CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 21-3-2012 05:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 22-3-2012 12:56

“Adik tiri kau?” soal Azah kurang percaya. Harris disebelahnya diam sejenak, kemudian mengagguk. Usai makan malam, mereka berdua sama-sama duduk menghirup udara malam di depan kolam renang yang lengang. Tiada orang. Hanya mereka berdua , ditemani lampu-lampu cendeliar sekitar hotel yang menjadi saksi bicara mereka.

Angin malam sepoi-sepoi bahasa, mengundang rasa dingin. Sedingin hati Harris dan Azah yang sama-sama merenung air kolam renang yang beriak tenang.

“Kaya adik tiri kau. Siap pakai sut Armani…Original ke cap ayam tu?” soal Azah berseloroh. Harris tersenyum simpul. Malas hendak menjawab soalan Azah. Dia juga tidak menyangka, begitu banyak negeri di Malaysia, tiba-tiba dia bertembung dengan adik tirinya di hotel itu malam ini. Kata adik tirinya, dia menghadiri satu mesyuarat penting pagi esok. Suka hati dialah! Tak kuasa aku nak ambil tahu! Getus hati Harris.

Azah merenung wajah Harris yang kelat sejak pertemuannya dengan adik tirinya tadi.Entah apa agaknya yang bermain di fikiran Harris agaknya.

“Kau tak baik dengan dia ke?” soal Azah sekadar ingin tahu. Harris diam. Perlahan-lahan, dia menggeleng lemah.

“Baik gitu-gitu jelah,” keluh Harris dingin.

“Kau takde adik beradik lain?” soal Azah lagi.

“Aku anak tunggal. Tapi mak tiri aku ada 2 anak. Sorang perempuan, sorang lelaki…” balas Harris. Azah diam, merenung air di kolam. Mereka sama-sama menarik nafas resah. Suasana malam yang hening bagai melekakan kedua-duanya dengan pandangan yang tenang dan damai.

“Baik hati mak kau ya. Nak bagi ayah kau kahwin lagi satu,” ujar Azah, sekadar mahu memecah kebisuan antara mereka. Harris diam lagi, tunduk, kemudian menoleh merenung wajah Azah.

“Ayah aku kahwin lagi satu, tanpa pengetahuan mak aku,” kata-kata Harris yang tenang terus menusuk ke hati Azah. Ada rasa aneh menyelinap ke hatinya mendengar nada suara Harris. Mereka sama-sama terdiam dan berpandangan.

“Maksud kau?” soal Azah gugup. Harris menarik nafas resah. Entah mengapa, malam ini, dia seakan mahu membuka cerita yang tersimpan lama di dalam lubuk hatinya. Anehnya, mengapa dia mahu bercerita dengan Azah? Dia tidak ada jawapannya sekarang…

“Mak dan ayah aku jumpa masa diorang sama-sama study kat London. Diorang kahwin tanpa pengetahuan kedua orang tua mereka. Parents mak aku, plan nak kahwinkan mak aku dengan orang lain. So, that’s why mak aku keep the marriage as a secret. They planned to tell everybody as they finish their study. In their early marriage, everything was so fine. But one day, arwah ayah aku dapat panggilan dari Malaysia minta dia balik segera cause my late grandfather passed away. So, arwah ayah aku balik Malaysia seorang diri. And that’s the last time they spent time together…” tutur Harris.

“Lepas tu?” semakin menarik cerita Harris pada pandangan Azah. Harris mengukir senyum, memandang Azah yang menongkat dagu menunggu ceritanya.

“4 bulan menunggu, arwah ayah aku tak pulang-pulang semula ke London. Langsung tak ada khabar berita dari dia. Mak aku, sedar dia sedang mengandungkan aku masa tu. Oleh kerana terlalu risau, dia balik Malaysia, nak cari ayah aku berpandukan alamat yang diperolehi dari arwah ayah aku sebelum dia balik ke Malaysia. Tapi…bila mak aku jumpa arwah ayah aku, waktu tu dia dapat tahu yang arwah ayah aku dah kahwin lain…”

“So, mak aku balik kampong dia, nak jumpa parents dia. But, you know la…sebaik parents mak aku tahu yang mak aku dah  kahwin dan pregnant tanpa pemgetahuan diorang, then mak aku kena buang dari family dia. After that, my mum return back to London and never come back to Malaysia…” terang Harris perlahan. Azah masih merenung Harris.

