CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Teguran pada perawat Islam

  [Copy link]
Post time 2-8-2011 09:57 PM | Show all posts
Sesiapa yang mengatakan meminta kepada Allah ganjaran pahala dan syurga serta keampunan seperti yang dijanjikan di dalam Al Qur'an adalah tidak ikhlas, maka bersiap sedialah untuk menjawab dengan Allah s.w.t di akhirat kelak kerana menyukarkan pemahaman orang terhadap Islam, sedangkan Islam itu adalah mudah tidak susah untuk mengamalkannya.

Wallahua'lam.

Kepada yang ingin beramal, berbuatlah amal semampu yang boleh dengan tujuan ingin mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dan mengharapkan ganjaran seperti mana yang dijanjikan di dalam FirmanNya di Al Qur'an.



Penerangan yg jelas & mudah difahami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 10:25 PM | Show all posts
hehehe sudah hampir dah titik persamaan tu,
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 11:33 PM | Show all posts
kita boleh berteori ikhlas ke tak ikhlas macamana definisinya. tapi last2 teori2 tu perlu di-test dgn melihat kehidupan para sahabat. semua para sahabat takutkan neraka dan berharapkan syurga. adakah kita nak kata para sahabat tak ikhlas? (tapi mereka dah dapat sijil radhiAllahu 'anhu dah...)

satu lagi, kalau mengharapkan syurga dan takutkan neraka tu tak ikhlas, kenapa dalam Quran Allah ancam manusia dgn neraka dan beri galakan dengan syurga? bila kita ikut apa yg dalam Quran ni rupa2nya tak ikhlas rupanya kita.... Allah nak tipu kita ka? (Maha suci Allah daripada itu).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 10:44 AM | Show all posts
"Iyya kana' buduwaiyya ka nasta'iiin" - Pada Engkaulah kami sembah, pada Engkaulah kami meminta pertolongan (Al Fatihah ayat 5).

Telah suluh terang ayat di atas menunjukkan kita beribadah dan berdoa kepada Allah dalam menginginkan apa saja yang dikehendaki. Yakinlah Allah s.w.t mendengar permintaan dan doa kita. Soal Ikhlas adalah hak Allah, bila kita meminta kepadanya maka kita telah ikhlas kerana meminta kepada Yang Maha Esa dan tidak mensyirikkan kekuasaanNya.

Sesiapa yang mengatakan meminta kepada Allah ganjaran pahala dan syurga serta keampunan seperti yang dijanjikan di dalam Al Qur'an adalah tidak ikhlas, maka bersiap sedialah untuk menjawab dengan Allah s.w.t di akhirat kelak kerana menyukarkan pemahaman orang terhadap Islam, sedangkan Islam itu adalah mudah tidak susah untuk mengamalkannya.

Wallahua'lam.

Kepada yang ingin beramal, berbuatlah amal semampu yang boleh dengan tujuan ingin mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dan mengharapkan ganjaran seperti mana yang dijanjikan di dalam FirmanNya di Al Qur'an.

evilcooler Post at 2-8-2011 18:43
Doa Iftitah
Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.

Maksudnya:



Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).








DALAM solat kita, kita mengucapkan kalimah tersebut, segala amal ibadah hanya kuserahkan pada Allah tuhan sekelian alam, benar kah apa yg kita ucapkan tersebut dengan apa yg sebenarnya kita lakukan?














Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 10:57 AM | Show all posts
patotla yg masuk sorga direct cume 70k org jer...
Daripada berbillion2 org dan diaekorg..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 11:02 AM | Show all posts
dekatkan diri kita padaNya..mati kita entah bila..semoga rahmat Tuhan dapat pada kita..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2011 11:11 AM | Show all posts
pelan2 kayuh supaya amalanku hanya untukMu mutlak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 12:23 PM | Show all posts
Doa Iftitah
Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajja ...
hantukiller Post at 3-8-2011 10:44


penjelasan yang jitu dan jelas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 12:33 PM | Show all posts
ikhlas; tak ade tawor menawor, negotiation, win win tak adenyer yang ader hamba untuk tuannya semata2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 02:35 AM | Show all posts
Reply 304# hantukiller


Kamu samakan surah Al Fatihah, pembuka Al Qur'an dengan doa iftitah ke?
Kebesaran ayat Al Qur'an keatas ayat2/doa2 lain adalah ibarat kebesaran Allah mengatasi makhluk2Nya.  - riwayat dari hadith sohih.


Surah Al FAtihah rukun solat, sedangkan doa iftitah adalah sunat sahaja. Mana satu yang lebih utama dari yang lain.

Jangan cuba menegakkan benang yang basah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 11:20 AM | Show all posts
Reply  hantukiller


Kamu samakan surah Al Fatihah, pembuka Al Qur'an dengan doa iftitah ke?
...
evilcooler Post at 4-8-2011 02:35
Apa salahnya? minta pertolongan atau apapun mestilah pada tuhan sekelian alam, Allah yg maha besar, tapi kalau manjang minta minta minta tolong, tapi satu ibadat khas untuk Nya tak ada langsung, macamana?



Buat semua ibadah hanya untuk berdoa? untuk ganjaran pada diri sendiri? mana yg untuk Allahnya??????????????





Sedangkan tidak Allah jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaNya, hanya kepadaNya.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:24 AM | Show all posts
buang masa jerk baca quran kalau x niat kepada allah,mana leh buat mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:29 PM | Show all posts
Reply 311# hantukiller

Susah la bercakap dengan kamu ni...

Beginilah, terpulang kepada niat masing2 beribadah. Kalau sesiapa forumer nak ikut definisi kamu tentang ikhlas beribadah kepada Allah s.w.t tanpa mengharapkan ganjaran serta apa2 sekalipun, terpulang kepada mereka.


