CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hulubelang

Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun

[Copy link]
Post time 27-6-2005 02:46 PM | Show all posts
Soalan : Betul ke orang kata, 'orang suruhan' bomoh tu tak boleh seberang laut atau sungai yang besar. Sebab tu la Bush tak boleh disantau.

Betul ke?
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

ninjamerah This user has been deleted
Post time 27-6-2005 10:16 PM | Show all posts
menurut bekas mufti pulau pinang, Syeikh Azmi, mereka tidak berapa pandai dalam ilmu berenang ini. jadi, jika ingin menculik menggunakan perkhidmatan jin, pastikan tiada sungai yang menghalang sebab nanti mangsa culik itu akan dibiar kelemasan.

boleh andainya kita mengupah jin yang berada di negara tersebut.  masalahnya ialah kebanyakan jin di amerika ialah kristian.

[ Last edited by ninjamerah on 27-6-2005 at 10:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2005 11:46 AM | Show all posts
agak2 nak upah dowang nih dgn aper ekk ............. :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2005 07:02 PM | Show all posts
ade sesape yg penah berubat dan mujarab hasilnye??
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2005 06:08 PM | Show all posts
Originally posted by ninjamerah at 09-05-2005 02:26 PM:

:hmm:  tidak mempercayai sihir adalah suatu kepercayaan yang sangat berbahaya. ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri pernah terkena sihir orang Yahudi.

kerana orang tua tu ...

cicik dok kat kl... kat jln semarak... errrmmm.... ninjamerah, darul syifa tu plak kat ner???
sebenarnya jaja bkn tu jer simptom yg cicik dapat... banyak g tau...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2005 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by cicikwani at 29-6-2005 10:08:

cicik dok kat kl... kat jln semarak... errrmmm.... ninjamerah, darul syifa tu plak kat ner???
sebenarnya jaja bkn tu jer simptom yg cicik dapat... banyak g tau...

kalau tak cuba jumpa ustaz Ismail Kamus kat Gombak. Kan dekat dgn jln semarak tu rasanya.. tak jauh kan???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2005 02:42 PM | Show all posts
sedikit info pasal sihir yg dapat aku perolehi..........

DARI SUARA MASJID AL-AZIM

Tazkirah

SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s.  Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam.  Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka"   

(Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat  Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu.  Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit".

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan.  Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 02:44 PM | Show all posts
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 4-7-2005 02:44 PM | Show all posts
CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir.  Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan  berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah.  Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin

yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja.  Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali.  Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini.  Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu

Taymiyah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 02:45 PM | Show all posts
RASUKAN

Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain.  Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1.         Iblis                 -           bapa segala jin

2.         As Syaitan       -           syaitan

3.         Al Muraddah   -           peragu (pewas-was)

4.         Al Afariit         -           Ifrit (penipu-penipu)

5.         Al A"wan         -           penolong-penolong (khadam)

6.         Al-Ghawasuum-          penyelam-penyelam

7.         Atthiaruun       -           penerbang-penerbang

8.         Attawabi"         -           pengikut-pengikut

9.         Al Qarna"        -           pengawan-pengawan

10.       Al "Ammar      -           pemaa"mur-pemaa"mur
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 02:48 PM | Show all posts
PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin.  Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu"alam).  

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2005 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 4-7-2005 02:44 PM:
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

miya pernah alami bende ni...kami jadik terlalu jauh sesgt...
mujur kawan membantu...kami ke darul syifa'...
alhamdulliah ..dengan izin Allah s.w.t ...rumahtangga dpt kami selamatkan..:pray:

tapi perit dia..miya rasa lagi sampai sekrg..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2005 11:33 AM | Show all posts
nf:..maaf kalau blum ape2 dah bengang ni...
ini kisah rumahtangga yg disulami dengan perkara2 mistik..
kisah mengenai suami isteri yg selalu dlm tak aman sebab sentiasa ada santau/tuju2 yg dikenakan oleh ahli keluarga si suami sebab tak puas hati dengan keduanye..puncanya sebab ibu mertua mahukan anak & menantu serahkan duit (segala yang diperolehi..) kepada dia tiap2 bulan..supaya dia bole hidup senang..padahal cuma org gile jek yg bole buat camtu..
oleh sebab tak puas hati ...selalu ade santau ni dihantar
hasilnye 2-2 suami isteri jadik cam lembik & tak semangat...
JAHAT TAHAP SYAITANNIRRAJIM nyeehhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 11:52 AM | Show all posts
naper mya geram sgt nih...............

kena kat mya ker...............
Reply

Use magic Report

SexyGal This user has been deleted
Post time 12-7-2005 02:59 PM | Show all posts

Assalamualaikum semua..

apa yg gal nak citer sini adalah kisah benar yg berlaku pd adik gal...4 tahun yg lalu..

harap anda memberika pendapat ...

