|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS ♥ Mila - Journey To Bulgaria (May)
[Copy link]
|
|
Dia nak bercinta - Mila
Oleh HARYATI KARIM dan FAIZAL SAHARUNI
--------------------------------------------------------------------------------
SUSUN atur langkahnya kelihatan begitu pantas sekali! Bermula dengan menyanyi di kelab malam, seterusnya bergelar juara AF5 dan kini telah pun lahir dengan sebuah album yang berjudul Persis Mutiara.
Laluan seni yang dijejaki gadis bernama Nursyarmilla Jirin atau Mila, 21, tampak mudah dan memakan masa yang pendek untuk menggapai sinar glamor dan juga bergelar seorang selebriti.
Sungguhpun inilah yang di idamkan Mila, tetapi di sebalik setiap kejayaan dikecapi ia turut membawa awan hitam yang sudah semestinya memberi impak dalam kehidupan dan kerjayanya sebagai seorang insan seni.
Walaupun mempunyai imej yang bersih, tetapi akhir-akhir ini namanya mula mengisi ruangan gosip di dada-dada akhbar.
Bermula apabila dia dikatakan putus kasih dengan Ebi dan yang terkini dia dikatakan memiliki seorang kekasih yang berusia atau lebih tepat lagi seorang sugar daddy!
Biar betul perkhabaran ini! Kosmo! tanpa berlengah cuba mendapatkan kesahihan tentang berita hangat ini daripada mulut Mila sendiri.
Namun seperti yang dijangkakan, Mila bijak menyusun atur setiap bait perkataan supaya tidak mengguris dan menghiris hati orang yang dekat dengannya.
"Itu tidak benar sama sekali! Mila tidak ada kekasih sekarang ini, macam mana pula boleh timbul Mila berkasih dengan orang berusia.
"Mila tahu cerita ini keluar (punca) daripada mana. Mila tidak kisah orang nak cakap apa pun cakaplah," ucap Mila.
Sudah lama kenal
Apabila diminta menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana cerita ini boleh timbul dan siapakah sebenarnya lelaki Cina yang berusia itu dan mungkinkah dia merupakan orang yang dikatakan pernah menaja kehidupan Mila?
MILA enggan cepat melenting dengan pelbagai gosip yang melanda dirinya sejak akhir-akhir ini.
--------------------------------------------------------------------------------
Gadis genit ini dengan tenang menjawab: "Sebenarnya lelaki berusia yang dikatakan sebagai kekasih dan sugar daddy Mila itu adalah orang yang sama.
"Dia merupakan rakan kongsi Mila dalam syarikat yang baru Mila tubuhkan iaitu Mc Voices Star dan dia merupakan sahabat kepada ayah Mila sendiri.
"Dulu sebelum masuk Akademi Fantasia 5 (AF5) pun dia ada tengok Mila nyanyi di kelab malam, kami dah lama kenal.
"Malah Mila juga kenal rapat keluarganya termasuklah isteri dan anak-anaknya. Boleh katakan dia antara sahabat keluarga Mila, itu saja," ujarnya tanpa berselindung.
Tambah Mila lagi, isu ini timbul apabila orang ramai tersalah anggap akan hubungannya dan lelaki terbabit.
Ini berikutan keterbukaan Mila untuk mengakui bahawa lelaki tersebut merupakan rakan kongsinya, dan ia menguatkan khabar angin yang kurang enak itu.
"Cerita ini timbul sebab orang tersalah erti apabila dia terbitkan dua klip video Mila yang berjudul Ilham Di Mata dan Aku Lebih Tahu, sedangkan dia adalah rakan kongsi Mila dalam syarikat Mila.
"Orang salah faham sebab dia terlibat secara langsung dalam pembikinan klip video dan syarikat Mila. Keluarga Mila pun tahu kebenarannya," luah Mila.
Ulas Mila lagi, lelaki tersebut hanya membantu untuk memajukan lagi bidang perniagaan yang mula diceburinya.
"Dia nak bantu Mila sebab dia tahu tentang perniagaan, jadi dia bagi hala tuju pada Mila untuk menuju setapak lagi dalam kerjaya sebagai ahli perniagaan," katanya.
Peminat tahu kebenaranSaat cerita-cerita kurang enak ini menerjah kepadanya, dia pada mulanya turut merasa gundah gulana.
Apa tidaknya, Mila dicalonkan dalam dua anugerah untuk Anugerah Bintang Popular (ABP), bahkan banyak juga majlis besar yang sedang menantinya seperti Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Mungkinkah dengan gosip ini peminat akan mula berpaling daripada terus menyokongnya?
"Dia pun dah lama terlibat dan fan club Mila, peminat yang rapat dengan Mila pun dah kenal dia. Jadi bila keluar cerita ini, mereka (peminat) pun sudah tahu kebenarannya.
"Cuma orang yang tidak kenal dengannya dan Mila sahaja yang tolong sebarkan berita ini.
"Mila terkejut juga pada mulanya tetapi berkat sokongan daripada keluarga dan peminat, buat apa nak melenting. Mereka sentiasa ada untuk Mila, itu sudah cukup untuk menyakinkan Mila.
"Bahkan Mila juga sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki, insya-Allah, Tuhan akan tunjuk jalan sebenar kerana Mila sentiasa terima apa sahaja yang diperkatakan orang" balasnya lagi.
