|
Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)
[Copy link]
|
|
cik.nana posted on 5-12-2014 11:23 AM
Jadi pengiring kot...
untung la ada bodigad balik dari town
|
|
|
|
|
|
|
|
sharifa82 posted on 5-12-2014 08:50 AM
Sha UiTM Merbok. Mmg banyak cerita kan kalau Uni ni. Tak kira la kat mana sekalipun. Tapi ...
Pernah pegi sekali uitm merbok ni..visiting..makk aii dia pnye ke dalam tu..dengan hutan keliling uitm ni.. pasrah aje la yg study situ..
|
|
|
|
|
|
|
|
nomey posted on 3-12-2014 03:41 PM
beraninya benti hentian gua tempurung tu. Aku slalu lalu siang hari pun, xsanggup nk benti singgah ...
Terpaksa sebab member tak tahan dah. Karang membuang dalam kereta, lagi naya
|
|
|
|
|
|
|
|
CikYaw posted on 5-12-2014 01:51 PM
Pernah pegi sekali uitm merbok ni..visiting..makk aii dia pnye ke dalam tu..dengan hutan keliling ...
Adik cik nana, Si Angah pernah belajar UiTM Merbok tu. Dia kena gangguan manja-manja je.
|
|
|
|
|
|
|
|
mak aiiii.. seram sungguhh... penakut tp nak baca jugak... heeheee...
|
|
|
|
|
|
|
|
cik.nana posted on 3-12-2014 12:22 PM
Assalamualaikum korang semua! Ok, sekarang dah ada di KK, malam ni flight balik. Badan udah sengal-s ...
Xde story pelik tym daki gunung?... Ada kwn penah tym turun gunung, dr 1 pondok ke pondok seterusnya mcm lalui jln tu 2x. Taktau la perasaan sheols ke tak. Aku lak tym turun (laban rata ke timpohon) tu mmg pandang depan jek. Taknak pndg kiri kanan. Sbb fhm2 la, ada masa jln tersama sama ngan kwn2 atau pdaki lain. kdg2 jarak weols jauh antara satu sama lain. Tp, kuatkan smngt je la. |
|
|
|
|
|
|
|
hijau88 posted on 5-12-2014 04:28 PM
Xde story pelik tym daki gunung?... Ada kwn penah tym turun gunung, dr 1 pondok ke pondok seterusn ...
Time daki gunung, tak jadi kat diri sendiri tapi jadi kat member. Belum dapat lampu hijau lagi nak cerita. Member tu sampai hari ni masih MC sebab demam.
|
|
|
|
|
|
|
|
CikYaw posted on 5-12-2014 02:52 PM
Kisah yg ni seram ok.. ... menyerigaii?! naseb la pak gad tu.. kena handle scene seterusn ...
Pak Guard dah biasa gamaknya. Siap kalau kitorang bertembung dengan dia, dia boleh buat lawak "Haa, jaga-jaga satgi ada yg ikut balik!"
|
|
|
|
|
|
|
|
cik.nana posted on 5-12-2014 04:44 PM
Time daki gunung, tak jadi kat diri sendiri tapi jadi kat member. Belum dapat lampu hijau lagi nak ...
Waduhhhh. Kesiannnn. Fhm2 la kan klu hutan keliling kan. |
|
|
|
|
|
|
|
CikYaw posted on 5-12-2014 01:51 PM
Pernah pegi sekali uitm merbok ni..visiting..makk aii dia pnye ke dalam tu..dengan hutan keliling ...
mmg terbaik keadaan kat sana tu. Sha pernah kene dengan gula2.
Ada satu hari tu, Sha balik dari studio dalam pukul 1. Sha budak art & design.. Asrama plak jarak dlm 20min jalan kaki dari studio. Kene lintas cafe dan padang. Masa ni part 1, dlm pale suci lagi..tak der pikir yg scary mary. Dengan tiada perasaan, Sha dan kawan Sha seramai 3 org berjalan kaki balik ke bilik memasing. Bilik Sha paling ujung dan paling atas *tingkat 4.
