|
[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI
[Copy link]
|
|
sblh kg jawa dh ade air pancut warna warni tiap mlm hihii ..
cendol kg jawa masih di ati .. satay di warung blkg tu cpt bnr abis, satu-satunye sate yg bukak di waktu tghari kt mlk ni hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
sblh kg jawa dh ade air pancut warna warni tiap mlm hihii ..
cendol kg jawa masih di ati .. satay di warung blkg tu cpt bnr abis, satu-satunye sate yg bukak di waktu tghari kt mlk ni hehehe
cmf_Ax Post at 4-8-2009 10:37 
yg maner 1? yg depan kedai mamak masak x sedap tu ker? sbb jap lg i nak g kg jawa... amik baju raye da siap.....ley pekena satay tgh2 ari bute ni... hihi |
|
|
|
|
|
|
|
die kt surau blkg ... jln2 ke dlm sket kg jawa tu .. dkt kdai langsir kot .. |
|
|
|
|
|
|
|
die kt surau blkg ... jln2 ke dlm sket kg jawa tu .. dkt kdai langsir kot ..
cmf_Ax Post at 4-8-2009 14:56 
yg deret2 kdai buah tu ker? |
|
|
|
|
|
|
|
minder...kdai sate tu kat area blkng jek...dkt dgn sungai...nti dh msk xleh kuar..heheheh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Dlu ledai sate tu kat sbelah surai skng dah pindah kat lorong blakang umah flat kat kedai yg jual kain langsir tu. Tapi skng ni dah x slera lah nak makan kat citu rasanya cam keadaan skliling kotor je. Kembang tekak. Mee kari dia sedap wei. |
|
|
|
|
|
|
|
Keunikan Planetarium Melaka
Oleh nas norziela nasbah
[email protected]

PLANETARIUM Melaka menjadi satu lagi mercu tanda dan daya tarikan baru negeri Melaka selepas pembinaannya siap dan dirasmikan oleh Mohd. Ali Rustam di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini. - utusan / Gaie Uchel
MELAKA 10 Ogos - Keunikan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila menjejak kaki di Planetarium Melaka bernilai RM20 juta yang terletak berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.
Itulah pandangan pertama setiap pengunjung yang datang menyaksikan setiap pameran kerana mereka merasakan seolah-olah berada di satu alam yang menakjubkan.
Alam yang dimaksudkan adalah dunia aeroangkasa dan astronomi yang sememangnya menjadi tarikan utama dunia pada masa kini.
Bangunan yang tersergam indah di tengah-tengah pusingan bulatan MITC mencatat sejarah kerana tidak ada lagi bangunan yang didirikan di atas bulatan jalan raya.
Planetarium Melaka yang didirikan di tapak seluas 0.7 hektar itu menelan belanja berjumlah RM20 juta menjadikan bangunan ini sebagai planetarium tercanggih di Malaysia malah terbesar di Asia.
Saiz kubahnya 15 meter berbanding sembilan meter di Al-Khawarizmi dan lain-lain pusat sains yang terdapat di seluruh Malaysia.
Jika sebelum ini, pengalaman meneroka dunia sains angkasa boleh disaksikan di Al-Khawarizmi tetapi kini pengunjung boleh meluaskan lagi pengalaman dengan merasai Teater Angkasa yang menampung kapasiti 200 tempat duduk.
Tayangan selama 40 minit ini membawa pengunjung menikmati gabungan elemen audiovisual menggunakan peralatan canggih bernilai RM5 juta sudah pasti menjanjikan satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
Bangunan tiga tingkat ini menjanjikan pengalaman yang penuh dengan pameran pendidikan astronomi dan sains aeroangkasa selain teater angkasa yang ditempatkan di tingkat atas.
Planetarium ini mempunyai empat seksyen, antaranya, astronomi, angkasa lepas, simulasi dan fizik.
Reka letak bahan pameran, foto yang menghiasi dinding dan susun atur beberapa objek angkasa jelas menjadikan Planetarium Melaka sebagai Science Adventure Centre ' satu lokasi yang mesti dilawati bagi memberi peluang pengunjung untuk menerokai dunia aeroangkasa.
