|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: SUNSHINE IN SPRING BLOSSOMING ORCHARD
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 25-10-2024 07:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2024 08:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
“Life is trying things to see if they work.” – Ray Bradbury |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2024 08:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Success usually comes to those who are too busy to be looking for it. -Henry David Thoreau |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2024 08:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
“The way to get started is to quit talking and begin doing.” – Walt Disney |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2024 08:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
“The only limit to our realization of tomorrow will be our doubts of today.” – Franklin D. Roosevelt |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2024 08:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2024 08:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 25-10-2024 07:31 PM
Mlm ni masuk lg x
Masuk tapi lewat sikit, ni baru sampai kedai nk mkn jap |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2024 08:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mamanoni replied at 25-10-2024 08:32 PM
Masuk tapi lewat sikit, ni baru sampai kedai nk mkn jap
Ohh baru nk dinner.
Selamat menjamu selera. |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 25-10-2024 07:33 PM
Nini xde
Member ada dinner tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 25-10-2024 08:34 PM
Ohh baru nk dinner.
Selamat menjamu selera.
aah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2024 08:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mamanoni replied at 25-10-2024 08:34 PM
Member ada dinner tu
Yer, sekali sekala katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2024 08:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mamanoni replied at 25-10-2024 08:34 PM
aah
Nk mkn apa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2024 08:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
“The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams.” – Eleanor Roosevelt |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-10-2024 08:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
“Always remember, your focus determines your reality.” – George Lucas |
|
|
|
|
|
|
|
‘Nampak sangat classy Tengku Natasha, naik seri’
Tengku Natasya Puteri mengenakan busana berwarna biru cair pada Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Berinai malam ini.
PETALING JAYA – Orang ramai memuji kecantikan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan pada Istiadat Berinai yang berlangsung pada malam ini.
Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata pengguna terpegun melihat kecantikan isteri Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah selain turut memuji busana pengantin pada istiadat tersebut. “Cantiknya baju tu, naik seri pengantin sesuai sangat,” kata Afaa. “Terpegun tengok keanggunan Tengku Natasya. Beruntung Tengku Muhammad dapat isteri cantik,” puji Iszah. “Nampak sangat ‘classy’ Tengku Natasya, berjalan sambil diiringi gamelan,” kata Noh. Terdahulu, Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Puteri sah bergelar suami isteri dalam Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang semalam. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz dengan mas kahwin senaskhah al-Quran. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/25/nampak-sangat-classy-tengku-natasha-naik-seri/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dua wanita pekerja Tabib Adam ditahan, guna kaedah rawatan sesat
PENGUAT KUASA JAIM melakukan pemeriksaan dan merampas barangan kes berkaitan amalan Tabib Adam yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
MELAKA – Dua wanita yang merupakan perawat di pusat perubatan Tabib Adam di Masjid Tanah, Alor Gajah ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan dilakukan di premis berkenaan, semalam. Dalam serbuan bermula pukul 11.30 pagi sehingga 3 petang itu, wanita yang ditahan masing-masing berusia berusia 38 dan 44 tahun. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, penahanan wanita terbabit dibuat selepas disyaki melakukan rawatan menggunakan kaedah yang diwartakan sesat. “JAIM telah menerima aduan awam yang menyatakan bahawa pusat perubatan Tabib Adam atau Adam Isa masih beroperasi walaupun telah ada fatwa pengharaman yang diwartakan di negeri Melaka. “Ketika pemeriksaan dilakukan kita telah menemui dua anak Tabib Adam serta dua perawat wanita yang kemudiannya ditahan selepas disyaki melakukan aktiviti perubatan yang diwartakan sesat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Ujarnya, penahanan itu dibuat mengikut Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 iaitu menghina agama Islam dengan mengingkari atau melanggar fatwa yang diwartakan negeri Melaka.
Mengulas lanjut beliau berkata, dalam serbuan itu pihak JAIM turut merampas barangan kes termasuk papan tanda di pagar masuk, buku resit, ubat-ubatan dan risalah berkaitan produk kesihatan. “Pemeriksaan dilakukan di pusat rawatan, tempat jualan ubat dan rumah pengasas tersebut. Kita dapati pusat rawatan itu serta jualan tidak lagi beroperasi. “Semua masyarakat Islam dinasihati agar menjauhi amalan dan kaedah perubatan Pusat Perubatan Islam Jarak Jauh Sunan Kalijaga atau apa-apa nama amalan serta kaedah perubatan lain dijalankan oleh Adam Isa atau pengikutnya yang telah diwartakan sesat,” katanya. Pada 14 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan pengamal perubatan dikenali sebagai Tabib Adam yang dipercayai menerima kira-kira 50 pesakit setiap hari di pusat perubatannya di Masjid Tanah, Alor Gajah bagi melakukan pelbagai rawatan termasuk membuang saka diwartakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa negeri.Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, perkara itu telah ditetapkan pada 12 September lalu selepas hasil kajian dan laporan dibentangkan dalam muzakarah mendapati rawatan yang dilakukan di pusat tersebut mempunyai elemen keraguan termasuk menyeru makhluk halus. Ujarnya, susulan itu pihaknya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk mengambil tindakan lanjut berdasarkan fatwa yang telah diwartakan itu.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/25/dua-wanita-pekerja-tabib-adam-ditahan-guna-kaedah-rawatan-sesat/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
‘Asalkan saya cari rezeki halal, tak kisah kambing atau lembu’
Fattah enggan pusing dengan tanggapan sebilangan pihak dirinya kini diberi julukan tauke kambing perak.