Sesampai je kat bilik, Sha tekan loceng bilik sbb tak bawak kunci. *saje buh loceng, senang katanya tak yah ketuk pintu. Roomate Sha belom tido lagi sbb time tu minggu study, so mereka berborak dulu tapi dah get ready la nak tido. Lepas roomate Sha buka pintu, Sha masuk la mcm biasa, then mereke tercengang pandang Sha tp tak bertanya apa2. So Sha assume tak der bende la kan. Sha pun tido la mcm biasa tanpa ada gangguan.
Esok paginya bila semua dah bangun and roomate Sha tgh dok study. Salah seorang dari mereka tanya kat Sha, "kenapa akak malam tadi tak ajak kawan akk masuk sekali..?" Sha tanya balik "kawan mana? kan akk balik sorang semalam." kami tercengang.
Salah sorang dari roomate "malan tadikan akk balik berdua, tp dia asik tunduk je. Tak pandang depan pun. Tapi kan akk..dia mcm sama je ngan akk. Dari baju sampai la ke bekas lukisan yang akk bawak. Semua nya sama..tp kami tak terlintas apa2 pun mlm tadi." bercerita dlm muka cuak.
Sha cuma pesan kat mereka lepas apa yang terjadi tu.."Alhamdulillah malam tadi, masa nak masuk bilik ni akk ada selawat 3x n baca lahaulawala...1x. InsyaAllah..apa yang ikut kita akan tertinggal di muka pintu shj"
Banyak lagi sebenar nya kejadian2 kat asrama ni. Tapi semua tu biasa2 shj. Yang dugaan nya, kalau di kacau sepanjang hayat. Allahuakbar.
Hehehehe..terpanjang plak.
Semuanya hanya Allah yang tahu...
|
|
|
|
|
|
|
|
sharifa82 posted on 6-12-2014 12:09 PM
mmg terbaik keadaan kat sana tu. Sha pernah kene dengan gula2.
Ada satu hari tu, Sha b ...
perghhh serammmm tu sha...gulppp! |
|
|
|
|
|
|
|
park lagi sementara tunggu new story |
|
|
|
|
|
|
|
parking dlu... nak tunggu update baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 13 - 'Roomate' Tak Dijemput
Ada satu masa ni, ada staf opis aku kena pi join satu program kat JB. Asalnya orang lain dah dipilih. Tapi saat-saat akhir, dia terpaksa tarik diri sebab wife bersalin awal. Jadinya, akulah yg kena menggantikan tempat mamat ni. Eh pergi jalan-jalan free, siapa yg tak nak kan? Aku pun joinla lagi 3 orang budak opis pergi program anjuran satu kementerian ni. Bertolak hari Jumaat pagi dengan bas yg dah disediakan. Ramai jugakla peserta yg ada hari tu. Kebanyakan jenis friendly je, so takla rasa macam takleh masuk ke apa. Rupanya aku ni antara peserta yg termuda, so selalu je aku kena buli/usik. Yang duduk 1 bas pulak jenis yg huha punya spesis. Masa ni lah aku kenal dengan Abg Faiz, Kak Wan, Kak Intan, Abg Jep, Abg Dol, dan Kak Lis.
Sampai JB dah lewat petang, bas terus ke hotel. Sekali aku tengok hotel, woah, hotel 5 star rupanya. Kemain kau. Aku panggil Hotel P je lah ye. Pepandaila korang teka hotel mana. Sampai kat hotel, pihak penganjur bagi kunci bilik dan rooming list. Aku dapat 1 bilik dengan budak opis aku, Suzie. Bilik kemain besar lagi. Lepas simpan barang tu, kena turun untuk dinner dan acara suai kenal. Tapi Suzie ni tak sedap badan katanya. Dia takleh jalan jauh-jauh, mabuk darat katanya. Dia telan Panadol 2 bijik lepas tu dia kata nak tidur. Aku pun turun la seorang diri ke ballroom. Kat dalam lif, aku bertembung dengan Abg Faiz dan Abg Jep. Diorang duduk satu floor dengan aku rupanya. Dalam lif tu, kitorang borak-boraklah.
