CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
 Author| Post time 21-2-2007 08:21 AM | Show all posts
Luar Negara : 21 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
WARGA SINGAPURA DITEMUI MATI DENGAN TIGA LIANG TIKAMAN

BAHAU: Seorang lelaki warga Singapura ditemui mati dengan bekas tiga liang tikaman di bahagian kepalanya di Kilometer Tiga, Jalan Bahau-Mahsang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

Mayat Peh Boon Poh, 40 tahun, ditemui antara 4 dan 5 pagi semalam, menurut polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Negeri Sembilan, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Huzir Mohamad, menyifatkan kes itu sebagai satu kes pembunuhan.

Beliau berkata seorang lelaki dan seorang wanita telah ditahan polis.

Mereka dikehendaki membantu polis dalam penyiasatan kes pembunuhan yang diletakkan di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

Walau bagaimanapun, pihak polis belum lagi dapat memastikan motif pembunuhan itu.

ACP Huzir berkata mendiang Peh difahamkan menziarahi ibu mentuanya di sini bersama-sama isterinya, seorang warga Malaysia, serta anaknya bagi meraikan Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun, Peh dipercayai keluar dari rumah berkenaan dengan membawa sebuah beg dan memandu keretanya kira-kira pukul 2 pagi sebelum ditemui meninggal dunia beberapa jam selepas itu, kata ACP Huzir, semasa dihubungi agensi berita Bernama semalam.

Mayat Peh telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban.

Isterinya ketika ditemui enggan ditemubual. - Bernama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 21-2-2007 10:25 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 21-2-2007 08:21 AM
Luar Negara : 21 Februari 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax/print.jpg  Mudah cetak | E-melIBU JERUT LEHER ANAK HINGGA MATI DEK CEMBURU

GEORGETOWN: Seorang ibu dipercayai me ...

Marahkan nyamuk...kelambu d bakar..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by NBI86 at 20-2-2007 11:19 AM
credit to vm.........






sedih eh...mintak2 anak2 tu dua nanti tunggu mak dorang kat pintu syurga mintak tuhan ampunkan mak dorang...

ni mesti mak dorang dah snap dah otak, wayar short rabak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 06:09 AM | Show all posts
Dua pelancong Singapura maut digilis kereta

IPOH 21 Feb. – Dua pelancong Singapura terbunuh setelah tercampak ke lebuh raya dan digilis oleh beberapa kenderaan apabila motosikal kuasa besar yang mereka tunggangi bergesel dengan sebuah kereta.

Dalam kejadian di Kilometer 289.6, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Simpang Pulai pada pukul 9 malam tadi, penunggang motosikal itu Muhammad Redhuan Hussain, 25, dan pemboncengnya, Roslan Rahim, 24, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Trafik Ipoh, Asisten Supritendan Razali Bakar berkata, semasa kejadian, kedua-duanya yang berasal dari Tempenes, Singapura dalam perjalanan ke Alor Star, Kedah untuk menyertai rakan-rakan konvoi motosikal kuasa besar yang sudah berada di sana.

‘‘Kemalangan dipercayai berlaku setelah motosikal jenis Suzuki yang dinaiki bergesel dengan sebuah kereta ketika cuba memotong, mengakibatkan kedua- duanya tercampak ke atas jalan raya.

‘‘Mereka kemudiannya digilis oleh beberapa kenderaan yang melalui lebuh raya itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, beberapa pengguna lebuh raya itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Mayat Muhammad Redhuan dan Roslan dihantar ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2007 08:17 AM | Show all posts
ok nie berita dari akhbar singapura

Singapura : 22 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
HAJAT BANTU RAKAN TIDAK KESAMPAIAN Nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan: Dua warga S'pura maut Oleh
Shamsul Jangarodin

HAJAT dua rakan karib, Allahyarham Muhd Redhuan Hussain dan Roslan Rahim, ke sempadan Thailand untuk membantu teman mereka di sana berakhir dengan tragedi apabila mereka maut dalam nahas semasa menaiki motosikal di Perak malam kelmarin.

Lebih menyayat hati, mereka baru sahaja tiba di Singapura enam jam sebelumnya setelah menunggang motosikal berkuasa besar pulang dari Kuala Lumpur bercuti Tahun Baru Cina di sana.

Mereka berpatah balik setelah Allahyarham Roslan menerima panggilan daripada temannya di Thailand meminta bantuan membawa pulang motosikal kerana tangan penunggangnya cedera akibat kemalangan.