Tak jadi bercinta dengan Ebi
Justeru, apa pula kata Mila tentang khabar angin antara dia dan Ebi?
--------------------------------------------------------------------------------
Khabarnya, Mila tidak sanggup untuk berjauhan dengan Ebi dan tidak dapat menerima perpisahan mereka. Betul ke?
"Seingat Mila tidak pernah mengaku pun bercinta dengan dia (Ebi). Mila akui rapat dengan dia. Memang betul dia nak bercinta dengan Mila.
"Kami dalam proses nak kenal kerana Mila tidak mudah untuk jatuh cinta. Dalam sesi pengenalan itu pula ada benda yang membuatkan Mila tak pasti dengannya, jadi kami pun tak jadilah nak bercinta," tuturnya membuka segala rahsia.
Katanya lagi, di saat-saat sekarang dia tahu ada pihak yang cuba memburuk-burukkan dirinya.
"Macam-macam cerita keluar, apa yang penting Mila tahu Mila di pihak yang benar. Peminat sekarang sudah bijak untuk menilai mana yang betul dan tidak," bicaranya.
Berangkat ke Bulgaria
Dalam pada itu, Mila yang baru mengeluarkan album sulung, akan berangkat ke Bulgaria pada awal Mei ini untuk mewakili Malaysia dalam The Discovery International Pop Festival (IPMF) 2008 yang turut disertai 42 buah negara lain.
Mila yang sememangnya sebati mendendangkan lagu pop mengakui terkejut saat diberitahu pihak pengurusannya, Maestro Talent & Management bahawa dia yang terpilih untuk menyertai IPMF pada tahun ini.
"Saya difahamkan, penyanyi yang memasuki IPMF bukannya calang-calang, malah pemilihan mereka dilakukan berdasar kredibiliti seseorang artis.
"Apa yang saya tahu, Maestro ada hantar penyertaan ramai artis, tapi rupa-rupanya saya yang terpilih.
"Memang tidak sangka langsung," ujarnya.
Selain itu, Mila juga merupakan salah satu peserta yang bakal beradu bakat dalam pertandingan Ikon Malaysia yang akan bermula pada pertengahan tahun ini.
Nampaknya, walaupun di uji dengan pelbagai ujian, Mila tetap tenang dan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Dia mengaku cerita kali ini merupakan tamparan hebat sepanjang bergelar insan seni.
"Mila tidak pernah terima dugaan seperti ini, apa pun Mila kena bijak untuk atasinya dan jangan cepat melenting kerana ini baru permulaan sahaja.
"Apa yang saya boleh katakan ini merupakan satu pengajaran kepada saya. Alhamdulillah saya tidak terjebak dalam percintaan, lebih baik saya fokus pada kerjaya sahaja," tuturnya mengakhiri bicara. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanx Tira tlg tepekkan artikel tuh...
Off topik jap: PM nak gabungkan papan pertama dan papan kedua KLSE....Allah mak oi....aku x tau lah nak ckp mcm mane dah...betul ke aku dok malaysia skrg |
|
|
|
|
|
|
|
JGN LUPA KELAB POP PTG NI KUL 5..
REPEAT KUL 10 MLM..HANYA DI ASTRO RIA |
|
|
|
|
|
|
|
Mila @ ERA
kredits to adi's blog
Rabu 26 Mac 2008
Wow..hari ni kami ada Mila..heheh..topik har ni lak citer pasal GOSSIP..hehe..memang sesuailah dengan Mila sekarang ni yang tgh di landa pelbagai gosip..hehehe..biasalah dunia artis..Kiran lak hari ni tak dapat datang sebab sakit mata...semalam mata dia dah merah macam naga la..huhuhu..
Mila comelll |
|
|
|
|
|
|
|
Vote Aku Lebih Tahu di Baru @ ERA ---> HERE
* Currently macam ada masalah jer bila vote..bila tekan butang submit kluar error page
Kalau ikut undian minggu lepas:
Kedudukan Lagu | Nama Lagu & Artis | 1 | Aku - Aura 21 | 2 | Beat It - Fall Out Boy/John Mayer | 3 | Dua Menjadi Satu - Dafi/Gita Gutawa | 4 | Resah - Nitrus | 5 | Malam - Plague of Happiness | 6 | Sampai Bila - Shawal | 7 | Moga - Farhan AF4 | 8 | Anugerah Cinta - Lokman | 9 | H.U.J.A.N - Fazley | 10 | Kau Yang Bernama Cinta - Farah AF2 | 11 | Teman Istimewa - Taufik Batisha | 12 | Aku Lebih Tahu - Mila AF5 | 13 | Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk - Flava | 14 | Nyala - Aliff | 15 | Dejavu - Dr. Kronik | 16 | Takkan Menduakan Mu - Coco | 17 | Freakshow - Pop Shuvit/Dandee (Silk Sounds) | 18 | Bidadari - Silent Scream | 19 | Kerna Cinta - Saidatul Erma feat Amir Sofaz | 20 | Panas - Ifa Raziah | 21 | Fantastik - The Fabylous Cats | 22 | Bleeding Love - Leona Lewis | 23 | Kedamaian - Starduzz |
|
|
|
|
|
|
|
| |
|