Abg Jep: Korang tau tak, hotel ni kan, keras sikit.
Abg Faiz: Laaa... memangla keras, dah buat ngan simen ngan batu.
Abg Jep: Bukan keras tu la, bongok.
Aku: Alaa Abg Jep, takmola cerita benda-benda tu. Tak syiok jadinya.
Abg Faiz: Eh, hotel 5 star pun angker jugak ke?
Abg Jep: Apa ko ingat setan jin ni kisah pulak 5 star ke 3 star?
Tak sempat borak habis, lif dah sampai kat bawah. Habis dinner dengan acara suai kenal ramah mesra, Kak Wan ajak kitorang jalan-jalan sekitar bandar JB. Aku ikut je lah geng-geng ni pergi ke City Square. Jalan kaki je pun sebab tak jauh dari hotel. Dah jalan-jalan, lepak-lepak kejap, kitorang pun balik bilik. Masa dalam lif tu, sempat Kak Wan ajak aku datang bilik dia sebab dia tidur sorang je. Takut, katanya.
Sampai bilik tu, aku tengok Suzie masih lagi tidur. Aku ada belikan Suzie set cheeseburger McD, takut dia kelaparan pulak. Masuk bilik, aku mandi-mandi, siap nak tidur. Aku keluar bilik air, Suzie baru bangun. Muka sememeh je.
Aku: Sakit kepala lagi?
Suzie: Dah ok. Aku lapar ah. Ko dah makan?
Aku: Dah. Tu aku belikan cheeseburger untuk ko.
Suzie: Eh, terima kasih! Sayang kat ko.
Suzie dengan muka tak basuhnya, terus duduk bersila atas lantai, buka plastik. Sambil dia makan tu, aku bukak TV, tengok apa rancangan yg ada.
Suzie: Eh, Nana, tadi apsal ko bukak TV kuat sangat? Aku nak tidur pun tak senang.
Aku: Bila masa pulak?
Suzie: Tadi la... masa aku tengah tidur. Kuat betul TV ko bukak. Lepas tu dok pindah channel sana, pindah channel sini.
Aku kerut dahi. Masa bila pulak aku bukak TV ni? Lepas simpan barang, aku terus turun kot. Tak naik-naik langsung bilik. Aku diam ajelah, tak cakap apa. Tiba-tiba telefon aku berbunyi, mesej masuk. Kak Wan hantar mesej, ajak aku temankan dia kat bilik.
Aku: Suzie, aku nak gi bilik Kak Wan ni. Ko nak ikut?
Suzie: Tak nak ah. Aku nak mandi. Ko gi lama ke?
Aku: Tak sure. Kalau agak-agak ko nak tidur dah, mesej aku sepatah ok?
Suzie: Bereh.
So aku pun naiklah satu level pi bilik Kak Wan. Bila aku sampai bilik Kak Wan, aku tengok Kak Intan ngan Kak Lis pun ada. Tapi yg aku pelik tu, Kak Wan dok menangis. Dah kenapa pulak? Aku tunggu tangisan Kak Wan reda, baru aku aku tanya kenapa dia menangis.
Kak Wan: Tadi akak balik bilik, terus pi mandi. Masa dok mandi tu, dengar puk pak puk pak macam orang pukul lantai dengan selipar getah kat luar bilik air. Akak tengok takde apa pun. Lepas tu, akak dok basuh muka kat sink, angkat kepala tengok ada lembaga hitam besar gila belakang akak. Akak pun menjerit la, nak lari keluar bilik air. Sekali pintu bilik air takleh bukak.
Ternganga aku dengar cerita Kak Wan. Teringat balik perbualan aku dengan Abg Jep dalam lif lewat petang tadi. Lepas tu aku teringat Suzie cakap yg dia dengar bunyi TV kuat gila. Alamak. Takkan hotel ni berhantu kot?
