CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

MATco polo...travel corner.......anything pasal travel

 Close [Copy link]
Post time 17-4-2006 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 17-4-2006 03:39 PM

yes, nice eh..

slope tu kalau takde kerja boleh buat training skateboard



rumah gini eh, kalo bukak tingkap, kalo panas terik, mata hari tak masuk ...
then kalo hujan pun, tak tempias pasal ada berandah gitu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2006 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by Makeupfairy at 17-4-2006 02:35 PM
Ni gambar2 from Spain and Portugal yang my husben went to recently.


Streets of Spain

http://i61.photobuc ...


wahh makeupfairy bestnya :clap: D belum pernah ke Portugal.. but your hubby punya aunt place memang lawa... sejuk mata memandang bestnyerrrrr.... thanks for sharing....

korang jangan gelak arrr D baru perasan ada thread ini on travel... all this while tak pernah nampak ... ishhh nampak benar jarang masuk bod ini dan belek thread... nanti D upload my blog notes on some travel notes and pics
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by Makeupfairy at 17-4-2006 03:45 PM


Portugal I dunno plaks.  Tapi my husben mula2 ajak pindah was to Holland Netherlands.  Kat sana ader banyak muslim jugak.  Ada kedai meat halal, ada masjid. Kedai makan halal pun ader.  Tapi ke ...


betul tu try jual nasi lemak yang simple2 sure lakuuuuu... yang important kena cari kedai jual daging halal... and mostly kalau da restaurant atau kedai makan halal for sure middle eastern punya masakan... kena tukar selera sikit ... Holland teringat kat bunga tulips lawaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 04:56 PM | Show all posts

Sightseeing in Mumbai, India - (Part 1)

Ini D tulis untuk Resipi.Net... masukkan dalam my private blog, tapi untuk tujuan sharing, dalam banyak2 negara yang D suka pergi... India menjadi pilihan first because of the food and the people just make me feel homely ...

Mungkin ada diantara kawan2 yang masih ingat tahun lepas sebelum D kemalangan di Rome D kena pergi bekerja di India.  Waktu itu tak silap RN baru berapa bulan umurnya... D tak terfikir pula hendak berkongsi gambar2 tersebut disini.  

Harap jangan fikir D ingin menunjuk2 tapi D sekadar berkongsi apa yang D lihat dan juga ambil ikhtibar darinya dan suasana disana.  India kebanyakkan waktu kerja D memang D kesini, dari Mumbai, New Delhi, Kerala, Kochin, Goa, Shimla, Coimbatore.. D pernah jejakkan kaki ini.  Antara yang D suka tentang India sewaktu D kena posted bekerja disini adalah persahabatan D dengan kawan2 disini.  Antara mereka masih D hubungi dan kebanyakkan sudah pun berumahtangga dan mempunyai keluarga.  Seronoknya, boleh dikatakan kawan2 D di India ini pandai2 belaka.  Kebanyakkan mereka bekerja dalam bidang IT, dengan syarikat yang ternama seperti Wipro dll.  Motivasi mereka untuk belajar D pun kalah memang D tabik spring.  Cara mereka memajukan diri mereka dalam bidang yang mereka ceburi memang fantastic.  D sendiri lost at words macam mana mereka boleh ada daya ketahanan sebegitu.  

Sewaktu D di Indialah, D mengetahui tentang adat dan juga cara selok belok mereka hidup disini.  Boleh dikatakan India banyak orang2 miskin, pertama D disini memang ada culture shock dimana kemana D jalan ada kanak2 yang meminta sedekah.  Rasa sedih, hiba macam nak menangis pun ada.  Selalu yang D lakukan kalau nak kasi duit banyak budak2 ini.  Nanti D akan beli laa manisan dan bila mereka datang D akan berikan manisan2 tersebut. Dan D tak dapat bayangkan bila mereka menerima manisan tersebut mata mereka bersinar macam ada kehidupan baru dalam diri mereka.  Disini selalu D menitiskan airmata.  Lama juga D terperanjat dengan keadaan ini tapi dalam masa sebulan D dah boleh menerima segalanya.  Lihatlah gambar Children in Mumbai, antara kawan2 baru yang D jumpa ... Ceriakan airmuka mereka, walaupun kehidupan mereka amatlah sederhana.  Dan ada kecil2 lagi sudah bekerja seperti gambar Mumbai Boy Butcher.

