CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tizata

[MERGED] All About Vaginal Discharge

[Copy link]
Post time 17-4-2008 04:54 PM | Show all posts

Reply #2 singamerah's post

duit kurang.. ayu banyak lagi yang nak kena... tu yang bulan ni nak beli balik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2008 05:07 PM | Show all posts
actually, aku mngalami mende yg same... ari2 kua.. at last gi klinik.. ngadu ngan Dr... die ckp normal.. pastu aku ckp le.. rimas la Dr.... then die ckp klu x serious cam de bau, gatal2.. its oke.. then aku ckp, de bau... Dr bg antibiotik.. aku mkn, mmg ilang bau.. seriously... cume nk kurangkan kadar kluar tu mmg x bule la.. npe ek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 05:26 PM | Show all posts

Reply #3 dahayu's post

kawan saya pun sama kes cam ayu..
mula die amik dcl bidadari.. keputihan kurang.. tapi still die tak selesa.
so saya advise die amik dcl inte-cleanse dulu dan baru sambung minum bidadari.
lepas tu alhamdulillah.. keputihan die baik..
selain tu, die ada gak pakai pantiliner herba..
bukan stakat keputihan kurang.. period die dah teratur skrg..

kalau ayu kurang bajet, cuba pakai pantiliner herba dulu..
tengok ada kurang ke tak..

ayu cuba laa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 06:47 PM | Show all posts
formulanya ialah jaga makan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 07:25 PM | Show all posts
ntah la nak ckp...

tp kalau penat mmg byk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 01:18 AM | Show all posts
Originally posted by dahayu at 17-4-2008 15:32
Salam... untuk bekongsi masalah wanita..
ayu mempunyai masalah keputihan yang bagi ayu amat serius.. bila badan letih jer lagi teruk. ayu seorang yang berbadan agak berisi (70kg). sebelum ni ayu ...
...for repeated vaginal infection...diflucan is most of the time effective...just one capsule for 1 day jer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2008 03:16 PM | Show all posts

Reply #5 singamerah's post

ayu pernah pakai tapi tyr je ada kot 3pad jer... x da perubahan.. my`b sbb ayu pakai sat jer... ayu nak try pakai terus tengok... ayu cuba...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 03:19 PM | Show all posts

Reply #7 azz_azza's post

betul... tapi ayu dah bebau dan betukar warna....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 10:07 PM | Show all posts

bidadari dan intecleanse

emm bgs jugak produk dcl nie yea. klu ayu nak service anta depan rumah produk2 dcl tue cuba ayu try kat sini www.dclshahalam.com. sebab saya pun pengguna produk dcl. sy klu nak brg saya contact www.dclshahalam.com
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 05:12 PM | Show all posts

Reply #1 dahayu's post

aku ade terbaca, pompuan kena kurangkan makan makanan or buahan2 yg byk acid, spt limau, nenas,etc. Terlalu byk makanan yg acidic ni bole memberi kesan kepada bahagian rahim. Tu yg kadang2 ade masalah keputihan yg berlebihan, lemah pundi2 kencing. Kalu suka makan buah2an, cuba cari yg kurang acid spt epal, anggur, prune, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 12:27 PM | Show all posts

Reply #1 dahayu's post

ini petua yang very-very mujarab...mudah ajer..
1.AMBIK POKOK SEMALU SEKALI DGN AKARNYA SEKALI...BASUH BERSIH...PATAH2KAN POKOK SEMALU TU...
2. PASTU AMBIK SEBIJI BATU SUNGAI/BATU TUNGKU...PANASKAN BATU TERSEBUT...
3.AND THEN AMBIK TEMPURUNG KELAPA YANG BERLUBANG 3 KAT ATASNYA...
4.AMBIK BATU TUNGKU YANG DAH PANAS, LETAKKAN KAT DALAM BILIK AIR, PASTU SIRAM DGN AIR KAT ATAS BATU TU.
5.LETAKKAN POKOK SEMALU YANG DAH PATAH2 TADI KAT ATAS BATU TERSBUT.
6.TEKUPKAN BATU DAN SEMALU TERSEBUT DGN TEMPURUNG YANG BERLUBANG 3 TADI.
7.PASTU AYU DUDUK JER BERTINGGUNG KAT ATAS TEMPURUNG TU...BIAR WAP DR BATU TU MASUK TERUS KE KEMALUAN AYU.
BILA TAK KLUAR WAP, SIRAM LAGI BATU TERSEBUT MELALUI LUBANG TEMPURUNG.
INSYA'ALLAH MUJARAB...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 07:41 AM | Show all posts

