CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Buritan

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 32

 Close [Copy link]
Post time 23-2-2021 04:28 PM | Show all posts
keypochino replied at 23-2-2021 01:19 PM
Yeke.. kaben beli apa smlm

@kuihbakar...beli apa semlm...keypo tanya tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 04:29 PM | Show all posts

Ni baharu habis google meet
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 04:32 PM | Show all posts

Minggu lps 5 biji...semlm 1 pek ni nak pi cari lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 04:55 PM | Show all posts
keypochino replied at 23-2-2021 12:36 PM
hahaha xpe la.. b4 nak membeli mmg kne tnya2 pd org yg pakar.. mcm hrtu beria keypo beli kirim kat ...

biskut tawar beli kat kelantan? my aunty kalau balik kelantan setahu i serunding je la ni dah jadi business dia...sedap but mahal jugakla
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 23-2-2021 02:02 PM
Banyak ke Sb beli doyan

1 pek nangka, 2 pek doyan, 2 pek tempe, ayo tebu & nyo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 23-2-2021 04:28 PM
@kuihbakar...beli apa semlm...keypo tanya tu

Hahaha suspen tggu gambo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 23-2-2021 04:55 PM
biskut tawar beli kat kelantan? my aunty kalau balik kelantan setahu i serunding je la ni dah jadi ...

Eh bukan biskut betul.. cincin biskut tawar.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak Dafi live now
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 23-2-2021 04:10 PM
Hahaha suspen tggu gambo

Beli doyan 2 pek...nangka 1 pek & petai
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 23-2-2021 05:10 PM
Eh bukan biskut betul.. cincin biskut tawar.. hehe

hmmmm. banyak betul makanan i xtau keypo....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:37 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 24-2-2021 09:19 AM
keypochino replied at 23-2-2021 12:53 PM
Wah.. sini xde jumpa la doyan.. teringin gak ni

Ni mamam hr ni...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:47 PM | Show all posts

Dinner apa...sini gerobok ada paru, kerang, puyuh, mussels, kambing, calimari, sotong kering

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 23-2-2021 05:30 PM
hmmmm. banyak betul makanan i xtau keypo....

Hehe.. kalau kat kelantan mcm2 nama mknn ada.. org2 sana pun creative buat jd brg kemas.. tu yg keluar design pulut dakap, biskut tawar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 23-2-2021 05:37 PM
Ni mamam hr ji...

Cantik telor dia.. keypo suka telor kuning xkeras
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 23-2-2021 05:47 PM
Dinner apa...sini gerobok ada paru, kerang, puyuh, mussels, kambing, calimari, sotong kering

Smlm beli paru, tulang dan batang pinang.. hrni buat sup tulang kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:52 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 05:52 PM | Show all posts
keypochino replied at 23-2-2021 04:48 PM
Cantik telor dia.. keypo suka telor kuning xkeras

Memang pilih telur gedik/goyang ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:55 PM | Show all posts
keypochino replied at 23-2-2021 04:49 PM
Smlm beli paru, tulang dan batang pinang.. hrni buat sup tulang kot

faveret gak tu...Macam sambal kerang, mussels & petai...dah beli sambal tempe 2 pek lg...sedap.yahamat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 06:07 PM | Show all posts
Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 23 Februari 2021
Kes sembuh=4,055
Jumlah kes sembuh=256,678 kes
Kes baharu positif=2,468 kes (2,464 tempatan, 4 import)
Jumlah positif=288,229
Kes kematian=14
Jumlah kes kematian=1,076 kes
Kes dirawat di ICU=196 kes
Bantuan Alat Pernafasan=92

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 06:13 PM | Show all posts
ipes2 replied at 22-2-2021 04:26 AM
nah, tengok link ini:
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1238775&pid=722594 ...