Adik gal ketika itu berumur 21thn menuntut di ipt .. suatu hari dia tidur agak lama pukul 12 tgh hari baru bgn..gal perasan mende ni..ia berlarutan hingga berminggu2 ..bila ditanya dia ckp tak larat bangun sakit sendi2..then bila mangrib plak tetiba badan dia jadik panas..at 1st kitawang tak pecaya bomoh..tapi dah byk doktor2 kitawang pegi..ada yg kata kanser darah la..leukimia la..mcm2.. tapi x baik2..then kitawang bawak dia gi jumpa bomoh..bomoh suruh minum air kelapa muda ..kalu baik ada tanda2 akan baik kalu tak..ntahlah..lepas adik gal minum..dia bertambah sakit..org kata itu susah nak baik..masuk spital tak baik2 gak..gal ingat lagi..air liur dia likat tak putus.. then dia semakin kurus hingga nampak tulang dada, dia tak makan selama sebulan, tak boleh bgn dr tidur, tak boley jalan, gal ada pegang dan angkat tangan dia..masyaalah beratnyer, jantung nya bengkak dan.. dlm masa 3 bulan jer adik telah ke rahmatullah..gal sedih sgt..sblum tu gal ada tanya kawan gal..masa tu dia ada berubat utk diri dia sendiri..bomoh tu kata adik gal byk kawan lelaki..maybe ada yg dengki..sian adik gal..nak pecaya ke tak sampai skrg gal tak jumpa jawapan...lepas tu abg long gal ada tanya org alim pasal mende ni..dia cakap..mmg boley tgk sapa yg buat tapi itu dah tak berguna lagi dan mcm satu dosa sbb kita nak tengok sapa yg buat dan cuba melawan takdir.. dan kuasa Allah.. hanya satu saja semoga org yg buat adik gal tu menerima balasan yg setimpal atas apa yg dia dah buat kat adik gal... apa yg anda hadapi di sini..bersabarlah..anda boleh berusaha..tapi adik gal...gal sendiri tak mampu menolongnya dan gal telah kehilangan adik buat selama2 nya pada 25.06.2000..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 04:28 PM | Show all posts
org terdekat yg mengalami..mmg geram tahap gaban kat sesiapa yg berkenaan tu la..belum kena tu baru org lain kena..
mcm mana nak elak mende ni jadi lagi ye? sebab puas juga berubat tu..pernah sekali 'dikebas' barang dr badan si isteri, sian sgt, mende nye tak nampak tapi bunyi kaca pecah begitu kuat sekali, kalau pecah dlm badan tak tahula ape efeknye..kadang2 batuk kering la tak semena singgah kadang gatal2 singgah cam chicken pox tu, makin digaru makin naik plak gatal2 tu lepas tu pening kepala yg berterusan..sian betul la dan mmg tak berhati perut betul...yg lebih sedih (baru diketahui) ialah rupanya suami tu sebenarnye telah menerima sesuatu dr ibu dia..ini menurut org yg mengubat..ibu dia cakap kalau nak isteri dengar kata ambik barang ni. Si suami dgn segala naifnye terima aje barang tu..wallhualam dia tau tujuan dan impak atau tak..kalau si suami tahu, mmg anak beranak tu rasanya better be burnt in hell!

si isteri tu sampai berfikir nak bercerai aje la sebab mcm problem ni seperti jangka masa panjang, selagi ibu mertua dia tetap dgn perangai suka menyantau tu selagi tu dia takkan selamat. Nak diberitahu suami mcm dia tak berapa trust suami tu, buruk2 pun mak yg melahirkan dia jugak...

Kalau ade sesapa tahu alamat penuh pusat rawatan Harun Din atau Ismail Kamus berserta phone no sekali minta tolong passkan...ada org yg teraniaya yg perlu bantuan...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-7-2005 04:29 PM | Show all posts

Post time 12-7-2005 04:30 PM | Show all posts

aan This user has been deleted
Post time 22-7-2005 02:09 PM | Show all posts
Assalamualaikum kawan-kawan. Saya tertarik baca memacam kisah kat dalam forum ni.  Kami h&w pun ada masalah sihir ni. Masalahnya memang tak nampak macam sihir secara luaran tapi dia buat makan dalam, menderita dari segi pyshology.  Memang ada tanda2 sakit fizikal, tapi sakit tu tak baik2 walau diubat dah macam2 cara. Kami berdua dah abiskan lebih kurang RM60 ribu untuk berubat dengan bermacam-macam cara, moden, tradisional, alternatif,etc dalam tempoh 5 tahun. Satu Mesia dah round. Kekadang tu rasa nak give up pun ada. Tapi nasib baik iman masih ada kat dada, kena percaya satu jelah, Allah yang turunkan penyakit, Dia jugaklah yang memberi penawarnya. Mungkin kami tak diberikan rezeki untuk sembuh kat dunia ni, tapi ganjarannya ada di hari kemudian nanti. Saja je nak luahkan & share sikit2 ngan kawan-kawan sumer.WAllahua'lam. Bye....
Reply

Use magic Report

poyo This user has been deleted
Post time 24-7-2005 12:10 PM | Show all posts
Hulubelang ...
aku nie pernah kena saka...tapi la nie dah buang menatang tuh...
tapi,aku dok heran pasai aku rasa pening-pening,sengal-sengal kekakadng tu sakit kepala...
apa pendapat ko Hulubelang ?...
kalau nak kata saka, benda tu dah selamat dibuang dan takkan kembali dah...
apakah aku kena sihir ?...
please help me Hulubelang...please...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.065790 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list