Reply #318 myahakeem's post

tq.... ayu mcm cara tradisional.. kan... InsyaAllah nnt ayu cuba...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 09:40 AM | Show all posts

ada tikus masuk kat situ mcm yang berlaku pada ati orang indon hari tu

biar betul......
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 11:32 AM | Show all posts
aku cuma nak share je.. masa preggy yg 1st dulu (about 3 years ago) aku pun hadapi masalah ni... b4 kawen dah rasa mmg ade maslah keputihan.. tp x teruk soo bila dah kawen pregnnat lagi teruk.. rasanya masa bulan ke 4-5 pregnnat pernah pi jumpa doc.. dia bagi ubat masukkan dlm vagina... lepas pakai.. 2 bulan ok.. lepas tu dia jad balik... sampai merah la.. dan perit.. kene tuko pantyliner... seksa... dah le asyik nak ke toilet je sbb perut dah makin besar.. eii x larat.. then pi private hospital utk register nak bersalin kat sana.. pi tanya doc.. dia bagi ubat makan.. pun x baik juga.. then doc cakap x pe.. jaga kebersihan... sbb x lama lagi  nak bersalin.. dia kata biasanya lepas bersalin dia akan elok sindri..
emm betul agaknya masa beraslin tukan kira dia cuci semua skali and kita makan akar2 kayu tu.. soo dia baik sindri.. tp mmg seksa la..masa tu harap x alami lagi cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 12:08 PM | Show all posts


3 malam lepas ayu pakai yang ni. masa ayu gi jumpa doc ayu kat klinik swasta. tapi cecair dia keluat sikit2. emmmm ubat tu x berukat kat dlm ke? ayu x faham la...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 04:39 PM | Show all posts

Reply #322 dahayu's post

camna ko pakai ni ayu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2008 01:30 PM | Show all posts

Reply #323 radja's post

letakkan ubat tu dibucu yang sebelah kiri, pas tu masukkan dalam faraj.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 01:32 PM | Show all posts
selepas beberapa hari pakai ubat tu, keputihan tak keluar. tapi semalam ayu tengok keputihan ayu jadi pekat, mcm masi lembek. napa yek? kesan dari ayu pakai ubat tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 11:46 AM | Show all posts
Sihat: Jangan abai tanda jangkitan vagina
Oleh Nor Affizar Ibrahim

Hanya 25 peratus individu alami masalah berjumpa pakar sakit puan

BUKAN mudah untuk seorang wanita meluahkan atau berterus terang dengan masalah dihadapi, khususnya membabitkan bahagian alat sulit. Dilema itulah yang menghantui sebahagian besar wanita dalam kehidupan mereka apabila berdepan dengan vaginitis atau jangkitan vagina.

Sungguhpun vaginitis adalah masalah ginekologi yang meluas di Malaysia, perasaan malu untuk menyatakan masalah dihadapi begitu menebal, sama ada di kalangan belum berkahwin mahupun wanita yang sudah berumahtangga. Masalah jangkitan vaginitis menjadi lebih rumit ditangani kerana kebanyakan wanita kurang pengetahuan mengenai penyakit itu.



Vaginitis adalah keradangan vagina yang boleh mengakibatkan lelehan, kegatalan dan kesakitan vagina. Lazimnya, ia disebabkan oleh bakteria, protozoa, fungus atau jangkitan campuran serentak dengan sekurang-kurangnya dua daripada tiga patogen berkenaan.

Tiada wanita terkecuali daripada mengalami keradangan atau jangkitan vagina. Ini bermakna, vaginitis dialami wanita pada semua peringkat umur di seluruh dunia termasuk yang sudah mendirikan rumah tangga dan belum berkahwin.

Kajian menunjukkan hampir 80 peratus wanita pernah mendapat jangkitan atau keradangan vagina (faraj) pada satu-satu masa sepanjang hayat mereka.

Bagaimanapun, Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan dan Ginekologi Kuala Lumpur, Dr Raman Subramaniam, berkata dianggarkan hanya seorang dalam setiap lima wanita (25 peratus) berjumpa pakar sakit puan kerana masalah vaginitis. Malah, kebanyakan mereka tidak tahu punca jangkitan.