Allahyarham Muhd Redhuan, 25 tahun, dan Allahyarham Roslan, 24 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian setelah dikatakan gagal mengawal motosikal 1,300 ccnya di kilometer 289.6 Lebuh raya Utara Selatan, 500 meter selepas Simpang Pulai, Perak sekitar 9 malam kelmarin.

Jurucakap polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak berkata motosikal tersebut dikatakan tergesel bamper sebuah kereta dan kedua-duanya terjatuh di laluan paling kanan lebuh raya.

Mereka dikatakan digilis beberapa kenderaan yang lalu di situ.

'Dia pesan adiknya supaya beritahu saya yang dia akan ke Thailand. Kalau saya tahu memang saya tak izinkan. Saya marah adiknya kerana biarkan abangnya pergi. Kan penat baru balik dari KL,' ujar ibu Allahyarham Redhuan, Cik Salmah Abu Bakar, 50 tahun, ketika ditemui di flatnya di Blok 875 Tampines Street 84 semalam.

Allahyarham ke Kuala Lumpur bersama-sama adiknya, Encik Muhd Rahmat, 22 tahun, dan tunang Allahyarham Roslan, Cik Suriyanti Saripi, 24 tahun, dengan menunggang dua motosikal.

Menurut Encik Muhd Rahmat, mereka tiba di Singapura sekitar 3 petang setelah berangkat dari Kuala Lumpur sekitar 11.40 pagi.

Namun sekitar 2 petang semasa di Gelang Patah, Johor, Allahyarham menerima panggilan daripada seorang teman mereka yang berkonvoi bersama 10 motosikal ke Sadao di Selatan Thailand.

Sekitar 4.30 petang, Allahyarham Redhuan, pekerja penghantaran, meninggalkan motosikalnya di Jurong lalu membonceng motosikal Allahyarham Roslan untuk ke sempadan Thailand.

Kali terakhir Cik Suriyanti mendengar suara tunangnya, seorang penjaga stor, sekitar 5.30 petang apabila Allahyarham menelefonnya memberitahu beliau sudah berada di Pagoh, Johor.

'Apabila temannya di Thailand menelefon saya berkali-kali, saya mula risau. Saya hantar SMS tetapi semuanya tidak dijawab. Sekitar 3 pagi, kami diberitahu tentang kemalangan ini oleh polis,' ujar Cik Suriyanti.

Menurut Cik Salmah dan Cik Suriyanti, kedua-dua rakan itu memang suka membantu orang.

'Ada kalanya Redhuan pulang jam 12 malam dan akan keluar lagi jika temannya meminta bantuan,' tambah Cik Salmah.

Kakak Allahyarham Roslan, Cik Maimunah, 35 tahun, ketika ditemui di Blok 440 Pasir Ris Drive 4, berkata:

'Roslan sepatutnya meraikan hari lahirnya yang ke-24 Jumaat ini.'

Saudara-mara serta teman-teman Allahyarham berlepas ke Perak awal pagi semalam untuk membawa pulang jenazah dari Hospital Ipoh, Perak.

Mayat mereka tiba lewat malam tadi.

Jenazah dijangka dikebumikan hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 22-2-2007 08:17 AM
ok nie berita dari akhbar singapura

Singapura : 22 Februari 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax/print.jpg  Mudah cetak | E-melHAJAT BANTU RAKAN TIDAK KESAMPAIAN Nahas di Lebu ...



sedih nye, tapi kawan dia kat thailand tu tak cakap ke cam " gi rehat dulu ke hapa ke "
ni baru sampai gi lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-2-2007 08:13 AM | Show all posts
Singapura : 26 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
DUA WANITA DIROMPAK

DUA wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing dirompak wang tunai dan barangan berharga hujung minggu lalu.

Dalam rompakan pertama kelmarin sekitar 10.30 malam, seorang lelaki meragut beg tangan seorang wanita.

Mangsa, 20-an tahun, sedang menggunakan jalan bawah tanah untuk ke Blok 136, Jalan Bukit Merah.

Wanita tersebut kehilangan wang tunai berjumlah $180, telefon bimbit dan barangan peribadi.

Perompak itu dipercayai berusia 20-an tahun, berkulit gelap, berambut pendek dan memakai kemeja-T jingga dan seluar panjang berwarna gelap.

Kes kedua melibatkan seorang wanita, 30-an tahun. Beliau sedang menaiki lif dengan anak perempuannya di Blok 440 Choa Chu Kang Avenue 4 Jumaat lalu sekitar 4 petang apabila seorang lelaki meragut rantai emas dari lehernya.