========================
Sat, bos panggil...
|
|
|
|
|
|
|
|
nak smbungannn....
|
|
|
|
|
|
|
|
cik.nana posted on 9-12-2014 03:08 PM
Kisah 13 - 'Roomate' Tak Dijemput
Ada satu masa ni, ada staf opis aku kena pi join satu program k ...
Kat Hotel P tu kan ada tokong.. sgla mak nenek atok di simpan dlm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
===================
Kak Wan sambung lagi cerita dia...
Kak Wan: Dua tiga kali akak try bukak pintu bilik air, sampai dah menangis-nangis dah, barula terbukak. Terus akak call Kak Lis datang sini.
Aku: Habis, yg akak SMS saya tu bila pulak?
Kak Wan: Itu sebelum akak nak mandi. Akak dah rasa semacam masa tu, rasa macam akak diperhatikan je.
Kak Intan: Ish, seram sejuk aku! Ko ni lagila, tidur sorang pulak tu. Meh tidur bilik aku ngan Lis lah!
Kak Wan: Aku pun pikir camtu jugak la. Ko tak nak temankan akak ke, Nana?
Aku: Abes, roomate saya, siapa nak teman?
Dan aku ceritakan pada kakak bertiga tu tentang bunyi TV yg didengari Suzie. Habis je aku bercerita, TV bilik Kak Wan tiba-tiba menyala sendiri. Terkejut beruk kami berempat. Cepat-cepat kami tinggalkan bilik Kak Wan. Kak Wan ikut Kak Lis dan Kak Intan ke bilik mereka. Aku ambil keputusan nak balik bilik sendiri. Dalam lif tu, aku dah rasa meremang je bulu roma. Aku cuba tenangkan diri sendiri, baca apa yg patut. Sampai kat level aku, laju je aku jalan menuju ke bilik. Baru aku tangan nak ketuk pintu bilik, aku macam ternampak kelibat berlari di koridor bilik. Macam nak runtuh pintu bilik aku ketuk.
Baik-baik Suzie buka pintu, aku terus meluru masuk ke dalam.
Suzie: Eh, kau ni kenapa pulak?
Aku: Tak... takde apa.
Suzie: Gabra semacam je ni. Ni, Kak Wan call tadi.
Aku: Hah? Kak Wan call? Bila? Call mana?
Suzie: Call pakai telefon bilik. Baru je kejap tadi, tak sampai seminit pun. Dia suruh kau gi bilik dia.
Aku terdiam. Apa pulak Kak Wan suruh aku pergi bilik dia? Padahal tadi kitorang dah keluar dari bilik dia lepas TV tetiba on sendiri. Aku rasa macam tak best pulak. Aku pun SMS la Kak Wan.
Akak kat mane?
Kat bilik Kak Lis lah. Nape?
Akak ade call bilik saya ke tadi?
Ko duduk bilik mana pun akak tak tau. Nape nape?
Suzie kata akak call saya, suruh saya gi bilik akak tadi
Baik-baik aku send mesej tu, Kak Wan call aku.
Kak Wan: Ko biar betul, Nana. Akak takde call ape pun.
Aku: Suzie yg kata gitu. Mana saya tau kak.
Kak Wan: Eish, mengusik bukan main lagi ni...
Aku diam je. Aku jadi macam tak sedap hati jugak. Tapi aku tak kata apa pada Suzie. Aku naik atas katil saiz king yg dikongsi dengan Suzie. Aku cadang nak tidur je. Esok pagi program start awal.
Suzie: Nana...
Aku: Hmm...
Suzie: Tadi kan, masa aku mandi kan...
Aku: Hmm...
Suzie: Aku dengar suara ko panggil aku kat luar.
Aku terus bangun duduk, pandang Suzie kat sebelah aku. Riak muka Suzie resah.
Aku: Lepas tu?
Suzie: Aku bukak la pintu, tapi tengok takde sape pun.
Aku: Then?
Suzie: Aku tak pikir sangat. Aku ingat, mungkin mainan perasaan aku. Tapi lepas tu, bila aku sambung mandi, aku dengar bunyi TV kuat sangat. Lepas tu macam tukar-tukar channel.
