|
SEMBANG SURI & BAKAL SURI-GATHERING BFT KAWIN<CHAPTER 22>
[Copy link]
|
|
Balas #300 syakira_hazenan\ catat
nape tak makan kat opis jer
rajinnyer la ko balik umah...
dekat erk? |
|
|
|
|
|
|
|
aku lunch mkn ns lemak pagi tadi jaa.. huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #302 caensem\ catat
|
|
|
|
|
|
|
aku mcm yipp?? ishhh.. daK aihhh.. yipp pinK.. aKu cekeLat muda |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #301 oreosz_neyz's post
umah-opis = 2km je... baik balik umh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #305 caensem's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #308 caensem's post
|
|
|
|
|
|
|
yip, td aku kol diana dulu, tny dia masak apa, bila dh tau, tu yg aku beli.. |
|
|
|
|
|
|
|
yuhuuu
jenguk kejap sini...
busy.........baru sempat nk mkn bekal.....huhuu dah kul4 erk...tk sedar |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #311 hudaini\ catat
jangan rajin sangat huda...
sian kat baby lapar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #312 oreosz_neyz's post
baby x lapar sejak ayh baby balik cuti,.. |
|
|
|
|
|
|
|
sian huDa.. baRu leh mKn ekk? bW bekaL apa? masak dari umah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #315 caensem's post
|
|
|
|
|
|
|
LELAKI 10 ISTERI MENGAKU SALAH ROGOL ENAM ANAK
Oleh
Khalid Khamis
SEORANG ayah yang mempunyai 10 isteri dan 66 anak mengaku bersalah merogol
enam anak perempuannya hingga dua daripada mereka hamil.
Lelaki berusia 45 tahun itu, yang menggelar dirinya ustaz, melakukan
kesalahan keji itu dalam tempoh lebih setahun antara Disember 2003 dengan
Jun 2005. Namanya tidak boleh disiarkan demi melindungi identiti mangsa.
Kesemuanya, dia menghadapi 43 tuduhan merogol tetapi pihak pendakwa
memfailkan sembilan tuduhan dengan baki 34 tuduhan diambil dalam
pertimbangan.
Mahkamah diberitahu, perbuatan sumbang mahram itu dilakukan di bilik salah
satu daripada tiga flat jumbo milik keluarga berangkainya.
Anak-anak perempuannya yang menjadi mangsa itu pula berusia antara 12
dengan 15 tahun. Kandungan dua anaknya itu terpaksa digugurkan.
Kesemuanya, tertuduh mempunyai 33 anak lelaki dan 33 anak perempuan.
Di Mahkamah Tinggi semalam, Hakim Tay Yong Kwang menolak permohonan
pendakwa raya, Encik Eugene Lee, agar menjalankan perbicaraan secara
tertutup. Menurutnya, perbicaraan boleh dilakukan dalam mahkamah terbuka
kerana mangsa tiada di mahkamah untuk memberi keterangan.
Lelaki berbadan kecil rambut beruban itu kelihatan tenang ketika tuduhan
dibacakan kepadanya.
Menurut surat pertuduhan, dia menggunakan ayat Al-Quran daripada surah
Al-Mukminin untuk 'mempunyai hak mutlak seseorang terhadap anak-anaknya
hingga dibolehkan mengadakan seks'.
Namun, rahsianya terbongkar selepas salah seorang anaknya itu membuat
laporan polis pada 24 Jun tahun lalu selepas mengadu tindakan ayahnya itu
kepada seorang kenalannya.
Dalam rayuannya, peguam bela, Encik Harold Seet, berkata anak guamnya
melakukan perbuatan itu kerana menghadapi masalah kewangan dan untuk
mencegah anaknya daripada bergaul dengan budak lelaki.
'Dia berfahaman jika dia dapat memuaskan nafsu anak-anak perempuannya,
mereka mungkin tidak bergaul dengan budak lelaki,' katanya.
Dua daripada enam anak perempuan yang menjadi mangsa kini berada di rumah
tumpangan budak perempuan.
Tertuduh yang memiliki syarikat pengangkutan, juga difahamkan menukar
fahaman Sunni kepada fahaman Syiah sekitar 1988. Dia juga difahamkan telah
menukar namanya sebelum ini.
Sementara itu, dua daripada isteri lelaki itu turut dilihat di mahkamah
selepas perbicaraan.
Seorang adik tertuduh pula berkata keluarganya tidak tahu-menahu tentang
kes tersebut.
Beliau, yang berusia 42 tahun dan sudah tujuh tahun tidak bertemu abangnya
itu, berkata: 'Nak ikutkan hati saya memang tak mahu datang ke sini, tapi
tak sampai hati, sebab buruk-buruk pun darah daging sendiri.'
Hukuman akan dijatuhkan Selasa depan tetapi Hakim Tay membayangkan
tertuduh boleh dikenakan hukuman rotan maksimum 24 sebatan, selain hukuman
penjara
ANAK JERIT KESAKITAN TAPI TIDAK DIENDAH
Dua anak hamil, ayah dan ibu bawa seorang ke Batam gugurkan kandungan
MEREKA menangis dan menjerit kerana kesakitan hingga berdarah, tetapi ayah
mereka tidak mengendahkannya dan terus merogol mereka.
Tanpa segan silu, si ayah berkata: 'Kau tahan saja, sakit sekejap saja.'