Dia juga mengugut mangsa supaya memberinya dua utas gelang emas wanita tersebut.

Apabila pintu lif terbuka di tingkat lima, perompak itu melarikan diri.

Barang kemas yang dilarikan itu dianggarkan bernilai $2,500.

Perompak itu berkulit gelap, berusia 30-an tahun, berbadan tegap dan berambut keriting.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2007 08:15 AM | Show all posts
Luar Negara : 26 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
10 BERADIK MAHU TUKAR AGAMA

'BUKAN MUSLIM JIKA TIDAK AMAL AJARAN ISLAM' Mufti Selangor gesa siasat latar belakang

PUTRAJAYA: Seorang individu, yang tidak pernah mengamalkan ajaran Islam seperti bersolat atau berpuasa sejak dilahirkan, tidak boleh dianggap sebagai Muslim meskipun beliau dilahirkan sebagai anak orang Islam, kata anggota jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Datuk Mohd Tamyis Abdul Majid.

Beliau, yang juga Mufti Selangor, berkata demikian semasa mengulas kes pasangan suami isteri di Pulau Pinang yang 10 anak mereka mahu menukar status agama daripada Islam kepada Hindu.

'Pihak berkuasa agama negeri mesti menyiasat latar belakang mereka untuk mengetahui sama ada mereka mengamalkan ajaran Islam sebelum membuat sebarang keputusan sama ada mereka orang Islam atau bukan,' katanya yang ditukil akhbar New Sunday Times semalam.

Menurut laporan, Encik Ibrahim Noyah, 67 tahun, seorang lelaki Islam, berkahwin dengan Cik M. Nagamah, 60 tahun, kira-kira 41 tahun lalu tanpa mendaftarkan perkahwinan mereka.

Encik Ibrahim berkata beliau mula mengikuti budaya dan adat Hindu selepas berkahwin dengan Cik Nagamah.

Meskipun kesemua 10 anak mereka diberikan nama Melayu, mereka dibesarkan sebagai penganut Hindu dan tidak pernah ke masjid.

Keluarga itu hidup tanpa masalah di rumah mereka di Ladang Byram dekat Nibong Tebal hingga kini apabila mereka menghadapi masalah mendapatkan dokumen yang sah dan mahu status agama mereka dipastikan.

Datuk Tamyis berkata Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) mesti menyiasat keluarga itu.

Dalam laporan berasingan, Maipp berkata pasangan itu disahkan sebagai Muslim kerana Encik Ibrahim telah kembali kepada agama Islam manakala isterinya, Cik Nagamah, memeluk agama Islam pada Ogos 2004 dan menggunakan nama Mariah Abdullah.

Bagaimanapun, Maipp menerima hakikat bahawa kesemua anak mereka beragama Hindu. - NST.
Arkib

NOTA: cyBerita hanya menyimpan arkib laporan Berita selama tujuh hari.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2007 08:15 AM | Show all posts
Luar Negara : 26 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
JUAL MERC: 'DATUK' TIPU WANITA RM90,000

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang menyamar sebagai 'Datuk' ditahan kerana menipu seorang wanita wang sebanyak RM90,000 ($39,450) bagi mendapatkan sebuah kereta mewah dan keanggotaan sebuah pertubuhan eksklusif, menurut laporan semalam.

Suspek berusia 49 tahun itu, yang ditangkap polis di rumahnya di Perling Jumaat lalu, menawarkan untuk menjual sebuah kereta Mercedes Benz kepada wanita itu pada harga lebih murah berbanding pasaran.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Shafie Ismail, berkata suspek kini ditahan reman mengikut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mangsa, 45 tahun, yang berasal dari Pengerang, Kota Tinggi, menemui suspek pertama kali pada 15 Januari selepas beliau ditawarkan menjadi anggota sebuah pertubuhan elit, yang boleh memberikannya peluang niaga.

Mangsa berjumpa 'Datuk' itu di rumahnya esoknya bagi membincangkan jenis sumbangan kepada pertubuhan itu.

Dalam pertemuan itu, suspek menawarkan menjual kereta Mercedes Benz E-Class buatan 2004 pada harga RM75,000, yang kononnya diperolehi daripada lelongan kastam dan berjanji akan menyerahkan kereta itu dalam tempoh 10 hari.

ACP Shafie berkata mangsa membayar suspek wang tunai RM15,000 dan RM60,000 menerusi draf bank pada hari sama.

Beberapa hari kemudian, suspek memberitahu bahawa kereta yang dihajatkan tidak dalam keadaan baik dan menawarkan wanita itu kereta model 2006.