“Mak dan ayah kau tak bercerai?” soal Azah. Harris senyum kelat, lantas menggeleng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2012 06:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 22-3-2012 12:58

“Ayah aku tak nak lepaskan mak aku. Mak aku pun, tak nak bercerai sebab….” kata-kata Harris tergantung buat beberapa ketika. Seolah-olah enggan meneruskan ayatnya. Namun Azah masih menanti.

“Sebab, mak aku nak aku mewarisi separuh dari harta arwah ayah aku…” sambung Harris. Azah memandang Harris dengan mata- yang terkedip-kedip.

“Banyak ke harta ayah kau?” soal Azah. Soalan macam perempuan pisau cukur yang jujur! Harris tergelak.

“Bolehla…” balas Harris merendah diri. Azah tersenyum apabila melihat Harris ketawa.

“Kenapa kau kat sini, sedangkan mak kau kat London?” soal Azah lagi. Harris memandang Azah. Gadis ini sungguh berminat nampaknya dengan kisahnya. Sikap Azah itu sedikit sebanyak memikat hati Harris.

“Itulah…disebabkan hartalah, aku kat sini. Aku perlu tinggal di Malaysia ni sekurang-kurangnya 5 tahun sebagai syarat untuk menjadi salah seorang pewaris harta arwah ayah aku. Tapi, bila fikir-fikir balik, mungkin kalau tak kerana syarat tu, aku pun tak berapa kenal Malaysia….tanah asal usul aku…” ujar Harris tenang.

“Mak kau balik masa arwah ayah kau meninggal?” soal Azah. Harris geleng sambil tersenyum hambar.

“Tak. Dia masih enggan memaafkan arwah…” balas Harris.

“Kenapa? “

“Sebab…pada hari mak aku sampai di Malaysia untuk mencari arwah ayah aku dulu, mak aku dihina oleh keluarga arwah ayah aku. Diorang cakap mak aku perempuan murah dan mereka tak mahu mengaku mak aku tu menantu keluarga tu. Diorang jugak tak mengaku yang anak yang dikandung mak aku tu adalah zuriat arwah ayah aku. Arwah ayah aku pula, diam saja tanpa berkata sepatah pun waktu tu. Langsung tak pertahankan mak aku. Sampai hari ni pun, mak aku masih bingung dan tak faham dengan tindakan arwah ayah aku tu. ..”

“Pada mak aku, mereka pernah bercinta. Pernah berkongsi rasa. Pernah berjanji setia. Tapi, mengapa saat itu, arwah ayah aku hanya tunduk diam dan melihat air mata mak aku mengalir? Hati mak aku sangat terluka. Mak aku tak kisah apa orang lain nak kata pada dia. Dia rela dibuang keluarga demi cinta dia pada arwah ayah aku. Tapi, kenapa arwah ayah aku diam saja bila mak aku dihina dan dihalau keluar dari rumah agam tu…” sambung Harris lagi.

Azah terdiam pilu. Dia merenung Harris yang masih merenung riak air kolam renang.

“Mak aku buktikan pada semua orang yang aku anak arwah ayah dengan ujian DNA di London. Ujian tu, sekaligus menutup mulut semua orang. Namun, mak aku masih berdegil mahu pulang ke Malaysia. Dialah yang susah payah membesarkan aku seorang diri di London,” sambung Harris lagi.

Azah dan Harris terdiam. Mereka sama-sama merenung air. Masing-masing kelu buat seketika. Harris menoleh ke arah Azah.

“Ceritalah sikit pasal kau…” tiba-tiba Harris bersuara sambil tersenyum. Terjungkit kening Azah mendengar.

“Tak de apa yang menarik tentang aku…” balas Azah lemah. Harris tersenyum.

“Bagi aku, kau menarik,” spontan kata-kata itu meluncur laju dari mulut Harris. Azah dan Harris sama-sama berpandangan. Pandangan mata Azah yang tajam membuatkan dada Harris berdebar-debar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2012 06:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 22-3-2012 13:00

“Maksud aku…aku nak tahu serba sedikit pasal kau. Tak salah kan,” pantas Harris bersuara untuk menyelamatkan keadaan yang baru hendak bertukar menjadi serius. Dia tidak mahu Azah berfikir yang bukan-bukan.