Beliau berkata, kebanyakan masalah vaginitis juga dikesan bukan kerana wanita berkenaan ingin mendapatkan kepastian mengenai jangkitan itu, tetapi biasanya ketika datang membuat pemeriksaan rutin atau pap smear dan sebagainya. Dalam sesetengah kes bukan wanita itu sendiri yang mengesan jangkitan berkenaan sebaliknya, adalah pasangan.

揓angkitan vagina atau dikenali sebagai vaginitis adalah masalah yang biasa dialami wanita, tetapi tidak semua mendapat rawatan yang betul sehingga menyebabkan masalah itu berterusan bertahun-tahun.

揕ebih-lebih lagi gejala vaginitis agak mengelirukan dan ada sesetengah doktor yang tidak melakukan diagnosis dengan sempurna seperti mengambil contoh lelehan vaginitis untuk analisis makmal," katanya ketika pelancaran terapi gabungan vaginitis Neo Penotran yang mengandungi bahan antibakteria metronidazole (500 miligram) dan antikulat miconazole (100 miligram) anjuran Bayer Schering Pharma di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Raman berkata, biasanya diagnosis terhadap jangkitan itu memerlukan pemeriksaan contoh lelehan vagina di bawah mikroskop dan juga kultur, namun keberkesanan ujian bukan saja berbeza dan bukan sentiasa tepat, malah diagnosis sedemikian turut mengambil masa serta boleh meningkatkan kos kepada pesakit secara keseluruhan.

Pada masa sama, wanita yang mengalami vaginitis pula akan terus berasa tidak selesa dan ada kalanya jangkitan boleh bertambah teruk.

揃eberapa faktor mempengaruhi lelehan vagina iaitu umur, perubahan paras hormon dan penggunaan alat perancang kehamilan, haid atau kehamilan. Kadangkala alahan terhadap bahan kimia seperti sabun juga boleh menyebabkan keradangan vagina dan masalah ini akan hilang apabila penggunaan bahan kimia itu dihentikan,
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 11:47 AM | Show all posts
INFO

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelak jangkitan dan menjaga vagina:



Selepas mandi bilas sabun pada bahagian luar genitalia (lipatan mengelilingi bukaan vagina dan uretra) betul-betul dan pastikan bahagian itu benar-benar kering bagi mencegah kerengsaan.


Galakkan pasangan menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seksual, ia bagi mengelakkan jangkitan merebak melalui hubungan seksual.


Pakai seluar dalam daripada material kain kapas dan elak memakai seluar dalam yang lembap serta ketat.


Elakkan menggunakan sabun wangi bagi mencuci bahagian sulit, tampon atau penggunaan tuala wanita yang boleh menyebabkan kerengsaan.


Selepas menggunakan tandas, sapu dari bahagian depan ke belakang bagi mengelakkan penyebaran bakteria pada vagina.


Selepas mengadakan hubungan kelamin dan jika ingin mengelak kehamilan, jangan memancutkan air pada faraj.

Wanita dan vaginatis antara perkara yang berkaitan:


Wanita yang menghidap penyakit seperti kencing manis tidak terkawal juga mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan kulat dan masalah ini hilang apabila paras gula dalam darah terkawal.


Apabila mengalami jangkitan, segera jalani pemeriksaan. Pemeriksaan membabitkan soal selidik sejarah jangkitan faraj atau penyakit jangkitan kelamin, ujian rahim atau pH lelehan vagina.


Ketika pemeriksaan doktor mungkin perlu mengambil sampel dinding rahim atau lelehan faraj

untuk ujian makmal,


Vaginitis tidak menyebabkan kematian, tetapi boleh membuatkan seseorang wanita berasa tidak selesa, sakit pada vagina dan sebagainya.


Jika vaginitis berpunca daripada bakteria, ia boleh melarat hingga membawa kepada penyakit keradangan pelvis (PID) yang seterusnya berpotensi menjejaskan kesuburan dan menyebabkan kehamilan luar rahim.


Jika punca vaginitis adalah gabungan antara bakteria dan trikomoniasis (bakteria yang berada dalam usus) ia boleh menjejaskan kehamilan hingga menimbulkan masalah kelahiran tidak cukup bulan dan bayi lahir dengan masalah kurang berat badan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.066052 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list