Namun, selepas membayar RM26,500 pada 18 Januari dan RM13,500 empat hari kemudian, kereta yang dipesan tidak diperolehi. - Sunday Star, Harian Metro.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2007 08:16 AM | Show all posts
Luar Negara : 26 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
GADIS JADIKAN RAKAN 'HABUAN' BAYAR HUTANG

JOHOR BAHRU: Seorang gadis berusia 17 tahun, yang tercicir daripada persekolahan dan terdesak membayar hutang kepada beberapa lelaki, 'menghadiahkan' rakan karibnya sebagai habuan kepada mereka.

Gadis itu baru-baru ini mengajak rakan wanitanya mengikutinya ke sebuah tempat meletak kereta kerana kononnya abang mangsa diserang beberapa lelaki di sana.

Apabila mangsa sampai di tempat itu, dia mendapati empat lelaki menunggu di dalam sebuah kereta. Mereka menangkap dan melarikannya ke sebuah rumah di Larkin. Mereka kemudian merogolnya bergilir-gilir. Selepas beberapa jam, mangsa dihantar pulang.

Mangsa kemudian mendapatkan rawatan perubatan dan membuat laporan polis.
Tidak sampai beberapa jam, polis memberkas lima suspek berusia 15 hingga 28 tahun, termasuk anak angkat seorang Tengku. - Sunday Star.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by <i>iansuryani</i> at 26-2-2007 08:13 AM<br />
Singapura : 26 Februari 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax/print.jpg牋Mudah cetak | E-melDUA WANITA DIROMPAK <br />
<br />
DUA wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing d ...
<br />


polis spore baik ah, dorang tak suka cakap bangsa....

cakap je la eh, melayu ke india ke, apa ke..

takkan la yang kena rompak tu tak explain orang tu bangsa apa, cakap bahasa apa, english dia sound cam bangsa apa
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 26-2-2007 08:16 AM
Luar Negara : 26 Februari 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax/print.jpg  Mudah cetak | E-melGADIS JADIKAN RAKAN 'HABUAN' BAYAR HUTANG

JOHOR BAHRU: Seorang gadis berusia 17 ta ...



boleh ni macam ...  

mamat2 tu pun well.....selenger
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 26-2-2007 10:01 AM



boleh ni macam ...  

mamat2 tu pun well.....selenger

17 tahun ada hutang?.. hutang apa seh?..

ni mesti kes dah biasa kasi jantan rogol diri dia... sebab tu dia kenakan kawan dia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 26-2-2007 10:06 AM

17 tahun ada hutang?.. hutang apa seh?..

ni mesti kes dah biasa kasi jantan rogol diri dia... sebab tu dia kenakan kawan dia pulak



dah dysfunctional abis agaknye....

wasted , salah campur geng
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 11:14 PM | Show all posts

Reply #334 deaf4ever's post

celaka nya kawan eh :@
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 26-2-2007 11:14 PM
celaka nya kawan eh :@


makan pil kot, kalo waras dia takkan sabotaj kawan dia sampai gini macam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2007 11:38 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 26-2-2007 11:36 PM


makan pil kot, kalo waras dia takkan sabotaj kawan dia sampai gini macam...

dah melecet kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 04:09 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 26-2-2007 09:59 AM
<br />


polis spore baik ah, dorang tak suka cakap bangsa....

cakap je la eh, melayu ke india ke, apa ke..

takkan la yang kena rompak tu tak explain orang tu bangsa apa, cakap bah ...

bukan mcm tu....police spokesperson kat Sg ni dia ada etika kerja.....dan dorang jugak assume yg penjahat2 pun ada baca akhbar...ie; dorang berhati2 supaya tak bagi apa2 hint yg dorang dah tau maklumat akan sesuatu kes yg dorang siasat...

thats how they work......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2007 08:24 AM | Show all posts
Singapura : 27 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
CABUL: BEKAS PEGAWAI RUMAH KEBAJIKAN DIJEL

BEKAS pegawai kebajikan sebuah rumah tumpangan Melayu/Islam yang mengaku salah mencabul kehormatan dua penghuni remaja perempuan lebih tiga tahun lalu, semalam dihukum penjara 28 minggu.

Mohd Salleh Selamat, 48 tahun, mengaku salah bulan lalu atas tiga daripada lima tuduhan mencabul kehormatan.

Untuk kesalahan pertama, dia dipenjara dua minggu, kesalahan kedua enam minggu dan kesalahan ketiga empat bulan.

Hukuman itu dijalankan secara berturut-turut.