Antara keunikan yang boleh disaksikan di sini adalah model kapal angkasa Challenger yang dilancarkan ke angkasa lepas oleh Amerika Syarikat pada tahun 1983 hingga mengorbankan semua tujuh orang angkasawan.
Simulator model kapal angkasa ini hanya terdapat di Planetarium Melaka selain teleskop loyang halus tradisonal abad ke-18 serta jam matahari kuadran khatulistiwa antara bahan pameran yang terdapat di sini.
Rata-rata pengunjung yang hadir melahirkan rasa puas hati dan kagum apabila menjejak kan kaki mereka ke salah satu planetarium yang terbesar di rantau ini.
Seorang pengunjung, Mohd. Nazrin Shamsudin, 19, berkata, pengalaman meneroka dunia aeroangkasa ini sesuatu yang menarik dan tidak boleh dilepaskan.
''Sememangnya pengalaman meneroka alam ini memberi perangsang kepada pelajar khususnya mereka yang meminati bidang aeroangkasa dan astronomi.
''Saya sendiri meminati bidang ini dan sangat bangga kerana dapat menyaksikan pameran alam sains aeroangkasa di planetarium terbesar di Asia ini," kata pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UITM).
Menurutnya lagi, Planetarium Melaka ini memberi nafas yang baru dalam memperkenalkan dunia aeroangkasa selain menjadikan tempat ini sebagai pusat latihan aeroangkasa (aerospace training centre).
Bagi Nur Jannah Nasir, 22, berkata, dia yang mendapat tahu mengenai pembukaan Planetarium Melaka ini melalui papan tanda berasa teruja sebaik sahaja melangkah kaki masuk ke tempat itu.
''Pengalaman melihat sendiri bahan-bahan pameran mengenai aeroangkasa seolah membawa saya ke satu alam yang menakjubkan.
''Saya tidak pernah terfikir untuk menyaksikan teater mengenai alam sekeliling kita terutama apabila menyaksikannya saya berasa seronok dan lahir rasa sayu melihat kejadian Tuhan yang penuh bermakna itu,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan jadi Gajah Putih dah:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Taman Warisan Melaka
Post Last Edit by Syd at 19-8-2009 08:42
Taman Warisan Melaka produk baru pelancongan
MELAKA 18 Ogos - Taman Warisan Melaka (Melaka Heritage Park) bernilai RM30 juta bakal menjadi produk terbaru untuk melonjakkan Melaka sebagai industri pelancongan unggul di negara ini.
Taman itu akan memperlihatkan kegemilangan zaman silam Melaka seiring dengan status Melaka yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Julai tahun lalu.
Lebih unik, Taman Warisan Melaka itu akan memperlihatkan sebuah set yang dibina di atas pentas khas menyerupai kapal Belanda, De Nassau sebuah kapal VOC (Syarikat Hindia Timur Belanda Bersatu).
Kapal itu tenggelam pada 22 Ogos 1606 di luar pesisir pantai Melaka selepas bertempur dengan Portugis.
Selain itu, taman tersebut akan mengajak penduduk dan pelancong daripada semua peringkat usia untuk menghidupkan semula zaman kegemilangan Melaka menerusi satu pertunjukan teater secara langsung.
Pertunjukan tersebut turut memperlihatkan kehidupan sebenar rakyat negeri itu pada abad ke-15.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembinaan taman itu akan menjadikan Melaka terus unggul sebagai bandar raya pelancongan di negara ini dan di luar negara.
Menurut beliau, taman itu mempunyai keunikan tersendiri kerana ia dapat memberi maklumat kepada orang ramai mengenai sejarah silam Melaka yang menempuh zaman kegemilangan yang terpahat dalam lipatan sejarah.
"Saya percaya Taman Warisan Melaka akan menjanjikan satu lagi produk unik yang mampu menjadikan Melaka sebagai negeri pelancongan terhebat di negara ini.
