CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amirezu

Mimpi Pelik Bertemu Wali

  [Copy link]
Post time 19-2-2012 05:14 PM | Show all posts
Reply 296# awoks


    ilmu yg pelik2 laaa di kacamata manusia
cam kisah Nabi Khidir dalam AL QURAN
bagaimana dia menjalankan AMANAH TUHAN dgn
melobangkan perahu
bunuh anak kecil dan
membina kembali rumah usang tanpa upah

Nabi Musa yg bersamanya masa tu pun tak mampu bersamanya lagi

dan sekarang ni......ilmu laduni lagi laaaaa pelik
memang pelik sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2012 10:16 PM | Show all posts
Reply 296# awoks

ilmu laduni ni seperti apa yang saya faham ianya adalah ilmu yang datangnya secara terus daripada Allah s.w.t. Contoh paling popular tentang ilmu laduni ni ialah ilmu Nabi Khidir. kalau tahu kisah Nabi Khidir, maka tahulah apa itu ilmu laduni. bukan saya yang cakap, ini berdasarkan pembacaan saya. takut ada yang bambu saya pula nanti. tak habis lagi baca. baru separuh buku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2012 10:20 PM | Show all posts
Reply 299# orangbesi

harap saudara OB boleh terangkan dalam bahasa yang lebih mudah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 11:47 PM | Show all posts
Reply  awoks


    ilmu yg pelik2 laaa di kacamata manusia
cam kisah Nabi Khidir dalam AL QURA ...
orangbesi Post at 19-2-2012 17:14



owhh..abes tu ilmu laduni ni ade lagi skarang ke camane..

hehe mohon orgbesi explain lebih lagi

nak google takot kuar bende2 pelik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 11:48 PM | Show all posts
Reply  orangbesi

harap saudara OB boleh terangkan dalam bahasa yang lebih mudah
amirezu Post at 19-2-2012 22:20



    hehee..setuju jugak..tak brape nak paham
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 01:23 AM | Show all posts
Reply 297# AwgSagi


   mimpi orang buta kosong je..? mcm mana tu? buleh eksplen...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2012 10:55 AM | Show all posts
Reply 306# manganini

mimpi orang buta sejak lahir kosong mungkin sebab dia tak pernah tengok setiap benda dan sesuatu yang ada kat dunia ni. jadi dalam fikiran dia tak ada sebarang gambaran. tak silap saya mimpi adalah hasil daripada apa yang mata kita pernah lihat. fikir2 balik logik juga macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 11:06 AM | Show all posts
ada segelintir manusia hidup berpandukan pada mimpi setiap hari. bila mimpi yang baik, dia stabil dan menyenangkan, bila buruk .. segalanya kucar-kacir. (Bi-Polar Syndrome)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 11:40 AM | Show all posts
laduni = kalau diistilahkan
adalah PENGETAHUAN DARI SISINYA
cam cerita Musa dgn seorang yg berilmu (depa kata khidir)

ilmu dari TUHAN kan.....semuanya boleh DIZAHIRKAN
tanpa batasnya
KEPERCAYAAN DAN KEIKHLASAN .....

tiada malan tertentu, tiada niat tertentu...tiada sebarang KERANA
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 03:44 PM | Show all posts
Reply 306# manganini

Kurang pasti bagaimana bentuk mimpinya. Yang diberitahukan... tak ada imej atau warna... mungkin berupa kabus atau awan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 04:08 PM | Show all posts
Reply 304# awoks

Ilmu laduni ni banyaknya lebih kepada self-claimed atau di claimed oleh anak murid atau orang sekeliling individu yang dikatakan mendapat ilmu laduni.

Tapi ada juga yang mengatakan, jalan-jalan untuk memperolehi Ilmu Laduni ni boleh dipelajari, secara umumnya, jalan-jalan itu adalah melalui penjagaan ketat suruhan Islam dan mempraktikkan akhlak mulia.

Kalau yang diiktiraf dan telah diketahui umum, ada disebutkan kisahnya dalam surah Surah Al-Kahfi.

Di bawah ni ada pengertiannya mengikut kefahaman penulis buku MUHAMMAD LUTHFI GHOZALI.