“Kau ni kan….personaliti kau kat sini…berbeza benar dengan personaliti kau masa kat KL…” gumam Azah sambil tersenyum simpul. Harris senyum lebar.

“Apa yang berbezanya? Aku rasa aku sama je….” ujar Harris. Mereka sama-sama tergelak kecil.

“Takdelah. Kau yang aku kenal dulu…kaku…beku…macam ais batu yang takde perasaan…berlagak..”terang-terangan Azah mengutuk Harris.

“Aku macam tu ke dulu? Ohoho…Mungkin ais batu tu dah cair kat sini kot..” ujar Harris berseloroh. Namun jauh di sudut hatinya, ada juga kebenaran yang diakuinya dengan kata-katanya itu.Dia memang sudah ‘cair’ dengan Azah.

“Cair? Kenapa?” soal Azah tergelak manja, sekaligus menambah getaran di dada Harris. Wajah ayu Azah yang tersenyum di depannya dipandang tak jemu.

“Mmm…sebab, cuaca kat sini lebih panas kot…” balas Harris. Mereka sama-sama ketawa lagi.

“Pakwe kau tak telefon ke malam ni?" sengaja disoal soalan sebegitu demi mendapatkan satu kepastian dari Azah. Hendak bertanya terus terang, dia malu.

Azah mendongak, memandang Harris.

“ Mana aku ada masa nak berpakwe weh…” keluh Azah. Horeyy!!!! Harris seakan mahu berdansa sebaik mendengar jawapan itu.

“Apasal?” sengaja diduga lagi gadis itu dengan soalan itu. Azah menongkat dagu merenung air di kolam. Malam pekat yang berlalu, langsung tidak mencuit konsentrasi mereka. Khusyuk berbual hingga langsung tidak memperdulikan masa yang berlalu.

“Aku tak pernah terfikir pun nak ada teman lelaki,” keluh Azah.

“Kenapa?” gelisah hati Harris.

“Sebab, aku tak nak kahwin..” pendek jawapan Azah. Harris tercengang. Wajah Azah dipandang lama-lama. Semangatnya yang tadi menjulang tinggi, roboh serta merta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2012 06:00 PM | Show all posts
haaa...ini betul-betul taip main taram!

hamekk kawww!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 08:44 PM | Show all posts
wah!!! thanks fizzi.....dah lama dah tunggu....

Yey! Harris dah `CAIR' dgn Azah!!!!

Sambung panjang2 ye Fizzi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 09:13 PM | Show all posts
lega aku dah sambung.... kalau tak mau ada amukan puaka kat sini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2012 10:10 PM | Show all posts
akhirnya......
fizzi kembali jua....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 10:20 PM | Show all posts
yeah!!!finally.. ader gak n3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2012 11:43 PM | Show all posts
Salam Fizziany,

Waa... sukanya dpt baca the continuation after waiting for sooooo loooonnng....

Berbaloi-baloi....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 12:11 AM | Show all posts
tengs fizzi
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 08:19 AM | Show all posts
go harris go....teruskan usaha

sy disini setia menanti berita bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 10:11 AM | Show all posts
at last...berbaloi menunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 12:35 PM | Show all posts
akhirnye ade gak entry baru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 01:02 PM | Show all posts
baru berkesempatan baca semula. byk betul typo....sorry ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 01:02 PM | Show all posts
Cik ES???
yg popular dgn cerita 'Misteri Panggilan Telefon' tu ya???
apsai kata aku ni dia plak????
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 01:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 22-3-2012 14:02

Reply 315# fizziany


Tulah lama sgt menghilang sampai org ingat ko cik es

Aku x pasti es mana ha ha ha tapi yg popular satu masa dulu dgn hal2 personel nama AS
adakah org yg sama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2012 03:59 PM | Show all posts
nanti sbg lg yer kak...
caiyok2  
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 05:48 PM | Show all posts
waiting for the new n3
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:17 AM | Show all posts
akhirnya ada n3 , ari-ari bukak laman ni wehhh !!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:12 AM | Show all posts
yeayy...ade jugak n3 baru...

tapi tulis la pjg sket fizi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.069669 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list