''Melaka sudah memiliki pelbagai produk pelancongan dan dengan adanya taman ini, ia akan menambat hati pengunjung dari dalam dan luar negara terus menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan menarik,"katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Jatra Creative (Jatra) dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) di sini malam tadi.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Wira Hamdin Abdullah dan Jatra Creative diwakili oleh Saifful Azhar Sabaruddin.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kasih.
Taman Warisan Melaka adalah ilham Jatra dengan kerjasama Perzimdengan kontrak selama 15 tahun diberi untuk membangunkan tamanberkenaan.
Mohd. Ali berkata, Melaka adalah negeri bertuah kerana mempunyai banyak warisan dunia yang sangat unik.
''Di sinilah terletaknya rentetan sejarah yang berlaku semenjak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman Portugis, Belanda, penaklukan Jepun, era penjajahan British hingga kita mencapai Kemerdekaan,"katanya.
Katanya, semua rentetan itu dapat dilihat oleh orang ramai apabila Taman Warisan Melaka dibuka pada Januari tahun depan. |
|
|
|
|
|
|
|
2 lagi muzium baru di Melaka
MELAKA 20 Ogos - Kerajaan Melaka bakal memperkenalkan dua buah lagi muzium barunya di negeri ini sebagai tarikan pelancong pada masa depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dua muzium baru tersebut adalah Muzium Pulau Besar dan Muzium Kapal Selam.
Beliau memberitahu, peruntukan bagi penubuhan muzium itu disediakan melalui Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bersama Kementerian Pertahanan yang mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
''Dengan kelulusan itu, Melaka dapat menambah dua buah lagi muzium, sekali gus menjadikan 23 buah muzium di negeri ini," katanya di sini hari ini.
Katanya, kapal selam milik TLDM yang berpengkalan di Cherboug, Perancis sebelum ini digunakan oleh anggota pasukan keselamatan negara bagi tujuan latihan akan ditempatkan di Pulau Besar pada tahun depan.
Tambahnya, kapal selam jenis Augusta sepanjang 67.6 meter dan lebar 6.8 meter itu digunakan sebagai tempat latihan anak-anak kapal selam pertama negara, Scorpene atau KD Tunku Abdul Rahman.
Kapal tersebut, katanya, dijadual tiba di Selat Melaka pada 16 Disember ini dari limbungannya di Brest, Perancis.
''Kapal selam ini akan ditempatkan berhampiran Muzium Pulau Besar dan bakal menjadi muzium ke-22 di Melaka.
''Muzium ini sudah tentu bakal menjadi satu lagi tarikan terbaru di negeri ini dalam bidang pelancongan," kata beliau.
Mohd. Ali memberitahu, kos pembiayaan bagi membawa pulang kapal selam berkuasa diesel itu akan dibiayai oleh Kementerian Pertahanan manakala kerajaan negeri akan menanggung kos penempatan di Pulau Besar.
Katanya, dengan kehadiran kapal selam itu, Melaka kini sebaris dengan Rusia, Jerman, India, Australia, Perancis dan Indonesia yang mengubah suai kapal selam lama sebagai muzium.
''Kita akan mengambil contoh Muzium Kapal Selam di Jakarta, Indonesia untuk dibina di sini dan saya yakin ia mampu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Melaka," katanya.
Tambahnya, semua kerja mengubahsuai ruang dalaman kapal selam itu mengambil masa tiga bulan dan dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya menjelang April 2010. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau xd jaga tkt dtarik blk.... apa pon hdp mlk :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau Upeh, Padang Kemunting habitat kekal penyu karah

Petugas WWF–Malaysia melepaskan penyu karah yang telah dipasang satelit telemetri di pantai Padang Kemunting, semalam.
MELAKA 10 Sept. – Pulau Upeh dan Padang Kemunting dekat sini akan terus kekal menjadi habitat pendaratan penyu karah terbesar di Pantai Barat untuk bertelur dari bulan April hingga September setiap tahun.