Excerpt dari buku ILMU LADUNI (buah ibadah dan tawasul) Karya MUHAMMAD LUTHFI GHOZALI

"Buku ini lanjutan buku yang berjudul Tawasul. Sebagai sebab yang harus dibangun oleh seorang salik di jalan Allah, apabila tawasul dilaksanakan dengan sempurnan, maka ‘ilmu laduni’ akan didatangkan kepadanya sebagai akibat dengan sempurnan pula. Oleh karena itu, Ilmu Laduni ini bukanlah ilmu yang dihasilkan dari membaca tulisan atau buku, melainkan didatangkan Allah dari perbendaharaannya yang rahasia sebagai buah ibadah. Didatangkan sebagai buah dzikir dan mujahadah yang terbimbing oleh guru ahlinya. Yakni guru mursyid thoriqoh yang suci lagi mulia yang setiap saat ditawasuli. Allah Ta’ala menyatakan keberadaan ilmu tersebut dengan firmanNya: “Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu”. (QS.al-Baqoroh/282).


Datangnya ilmu laduni ini melalui bisikan hati atau inspirasi dan ilham di dalam kalbu seorang hamba. Hati yang bersih dari kotoran dan karakter duniawi yang tidak terpuji. Ilmu tersebut merupakan ilmu warisan sebagai ‘sirr’ atau rahasia ibadah dan hidmah. Ilmu warisan melalui rahasia amaliah guru-guru ruhaniah yang ditawasuli setiap saat. Ilmu tersebut merupakan ilmu pengetahuan yang universal dan “rahmatan lil alamiin”. Pemahaman hati yang mampu menjadikan rongga dada seorang hamba menjadi lapang baik dalam keadaan susah maupun senang sehingga menghantarkan manusia kepada keberhasilan hidup, baik kehidupan dunia, agama maupun akhirat. Berbentuk Ilmu Intuisi yang dihasilkan dari perpaduan antara ilmu, iman dan amal."

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2013 07:22 PM | Show all posts
Wah, setahun lebih tak update. Rasa macam baru minggu lepas je karang cerita pasal mimpi ni.

Sementara nak tunggu bukak puasa kejap lagi ni terdetik lak nak update kesinambungan mimpi 2 tahun lepas. Sebenarnya dah lama nak update tapi tiap kali nak mengarang rasa macam berat je tangan ni nak menaip. Macam ada yang menghalang. Sekarang ni rasa ringan, mungkin sebab bulan puasa kot (syaitan diikat).

Ok. Dulu saya ada bagitau yang saya ke Masjid Brunei kat Kg. Rong Chenok, dekat dengan Danau Tok Uban. Boleh search pasal Danau Tok Uban kalau nak tau cerita2 menarik.

Pengalaman ke Masjid Brunei tu saya kongsikan dalam blog. Ending entri tu saya ada bagitau yang saya dapat mimpi yang pelik. So dipendekkan cerita, ada 4 orang yang emel saya tanya pasal mimpi tu. Diorang semua nak tau apa yang saya mimpi.

So...saya ceritalah kat diorang 3 mimpi saya tu. Yang jadi perhatian diorang adalah mimpi ketiga yang saya didatangi seorang lelaki bergelar Wali. Sebabnya...diorang pun dapat mimpi yang hampir sama, cuma dalam keadaan yang berbeza.

Erk...anak ajak main bola pulak dekat2 nak bukak puasa ni huhu. Nanti saya sambung balik. Saya akan cerita mimpi2 yang diorang alami termasuk kisah sorang kawan baru dari Brunei yang datang ke sini semata2 nak ke Masjid Brunei.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 01:36 AM | Show all posts
Balik terawih tadi lupa lak nak sambung Ok saya nak cerita mimpi2 orang yang contact saya lepas baca kat blog. Tak berapa ingat sangat dah sebenarnya. Saya cerita mana yang penting jelah ek.

Orang Pertama

Dia ni perempuan, dari Brunei. Kita namakan dia Ila. Dia pernah dapat mimpi seakan-akan mimpi saya dalam tahun 2010 dulu. Maknanya setahun lebih awal daripada saya. Dari segi karekter memang sama cuma jalan cerita mimpi tu lain sikit. Kalau saya disuruh baca ayat ke-150 dalam al-Quran, dia lak disuruh baca satu surah (lupa surah mana) ayat 30 hingga 40 kalau tak silap. Masa dapat mimpi tu dia tak amik kisah sangat. Dia anggap sekadar mimpi mainan tidur. Tapi peristiwa pelik mula berlaku ke atas diri dia masa dia pergi haji tahun 2011. Kitorang sebenarnya buat haji dalam tahun yang sama cuma masa tu tak kenal lagi. 6 bulan lepas haji baru kenal melalui email. 6 bulan kemudian lagi barulah kenal rupa, dia datang ke Kelantan dari Brunei semata2 nak ke Masjid Brunei yg terletak dalam daerah Pasir Mas/Tanah Merah.