Jika sesiapa ingin beribadah kepada Allah s.w.t dengan tujuan mengharapkan ganjaran pahala dan balasan syurga serta dijauhi dari seksaan neraka dan memanjatkan doa kepada Allah s.w.t sahaja, itu pun terpulang kepada mereka.

Memang benar tidak diciptakan manusia dan jin selain untuk menyembah dan beribadah kepada Allah s.w.t, tetapi adakah kamu ingat andainya satu hari tiada satu pun manusia dan jin menyembah Allah s.w.t di atas bumi ini, maka Allah s.w.t akan menjadi lemah dan mengharapkan ibadah dari makhlukNya untuk menjadi kuat?? Na'uzubillahiminzaaaliik.

Maha Suci Allah dari sebarang kecacatan makhlukNya. Allah s.w.t tidak sesekali akan rugi jika manusia/jin tidak menyembahNya, bahkan mereka lah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Jangan kamu samakan Allah s.w.t dengan dewa dewi agama Yunani, Cina, Hindu dan lain2 yang memerlukan makhluk2 untuk menyembah dan memberi mereka makan minum.

Maha Sempurna Allah s.w.t dari sebarang pergantungan kepada makhluk2 lain. Kamu tidak belajar sifat 20 Allah s.w.t yang wajib dipelajari oleh semua orang Islam?? Kalau kamu berfahaman Wahhabi atau Syiah, maka saya tidak memberatkan kamu kerana memang tak ada silibus pelajaran agama aku. Tetapi jika kamu dari golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, maka saya syorkan kamu tambah lagi ilmu pengetahuan mengenai Islam, dan jangan sesuka hati memberi pengajaran tentang Islam dan menyampaikannya kepada umum.

La haulawala quwwata illa billahil 'aliyyil 'aziim..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 01:39 PM | Show all posts
Reply  hantukiller

Susah la bercakap dengan kamu ni...

Beginilah, terpulang kepada niat masin ...
evilcooler Post at 4-8-2011 13:29
apa la yg ko melalut ni bro.......melalut jauh nya tu......



Aku cerita beribadah kerana Allah, ikhlas kerana Allah, sebab itu tujuan manusia dan jin dijadikan... yg ko melalut tu apapasal?







suka hati ko lah ko nak beribadah kerana ganjaran pahala ke, syurga ke, redho Allah ke, kekuatan ke apa apa ke... hak memasing








orang lain pun minta semua tu pada Allah, minta, bukan beribadah kerana untuk tu beribadah kerana Allah
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 02:17 PM | Show all posts
Ikhlas tahap tertinggi...
org2 biasa/awam pasti xleh terima...
dari kecik aku terpikir kenapa kita perlukan habuan n ganjaran...
Sedangkan kita ni hamba yg diciptakan utk beribadah menyembah Allah bagi diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 02:24 PM | Show all posts
Haiiiii ape pasal bro evilcooler melalut jauh tu hehehe,

balik ke dasar perbincangan yer "Ikhlas".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2011 02:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by evilcooler at 4-8-2011 14:38

Reply 314# hantukiller


Siapa yang melalut bro?
Macam aku cakap la, kalau ko nak beramal dengan konsep ikhlas ko tanpa mengharapkan apa2 dari Allah s.w.t, itu hak ko. Lagi pun aku hanya memberi pandangan aku terhadap ko punye konsep ikhlas. Tapi jangan lak pulak ko nak cegah org lain dari beribadah kerana meminta ganjaran dari Allah s.w.t. Faham? Comprende?? Yennadey??

So kalau nak membangkaang org lain amalan tak ikhlas la, 20-80% ikhlas apa la, baik ko simpan je dlm hati ko. Lagipun yang menentukan ikhlas adalah  Allah s.w.t  yang Maha Esa, bukan ko. Ko dah cakap apa ko faham pasal ikhlas kan, so jangan bising2 lagi.

Aku pun dah sampaikan konsep ikhlas aku. Pada aku dua2 tidak salah, terpulang kepada si pengamal dan tahap ketaqwaan mereka. Tidak mustahil Allah s.w.t memandang sesuatu amalan 100% ikhlas walaupun si pengamalnya beramal dengan meminta sesuatu kepada Nya. Dia yang berhak menentukan segalanya.

Aku pun dah penat menaip ni. Aku juga ingin minta maaf kepada sesiapa yang tersinggung atau terasa, terutamanya Wak Tom dan geng2 sepanjang aku menulis ni. Tak elok bertekak dgn orang tua, takut heart attack nanti susah. Tapi mati dalam bulan Ramadan merupakan satu bonus kan?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 02:41 PM | Show all posts
Reply  hantukiller


Siapa yang melalut bro?
Macam aku cakap la, kalau ko nak beramal dengan ko ...
evilcooler Post at 4-8-2011 14:37
amat jelas ko tak faham konsep beribadah kerana Allah dibandingkan beribadah kerana nakkan ganjaran.... amat berbeza walau nampaknya sama... tapi memang tak salah pun beribadah mengharap ganjaran dari NYA, tak salah langsung, cuma bakal 'tergantung'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 02:42 PM | Show all posts
Alangkah baiknya kalau segala ibadah kita diterima Allah, hanya dengan menukar niat dari mengharapkan ganjaran kepada hanya semata mata kerana Allah, ganjaran pastinya dapat juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 02:54 PM | Show all posts
Serta (diwajibkan kepadaku): Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) agama dengan betul dan ikhlas dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik.

Yunus 105
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.069572 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list