CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted

  [Copy link]
Post time 4-8-2011 04:53 PM | Show all posts
Reply  unekspekted_XII


    Mlm ni lepas terawih saya nak buat amal jariah di nite club the shi ...
perang_sivil Post at 4-8-2011 04:03 PM




aku pun nak wat gak amal jariah......aku nak derma kurma dan air mussoffa kt
rumbia jalan p.ramlee......geng2 songkok tlg datang sama no? lepas terawih.
kita sama2 moreh kurma.......yaw~!




prrffgghhtttssss.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2011 04:59 PM | Show all posts
saya masih mencari cari hassan ali..beliau dimana?..
Anak_Nogori Post at 4-8-2011 16:42


bengong apa???
hang ingat hasan ali berforum dalam ni ka???
cari la dia di opis dia atau di umah dia!!!!
takan tu pon nak ajar????? hadoiiiii ada jugak makhlok spesis ni ye!!!
buat malu je golongan mod!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 05:26 PM | Show all posts
memang patut puuuun...

nak buat jamuan pun kt hotel kan banyak..kt gereja jugak dia ajak.  

tembak jee sume fatherfcker tu sume
unekspekted_XII Post at 4-8-2011 13:15

tembak pakai meriam 500m ko tu........! confirm vatican pung sama hancur........
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 06:25 PM | Show all posts
Kesimpulannya org islam x payah pegi prog yang dianjurkan oleh org non muslim

Yg non muslim x payah gi prog ang dianjurkan oleh org muslim....

masing2 bw haluan diri...

bru Malaysia ni aman...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 06:35 PM | Show all posts
Kesimpulannya org islam x payah pegi prog yang dianjurkan oleh org non muslim

Yg non muslim x pay ...
cmf_shalom Post at 4-8-2011 18:25



    Ini semua pasal ada pihak nak jadi Taliban
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 07:37 PM | Show all posts
Hasan Ali pertahan Jais, dakwa ada usaha murtadkan Muslim

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama semalam atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Hasan menegaskan maklumat yang beliau diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.


Hasan (gambar) menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata beliau menerusi kenyataan akhbar petang ini.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu menambah anggota penguat kuasa Jais dan polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” kata Hasan lagi.

Jelas beliau, apabila majlis hampir tamat, Jais dan polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

“Pegawai pengua kuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.


Kenyataan itu berkata kesemua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Jais untuk siasatan lanjut.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor memandang serius tindakan Jais dan polis menyerbu majlis makan malam muhibbah itu malam tadi.

Khalid berkata beliau secara peribadi telah menghubungi Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden tersebut.

“Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jais menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

“Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima,” kata beliau.

Sehubungan itu, Khalid menegaskan, kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Beliau juga mengulangi bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekali gus menyatupadukan rakyat.

Ho berkata, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam tadi.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia. Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu,” katanya lagi.

Pihak berkuasa berkenaan menyoal siasat hadirin tetapi tiada sesiapa pun yang ditahan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2011 07:52 PM | Show all posts
adakah makan di gureja itu salah satu penyebab murtad?
pyropura Post at 4-8-2011 12:48



    Jais cakap camtu ka???
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 08:21 PM | Show all posts
http://www.malaysiakini.com/news/172021

'Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam'

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya malam semalam kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini, kata ahli exco hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali.

Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.

“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan (kiri) dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.

Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.







Larikan diri

“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.

Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO malam semalam bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Menurutnya, majlis itu juga bagi meraikan usaha NGO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2011 08:34 PM | Show all posts
Reply 308# Magika


    JAIS dan Hassan Ali tak sependapat ngan MB Selangor... Pe cerita? Yang tepuk tangan DAP...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 08:49 PM | Show all posts
la stakat dinner2 je tu pon nak serbu, dah tu konsert2 artis melayu yg tertonggeng2 atas pentas lg melalaikan tu boleh plak, xde yg serbu2
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 08:52 PM | Show all posts
Makan malam ka buka puasa? Motif buka puasa kat gereja? Masjid tadak ka?:re:
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 08:52 PM | Show all posts
abis la.... lepas ni Hassan ali jadi kambing hitam....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:11 PM | Show all posts
setuju. benda2 yg boleh datangkan syak wasangka...apa salahnya diselidik.
jng esok2 samp ...
housequeen Post at 4-8-2011 09:22








Aku rasa JAIS serbu tu bukan sbb Melayu2 tu tak gi Terawikh tapi diorang ada tercium bau2 ikan tentang ''THANKSGIVING '' dinner tu..



Thanksgiving tu pun kita kena paham apakebenda nya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:15 PM | Show all posts
Jamuan moreh kt masjid korang tak nak pegi...yang kt gereja tu pulak tergedik2 pegi...! 1MALAYSIA LA SANGAT...!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:20 PM | Show all posts
kalau isu mcm ni pun dah panas... apatah lagi kalau interfaith commission diwujudkan nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:47 PM | Show all posts
dah takde masjid ke dah takde rumah ke gamaknya nak berbuka puasa pun bukan di gereja... ape fungsi gereja kalau bukan nak memurtadkan org2 islam... kalau nak jadi org bandor pun agak2 la, janganlah bodoh sangat sampai tak reti nak membezakan antara gereja dan masjid...

tak salah pun sembahyang maghrib di gereja sekalipun... tapi bukanlah dengan sengaja... jangan lah pulak nanti ade org berpakaian seperti paderi sembahyang maghrib di masjid korg ikut sudah ler... sunnah nabi pun tak terikut ade hati nak ikut cara kristian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2011 09:50 PM | Show all posts
ada terawih ke kat church tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:50 PM | Show all posts
dah takde masjid ke dah takde rumah ke gamaknya nak berbuka puasa pun bukan di gereja... ape fungsi  ...
sahamboi Post at 4-8-2011 21:47

urban kan... ape kisah
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:52 PM | Show all posts
ada terawih ke kat church tu
cucusaddam Post at 4-8-2011 21:50

ha ah mmg ade... sbb tu melayu gigih menyokong tuh... ape slhnya guna gereja kan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:11 PM | Show all posts
apa agaknya juadah kat dlm sana...bubur lambuk...?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055968 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list