Kata-kata itu masih terpahat dalam ingatan enam remaja perempuan
adik-beradik yang menjadi mangsa nafsu buas ayah mereka itu.
Lelaki berumur 45 tahun itu melakukan perbuatan keji tersebut antara
Disember 2003 de ngan Jun lalu, ketika anak-anaknya berusia antara 12
dengan 15 tahun.
Dikatakan arif dalam tafsir Al-Quran dan fasih berbahasa Arab, lelaki itu
berjaya meyakinkan 10 isterinya, dengan menyalahtafsirkan ayat dalam Surah
Al-Mukminin, bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap anak-anaknya,
termasuk melakukan hubungan seks, atau sumbang mahram, dengan anak-anak pe
rempuannya.
Alasannya diperkukuhkan dengan helah kononnya dia berniat untuk
mendisiplinkan anak-anaknya, yang diberitahu sudah mula bergaul dengan
budak-budak lelaki.
Satu demi satu anak-anaknya dipanggil masuk ke biliknya untuk memuaskan
nafsunya.
Satu demi satu, jeritan kesakitan anak-anaknya yang masih suci kedengaran
dari luar bilik sedang isteri-isterinya duduk di luar menunggu mereka
keluar.
Tiada siapa membantah kerana terlalu hormat akan dia sebagai seorang ketua
keluarga dan 'guru agama' mereka.
Lebih setahun enam anaknya itu memendam perasaan mereka kerana tiada
tempat untuk mengadu. Mereka hanya dapat berkongsi pengalaman sesama
mereka.
Dua daripada mereka hamil akibat perbuatan ayah mereka..
Peguam bela lelaki itu, Encik Harold Seet, berkata dia juga bertindak
menggugurkan kandungan itu supaya anaknya tidak melahirkan cucunya
sendiri.
Salah seoarang daripada mereka didapati hamil lapan minggu pada 7 Mac
tahun lalu dan dua hari kemudian diarahkan supaya menggugurkan
kandangannya.
Pada 28 Mei lalu, seorang lagi anaknya hamil dan kali ini si ayah dan
beberapa isterinya membawa remaja itu ke Batam untuk menggugurkan
kandungannya.
Pengalaman pahit mereka berakhir apabila anak yang menjadi mangsa pertama
mengadu kepada seorang kawannya.
Dengan bantuan kawannya, remaja itu membuat laporan polis pada 24 Jun lalu
dan lelaki yang bak binatang bertopengkan manusia itu ditahan sehari
kemudian. |
|
|
|
|
|
|
|
ISTERI PUJUK ANAK SERAH TUBUH
ISTERI-ISTERINYA memujuk dan memaksa anak-anak perempuan mereka supaya
menyerahkan tubuh mereka kepada ayah mereka.
Setiap kali anak mereka datang teresak-esak dan mengadu sakit selepas
dinoda oleh ayah mereka, si ibu hanya memeluk dan memuji mereka kerana
'pengorbanan' itu.
Isteri-isterinya juga menjadi pengirim mesej setiap kali suami mereka mahu
melakukan perbuatan keji itu dengan salah seorang anaknya.
Dengan taat membabi buta, si isteri akan memujuk dan mengarahkan seorang
demi seorang anak mereka masuk ke dalam bilik, di mana ayah mereka
menunggu untuk menoda mereka.
Walaupun anak-anak mereka menggeleng kepala dan enggan melakukan perbuatan
keji itu, si ibu akan berusaha meyakinkan mereka bahawa itu merupakan
tanggungjawab mereka dan memujuk mereka supaya bertenang dan jangan
fikirkan apa yang akan dilakukan.
Jika mereka berdegil, si ibu akan berpura-pura kelihatan tertekan dan
hampir menangis.
Tidak sampai hati untuk melukakan hati ibu mereka dan menjejas hubungan si
ibu dengan ayah, si anak akhirnya bersetuju dengan berat hati.
Perbuatan keji itu bermula selepas lelaki tersebut menyatakan bahawa
sebagai seorang ayah dia mempunyai hak mutlak ke atas anak-anaknya.
Dalam salah satu kelas agama yang dipimpinnya untuk keluarganya, lelaki
itu berkata hak tersebut termasuk melakukan sumbang mahram.
Lelaki itu, yang mempunyai sijil yang melayakkannya mengajar kelas agama
dan pernah mengajar di beberapa institusi pendidikan di sini,
menyalahtafsirkan satu ayat dalam Surah Al-Mukminin untuk memperdaya
isteri-isterinya bagi memuaskan nafsu buasnya.
Apabila isterinya menyoalnya dan berkata dia mungkin tersilap, dengan
kata-kata manis lelaki yang pandai bercakap itu meyakinkan
isteri-isterinya bahawa perbuatannya itu dibenarkan mengikut Al-Quran.
Termakan dengan kata-katanya dan kerana terlalu menghormatinya sebagai
ketua rumah tangga dan 'guru agama' mereka, si isteri menuruti
perintahnya.
Malah, seorang daripada mereka juga ditugaskan memastikan anak-anak
perempuan mereka tidak dalam haid apabila diminta memuaskan nafsu ayah
mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
setan la bapak cmtu...
ni bkn apa, mmg nafsu binatang, tgk la ank dia ada brp.. :@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|