Ok. Apa yang berlaku kat dia masa nak buat haji dulu? Masa tu dia kat Masjid Nabawi, tengah mengaji Quran. Sampai kat satu surah (surah yang disuruh baca dalam mimpi), dia mengaji macam biasa tapi makcik sebelah dia (orang Malaysia) tegur dia, "andai tafsir ye." Kawan saya ni pelik, dia baca dalam bahasa Arab, makna pun tak faham, tapi makcik tu cakap dia baca tafsir sebijik2 dalam bahasa melayu. 'Tafsir' yang dia baca tu ayat 30-something. Terus dia menangis kat situ, merasakan itu satu kuasa Allah dan keajaiban yang Allah kurniakan kepada dia. Ok...stop dulu kat situ.

Balik dari haji, kehidupan dia macam biasa sampailah satu hari dia diganggu. Macam2 gangguan dia dapat (saya lupa dah gangguan macamana). Bukan dia je, ahli keluarga dia pun sama terutamanya ayah dia. Adik perempuan dia pulak selalu nampak di samping kawan saya ni ada sorang laki. Tak tahan kena ganggu, dia berubat dengan bilal masjid dekat rumah dia. Bilal ni sorang perawat Islam kat sana.

Masa merawat tu bilal cakap ada something yang ikut dia, nak berdamping dengan dia. Sampaikan dia pergi buat haji pun benda tu ikut.

Dipendekkan cerita, sebelum bilal tu balik dia ada bagitau kawan saya supaya amalkan ayat2 dalam surah tersebut (yang dia mimpi sebelum tu). Kawan saya terkejut, sebab dia tak pernah ceritakan pasal mimpi tu kat sape2 pun sebelum tu. Bila Ila tanya kenapa, bilal tu jawab ayat2 tu ada kelebihan untuk dirinya.

Panjang cerita Ila ni. Nantilah sambung. Mengantuk dah. Kalau jumpa email dia nanti saya paste bulat2 kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bes pulak baca..danau tok uban tu katanya kota lama tp x nmpak..sapa yg nampak kota tu cita la kat sini..camne ghopenye...aku ada mata zahir je mata batin takdok...huhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 11:17 PM | Show all posts
amirezu posted on 17-7-2013 01:36 AM
Balik terawih tadi lupa lak nak sambung  Ok saya nak cerita mimpi2 orang yang contact saya lepa ...

ingat2 lupe lh kisah tred ni....kne refresh semule ni. amir, jgn lupe smbung citer pasal emel ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 12:57 AM | Show all posts
assalamualaikum,
berkenaan mimpi ni, sy nak tanya sikitlah, kalau mimpi pasal masa depan tu mcm mana ya?

kesahnye pasal tunang sy,
satu ketika dulu, dia pernah mimpi banjir besar. dia tinggal di grik, perak.area perak ni jarang2 banjir.

dalam mimpi tu, dia berdiri kt tebing tinggi. n dia nampak ahli keluarga dia dlm air.berenang selamat kn diri.
cepat2 dia selamat kan semua.sebab selain ada harta benda yg hanyut, dia nampak ada ikan jerung besar. huhu.

then, lepas beberapa bulan, tsunami.. lepas tu baru dia teringat mimpi tu.

beberapa bulan sebelum ni, dia pernah mimpi bergaduh dgn kwn india dia kt tmpt krja, namanya mani.mmg dorg bestfren.xpenah gaduh.tp dia mimpi gaduh. scene kedua,dia di kedai makan. sementara tunggu air sampai, tgk la berita kt tv. dia xpasti pasal apa..tp sesuatu yg teruk, then dia terus nk blah dr situ. kebetulan air sampai. rupanya india jugak yg hantar.huhu

india tu tanya,mana dia mau pigi.
tp tunang sy xjawab. dia cuma tunjuk arah tv dan blah. esoknye, india tu cari dia balik.n bgtau berita tu xbetul.then dia trjaga.