Muncul buat kali kedua dalam siaran langsung produk kambing perap, pelakon Fattah Amin tidak kisah apabila ada pihak yang menggelarnya sebagai tauke kambing. Kata pemilik nama penuh Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, bukan sahaja gelaran, ada juga yang menyangka dia kini sudah bekerja sepenuh masa sebagai usahawan kambing perap. “Sekarang ini saya pergi mana-mana, semua orang panggil saya tauke kambing. Mereka siap tanya malam ini saya tak jual kambing ke (dalam TikTok). “Mereka puji sebab jual kambing perap laku. “Sehingga hari ini, saya pergi mana-mana, orang ingat saya kini jual kambing perap sepenuh masa,” katanya dalam siaran langsung TikTok hari ini.
Dia bagaimanapun enggan mengambil pusing dengan tanggapan orang ramai malah menegaskan menjual kambing perap adalah satu kerja yang halal. “Tapi saya tak kisah. Asalkan saya cari rezeki yang halal.
“Jangan kisah apa yang orang fikir. Kena jual kambing, lembu atau ayam, tak mengapa, asalkan penting saya cari rezeki,” ujarnya. Dalam pada itu, bintang filem Mat Kilau itu memberitahu tugasnya dalam siaran langsung hanya untuk membantu menaikkan jumlah jualan bisnes kambing perap tersebut. “Saya pun tidak tahu bila akan muncul dalam siaran langsung lagi. Mereka jemput saya untuk naikkan jumlah jualan. “Kalau stok tak habis, mungkin tak akan panggil lagi dan mungkin sampai di sini sahaja,” katanya lagi. Fattah juga memberitahu dia enggan muncul terlalu kerap dalam siaran langsung tersebut kerana risau orang ramai bosan. “Ini adalah sesi siaran langsung terakhir saya. Saya takut anda bosan tengok saya ‘live’ kerap sangat.
“Nanti ada pula yang kata, ‘tak payah la tengok lagi, asyik-asyik Fattah je,” tuturnya. Difahamkan, identiti pemilik jenama kambung perap tersebut iaitu Pak Mat juga akan didedahkan pada malam ini.
Hari ini, siaran langsung tersebut mencatat 76,000 jumlah tontonan dan 18 juta tanda suka. Menerusi siaran langsung pertama pada 17 Oktober lalu, mereka berjaya meraih 100,000 tontonan dan 44 juta tanda suka. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/25/asalkan-saya-cari-rezeki-halal-tak-kisah-kambing-atau-lembu/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tabib Adam larikan diri, JAIM minta PDRM bantu kesan
PENGUAT KUASA JAIM melakukan pemeriksaan dan merampas barangan kes berkaitan amalan Tabib Adam yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
MELAKA – Pengamal perubatan, Tabib Adam yang sebelum ini dilaporkan mengumpul kekayaan sebagai pakar buang saka di sebuah pusat perubatan di Masjid Tanah, Alor Gajah disyaki telah melarikan diri ke Singapura. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, sehingga kini usaha Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk menghubungi pengamal perubatan itu serta isterinya gagal. Katanya, susulan itu pihak JAIM telah pun meminta kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan Tabib Adam atau Adam M. Isa, 66, yang disyaki telah melarikan diri ke negara asalnya di Singapura. “Kita telah menyerbu pusat rawatannya di Masjid Tanah dan tidak menjumpai pasangan itu, malah usaha Pegawai Penguatkuasa Agama menghubungi mereka menerusi panggilan telefon juga gagal kerana tidak dijawab.
“Sebelum ini kita kesan dia ada balik ke Singapura kemudian ada datang semua ke Malaysia tetapi sekarang kita tak tahu dan minta PDRM tolong kesan,” katanya kepada pemberita, hari ini. Tambahnya, perawat itu juga mempunyai kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas pertuduhan bagi kesalahan seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 iaitu bersekediaman dengan perempuan yg bukan isteri dan mahramnya.
“Tarikh perbicaraan selanjutnya adalah pada 5 Februari 2025. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Tabib Adam boleh menyalurkan maklumat kepada JAIM di talian 0172661280,” ujarnya. Kosmo! pada 14 Oktober lalu melaporkan seorang pengamal perubatan dikenali Tabib Adam yang menawarkan pelbagai rawatan termasuk membuang saka diwartakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka. Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dilaporkan berkata, perkara itu ditetapkan pada 12 September lalu selepas kajian dan laporan yang dibentangkan dalam muzakarah mendapati rawatan di pusat tersebut meragukan termasuk menyeru makhluk halus. Kira-kira 50 pesakit dipercayai datang mendapatkan rawatan di pusat itu setiap hari. Lelaki itu dipercayai mengenakan bayaran bermula RM250 seorang mengikut jenis saka yang perlu dibuang seperti saka harimau, saka buaya atau saka hantu.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/25/tabib-adam-larikan-diri-jaim-minta-pdrm-bantu-kesan/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|