blackberry90 posted on 8-9-2012 07:41 PM
tu la pasal.....dahlah dia tu malas nak melayan peminat kat Fanpage dia....kalo respon pun sepatah ...
followers ciput bukan bermakna peminat dia x ramai, hafiz ni kan slow sket peringkat mula dulu, x tau lah sbb aper, sbb dia bukan org semenanjung ke??? tp lepas berjaya dpt best vocal 2 thn berturut2 kat ajl dulu rasanya dia dah kumpul peminat, cuma mungkin peminat dia jenis yg x aktif berfb
hafiz pernah masuk forum ni ke???? based on my pembacaan rasanya macam ada je org terdekat hafiz kat forum ni, suruhlah hafiz tu rajin2 balas mesej peminat dia kat fanpage 2, atau dia sibuk sgt kut tu yg x sempat nak beramah mesra ngan peminat kat fanpage 2, tak pun Along aje lah yg nasihat kan dia....
btw...aku tak pernah suka dgn jawapan Adira pasal isu ni...dia tak pernah nak bagi apa2 kenyataan yg memihak kpd Hafiz...asyik nak menegakkan yg dia tu bukan pengkid dan nak memenangkan pengkid a.k.a BFF dia tu je...kesian Hafiz bercinta dgn pompuan mcm ni...tak reti nak menghargai pengorbanan org....
Along_XX posted on 8-9-2012 10:40 PM
ex-gf pun dah mula claim Hafiz kaki pukul.....ni ex-gf terkini ye? hehe.....suka mereka-cipta bend ...
hisshhh....ye ke?....pompuan jenis apa dia tu?...ni mesti gara2 Hafiz dah putus dgn dia agaknya....silap2 ada wartawan yg tulis nanti....mesti dorg akan percaya dgn cerita rekaan pompuan saiko yg sekor ni berdasarkan kes Hafiz dgn pengkid tu...
aku harap Hafiz tak payahlah nak bercinta dulu....fokus je kat karier yg tgh berkembang....kang tak pasal2 jatuh tersungkur gara2 pompuan saiko....tak berbaloi dibuatnya....
kasutburuk posted on 8-9-2012 10:47 PM
belasah la sgt....bunyi macam parah jer....adira pun x menjawab soalan...
mana pernah dia menjawab soalan wartawan pasal kes ni selama ini pun?....asyik Hafiz je kena jawab...dan aku pasti Hafiz ada menyimpan citer yg sebenar...mgkn dia tak nak mengaibkan org lain...bak kata dia dulu..."kalo takde angin mana kan pokok bergoyang"...(kecuali ada berok atas pokok tu...)...kalo aku di tempat Hafiz aku bukak je citer dlm kain dorg....biar smua tanggung malu....