Ketua Projek Pemuliharaan Penyu Karah Melaka-Tabung Hidupan Liar (WWF-Malaysia), Lau Min Min berkata, maklumat itu diperoleh hasil daripada kajian telemetri satelit yang telah dijalankan selama empat tahun ke atas lapan ekor penyu.
Menurut beliau, alat pemancar satelit berharga RM8,000 telah dipasang di atas badan penyu di Pulau Upeh dan Padang Kemunting sejak kajian itu bermula pada 2006.
‘‘Maklumat yang kita peroleh mendapati migrasi kesemua lapan ekor penyu karah setelah mendarat dan bertelur di Pulau Upeh akan menghala semula ke selatan iaitu berhampiran kepulauan Riau.
‘‘Hasil kajian telemetri satelit mendapati penyu-penyu tersebut menjadikan kawasan perairan kepulauan Riau dan Singapura sebagai tempat untuk mencari makan.
‘‘Selepas tiba musim bertelur dari April hingga September, kesemua penyu-penyu tersebut akan kembali semula sama ada mendarat di Pulau Upeh dan Padang Kemunting untuk bertelur,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Min Min, pihaknya dapat merumuskan itu adalah aliran pergerakan penyu-penyu karah sejak dari zaman penjajahan Portugis hingga sekarang.
Sehubungan itu katanya, kajian bagi tahun 2009 pihaknya telah memasang dua lagi alat pemancar satelit ke atas penyu yang mendarat di Pulau Upeh pada 25 Ogos lalu dan seekor lagi di Padang Kemunting pada 5 September lalu.
Menurut beliau, sepanjang tempoh musim bertelur sebanyak 50 ekor penyu karah akan silih berganti menuju ke dua destinasi tersebut untuk bertelur sepanjang tempoh April hingga September setiap tahun.
Sehubungan itu, Min Min berkata, kedua-dua kawasan itu mesti diwartakan sebagai kawasan perlindungan penyu karah dan santuari penyu bagi memastikan spesies itu kekal mendarat untuk bertelur setiap tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau upeh ni depan umah aku jerk
dah tambak ni aku rasa leh jalan kaki jerk kot nak gi sana masa air surut
penyu mendarat ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Pada aku tiketnya mahal. Kalau planetarium kat tanjung bidara tu lagi murah. Cerita lebih kurang sama je kot? |
|
|
|
|
|
|
|
ari2 aku lalu citu ... xde org dtg pon HAHAHHAHAHAHA |
|
|
|
|
|
|
|
Melaka Tawar Muzium Penjara Kepada Pelancong Untuk Bermalam
MELAKA, 30 Okt (Bernama) -- Melaka menawarkan satu lagi pakej pelancongan kepada pelancong untuk bermalam di Muzium Penjara di Bandar Hilir di sini bagi memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman kehidupan sebagai banduan.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata muzium penjara itu dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang 2012.
"Kerja-kerja mengubah suai Muzium Penjara itu dijangka bermula tahun depan sebaik pembinaan penjara baru di Sungai Udang berharga RM305 juta siap sepenuhnya pada Febuari 2010," katanya kepada pemberita sempena perasmian Bangunan Baru Sekolah Henry Gurney di Telok Mas, di sini pada hari Jumaat.
Perasmian bangunan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Wira Zulkifli Omar.
Mohd Ali berkata pakej bermalam di muzium penjara itu turut menawarkan pakaian yang dipakai oleh banduan serta penyediaan masakan dan makanan semasa di penjara.
Beliau juga berkata banduan juvana yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) akan ditawarkan bantuan pinjaman oleh kerajaan negeri bagi mereka meneruskan pengajian.
Mohd Ali turut mencadangkan agar Sekolah Henry Gurney yang wujud sejak 1949 dijadikan sebuah pusat pembelajaran bagi semua pesalah juvana sesuai dengan namanya iaitu "sekolah".
"Penghuni yang berjaya dari sekolah ini seterusnya boleh mengikuti pengajian tinggi institusi awam atau swasta yang banyak terdapat di Melaka untuk mendidik mereka menjadi manusia berguna," katanya.
