tahun ini berasa kurang sedap hati dan syak tentu ada sesuatu yg tidak kena dan lantas meneliti setiap nombor pada penyata CPFnya.

Ketelitian memeriksa penyata skim pelaburan menerusi CPF pada 6 Oct lalu terbukti tidak sis-sia.

Beliau dapati wang berjumlah lebih $41 000 telah dipindahkan pada syarikat insurans Great Eastern bagi membeli polisi insurans Ogos tahun lalu.

"Memang saya terperanjat. Bila masa saya beli polisi insurans?. Saya juga hairan bagaimana pihak syarikat insurans boleh menjual polisinya kepada pelanggan yg tidak tahu menahu mengenainya"

"Saya belek-belek penyata CPF itu dan entah macam mana saya boleh teringat kepasa kod Singpass saya yg mungkin telah disalahgunakan oleh orang yg rapat dgn saya utk membeli polisi berkenaan" cerita Encik Anuar dgn penuh kesal.

Menurutnya,hanya bekas isterinya tahu nombor kad pengenalan dan kod Singpass beliau. Mereka bercerai pada penghujung 2005.

Dengan nada penuh tidak puas hati berbaur marah, Encik Anuar membuat laporan polis keesokan harinya dan mendapatkan bantuan Bilal Consultants,  firma perunding cara dan timbang tara.

Beliau yg menetap di Sembawang, kemudian menelepon pejabat Great Eastern utk mengadukan masaalah pembelian polisi insurans secara haram itu.

" Para  pegawai itu sendiri terperanjat kerana orang yang dulu datang membeli polisi insurans atas nama saya berbeza dengan diri saya.

"Setelah saya terangkan duduk perkara sebenar, barulah pegawai itu sedar bahawa pihaknya telah melakukan kesilapan.... tidak memeriksa dengan teliti butir-butir diri pelanggan," tambah Encik Anuar.

Menurutnya, dua pegawai syarikat insurans itu cuba memujuknya supaya jangan membuat aduan kepada pihak atas tetapi beliau menolaknya.

Pemeriksaan ke atas pelbagai dokumen berkaitan pembelian insurans itu, menunjukkan tanda tangan Encik Anuar telah dipalsukan.

Beliau telah mengenal pasti pihak yang terlibat dalam pemalsuan urusan membeli insurans tersebut.

Namun, beliau kurang pasti tujuan pelaku berbuat demikian tetapi yang jelas komisennya tinggi iaitu sekitar $800.

Encik Anuar bimbang sikap sambil lewa syarikat insurans itu terhadap simpanan CPF yang begitu bererti bagi hari tua pelanggan.

Pengurus Great Eastern, Encik David Neo, ketika dihubungi menyatakan beliau sedar mengenai masaalah yang menimpa Encik Anuar itu tetapi tidak mahu mengulas lebih lanjut.

" Saya rasa tidak sesuai memberi komen sekarang ini kerana pihak polis sedang menjalankan siasatan." tambahnya




EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE



Teliti identiti pencarum, firma insurans diberi amaran


SYARIKAT-SYARIKAT insurans mesti memeriksa dengan teliti identiti pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) sebelum menerima permohonan bagi meyertai perbagai skim pelaburan berkaitan dengan insurans.

Ini bagi memastikan wang CPF hanya dikeluarkan atau dipulangkan kepada akaun CPF yang betul.

Demikian penjelasan Lembaga CPF apabila diminta mengulas kes Encik Anuar Ahadun yang mendapati sebahagian besar wang simpanan CPFnya telah digunakan untuk membeli polisi insurans tanpa pengetahuan beliau.

Menurut Lembaga tersebut,beberapa langkah pemeriksaan lain juga perlu diambil dan ini termasuklah notis premium dan penyata yang dihantar oleh pihak insurans, ejen-ejen bank dan Lembaga CPF.

Bagi memastikan setiap syarikat mematuhi peraturan tersebut, mereka dikenakan pemeriksaan audit oleh auditor luar masing-masing.

Pada umumnya, menurut Lembaga CPF< jika didapati cuai,  syarikat-syarikat insurans terlibat diperlukan membayar kos dan memulangkan semula sepenuhnya wang yang telah dikeluarkan termasuk faedah.

Syarikat terlibat juga boleh digantung daripada menawarkan produk-produk baru atau daripada menerima sebarang bayaran baru.

[ Last edited by  fatz at 18-2-2007 12:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 11:19 AM | Show all posts
credit to vm.........



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 08:21 AM | Show all posts
Luar Negara : 21 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
IBU JERUT LEHER ANAK HINGGA MATI DEK CEMBURU

GEORGETOWN: Seorang ibu dipercayai menjerut leher dua anak lelakinya sehingga mati dengan wayar seterika kerana marah apabila mengetahui suaminya ingin berkahwin lagi dalam kejadian di Taman Indah, Batu Maung, Ahad lalu.

Suri rumah berusia 30 tahun itu dipercayai menjerut leher dua anak lelakinya yang berusia 6 tahun dan 17 bulan antara jam 11 malam Ahad lalu hingga 6 pagi kelmarin.

Mayat kedua-dua beradik itu - Muhammad Alif Hakimi, 6 tahun, dan Muhammad Alif Hazimi, 17 bulan - ditemui terlentang bersebelahan satu sama lain di atas katil dalam sebuah bilik.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin, berkata wanita itu menghantar SMS kira-kira jam 11 malam Ahad lalu kepada suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori supaya pulang segera tetapi mesejnya tidak dibalas ayah kanak-kanak malang itu.

Katanya, wanita itu kemudian menelefon dan mengugut akan membunuh dua anak mereka jika suaminya tidak pulang ke rumah sebelum 11.30 malam.

Superintendan Mohd Hatta berkata suami wanita itu pulang ke rumah pada 11.45 malam, tetapi tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk menimpa anak-anaknya selepas melihat kedua-dua anaknya tidur di dalam bilik.

'Dia yang tidak mengesyaki apa-apa, terus masuk tidur dalam bilik lain sehingga dikejutkan polis yang datang ke rumahnya kira-kira jam 7.40 pagi selepas menerima laporan ada kes bunuh di rumahnya.

Difahamkan, wanita terbabit memberitahu jirannya bahawa dua anaknya sudah mati dibunuh. Polis kemudian menerima maklumat daripada jiran suspek mengenai kes pembunuhan itu dan menghantar sepasukan polis ke tempat kejadian.

Pakar Forensik, Datuk Dr Bhupinder Singh, yang melakukan bedah siasat mengesahkan bahawa dua kanak-kanak itu mati akibat dijerut.

Satu laporan agensi berita Bernama semalam berkata polis telah menahan reman ibu bapa kanak-kanak itu selama 10 hari.

Superintendan Mohd Hatta berkata pasangan itu ditahan di hadapan Majistret Shahrizat Ismail di ibu pejabat Polis Barat Daya di Balik Pulau pagi semalam bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pembunuhan itu. - BHM, Bernama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.068693 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list