CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freakyskinny

[V27]#FAZURA - bintangi Ayat-Ayat Cinta 2 #ohmyBRENDA #4thIndoFilm #FazbulousInJ

 Close [Copy link]
Post time 26-7-2017 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduradura replied at 26-7-2017 08:01 PM
Scene sheolls sikit2 je kot..ala2 scene nowa dlm SYTD2....

Scene nowa banyak kot dlm sytd2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 08:05 PM | Show all posts
Edited by tintalangit at 26-7-2017 08:08 PM

Okay jangan excited sangat yach!. Meols baru baca sinopsis Ayat Ayat Cinta 2 .

Watak Brenda tu macam tak banyak jer...

Tapi meols peduli apa...janji Kaka Faz terus mendonia.... AAC2 bukan filem picisan yach!

nihh share sikit sinopsis...


Lanjutan dari novel Ayat-Ayat Cinta yang berkisar mengenai Fahri, Aisha dan Maria di Mesir, Ayat-Ayat Cinta 2 (AAC2) bermula dengan kesedihan.
Fahri digambarkan menjadi tenaga pengajar di Universiti Edinburgh dan kehilangan Aisha yang ghaib selepas mengikuti misi kemanusiaan di Palestin.
Setelah segala usaha untuk menjejaki isteri kesayangannya itu gagal, lalu jadilah Fahri seorang suami yang digambarkan paling merindukan dan paling setia menanti isterinya.  


Tidak dinafikan, kerja paling sukar dalam penulisan novel ialah untuk membina plot, dari satu babak ke satu babak juga dari konflik demi konflik.
Jika watak itu hanya dua tiga orang, ia mungkin tidaklah terlalu mencabar, tetapi dalam AAC2, kita menemukan ramai watak.


Ada Paman Hulusi, Jason, Kiera, Sabina, Nenek Catarina, Baruch, Hulya, Brenda dan Aisha. Setiap satu watak mempunyai konflik tersendiri.
Daripada konflik itulah watak-watak AAC2 menggerakkan cerita.

Novel ini bagi saya bukanlah sekadar novel Indonesia tetapi novel antarabangsa yang ditulis dalam bahasa Indonesia. Kecuali Fahri dan Misbah, kebanyakan watak dalam cerita itu adalah dari Scotland, Turki, Britain dan Jerman.


Latar ceritanya saja bukan di Indonesia tetapi di Edinburgh. Agak mengagumkan kerana Habiburahman El Shirazy begitu fasih dan teliti menjelaskan setiap latar tempat yang ditempuh sesuatu watak. Dari satu jalan ke satu jalan dari satu lorong ke satu lorong.
AAC2 adalah novel yang mempunyai mesej dakwah yang amat jelas. Penjelasan mengenai sesuatu isu dibuat dengan teliti. Namun penulis mungkin mengambil terlalu banyak masa untuk menghuraikan sesuatu permasalahan sehingga ia nampak sedikit meleret-leret atau lewah.
Tanpa menafikan kehebatan sisi kepengarangan Kang Abik - nama lain untuk Habiburahman El Shirazy - ada satu perkara yang mahu diutarakan melalui watak Sabina.


Sabina adalah wanita yang ditemukan Fahri di luar masjid dan di tepi jalan kota Edinburgh sebagai pengemis yang bermuka buruk dengan suara serak.
Sabina tidak diketahui asal-usulnya atau mengapa wajahnya seburuk itu. Sebagai pengemis Sabina sering meminta-minta sehingga terakam wajahnya di dalam akhbar utama Scotland sebagai gambaran orang Islam yang "tidak bermaruah".