Zulkifli berkata sehingga kini 45 orang pelajar sekolah itu melanjutkan pelajaran mereka di institusi-institusi pengajian tinggi.
Bangunan baru sekolah itu yang berharga RM19 juta antaranya menempatkan bangunan pentadbiran dan bangunan khas penghuni berisiko tinggi.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Melaka Duck Tours
Melaka Duck Tours tarik pelancong
Oleh Muhammad Hatim Ab Manan

MELAKA Duck Tours mengambil dan menurunkan pengunjung bertempat di Menara Taming Sari, Banda Hilir, Melaka.
Produk baru bawa pengunjung ke destinasi bersejarah
MELAKA: Industri pelancongan di negeri ini terus bersemarak dengan pengenalan satu lagi produk terbaru yang dikenal sebagai Melaka Duck Tours iaitu `kenderaan dua alam'. Produk itu yang pertama di negara ini dan kelapan ditawarkan di dunia sehingga ini.
Produk pelancongan yang mula beroperasi sejak beberapa hari lalu membawa pengunjung menaiki sebuah kenderaan yang direka khas untuk merasai pengembaraan melalui jalan darat dan laut bagi tempoh masa antara 45 hingga 60 minit dalam setiap perjalanan.
Duck Ventures Sendirian Berhad (DVSB) yang menerajui produk terbaru ini beroperasi setiap hari dan membuka kaunter tiket bersebelahan Menara Taming Sari serta memulakan perjalanan dari situ dengan menyediakan laluan khas untuk menaikinya.
Pengembaraan itu membawa pengunjung melalui laluan di sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka sebelum turun ke laut. Ia kemudian melalui sepanjang pesisiran Selat Melaka sehingga naik semula ke darat berhampiran Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka.
Sepanjang pengembaraan ini, pengunjung akan diberi penerangan oleh pemandu pelancong, Nurul Ain Abdul Rahim. Kenderaan ini dipandu oleh dua orang pemandu iaitu Muthu Arasan bagi pemandu di darat, manakala Abd Noh Ab Ibrahim bagi pemandu di laut.
Pengerusi DVSB, Akramuddin Abd Aziz ketika ditemui, berkata harga tiket untuk menaiki kenderaan berkenaan sebanyak RM38 seorang bagi dewasa manakala RM 22 seorang bagi kanak-kanak.
Katanya, sempena cuti sekolah pada kali ini, pihaknya pihaknya menawarkan pakej keluarga yang berharga RM100 dua dewasa dan dua kanak-kanak.
Beliau berkata, syarikat itu mensasarkan seramai 5,000 orang pengunjung akan menaiki kenderaan berkenaan dan sekali gus merasai pengalaman pengembaraan bersama Melaka Duck Tours ini sepanjang musim cuti sekolah.
"Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyokong sepenuhnya produk pelancongan terbaru ini. Kita berasa bangga kerana produk ini adalah yang pertama di Malaysia dan ke lapan di dunia, " katanya.
Akramuddin berkata, menjelang pertengahan tahun depan, dua lagi kenderaan bakal beroperasi bagi menampung keperluan yang dijangka meningkat.
Katanya, kenderaan berkenaan yang diimport dari Singapura dengan setiap satu bernilai RM2 juta.
Seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Loke Kim Mun, 40, berkata, beliau seronok membawa anak-anaknya merasai menaiki kenderaan dua alam itu.
"Anak-anak saya begitu gembira merasai pengalaman pertama menaiki kenderaan ini kerana ia boleh berjalan di atas darat dan menyusur ke laut sambil menikmati pemandangan indah di pesisir Selat Melaka," katanya yang datang ke Melaka selama tiga hari sempena cuti sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal nak mampos!
x hengen ak ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal nak mampos!
x hengen ak .....
nameloo Post at 2-12-2009 11:04 
klau mahal,
jngan la naik,
snang cter.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal nak mampos!
x hengen ak .....
nameloo Post at 2-12-2009 11:04 
mahal gak..tp kalo skali skali nek cuba apasalahnya..hahaa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|