Dia sebelum ini menafikan kesemua lima tuduhan ke atasnya dan mahu kesnya dibicarakan.

Mohd Salleh adalah Ketua Pegawai Bertugas Malam di rumah tumpangan itu ketika dia melakukan perbuatan tersebut.

Dalam kesalahan pertama, dia mencabul kehormatan seorang remaja perempuan di bilik pen tadbirannya sekitar 5.45 pagi 8 Disember 2003 dengan memeluk remaja yang bertudung itu dan mencium leher dan mukanya.

Terkejut, remaja itu melarikan diri ke tingkat dua lalu menangis sebelum menceritakannya kepada lima penghuni lain.

Sekitar 10 pagi hari yang sama, Mohd Salleh melakukan kesalahan kedua dengan memegang paha kanan dan mencium leher, muka dan bibir remaja itu di dalam keretanya yang dihentikan sekitar 300 meter dari rumah tumpangan tersebut setelah menjemput remaja itu pulang dari sekolah.

Dia melakukan kesalahan ketiganya mencabul kehormatan seorang lagi remaja perempuan dari rumah tumpangan itu sekitar 6 pagi Januari 2004 dengan mengusap tangan kanan mangsa, juga di bilik pentadbirannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2007 08:25 AM | Show all posts
Singapura : 27 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
DUA WARGA SINGAPURA NYARIS DIPENJARA GARA-GARA CAP PASPORT Seorang temui kesukaran kerana cap di bahagian belakang pasport, seorang lagi tidak dicap pasport ketika masuk Malaysia Oleh
Khalid Khamis

ENCIK Johan (nama samaran) sudah ratusan kali keluar masuk Johor Bahru, tetapi pada hari yang kurang baik, beliau nyaris terpaksa bermalam di penjara di situ kerana pasport yang tidak dicap dan kertas putih yang tidak dikoyakkan.

Menurutnya, ini semua gara-gara kecuaian kedua-dua pihak - bagi Encik Johan yang tidak memastikan pasport dicap dan pegawai kastam Malaysia yang mungkin terlalu sibuk hingga 'terlepas' mengecap pasport yang diperiksanya.

Encik Johan tergerak mengongsi pengalaman pa hitnya selepas membaca laporan warga Singapura, Encik Ahmad Tijani Abdul Haq, 23 tahun, yang ditahan selama seminggu kerana dituduh masuk Malaysia secara haram baru-baru ini.

Ditemui baru-baru ini, Encik Johan, 56 tahun, seorang pegawai penguat kuasa meletak kereta, berkata beliau menghadapi masalah serupa itu baru-baru ini.

Ketika itu, beliau bersama keluarganya telah ke majlis perkahwinan di Pontian dengan memasuki Malaysia melalui Linkedua.

Pada hari yang sama sekitar 7 malam, mereka menuju pulang dengan mengikut lorong lori di kastam Malaysia, Tanjung Putri.

Apabila pegawai kastam mendapati pasportnya tidak dicap dan kertas putih tidak tersentuh, beliau terus membawanya ke bilik dan mendakwa beliau masuk ke negara itu secara haram.

'Saya didakwa masuk Johor secara haram dan ada kemungkinan saya masuk lokap kerana malam Sabtu dan hari Ahad mahkamah tidak dibuka.

'Hampir setengah jam saya terpaksa meyakinkan pegawai itu bahawa saya tidak masuk secara haram. Akhirnya, saya terpaksa gunakan alasan bahawa saya ada penyakit darah tinggi dan tidak bawa ubat,' kata ayah tiga anak itu.

Selepas dibenarkan pulang, Encik Johan terus membuat laporan polis di Singapura untuk melindungi dirinya sendiri jika masuk ke Johor lagi.

Seorang lagi yang mengalami nasib yang serupa ialah Encik Hamzah Karim, 40 tahun, pada 7 Januari lalu.

Namun, ia bukan kerana pasport tidak dicap, tetapi pegawai imigresen mengecap pasportnya di bahagian paling belakang pasportnya.

Hampir dua jam beliau ditahan sehingga dipanggil polis yang sudah mahu mengheretnya ke lokap.

'Naik pucat saya dibuatnya terpaksa mempertahankan kebenaran.

'Akhirnya, saya bernasib baik kerana ternampak juga cap yang dicari,' katanya yang bertugas di sebuah firma guaman.

Baru-baru ini, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, memberi jaminan akan menyiasat kes melibatkan warga Singapura dipenjara kerana pasport tidak dicap.
Menurutnya, beliau tidak mengetahui tentang kes sedemikian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.062577 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list