Hal ini dianggap oleh Fahri sebagai menjejaskan reputasi agama. Untuk membersihkan nama agama dalam kalangan masyarakat Ediburgh selain mahu membela nasib Sabina, Fahri membawa dia ke rumahnya.
Sabina ditempatkan di ruang bawah tanah dan tinggal bersamanya di dalam rumah yang turut didiami oleh Paman Hulusi dan Misbah.
Selama bertahun-tahun Sabina hidup di rumah itu membawa segala tingkah laku Aisha. Meskipun Fahri kadang-kadang menyedari persamaan yang dimiliki oleh Sabina dan Aisha - iaitu dari segi tingginya, rampingnya, teh yang dibancuh, makanan yang dimasaknya, bacaan al-Qurannya - namun langsung tidak terlintas mengesyaki identiti Sabina.


Sabina ni pula, bertahun-tahun duduk serumah, tidak pernah terfikir untuk memperkenalkan dirinya.
Sepanjang hidupnya di rumah Fahri Sabina selalu mencuri-curi saja gerak laku Fahri sehinggalah dia sendiri menyaksikan Fahri terbuka hati untuk berkahwin dengan Hulya (sepupu Aisha) dan menyaksikan di depan matanya bagaimana mereka bersenda gurau, hidup bahagia dan mendapat cahaya mata.
Siapa sebenarnya Sabina? Mengapa Sabina mempunyai banyak persamaan tingkah laku dengan Aisha dan mengapa dia sering terhendap-hendap dan mencuri-curi pandang perlakuan Fahri?


Jawapan kepada pertanyaan di atas bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan cuma mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan.
Mengapa Fahri tidak dapat mengagak yang Sabina adalah sebenarnya Aisha yang hilang di Palestin?
Mengapa Aisha tidak mahu memperkenalkan identiti kepada suami yang amat mencintainya?


Adakah wajah Aisha terlalu buruk (akibat peristiwa di penjara Israel) sehingga dia menganggap dirinya tidak layak untuk seganding dengan Fahri?
Bukankah Fahri seorang yang sangat baik akhlaknya malah terlalu sempurna untuk menolak isteri sendiri hanya kerana wajahnya yang buruk?
Mengapa Aisha tidak terus menghubungi Fahri sebaik terlepas dari penjara Israel?


Mengapa Aisha perlu berjalan beribu-ribu kilometer dari Istanbul ke Greece, Itali, Munich dan akhirnya ke Edinburgh untuk mencari suaminya?
Apakah keluarga Aisha tidak akan menerima kehadirannya selepas peristiwa kejam yang dialaminya di Israel?
Bukankah Aisha berasal dari hartawan dan bangsawan dari Turki? Tidakkah Aisha menjangkakan segenap sokongan moral yang pasti diterima daripada ahli keluarganya?


Bukankah keluarga Aisha mampu membiayai pembedahan plastik yang boleh saja membetulkan semula wajahnya?
Mengapa Aisha perlu mencederakan wajahnya sendiri?
Betapapun persoalan di atas bermain-main dalam fikiran pembaca, natijahnya hanya empat bulan selepas novel ini dilancarkan pada November 2015, ia diulang cetak untuk kali ke-12!


Tajuk: Ayat-Ayat Cinta 2
Pengarang: Habiburahman El Shirazy
Penerbit: Republika Penerbit (PT Pustaka Abdi Bangsa), Jakarta.
Tebal: 697 halaman



Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
minime88 replied at 26-7-2017 07:43 PM
On repeat mode memanjang aje...Yes we got what u mean !!!

Kan.. Byk kali dia dah highlight benda yg sama.
Dah nama pun pelakon hruslah dia try semua watak dari urban ke kampung girl (langit cinta).

Mesti faz pergi scotland jg nanti..jadi jiran kan
Wohoo.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-7-2017 06:59 PM
teringin nk tgk pesen rambut yg lain jugak.
mesti nmpk fresh pixie cut tu kan

I bet she'll look good in any hairstyle.. Shape muka Faz versatile... Sigh! I is jeles...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
urban_ann replied at 26-7-2017 08:04 PM
Scene nowa banyak kot dlm sytd2 tu

Tak kesah la banyak ke sikit, yg penting faz please rambut blonde kepok2  

teringat faz cakap aritu watak sheolls watak sapu2 smpah je hahaha adoilaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrats kaka faz. Brenda ni jiran fahri yg suke mabuk2 tapi baik n kagum kt fahri. As permulaan oklh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2017 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tintalangit replied at 26-7-2017 08:05 PM
Okay jangan excited sangat yach!. Meols baru baca sinopsis Ayat Ayat Cinta 2 .