Kenyataan Akhbar KPK 23 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 23, 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 4,055 kes (256,678 kes kumulatif, 89.1%);
  • Kes baharu : 2,468 kes (288,229 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (2 warganegara; 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 2,464 kes [1,549 warganegara (62.9%); 915 bukan warganegara (37.1%)];
  • Kes aktif : 30,475 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 196 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 92 kes; dan
  • Kes kematian : 14 kes (1,076 kes kumulatif, 0.37%).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 932 kes (37.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 579 kes (62.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes (17.3 peratus) dan Perak sebanyak 308 kes (12.5 peratus).
Sebanyak 175 kes (7.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (107 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (36 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (19 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 10 kes di Selangor, dua (2) kes di Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes di  Johor dan Sabah. Sebanyak 13 kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 23 Februari 2021:
  • Jumlah kluster : 1,095 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 586 kluster (termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Taman Kesedar, Kluster Jalan Manan, Kluster Bah Sayap, Kluster Dialisis Malim, Kluster Kampung Bukit Putera, Kluster Bersepadu, Kluster Kilang Setapak, dan Kluster Jalan Canang Emas);
  • Jumlah kluster aktif : 509 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 90 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Digital Lapan (131 kes), Kluster Tembok Bendera (107 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (95 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan dua (2) kluster melibatkan komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Tapak Bina Digital LapanJohorTempat Kerja
2Jalan Wawasan 16JohorTempat Kerja
3Jalan Cyber SembilanJohorTempat Kerja
4Jalan Tebrau PandanJohorTempat Kerja
5Jalan DamaiSelangorTempat Kerja
6Jalan SerendahSelangorTempat Kerja
7Subang TigaSelangorTempat Kerja
8Jalan SetiawangsaWP Kuala LumpurTempat Kerja
9Jalan BayamWP Kuala LumpurTempat Kerja
10Tapak Bina Jalan EkarNegeri SembilanTempat Kerja
11Jalan PKNK 3/3KedahTempat Kerja
12Taman MawarSabahKomuniti
13Jalan MuhibbahSarawakKomuniti
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 Februari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 23 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR932 (2)96,237
SABAH9452,268
JOHOR42834,452
WP KUALA LUMPUR15533,798
NEGERI SEMBILAN10014,148
PULAU PINANG15510,878
PERAK3089,776
SARAWAK1338,297
KEDAH157,510
MELAKA225,887
KELANTAN  964,611
PAHANG113,721
TERENGGANU93,144
WP LABUAN6 (2)2,242
WP PUTRAJAYA41,053
PERLIS0207
JUMLAH KESELURUHAN2,468 (4)288,229
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Kes positif 2,468 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 Februari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 932 kes
    • 172 kes daripada kluster-kluster, termasuk 37 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Damai, Kluster Subang Tiga, dan Kluster Jalan Serendah;
    • 407 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 351 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 428 kes
    • 192 kes daripada kluster-kluster, termasuk  148 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Digital Lapan, Kluster Jalan Wawasan 16, Kluster Jalan Cyber Sembilan, dan Kluster Jalan Tebrau Pandan;
    • 145 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 91 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 308 kes
    • 296 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 155 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster, termasuk 54 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Setiawangsa dan Kluster Jalan Bayam;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 155 kes
    • 77 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 133 kes
    • 79 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Muhibbah;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 100 kes
    • 74 kes daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Ekar;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 96 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 94 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Mawar;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 22 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 15 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan PKNK 3/3;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 11 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Sembilan (9) kes
    • Lima (5)daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

LAMPIRAN 3
Ringkasan 14 kes kematian pada 23 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1063152232SelangorPerempuan (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, dislipidemia, hyperthyroidism, dan jantung
1064173328SelangorPerempuan (WN)57Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit kencing manis
1065176346SelangorLelaki (WN)69Hospital SerdangPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan gout
1066201331SelangorLelaki (WN)68Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan paru-paru obstruktif kronik (COPD)
1067219561SelangorLelaki (WN)51Hospital Sungai BulohPenyakit buah pinggang kronik, darah tinggi, strok, dan jantung
1068228955SelangorPerempuan (WN)77Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, hyperthyroidism, dan jantung
1069237215JohorLelaki (WN)30Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangTuberkulosis
1070243166SelangorLelaki (WN)37Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1071247870SarawakLelaki (WN)42Hospital Sibu
1072262086SelangorPerempuan (WN)50Jenazah dibawa ke Hospital SelayangPenyakit darah tinggi
1073262676SelangorPerempuan (WN)74Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan hyperparathyroidism
1074266174SarawakLelaki (WN)76Hospital SibuParkinson’s disease
1075275948SabahLelaki (WN)55Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1076255835SelangorLelaki (BWN)50Jenazah dibawa ke Hospital Ampang
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN DAMAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Damai, Kampung Batu Belah, Klang. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER SUBANG TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Subang 3, Subang Jaya Industrial Estate, Petaling. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN SERENDAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Sepang, Klang, dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Serendah, HICOM Industrial Estate, Shah Alam. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 1,000 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA DIGITAL LAPAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Digital 8, Taman Perindustrian Kulai. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana 133 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN CYBER SEMBILAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 9, Taman Perindustrian Senai IV, Kulai. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 199 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN TEBRAU PANDAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273897) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Tebrau Pandan, Johor Bahru. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN WAWASAN 16
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273890) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 16, Kawasan Perindustrian Sri Gading 2, Batu Pahat. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 138 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN SETIAWANGSA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Taman Setiawangsa, Titiwangsa. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 51 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN BAYAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Bayam, Cheras. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN MUHIBBAH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-274498) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung di Jalan Muhibbah, Betong. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 110 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN EKAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Ekar 1/3, Kampung Rantau, Seremban. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 170 individu telah disaring, di mana 50 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAMAN MAWAR
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-286694) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung di Taman Mawar, Sandakan. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN PKNK 3/3
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan PKNK 3/3, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 40 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:20 PM GMT+8 , Processed in 1.260518 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list