Lihatlah kehidupan di Mumbai, D memang snap gambar ini kerana waktu itu D email kepada my kazen kerana India bukan hanya ada Taj Mahal dan bukan semuanya indah tapi ada juga yang hidup dalam serba sederhana .. Lihatlah gambar Mumbai Streets... dan juga gambar menjual pisau2 gambar Mumbai Knife Shop.

Satu tentang rakyat India mereka tidak lokek memberi senyuman ataupun posing bila D hendak mengambil gambar mereka.  D ada pergi kesebuah Masjid lawa architecturenya gambar Mosque 1 dan Mosque 2 dan gambar yang paling D suka adalah bila 2 orang kanak2 Islam melambaikan tangan kepada D .. Gambar baru balik masjid..

Dan juga 2 gambar terakhir seorang wanita punjabi sedang menaiki motor, yang menarik perhatian D adalah buah2han yang tergantung pada gerai dibelakang dan juga India tidak lekang dengan bunga-bungaan.. sana sini bunga salah satu yang diperlukan sewaktu mereka pergi ke kuil dan upacara2 adat mereka yang lain.

- Sambungan Part 2 (Penjual di jalanan)

  

  

  

  

[ Last edited by  DianaA at 17-4-2006 05:08 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 04:59 PM | Show all posts

Stall by the Streets - Mumbai, India (Part 2)

Inilah sebahagian penjual2 dijalanan yang sempat D snap gambarnya....

Dari penjual kurma... macam2 jenis kurma ada juga tidak lekang senyuman dibibirnya bila D mengambil gambar kedainya....

kepada seorang wanita yang menjual sayur-sayuran dipasar...

kepada penjual jagung, sempat dia posing dengan jagung untuk D ...

dan seorang wanita yang sedap keluarkan biji2 jagung ..

dan yang terakhir penjual2 buah-buahan sungguh menarik sekali berwarna warni... dan untuk pengetahuan kawan2 D amat suka mangga India, manisnya nikmat.  D pernah pergi kerumah seorang teman namanya Gopi di Andra Pradesh, sambutan dari keluarganya sungguh D rasa terharu dan dirumah Gopi ada 3 batang pokok mangga yang tengah masak ranum.  Gopi pun pelawa D untuk makan mangga India disitu D dapat rasa nikmat memetik buah mangga dan makan disitu juga sedap sungguh!!! sampai sekarang D masih ingat dimana D makan 3 buah mangga pada satu masa, waktu itu malu sudah tidak kira lagi kesedapan mangga itu yang D cari hehe...

- Sambung Part 3 - (Food Galore dan Thirst Quencher)


  

  

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 17-4-2006 05:04 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 17-4-2006 04:47 PM


wahh makeupfairy bestnya :clap: D belum pernah ke Portugal.. but your hubby punya aunt place memang lawa... sejuk mata memandang bestnyerrrrr.... thanks for sharing....

korang jangan gelak a ...



thank you so much......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2006 05:04 PM | Show all posts

Food Galore dan Thirst Quencher - Mumbai, India (Part 3)

D dah tunjukkan cara kehidupan di Mumbai, haaaa inilah masanya dah kita selalu bercakap tentang masakan dan resipi.  D nak tunjuk pula kedai2 yang menjual aneka jenis makanan di Mumbai...

1)  India Street Snacks - ada jual samosas dan macam2 lagi aneka jenis makanan sampingan... D cuba parotha roll, macam cepati dan ada inti kentang macam masala thosai.. kemudian cepati itu digulung dengan inti tersebut... sedappppp....

2)  Sweet Frying - beliau tengah menggoreng satu manisan banyak sekali pada satu masa... D tak pulak merasa tapi fascinated dengan cara beliau goreng manisan tersebut relaxx aje gitu... kalau D dengan kuali besar penuh minyak mungkin dah kelam kabut takut minyak satu hal takut kuih hangus lagi satu hal haha...

3) Paneer Hanging - sambil D jalan2 di Crawford Market... ada nampak satu bungkusan besar tergantung macam berat sangat kalau jatuh kedebuk sure pecah... Mula2 D ingat tepung bila D hampir tengok ingatkan tepung atau gula atau garam tapi orang kedai tu sengih semacam.  D pun tengok apa benda, lepas tu nampak kedainya ada macam2 cheese dan bila D tanya Paneer??? Dia angguk2 haaa betullah tekaan D Paneer... ala yang kita buat Palak Paneer.. Bayam dengan cheese ini... sikit hari adik Sarah Jasmine kita minta resipi dia suka makan katanya... cakap pasal Sarah Jasmine mana eh adik kita sorang senyap je?? Sibuk ke?? Kak Hamidah (Honda), Sarah apa khabar ooiiiii??