Watak Brenda tu m ...

thanks tt..yg ni baru faham.. oh sabina tu aisya
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
BalangMerah replied at 26-7-2017 07:11 PM
Ok tq, baru perasan, ingat kan yg sblh faz tu.. ala2 pakai mask sbb xmo reveal lg.

Yg pakai mask tu budak laki yg jadi adik chelsea islan nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
epalsearch replied at 26-7-2017 07:35 PM
cerita dia sedih2 utk yg nak fefeeling sensorang jiwang2 terkenang boifren ke apa ke sesuai lah..  ...

Sbb tu la x pnh tgk aac scra full ye..meleweh sgt..iols suka kcb..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduradura replied at 26-7-2017 08:09 PM
Tak kesah la banyak ke sikit, yg penting faz please rambut blonde kepok2   

teringat faz c ...


sheolls la tukang sapu sampah paling lawa penah ku lihat    
dlu masa hsc pkai bju cleaner pun cun yaa ampunn
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeahhhh meols tumpang happy faz bakal berlakon dlm AAC2. Mendoniaaa lg kaka faz. AAC dah la best meols siap berulang kali tgk plus buat parodi vc rossa lagu AAC lg masa zaman blajor dlu2. Zaman meols masuk air yachhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by vous_me6 at 26-7-2017 08:19 PM
Aduradura replied at 26-7-2017 08:09 PM
Tak kesah la banyak ke sikit, yg penting faz please rambut blonde kepok2   

teringat faz c ...


Cliche la color blonde ..
I nak dia try brownish grey/ ash grey gituu  
Mesti hot  and sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduradura replied at 26-7-2017 08:09 PM
Tak kesah la banyak ke sikit, yg penting faz please rambut blonde kepok2   

teringat faz c ...

Betui le kot dura ade scene sapu sampah.. kate jiran. Pastu mase sapu2 terjumpe hero.. gitu    
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
vous_me6 replied at 26-7-2017 08:17 PM
Cliche la color blonde ..
I nak dia try brownish grey gituu   
Mesti hot  and sesuai.

Tak kisah laaa rambut cmner, asalkan bukan rambut melepek kegemaran @kakiseboksebok  

Faz sup bunjut pun cantikkkk kot

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
vous_me6 replied at 26-7-2017 08:13 PM
Yg pakai mask tu budak laki yg jadi adik chelsea islan nanti.

Oh ye ke.. meolss xtau sgt jln cite AAC2 ni.. byk jugak watak yea.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
BalangMerah replied at 26-7-2017 08:17 PM
Betui le kot dura ade scene sapu sampah.. kate jiran. Pastu mase sapu2 terjumpe hero.. gitu    ; ...

iolls speku watak brenda ni ala2 perempuan liar yg menjadi baik lepas jumpe si fahri ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak picisan lagi ke? Poodehmark punya produksi yindon lehnat selalu bagi watak picisan kat retis lokal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduradura replied at 26-7-2017 08:20 PM
iolls speku watak brenda ni ala2 perempuan liar yg menjadi baik lepas jumpe si fahri ...

takyah speku dura.. memang betoi pun.....     
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
denimlover replied at 26-7-2017 08:21 PM
takyah speku dura.. memang betoi pun.....

Khennn sbb dlm AAC1 pun pempuan minah saleh tuu pun cair lepas jumpe si fahri...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
yg smpai takat meolls baca browse thru je nk dkat ujung2 brenda ni akan kerja di new castle, join organisasi membela hak2 minoriti dan aktif menentang gerakan anti islam di europe..sape yg da khatam t update lagi yachh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.638560 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list