Originally posted by koben19 at 17-6-2008 05:44 PM
weh apasal jersey saro fc lain dari yg lain..tak aci nih..:@
Oh dia ada VIP
nak jadi VP kita kena bayar guys
8 euro utk 3 bulan
banyak kelebihannya...antaranya boleh masukkan logo pasukan.
kuota pasukan diberi 3 utk liga peribadi
banyak lagi
Don,
Jadi penyokong pada sesebuah pasukan advantage pada yg ada VIP shaja, Kita akan tau apa juga setiap berita, beli player atau jual oleh pasukan yg kita sokong tadi. ( boleh juga utk mengintip kekuatan )
Guys, Xpert Pools masih menunggu pengurus2 pasukan yg berani mati buat tekaan!
Perlawanan ke 6 Pusingan 1 Liga Cari Xpert11 jam 3.30ptg
Preview:
1) Saja Saja F.C vs Rocky FC
Saja Saja F.C akan menerima kunjungan Rocky FC di Stadium Saja Saja F.C. Satu tugas getir bagi pasukan Saja Saja F.C apabila pendahulu liga pastinya ingin terus mengekalkan momentum kemenangan. Rocky FC dilihat bakal meneruskan rentetan 3 mata penuh jika pasukan tuan rumah tidak mengekang jentera tengah dan hadapan Rocky Fc yang telah meledakkan 7 gol dalam lima perlawanan.
Ramalan:
Saja Saja F.C 1 - Rocky FC 2
2) Saro FC vs josekobenrossi
Pasukan Saro FC menanti kunjungan pasukan josekobenrossi hari ini di Stamford Bridge. Pasukan josekobenrossi dilihat bakal menghadapi asakan bertali arus dari jentera tengah pasukan Saro FC. Bagaimanapun josekobenrossi dilihat boleh membuat kejutan jika berjaya merantai pemain perancang tengah tuan rumah.
Ramalan:
Saro FC 2 vs josekobenrossi 1
3) kg boy fc vc Pasukan Hebat Fc
Satu pertemuan yang dijangka sengit apabila Pasukan Hebat Fc bertandang ke Stadium Aku bagi menghadapi pasukan kg boy fc.Dengan rekod 2 kemenangan berturut-turut Pasukan hebat FC diramal bakal meneruskan kemenangan sekiranya pertahanan kg boy fc masih goyah sebagaimana mereka melepas 4 gol apabila tewas kepada Saro FC Isnin lepas.
Ramalan:
kg boy fc 1 vs Pasukan Hebat Fc 2
4) DonHenleyTough vs TeaM cAp AyaM
Pasukan DonHenleyTough masih mencari rentak selepas 4 kekalahan berturut-turut. Hari ini mereka akan menanti kunjungan TeaM cAp Ayam yang masih dalam mood kememangan selepas mengutip 3 mata pertama mereka Isnin lepas. Bagi DonHenleyTough, bermain di kandang sendiri sudah pasti ingin digunakan sepenuhnya bagi mengembalikan kepercayaan pengurusan kelab dan penyokong di Emrates Stadium.
Ramalan:
DonHenleyTough 2 - TeaM cAp AyaM - 2
5) Nasri Kawase FC vs korr FC
Perlawanan tumpun kali ini apabila Nasri Kawase FC menanti kunjungan pasukan korr FC di HanJihYe Stadion. Kedua-dua pasukan tewas pada perlawan Isnin lepas dan pastinya kdua-dua pasukan tidak mahu melihat episod duka itu berulang. Nasri Kawase FC dilihat mempunyai kelebihan bagi mengecewakan pasukan korr FC jika penyerang utamanya Th閛dore Celle berada di kemuncak prestasi.Tugas berat bagi pemain tengah utama korr FC, Mortimer Samuels bagi merencana sengat untuk barisan hadapan mereka.
Ramalan:
Nasri Kawase Fc 2 - korr FC 1
Tekaan Xpert Pools masih punya masa hingga 3.30ptg ini
menambah dana econ kepada yang menang
yang kalah ..makan pop corn!
Originally posted by srumut at 19-6-2008 09:47 AM
2) Saro FC vs josekobenrossi
Pasukan Saro FC menanti kunjungan pasukan josekobenrossi hari ini di Stamford Bridge. Pasukan josekobenrossi dilihat bakal menghadapi asakan bertali arus dari jentera tengah pasukan Saro FC. Bagaimanapun josekobenrossi dilihat boleh membuat kejutan jika berjaya merantai pemain perancang tengah tuan rumah.
Keputusan Rasmi Perlawanan ke 6 Pusingan 1 Liga Cari Xpert11 hari ini 3.30ptg tadi
Saja Saja F.C 1 vs Rocky FC 1
Saro FC 0 vs josekobenrossi 0 kg boy fc 4 vc Pasukan hebat Fc 2
DonHenleyTough 1 vs TeaM cAp AyaM 2
Nasri Kawase 1 vs korr FC 3
Beberapa keputusan upset berlaku
Saja Saja F.c makin menyerlah apabila mengikat Rocky FC 1-1
Saro FC gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri apabila seri 0-0 di Stamford Bridge
kg boy fc mencuri perhatian apabila menumbangkan Pasukan hebat Fc dg njaringan 4-2
DonHenleyTough gagal menyakinkan peminat apabila sekali lagi tumbang di laman sendiri kepada TeaM cAp AyaM 1-2
Kejutan terbesar apabila Nasri Kawase FC tumpas di gelanggang sendiri kepada korr FC 1-3
Makin sengit persaingan
beberapa pasukan mula bangkit
Keputusan Xpert Pools
Tiga team meneka dan ketiga-tiganya hanya beroleh satu tekaan betul!!!!>??????
memang beberapa keputusan upset menyebabkan Xpert Pool pun jadi upset!
ketiga-tiga team beroleh pulangan asal 100ribu econ
Manager paling bernilai diumumkan di biilik berita Liga Cari Xpert11
Musim pertama Xpert11 makin pantas berlalu sebelum Pusingan Kedua Liga bermula pada 03/07 nanti. Dengan berbaki 3 perlawanan lagi yang tinggal untuk Pusingan Pertama Liga, perlawanan-perlawanan antara kelab semakin sengit dan beberapa keputusan mengejut turut berlaku.
Antara yang menarik hari ini bagaimana Saja Saja F.C berjaya mengekang jentera tengah Rocky FC untuk berkongsi mata.
Pasukan josekobenrosi turut mencuri perhatian apabila mengikat pasukan tuan rumah Saro FC di Stamford Bridge.
Begitu juga korr FC dan TeaM cAp AyaM yang mencatat kemenangan selesa di gelanggang lawan.
Pasukan kg boy fc hari ini satu-satunya pasukan tuan rumah yang berjaya mengutip tiga mata penuh apabila menghentikan rentetan kemenangan Pasukan Hebat Fc dengan jaringan 4-2.
[img]%5BIMG%5D%5B/IMG%5D[/img] kedudukan semasa Liga selepas 6 perlawanan
Jadual perlawanan berikutnya:
Perlawanan ke 7 Pusingan 1 Liga Cari Xpert11: Isnin 23/06/08 Jam 3.30pm
1) josekobenrossi vs Pasukan Hebat Fc di Stadium Telok Anson
2) korr FC vs Saja Saja F.C di Stadium Giggsy Lane
3) Team cAp AyaM vs Nasri Kawase di Stadium ol Trapod
4) DonHenleyTough FC vs kg boy fc di Emrates Stadium
5) Rocky FC vs Saro FC di Stadium Sungai Penchala