Aku: Apsal ko tak call aku?
Suzie: Sebab aku malas nak ambil kisah benda-benda macam ni. Aku anggap je macam takde apa-apa jadi.
Berani jugakla Suzie ni. Kalau aku, silap-silap aku dah berlari keluar bilik. Aku ajak Suzie masuk tidur je. Aku tidur tak berapa lena malam tu. Aku rasa macam selimut aku ditarik-tarik. Aku ni dahlah trauma selimut kena tarik lepas yg kena dengan 'Cik Ton' tu. Kadang-kadang aku dengar macam orang jalan ulang-alik di sebelah katil bahagian aku tidur. Tapi aku abaikan je semua tu. Aku pejamkan mata dan berdoa minta Allah lindungi aku dan Suzie. Alhamdulillah, sampai Subuh tu, takde benda serius yg jadi. Rupanya Suzie pun tidur tak berapa lena sebab dia pun rasa selimut dia ditarik-tarik.
Pagi tu, kami turun ke bawah nak bersarapan. Sekali lagi bertembung Abg Jep dan Abg Faiz. Aku tengok Abg Jep macam orang tak cukup tidur je. Siap mata lebam macam panda.
Aku: Abg Jep tak tidur ke apa semalam?
Abg Jep: Nak tidur macam mana...
Aku: Napenye?
Abg Jep: Nanti kat bawah aku cerita.
Dah ambil breakfast, aku duduk di meja bulat dengan Suzie, Abg Jep, Abg Faiz dan kakak tiga orang tu. Kak Wan mula-mula cerita insiden dia semalam, lepas tu aku tambah pasal kisah aku dan Suzie.
Abg Jep: Aku kata dah, hotel ni memang keras.
Kak Wan: Apa jadi kat korang?
Abg Faiz: Aku tak kena apa pun. Tidur lena siap. Ni Si Jep ni ha yg kena.
Aku: Abg Jep kena kacau ke?
Abg Jep: Kacau tak kacau la. Ada ke 'dia' angkat aku letak dalam bath tub!
Hah!? Okey, masa ni kami gelak besar. Sebab apa? Sebab Abg Jep ni, orangnya berbadan besar. Bila dia kata orang angkat dia letak dalam bath tub, agak lawak la di situ.
Abg Jep: Korang gelak, gelak! Aku letih tau tak, berpindah tempat tidur sepanjang malam.
Kak Lis: Hang tak sedaq ka bila hang kena angkat tu?
Abg Jep: Aku mana sedar. Memula tu, aku dah terlelap. Lepas tu aku rasa macam apa hal sejuk semacam je. Selimut aku pun hilang. Aku sedar-sedar aku dah duduk dalam bath tub.
Kak Intan: Kau ni mengigau kot, Jep. Basuh kaki tak sebelum tidur? Baca doa tak?
Abg Jep: Tak pernah-pernah aku mengigau masa tidur, Cik Intan oi!
Aku: Sekali tu je ke kena?
Abg Jep: Sekali apanya. Dah aku naik tidur atas katil balik, dia angkat aku letak tang lain pulak. Kejap kat hujung katil, kejap kat sofa.
Kak Lis: Gagah perkasa dia nooo, boleh angkat-angkat hang. Dah tu hang tak sedaq ka, Faiz?
Abg Faiz: Aku sedar pun lepas dia kejut aku, suruh tukar tempat tidur.
Abg Jep: Aku mintak tukar la, kot-kot aku tersalah tidur tempat dia ke. Tapi dah tukar pun, sama jugak.
Aku: Eh Abg Faiz tak kena pulak?
Abg Faiz sengih je sambil geleng kepala. Pelik gak aku. Apasal Abg Jep kena kacau, Abg Faiz tak kena? Musykil sungguh.
====================
|
|
|
|
|
|
|
|
cik.nana posted on 9-12-2014 06:00 PM
===================
Kak Wan sambung lagi cerita dia...
Abg faiz tu ade sesuatu kah?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|