btw,minggu lepas rasanya kecoh isu perkauman di facebook.ttg melayu n india bergaduh teruk. siap ada gambar kelar2..sy sent kt dia gambar tu.lpas tu terus dia teringat mimpi tu.

tunang sy ni jenis jarang mimpi.tp kalo dia mimpi tu, kadang mesti jadi. selalu bila bgun tidor, dia xdpt ingt mimpi tu.tp dia tau dia ada mimpi sesuatu. mimpi tu pun kadang2 dh lama.tp bila benda tu jadi, baru dia teringat.

byk lagi kesah mimpi dia.tp xingat ler.pasal politik pun ade.tp xbole cerita..kikiki..!
btw,bkn pasal masa depan je. kadang2 pasal hubungan kitorg pun dia ada mimpi. selalunya kalo sy rahsiakan sesuatu dr dia..contohnya mcm ex sy request friend kt fb...sy xdala nk report kt dia.tp esoknye, dia bgtau dia mimpi sy jumpa blk ex sy.deting mkn kfc.. lepas je dia cerita, cepat2 sy block ex sy tu. hoho.
sebenarnya dh byk kali jd. xdala semua pasal ex. cuma pasal benda2 yg boleh menggoyahkan hbgn kitorg..hambui...!! wakaka..!

tu ler,kadang sy pk mungkin dia mimpi tu sbb naluri je. tp risau jugak kot2 ada saka ke,jin ke, tp jin bole tau masa depan ke? ataupun mimpi2 tu mungkin cuma alamat je.
dia pun xpenah menuntut apa2.silat ke,ape ke.tomoi ada.tp zaman sekolah dulu.. dia memang xada apa2 kelebihan..cuma lurus aje. huhu. btw, dia anak sulung. n keturunan bugis.agak2 ada saka jugak ek?

mohon pencerahan pd sape2 yg nk bg pendapat.. ツ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2013 03:19 AM | Show all posts
no46 posted on 17-7-2013 04:46 PM
Bes pulak baca..danau tok uban tu katanya kota lama tp x nmpak..sapa yg nampak kota tu cita la kat s ...

betullah tu menurut cerita danau tok uban ni tempat terletaknya Kerajaan Kelantan Purba yang dikenali dengan nama Kota Chermin. Kota Chermin ditenggelami air masa berlaku bencana alam, maka jadilah Danau Tok Uban. dulu masa zaman kegemilangan Kota Chermin ni kat situ dijadikan pusat perdagangan. banyak kapal yang singgah. maknanya masa tu pun dah ada laut. sejak berlakunya bencana alam, Kota Chermin tenggelam, pusat perdagangan ni ditutup sebab kapal dah tak boleh masuk. dikatakan jugak lepas tu barulah wujudnya Selat Melaka yang jadi pusat perdagangan baru pada masa tu.

betul ke tak, wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 03:20 AM | Show all posts
edoraixora posted on 17-7-2013 11:17 PM
ingat2 lupe lh kisah tred ni....kne refresh semule ni. amir, jgn lupe smbung citer pasal emel ni y ...

boleh baca dari awal insyaAllah nanti saya paste email tu ye. sibuk sikit nak siapkan kerja klien sekarang ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 03:25 AM | Show all posts
yayan_froggy90 posted on 18-7-2013 12:57 AM
assalamualaikum,
berkenaan mimpi ni, sy nak tanya sikitlah, kalau mimpi pasal masa depan tu mcm ma ...

sama ada betul2 mimpi masa depan atau dejavu. kalau dejavu ni bila berlaku sesuatu peristiwa/keadaan dia rasa macam pernah mimpi peristiwa/keadaan tu. sekadar rasa2 jelah. masa sekolah dulu selalu jugak saya dejavu ni.

tapi kalau mimpi masa depan, saya sendiri pernah. masa tu saya mimpi something, bila sedar saya ingat lagi mimpi tu. sampailah berlaku peristiwa yang sama macam dalam mimpi. tak silap saya baru 2 kali.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
yeke? dejavu dlm mimpi pun ada eh.sy engt bnda yg btol2 td brlaku 2x. byk kali jd cmtu.xmimpi pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.164797 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list