Keju Paneer ini diperbuat dari susu yang kita masak dan kemudian campurkan dengan cuka/ jus lemon sehingga ia berkental gitu.  Gunakan kain muslin untuk kita pisahkan cecair dari ketulan keju paneer tersebut. Ada juga yang hempapkan dengan benda berat untuk mendapat panner yang mudah untuk dipotong dan digunakan....

4)  Gulab Jamun - mesti ramai yang telah tahu manisan Gulab Jamun ini... D pula tak berapa gemar sebab ia terlalu manis dan rasa susu itu yang buat D tak berapa minat.. tapi orang2 disini memang suka... kalau dapat makan fresh2 haaa tengok tu gambarnya...

5) Pao Bhaji (Indian Pizza) - woooooo ini favourite D memang sedap pizza omputih pun kalah... sekali D kalau beli bawak balik hotel 2 keping lepas tu boleh megular atas katil sambil tengok TV sambil D mamam hehe teruk eh D... Pau Bhaji ini D suka sebab cara dia masak tomato untuk basenya tu memang very the sedap laaa... dah rotinya yang fresh tu... ishhh type nih pun sampai terasa kesedapan di tekak... Inti Pau Bhaji ini ada kentang, tomato, bawang, cili hijau, , daun kesum dan jus lemon... Haaa macam mana D tahu sebab D CSI balik aje hotel D pun operate Pao Bhaji satu2 D tengok bahan2nya tapi yang sedih rempahnya tu D tak tahu.. mengikut kata kawan D ada rempah untuk buat Pao Bhaji ini... tak pe D tak putus harapan nanti D nak tanya MIL D yang berasal dari India ada rezeki D nanti dapat resipinya boleh share kat sini...  Kalau nak cakap ada rasa macam Kebab tapi kebab ada inti daging/ ayam ini tak pure vegetarian kentang banyak kat dalam... Haaa tengok laaa gambar Pao Bhaji dan juga waktu mereka sediakan tomato base tu... sedappppp...

6)  Jalan2 lagi terjumpa kedai roti... Wahh yang kerja semua lelaki laaaa dan yang paling ketara kesamaan semua kain sudah ikat kat pinggan dah jadi half kain mereka sambil mereka mengguli, mereka mencanai dan membakar.  Jangan main2 woooo berapa orang kerja nak sediakan roti yang banyak.. bukan sikit... D pun cakap haaaiii take picture semua dongak kasi pose masing2... sebelum D beredar dapat 2 keping roti FREE... baik sungguh hati tokey kedai tersebut ... ntah2 dia ingat D reporter wakakakkaa... Bila D rasa wehh macam chapati tapi sedap laa fresh2 panas2 dapat makan.. ishh kalau ada kuah dal sedap nih....

7) Setelah penat berjalan haus pula tekak.. haa masanya untuk mencuba minumann disini... D so far tak ada problem bila minum di India... mula2 tu memang D bantai telan mineral water.. tapi lama kelamaan fuhh berapa banyak duit nak perabis beli mineral water.. mahal pun ya gak... jadi D beranikan diri... tengok kedai2 yang bersih seperti kedai yang menjual air lemon tuuuu D pun cuba laaa ehh sedapppp nikmat rasa masam2 sejuk kat tekak... air kelapa pun D minum... tapi yang paling D suka teh mereka dari teh masala kepada macam2 teh laaa... cara mereka buat kelasss.... alhamdulilah perut D boleh menerima tak ada la pulak meragam ... tengoklah gambar2 mereka jual air pula...

  

  

    

  

  

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

IntanBiduri This user has been deleted
Post time 17-4-2006 05:04 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 17-4-2006 04:59 PM
Inilah sebahagian penjual2 dijalanan yang sempat D snap gambarnya....

Dari penjual kurma... macam2 jenis kurma ada juga tidak lekang senyuman dibibirnya bila D mengambil gambar kedainya....  ...


Makeupfairy and D....

thanks for sharing the the lovely photos,
its so interesting and really very nice....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 17-4-2006 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 17-4-2006 04:59 PM
Inilah sebahagian penjual2 dijalanan yang sempat D snap gambarnya....

Dari penjual kurma... macam2 jenis kurma ada juga tidak lekang senyuman dibibirnya bila D mengambil gambar kedainya....  ...



i like to visit the wet market......the local delicacies i like to try too

...tapi kalo ada yang santan.....i scared sikit.

i pernah kena food poisoning kat phuket,urgghhhhh

my tour group ramai yang kena jugak.

[ Last edited by  matz_rockz at 17-4-2006 09:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 17-4-2006 04:59 PM
Inilah sebahagian penjual2 dijalanan yang sempat D snap gambarnya....

Dari penjual kurma... macam2 jenis kurma ada juga tidak lekang senyuman dibibirnya bila D mengambil gambar kedainya....  ...



weiii diana tampal2 lagi eh....

aku suka gambo gini, nengok gamba disneyland cam ok ok je la ...

tapi nengok2 gamba gini cam baru real eh...... india2 hidup gini nye.


mana yang lawa2 aku save kat hard disk ekkeekke, no copyright copyright eh...
tapi buat kenang2an aku je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 17-4-2006 05:04 PM



thank you so much......



matz ko ni thank you thank you...ko nye mana matz....

Aku nak nengok gamba amerika kalah vietnam war ....:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 17-4-2006 05:04 PM



thank you so much......


Abg Matz and IntanBiduri... its my pleasure... insyallah ada lagi D tampal kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 17-4-2006 05:08 PM



i like to visit the wet market......the local delicacies i like to try too

...tapi kalo ada yang santan.....i scares sikit.

i pernah kena food poisoning kat phuket,urgghhhhh

my tour  ...


Haa part ini kadang2 kena hati2 sikit... sebab tu mula2 D ke India asik telan mineral water je... in the end tawakkal je try minum dari kedai2 yang bersih2 sikit... at  last digestive system dah boleh terima... D so far tak ada problem... tapi kalau ada lalat2 terbang2 tu D elakkan... sometimes kita pun tak tahu cara mereka prepare the foods bersih ke tidak... tapi kalau kena food poisoning tu alahai
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 17-4-2006 05:25 PM



weiii diana tampal2 lagi eh....

aku suka gambo gini, nengok gamba disneyland cam ok ok je la ...

tapi nengok2 gamba gini cam baru real eh...... india2 hidup gini nye.


mana yang law ...


Betul tu Dep, D pun suka tengok lifestyle cara kehidupan masyarakat di negeri masing2... but India D dapat really feel at home no boundaries... budak2 kat sini so cute... siap ajar D main their games kat laman ... my happiest moment kat India with the kids around me...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 17-4-2006 05:32 PM


Betul tu Dep, D pun suka tengok lifestyle cara kehidupan masyarakat di negeri masing2... but India D dapat really feel at home no boundaries... budak2 kat sini so cute... siap ajar D main their ...



ya ya betul, aku pun fascinated kat India, sebab tu aku suka Little India on sunday...
cam ada something la eh....

dorang cam so happy eh walaupun kehidupan cam gitu...aku suka nengok2 documentary pasal india pun...

thank yewk, tampal lagi eh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 17-4-2006 09:55 AM
to look for halal food...very difficult.

normally kalo ada masjid,kat situ ada muslim punya tempat tinggal.

i read on the net....there's  a CENTRAL MOSQUE in ho chi minh.
the only info i hav ...


Ho Chi Minh ... bad experience... nak cari makanan pun susah... ... merana 2 minggu kat sini...
abg matz mesti your wife seram tengok mereka bawak motor ramai2 mengalah orang2 bawak basikal kat negeri cina...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 17-4-2006 08:58 PM | Show all posts



photo taken at war museum

ni bomb bomb yang di bawak on fighter plane

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 17-4-2006 09:01 PM | Show all posts


bomb ada yang beratus kilo...

yang berdiri besar tu about 8 feet i think

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 09:03 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 17-4-2006 05:04 PM
D dah tunjukkan cara kehidupan di Mumbai, haaaa inilah masanya dah kita selalu bercakap tentang masakan dan resipi.  D nak tunjuk pula kedai2 yang menjual aneka jenis makanan di Mumbai...

1)  I ...


wah besar nyer pizza tuuu... and i didnt noe paneer was that big also.. hehehe.. i pon suka palak paneer.. :pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 09:03 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 17-4-2006 09:01 PM


bomb ada yang beratus kilo...

yang berdiri besar tu about 8 feet i think


nice... :nerd:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058886 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list